
Dan bagi menghuraikan negara kebajikan ala BN yang difahami oleh
Najib itu, maka disebut kemudiannya: ” Tidakkah berkebajikan kerajaan
Barisan Nasional kini, apabila:
Pertama: Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal 2
ringgit 40 sen, rakyat hanya bayar 1 ringgit 80 sen. Subsidi Kerajaan
berjumlah 60 sen atau 25 peratus dari harga sebenar;
Kedua: Bagi setiap kilogram gula, harga asal 2 ringgit 50 sen, rakyat
hanya bayar 2 ringgit 30 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 20 sen atau 8
peratus dari harga sebenar;
Ketiga: Bagi setiap kilogram minyak masak, harga asal 4 ringgit 75
sen, rakyat hanya bayar 2 ringgit 50 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 2
ringgit 25 sen atau 47 peratus dari harga sebenar; dan
Keempat: Bagi setiap kilogram tepung gandum, harga asal 1 ringgit 90
sen, rakyat hanya bayar 1 ringgit 35 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 55
sen atau 29 peratus dari harga sebenar.
Kesimpulannya, keseluruhan subsidi bahan makanan asas ini menelan
belanja 2.3 bilion ringgit dan dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia
tanpa mengira kaya atau miskin, bandar atau luar bandar. Oleh yang
demikian itu, kita ingin bertanya, tidakkah ini dinamakan negara
kebajikan?”
Jelas, apa yang difahami oleh Najib tentang konsep negara
berkebajikan hanyalah dalam bentuk harga asal barang makanan,
kemudiannya mendapat subsidi dari kerajaan BN yang baik hati dan
berkebajikan itu.
Kesimpulan yang terlalu simplistik, bahkan sangat dangkal dengan
konsep yang sangat jauh difahami oleh PAS. Kebajikan bukan hanya dalam
bentuk subsidi tetapi melangkaui jauh dari itu. Justeru, Presiden PAS
yang cepat memberikan respon untuk isu negara berkebajikan ini dalam
pembentangan Bajet 2012 menjawab kedangkalan Najib ini.
Benarkah Najib tidak faham konsep negara berkebajikan tawaran PAS?
Atau buat-buat tidak faham?
Zaman ini zaman IT canggih, boleh dibaca,
didengar dan dilihat dalam pelbagai bentuk medium penerangan tentang
konsep negara berkebajikan itu. DSTG Presiden PAS telah kemukakan dalam
Muktamar PAS ke 57 dahulu. Ucapannya ada dalam bentuk youtube, teks yang
boleh dibaca-soft copy dan hard copy, ditambah dengan sebuah buku khas
mengenai konsep Negara Berkebajikan. Juga ucapan dalam program khusus
anjuran Dewan Ulama PAS Terengganu di Markas PAS Kuala Ibai, ucapan di
Parlimen sendiri secara langsung dan dari mulut. Benarkah masih tak
faham atau sengaja buat-buat tak faham?
DSTG Presiden sekali lagi membuat penerangan tentang konsep negara
berkebajikan itu untuk ke sekian kalinya sebagai respon kedangkalan
Najib itu dalam pembentangan Bajet 2012 dengan menggariskan tiga asas
utama Negara Berkebajikan yang hampir tidak dilakukan kerajaan BN selama
lebih 54 tahun memerintah.
Pertamanya, Negara Berkebajikan mesti ditadbir oleh pemerintah yang berintegriti atau beriman dan juga rakyat yang berintegriti.
Keduanya, Negara Berkebajikan mestilah bercirikan kerajaan yang wajib memberi pertolongan kepada rakyat yang memerlukan secara adil.
Ketiga, negara berkebajikan menekankan ciri kepimpinan yang beriman, berakhlak, menepati janji dan adil untuk semua.
Integriti! wa ma adraaka ma integriti! (Tahukah kamu apakah
itu integriti). Isu pembunuhan Altantuya, komisen kapalselam, cincin
berjuta, kos belanja di luarnegeri, kos baiki rumah, bil elektrik dan
lain-lain menghantui kepala saya apa itu integriti. Royalti petroleum
Terengganu dan Kelantan menidakkan ciri wajib tolong dengan adil.
Konspirasi tuduh liwat bercanggah dengan nilai kepimpinan berakhlak.
Ketiga-tiga ciri inilah yang hampir hilang dari kepimpinan negara di
peringkat Pusat sekarang yang memerintah Malaysia melalui sistem
pilihanraya tempang, di samping penafian hak negeri Pakatan Rakyat,
ditambah dengan pembolotan harta negara oleh segelintir penguasa
walaupun ayat al-Quran yang berkaitan dengan harta yang beredar di
kalangan orang berkuasa itu juga dimasukkan dalam Bajet ini. Saya
bimbang ayat al-Quran itu bukannya mengukuhkan pembentangan Bajet tetapi
sebaliknya ‘kena’ ke atas kepala sendiri.
Link Asal: http://www.niknasri.com/?p=8926
Negara berkebajikan komunis la bongok. spatutnya segala kejayaan atas usaha sndiri
ReplyDeletelongchamp pas cher, ray ban sunglasses, tory burch outlet, longchamp outlet, tiffany and co, louis vuitton, christian louboutin outlet, oakley sunglasses wholesale, louis vuitton, prada outlet, chanel handbags, jordan shoes, christian louboutin, longchamp outlet, gucci handbags, tiffany jewelry, nike roshe, polo ralph lauren, nike air max, louis vuitton outlet, nike air max, louis vuitton outlet, uggs on sale, ray ban sunglasses, louboutin pas cher, prada handbags, cheap oakley sunglasses, ugg boots, ugg boots, sac longchamp pas cher, jordan pas cher, nike free, replica watches, michael kors pas cher, burberry pas cher, oakley sunglasses, oakley sunglasses, replica watches, kate spade outlet, oakley sunglasses, air max, louis vuitton outlet, nike free run, longchamp outlet, polo outlet, ray ban sunglasses, christian louboutin shoes, nike outlet, christian louboutin uk
ReplyDeleteherve leger, gucci, bottega veneta, new balance shoes, louboutin, iphone cases, north face outlet, hollister clothing, vans outlet, nike roshe run, p90x workout, mac cosmetics, nike huaraches, longchamp uk, hollister, converse, babyliss, celine handbags, jimmy choo outlet, beats by dre, soccer jerseys, reebok outlet, chi flat iron, ferragamo shoes, giuseppe zanotti outlet, timberland boots, mont blanc pens, nike trainers uk, wedding dresses, asics running shoes, abercrombie and fitch, north face outlet, insanity workout, oakley, vans, baseball bats, soccer shoes, instyler, lululemon, valentino shoes, ray ban, nfl jerseys, hollister, nike air max, hermes belt, converse outlet, ralph lauren, nike air max, mcm handbags, ghd hair
ReplyDeletecoach outlet, swarovski crystal, hollister, thomas sabo, canada goose outlet, moncler outlet, marc jacobs, toms shoes, links of london, karen millen uk, canada goose, canada goose, louis vuitton, louis vuitton, moncler outlet, lancel, louis vuitton, montre pas cher, ugg uk, wedding dresses, canada goose uk, juicy couture outlet, pandora charms, barbour, pandora uk, pandora jewelry, replica watches, moncler, ugg,ugg australia,ugg italia, ugg pas cher, barbour uk, moncler uk, canada goose jackets, canada goose outlet, moncler, ugg,uggs,uggs canada, supra shoes, canada goose outlet, moncler, pandora jewelry, louis vuitton, moncler, louis vuitton, ugg, doudoune moncler, juicy couture outlet, canada goose, swarovski
ReplyDelete