Thursday 26 May 2011

Kekangan Kewangan Dalam Berdakwah


http://cerita-cerita.net/wp-content/uploads/2010/12/buat-duit.jpg

Banyak pula di antara rakan-rakan kita yang melihat dari dekat perkembangan perjuangan kita ini mengajukan persoalan dari manakah kita memperolehi wang? Dan bagaimana pula mendapatkan wang yang  digunakan untuk memperkukuhkan seruan dakwah padahal dunia sedang dilanda kemerosotan kemelesetan ekonomi, yang pada amalannya mata pencarian sangat sulit didapati, tambahan pula keadaan sentiasa dalam kegentingan dan jiwa seringnya bakhil.
Terhadap pertanyaan-pertanyaan tersebut, kami akan memberikan jawapan, bahwa di dalam menyampaikan risalah dakwah, yang menjadi tulang belakang ialah iman  sebelum harta dan bantuan kewangan sebagai sokongan sahaja. Ini bererti aqidah yang abadi itu lebih diutamakan berbanding dengan harta yang nantinya akan musnah. Dan selama iman masih tetap dipertahankan oleh umat Islam, maka kejayaan akan semakin terserlah luas.

Di dalam  memberikan sumbangan kewangan kepada  Ikhwanul Muslimin ini para anggota terpaksa harus mengasingkan sebahagian daripada pendapatannya, dan hanya membelanjakan keperluan rumah tangga secara sederhana dan berjimat  cermat   bererti mereka telah membelanjakan hartanya di jalan Allah, bahkan seorang di antara mereka pernah mengatakan, andainya Allah memberi kurniaan rezeki maka akan  disumbangkannya kepada perjuangan.

Dan bila anggota Ikhwanul Muslimin tidak berhasil mendapatkan sesuatu untuk disumbangkan kepada perjuangan, maka ia akan  menangis  kesedihan. Dan sebaliknya jika  Allah memberi kemurahanNya, maka mereka akan membelanjakan seluruh hartanya itu demi Islam.

Dengan harta benda yang sangat minima ini, tetapi dibajai dengan sikap  iman yang  teguh, kenyataan  ini adalah merupakan isyarat bagi kejayaan mereka yang berjuang secara  ikhlas.Dan bagi Allah Yang Maha Kuasa,  pasti  akan memberikan barakah bagi setiap  sen wang yang dikeluarkan oleh anggota Ikhwanul Muslimin untuk kepentingan dakwah. Allah berfirman di dalam KitabNya: Maksudnya: 

"Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah... " 

Maksudnya: 

 "Dan apa yang kama berikan benrpa zakat yang kamu maksudkan untuk mencapai keridhaan Allah, maka (yang berbuat demikian) itulah orang-orang yang melipat gandakan (pahalanya)”.

Petikan daripada : Kemana Kita Menyeru oleh Syeikh Hasan Al - Banna Rahimahullah

0 comments:

Post a Comment