Istilah
tahaluf siyasi menjadi satu istilah yang semakin dikenali khususnya di
kalangan pendokong gerakan Islam. Dengan kejatuhan khilafah Uthmaniyyah
di Turki pada tahun 1924, gerakan Islam yang pertama ditubuhkan ialah
Ikhwan al-Muslimin di bawah pimpinan Hassan al-Banna pada tahun 1928.
Penubuhan gerakan ini di Mesir membayangkan hasrat untuk menegakkan
Haikimiyyah Allah SWT. Idealisme ini berkembang ke seluruh dunia dengan
penubuhan gerakan-gerakan Islam di hampir setiap negara di dunia.
Matlamat dan konsep perjuangan mereka hampir sama antara satu lain iaitu
ke arah menegakkan sebuah negara Islam dan lebih jauh dari itu
menghidupkan semula sistem khilafah yang telah berkubur.
Dalam
keadaan hari ini, amatlah disedari oleh gerakan-gerakan Islam bahawa
mereka tidak mampu untuk berdiri sendiri dalam memperjuangkan aspirasi
masing-masing. Di dalam sesebuah negara bangsa yang dibina pada zaman
moden ini, tidak semua rakyat memahami inti kandungan Islam dan
kebaikan-kebaikannya. Lantas, berlakulah keperluan untuk bekerjsama
dengan gerakan lain samada di dalam menyertai politik pilihanraya atau
sebagai pendokong di dalam pembentukan kerajaan. Persoalannya, adakah ia
merupakan satu keharusan? Dalam erti kata lain, haruskah bagi sesebuah
gerakan Islam untuk menjalinkan kerjasama dengan gerakan lain yang tidak
mempunyai hasrat yang sama dengannya dalam membentuk kerajaan?
Pengertian Tahaluf Siyasi
Tahaluf
Siyasi membawa makna kerjasama harakah Islam dengan mana-mana
pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya.
Kerjasama ini boleh terjadi di dalam apa jua bidang yang dipersetujui
bersama untuk sama-sama menghadapi musuh yang sama. Tahaluf Siyasi juga
kemungkinan boleh berlaku dengan gerakan yang pernah atau berpotensi
untuk menentang ideologi harakah Islam. Dalam suasana hari ini, tahaluf
siyasi yang dimaksudkan juga termasuk kerjasama dengan golongan bukan
Islam untuk menghadapi musuh yang sama.
Hukum Tahaluf Siyasi
Para
ulama haraki khususnya berbeza pandangan mengenai hukum melakukan
kerjasama dengan gerakan yang tidak bermatlamatkan perjuangan Islam.
Sebahagian daripada mereka dengan tegas menolak langsung sebarang usaha
melakukan kerjasama ini serta menghukumkan bahawa kerjasama ini sebagai
haram. Di antara mereka ialah Sheikh Muhammad Qutb dan al-Syeikh al-Imam
Abu Nasr Muhammad bin Abdullah . Manakala di antara ulama yang
mengharuskan tahaluf siyasi ialah Dr Yusuf al-Qaradhawi , Dr Mustoffa
al-Tohhan , al-Syeikh Muhammad Ahmad al-Rasyid , Doktor Solah al-Showi
dan Doktor Munir Ghahdban .
Dalil-dalil yang dipegang oleh ulama yang mengharamkan tahaluf siyasi ialah seperti berikut :
1. Firman Allah SWT :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ (51) فَتَرَى الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ يُسَارِعُونَ فِيهِمْ يَقُولُونَ نَخْشَى أَنْ تُصِيبَنَا دَائِرَةٌ فَعَسَى اللَّهُ أَنْ يَأْتِيَ بِالْفَتْحِ أَوْ أَمْرٍ مِنْ عِنْدِهِ فَيُصْبِحُوا عَلَى مَا أَسَرُّوا فِي أَنْفُسِهِمْ نَادِمِينَ (52)
Yang bermaksud :
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang
Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka
adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. barangsiapa diantara kamu
mengambil mereka menjadi pemimpin, Maka sesungguhnya orang itu termasuk
golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada
orang-orang yang zalim. Maka kamu akan melihat orang-orang yang ada
penyakit dalam hatinya (orang-orang munafik) bersegera mendekati mereka
(Yahudi dan Nasrani), seraya berkata: "Kami takut akan mendapat
bencana". Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada
Rasul-Nya), atau sesuatu keputusan dari sisi-Nya. Maka kerana itu,
mereka menjadi menyesal terhadap apa yang mereka rahasiakan dalam diri
mereka.
Hujah
: Kerjasama gerakan Islam dengan orang-orang kafir di atas dasar
politik akan menjauhkan lagi orang-orang Islam daripada mereka. Ini
kerana, Islam mengharamkan sebarang jenis wala’ kepada kepada ahli kitab
yang mempunyai akidah yang hampir sama dengan Islam, apatah lagi wala’
kepada orang-orang kafir yang akidah mereka langsung tidak mempunyai
persamaan dengan akidah Islam.
2. Firman Allah SWT :
فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا
فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا
Yang bermaksud : Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya
Hujah
: Ayat di atas berkenaan dengan pengharaman arak dan judi. Namun jika
dilihat dari sudut tahaluf siyasi, kerjasama dengan musuh mungkin
mendatang manfaat dari beberapa sudut, bagaimanapun dari sudut yang
lebih jauh iaitu ke arah menegakkan hakimiah Allah SWT, ia tidak akan
dapat dicapai. Lantas, kerjasama akan menyebabkan terbantutnya usaha
gerakan Islam untuk menegakkan daulah Islamiah. Oleh yang demikian,
kerjasama ini adalah haram kerana lebih banyak mendatangkan mudharat
daripada manfaat.
3. Pertimbangan
logik bahawa gerakan yang tidak berhasrat untuk menegakkan Islam ini
pastinya hanyalah menjadikan gerakan Islam sebagai jambatan untuk mereka
mendapatkan kuasa. Mereka sekali-kali tidak membiarkan gerakan Islam
ini berkembang sehingga mengatasi diri mereka. Dan ini sekali lagi akan
menghalang kepada tertegaknya daulah Islamiah seperti yang diperjuangan
oleh Harakah Islamiah.
Manakala
bagi golongan ulama haraki yang mengatakan tahaluf siyasi sebagai
sesuatu yang diharuskan, mereka berpegang dengan hujah-hujah berikut :
1.
Half al-Fudhul : Ia merupakan satu peristiwa yang berlaku pada zaman
jahiliyyah iaitu perjanjian di antara beberapa qabilah untuk menolong
golongan yang dizalimi. Perjanjian ini telah disaksikan oleh Nabi
Muhammad SAW. Inilah yang dimaksudkan oleh hadis baginda yang menyatakan
:
وَأَيُّمَا حِلْفٍ كَانَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ لَمْ يَزِدْهُ الْإِسْلَامُ إِلَّا شِدَّةً
وَأَيُّمَا حِلْفٍ كَانَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ لَمْ يَزِدْهُ الْإِسْلَامُ إِلَّا شِدَّةً
Yang bermaksud :
Mana-mana perjanjian yang dilaksakanan ketika jahiiyyah tidak akan
ditambahkan (diubah) oleh Islam melainkan semakin patut dilaksanakan -
membawa makna mana-mana perjanjian di zaman jahiliyyah yang bermaksud
kerjasama dan silaturrahim tidak akan berubah ketika Islam melainkan ia
lebih patut untuk dilaksanakan. Ini kerana Islam tidak akan mengharamkan
sesuatu perkara yang baik.
Hujah
: Sekalipun Nabi SAW menyaksikan perjanjian ini ketika jahiliyyah,
tetapi kerana Nabi telah memujinya semasa Islam, ia dianggap sebagai
perkara yang baik. Ini menunjukkan bahawa sekalipun yang berada dalam
ikatan perjanjian itu orang-orang yang berakidah salah, ia tetap
dianggap perjanjian yang baik selagi mana tujuannya adalah baik.
2.
Perjanjian Rasulullah SAW dengan bapa saudaranya Abu Talib untuk
menjaganya serta memeliharanya dari ancaman kaum Quraisy. Tahaluf di
antara mereka berdua berlaku dalam beberapa peringkat :
2.1
Ketika Abu Talib melihat bagaimana Nabi Muhammad SAW bertegas untuk
melaksanakan dakwah sekalipun terpaksa mati untuk Islam, Abu Talib
lantas menyatakan : “Teruskan wahai anak saudaraku, katakanlah apa yang
kamu hendaki. Demi Allah, aku tidak akan serahkan kamu kepada sesiapa
selama-lamanya” Kata-kata ini dibuktikan beberapa kali oleh Abu Talib di
mana pernah beliau mengetahui tentang sekumpulan kaum Quraisy yang
merancang untuk membunuh Nabi Muhammad SAW, lalu dikumpulkan bani Abdul
Mutalib dan Bani Hasyim untuk melindungi baginda SAW. Mereka semua
berkumpul termasuklah yang masih kafir untuk melindungi Nabi Muhammad
SAW.
2.2 Peringkat berikutnya
ialah ketika kaum Quraisy melancarkan pemulauan kepada Bani Hashim dan
Bani Abdul Mutalib sebagai tindak balas kerana mereka melindungi
Rasulullah SAW. Lalu ditulis surat penguatkuasaan di mana tidak
dibenarkan sesiapa pun menikahi atau dinikahi oleh kedua-dua kabilah
ini. Juga tidak dibenarkan berlakunya urusan jual beli dengan
kedua-duanya. Surat ini ditampalkan di dinding kaabah.
Hujah
: Di dalam peristiwa-peristiwa ini, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa
menjadi satu keharusan jamaah Islam untuk mendapat perlindungan daripada
orang yang bukan Islam demi mencapai matlamat perjuangannya. Namun ia
tidaklah sampai kepada peringkat tunduk dan patuh sehingga menggadaikan
perjuangannya.
3. Perjanjian
Rasulullah SAW dengan Mut’im bin ‘Adi. Ia berlaku selepas kewafatan Abu
Talib dan sekembalinya baginda SAW dari menyebarkan dakwah Thaif.
Rasulullah SAW telah memasuki kota Mekkah dengan perlindungan seorang
musyrik yang bernama Mut’im bin ‘Adi. Rasulullah SAW menghargai
pertolongan Mut’im sehingga baginda pernah bersabda apabila memenangi
perang Badar, “Sekiranya Mut’im bin Adi masih hidup lalu memintaku
membebaskan tawanan ini, aku akan lakukan untuknya..”
Hujah
: Mut’im di dalam peristiwa ini sekalipun tidaklah memberikan kebebasan
dan pertolongan kepada dakwah Islam tetapi melakukan sesuatu yang lebih
besar dari itu iaitu menjaga tubuh badan Nabi Muhammad SAW. Mut’im
tidak pernah berniat untuk menjadi pengikut Rasulullah SAW dan pendirian
ini jelas ketika ia menjawab soalan dari Abu Jahal . Ini menunjukkan
keharusan mendapatkan kerjasama dari orang yang tidak berniat
melaksanakan Islam di dalam urusan yang memberikan kebaikan kepada Islam
dan umatnya.
4. Perjanjian yang
dibuat oleh Rasulullah SAW dengan kaum Yahudi ketika ditegakkan negara
Islam Madinah. Perjanjian yang melahirkan Sahifah Madinah ini merupakan
satu-satunya peristiwa besar dan terpenting yang menjadi hujjah
keharusan kaum muslimin menjalinkan perjanjian dengan orang-orang bukan
Islam di atas dasar memelihara kebajikan kedua-dua pihak.
Di
antara isi kandungan perjanjian ini ialah, “Kaum muslimin mempunyai
haknya dan kaum Yahudi mempunyai haknya. Dan di antara mereka hendaklah
tolong menolong sekiranya diserang oleh sesiapa. Dan di antara mereka
hendaklah saling menasihati dan bekerjasama. Dan janganlah sesiapa
memungkiri janjinya. Dan hendaklah pertolongan diberikan kepada yang
dizalimi. Dan sekiranya berlaku apa-apa kepada pihak yang menjalinkan
perjanjian ini, maka tempat rujukan ialah kepada Allah dan Muhammad
Rasulullah SAW…”
Hujah
: Inilah sebesar-sebar hujah keharusan melakukan hubungan dengan
non-muslim di dalam menegakkan negara Islam. Dan tidaklah menjadi dasar
Islam mengenepikan kaum musyrikin daripada realiti kehidupan.
5.
Perjanjian Rasulullah SAW dengan Bani Khaza’ah. Ia berlaku apabila
baginda bersama para sahabat ingin memasuki kota Makkah untuk
mengerjakan haji namun disekat oleh kaum Quraisy. Lalu Rasulullah SAW
mengutuskan pengintip dari bani Khaza’ah yang merupakan seorang musyrik
dan mereka melaporkan kepada Rasulullah SAW mengenai pergerakan kaum
Quraisy. Bani Khaza’ah sebenarnya telah mempunyai hubungan dengan Bani
Hasyim semenjak zaman jahiliyyah dan mereka meneruskan hubungan baik
mereka dengan Bani Hasyim sekalipun berbeza akidah. Rasulullah SAW
mengiktiraf hubungan ini dengan memberikan syarat iaitu pertolongan
tidak akan diberikan kepada golongan yang zalim.
6.
Perintah Rasulullah SAW kepada para sahabat agar berhijrah ke Habsyah
semasa ditindas di Makkah untuk mendapatkan perlindungan dari Raja
Najasyi yang merupakan seorang Nasrani pada masa itu turut merupakan
dalil kepada keharusan untuk mendapatkan perlindungan dari orang yang
bukan Islam di dalam menjaga kemaslahan umat Islam.
Jawapan Terhadap Golongan Yang Mengharamkan Tahaluf Siyasi
Di
dalam memberikan jawapan kepada golongan ulama haraki yang mengharamkan
tahaluf siyasi, beberapa pandangan telah dikemukakan. Antara lain :
1.
Ayat yang digunakan iaitu dari surah al-Maidah, ayat 51-52 bukanlah
merujuk kepada tahaluf siyasi tetapi merujuk kepada orang-orang munafik
yang terus meletakkan kepatuhan kepada orang-orang Yahudi di Madinah.
Ianya turun kepada ketua munafik iaitu Abdullah bin Ubai yang bertindak
untuk menyokong kabilahnya Yahudi Bani Qainuqa’ di dalam berhadapan
dengan Nabi Muhammad SAW. Ini menunjukkan bahawa ayat ini tiada kena
mengena dengan tahaluf siyasi tetapi berkenaan dengan orang yang keluar
langsung dari Harakah Islam untuk bekerjasama dengan musuh bagi melawan
Islam.
2. Ayat 219 dari surah
al-Baqarah pula bukan sahaja tidak menjadi hujah mengharamkan tahaluf
siyasi bahkan menjadi peneguh kepadea keharusannya. Ini kerana daripada
tahaluf siyasi yang dilaksanakan di beberapa buah negara seperti Mesir,
Sudan dan Yaman, manfaat yang besar banyak diperolehi oleh kaum
muslimin. Oleh yang demikian, di dalam masalah manfaat dan mudharat ini,
pertimbangan berdasarkan senario semasa perlu diambil kira. Tahaluf
Siyasi sebelum diputuskan hendaklah dipertimbangkan semasak-masaknya
oleh pakar politik dan ahli-ahli strategi.
KESIMPULAN
Di
dalam mendepani arus politik dunia pada hari ini, gerakan Islam
perlulah bijak mengambil manfaat daripada ruang dan peluang yang ada.
Tahaluf siyasi perlulah dilakukan dalam keadaan gerakan Islam mendapat
keuntungan yang maksimum dalam usaha untuk menegakkan agama Allah SWT.
Bagaimanapun, perlulah diingatkan agar penerangan demi penerangan
hendaklah dilakukan dari masa ke semasa khususnya kepada masyarakat awam
agar tidak terkeliru dengan langkah yang diambil.
Penyertaan
gerakan Islam dalam mana-mana kerajaan seharusnya dilakukan dengen
penelitian yang teliti terhadap senario politik setempat. Oleh yang
demikian, pimpinan gerakan Islam perlulah sentiasa prihatin dan sensitif
dengan perkembangan semasa serta kehendak masyarakat agar langkah yang
diambil tidak menyebabkan kerugian di mereka nanti.
Maklumat Penulis:
Ahmad Fadhli bin Shaari
B.A (Hons) Dakwah Islamiyyah, Univ. Al-Azhar, Mesir.
Penulis merupakan Ketua Jabatan al-Dakwah wal Qiadah
B.A (Hons) Dakwah Islamiyyah, Univ. Al-Azhar, Mesir.
Penulis merupakan Ketua Jabatan al-Dakwah wal Qiadah
Link Asal: http://kias.edu.my/tahalufsiasi08.htm
herve leger, gucci, bottega veneta, new balance shoes, louboutin, iphone cases, north face outlet, hollister clothing, vans outlet, nike roshe run, p90x workout, mac cosmetics, nike huaraches, longchamp uk, hollister, converse, babyliss, celine handbags, jimmy choo outlet, beats by dre, soccer jerseys, reebok outlet, chi flat iron, ferragamo shoes, giuseppe zanotti outlet, timberland boots, mont blanc pens, nike trainers uk, wedding dresses, asics running shoes, abercrombie and fitch, north face outlet, insanity workout, oakley, vans, baseball bats, soccer shoes, instyler, lululemon, valentino shoes, ray ban, nfl jerseys, hollister, nike air max, hermes belt, converse outlet, ralph lauren, nike air max, mcm handbags, ghd hair
ReplyDeletecoach outlet, swarovski crystal, hollister, thomas sabo, canada goose outlet, moncler outlet, marc jacobs, toms shoes, links of london, karen millen uk, canada goose, canada goose, louis vuitton, louis vuitton, moncler outlet, lancel, louis vuitton, montre pas cher, ugg uk, wedding dresses, canada goose uk, juicy couture outlet, pandora charms, barbour, pandora uk, pandora jewelry, replica watches, moncler, ugg,ugg australia,ugg italia, ugg pas cher, barbour uk, moncler uk, canada goose jackets, canada goose outlet, moncler, ugg,uggs,uggs canada, supra shoes, canada goose outlet, moncler, pandora jewelry, louis vuitton, moncler, louis vuitton, ugg, doudoune moncler, juicy couture outlet, canada goose, swarovski
ReplyDeletemmorpg oyunlar
ReplyDeleteinstagram takipçi satın al
Tiktok jeton hilesi
TİKTOK JETON HİLESİ
Antalya Sac Ekimi
referans kimliği nedir
İnstagram Takipçi Satın Al
metin2 pvp serverlar
İnstagram takipçi
SMM PANEL
ReplyDeletesmm panel
Https://isilanlariblog.com/
instagram takipçi satın al
HİRDAVATCİBURADA.COM
beyazesyateknikservisi.com.tr
Servis
Tiktok jeton hilesi indir
Congratulations on your article, it was very helpful and successful. d4c2335563faaee2b36e603cb378ad41
ReplyDeletewebsite kurma
website kurma
numara onay
Thank you for your explanation, very good content. cb739985c11404fd9e2276eb9b38779a
ReplyDeletealtın dedektörü
Good content. You write beautiful things.
ReplyDeletevbet
vbet
sportsbet
mrbahis
taksi
mrbahis
korsan taksi
hacklink
hacklink
Good text Write good content success. Thank you
ReplyDeleteslot siteleri
tipobet
kibris bahis siteleri
poker siteleri
mobil ödeme bahis
betmatik
bonus veren siteler
betpark
manavgat
ReplyDeletemilas
yalova
çeşme
mardin
SHB
niğde
ReplyDeleteyalova
erzurum
urfa
ağrı
EKKWWU
kütahya
ReplyDeletesivas
urfa
ağrı
ısparta
ND1
resimli magnet
ReplyDeleteresimli magnet
çerkezköy çatı ustası
silivri çatı ustası
dijital kartvizit
FXAKGH
salt likit
ReplyDeletesalt likit
YCLL2P
شركة تنظيف بالقطيف sXe0wuL2FA
ReplyDeleteشركة تسليك مجاري بالقطيف 7Uby7yb2gy
ReplyDelete