KENALI PAS

Klik gambar untuk senarai artikel.

PRU13

Klik gambar untuk senarai artikel.

MANIFESTO

Klik gambar untuk senarai artikel.

FIKRAH

Klik gambar untuk senarai artikel.

TAHALUF SIYASI

Klik gambar untuk senarai artikel.

KALIMAH ALLAH

Klik gambar untuk senarai artikel..

Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Tuesday, 25 October 2011

Objektif dan Tentatif Ijtimak Tarbawi 2011


Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS
Peringkat Kebangsaan 2011

Tempat : KUIZM Taman Melewar.

Tema : 
Mantapkan Tarbiyah Menangi Pilihanraya

OBJEKTIF 


1- Membentuk jundi dan qiadi PAS yang mempunyai fikrah perjuangan Islam.

2- Melahirkan pemuda PAS yang memiliki ciri-ciri ROS (Responsif, Optimis, Sensitif).

3- Sebagai satu medan untuk meningkatkan kesedaran & komitmen ahli terhadap gerakkerja DPP.

4- Meningkatkan kebersamaan dan perasaan ‘sense of belonging’ terhadap DPPM.

5- Merapatkan ukhuwah ahli DPPM serta mewujudkan wehadatul fikr dan wehdatul ‘amal.

6- Motivasi gerakkerja pilihanraya sebagai satu kewajipan



TENTATIF

Hari Pertama : 28 Oktober 2011 - Jumaat

________________________

3.00 - 4.00 pm : Pendaftaran peserta

4.20 - 5.00 pm : Solat Asar dan Al Mathurat

5.15 - 5.45 pm : Taklimat program oleh Pengarah Akademi Tarbiyah

5.50 - 6.30 pm : Urus dan Hemat diri

6.35 - 7.10 pm : Tafakkur dan Munajat

7.15 - 7.30 pm : Solat Maghrib berjamaah

7.35 - 8.30 pm : Perasmian :

Oleh: Al Fadhil Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Aam PAS

8.40 - 8.55 pm : Solat Isyak berjamaah

9.00 - 9.30 pm : Makan Malam

9.40 - 11.40 pm : Pidato Tarbawi

Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz 
Ustaz Nasrudin bin Hassan
Syeikh Ahmad Najjar [ dari HAMAS Palestine ]

Yb Hj Salahudin bin Ayub


12.00 am : Program ditangguhkan dan tidur

HARI KEDUA 29 OKTOBER 2011 - sabtu

____________________________

4.30 - 5.10 am : Qiamullail dan munajat

5.30 - 6.00 am : Solat Subuh berjamaah dan Al Mathurat

6.10 - 6.50 am : Kuliah ar Ruuhiyah:
Oleh: al Fadhil Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

7.00 - 8.00 am : Khidmat Diri dan Sarapan Pagi

8.30 - 9.20 am : Taujihat Amal Tarbawi 1:
Oleh: Dr. Mahdi Akif mantan Mursyidul Aam Ikhwanul Muslimeen

9.30 - 10.20 am : Rehat

10.30 - 11.45 am : Pembentangan Kertas Kerja 1: PAS dan Tahaluf Siyasi
Pembentang : Ustaz Dr. Khairudin Aman Razali at Takiri
Pengerusi : Ust Syed Abdul Kader

12.00 - 12.50 pm : Makan Tengahari

1.00 - 1.20 pm : Solat Zuhur berjamaah.

2.00 - 3.30 pm : Forum Tarbawi: Masa Depan Perjuangan PAS dalam Landskap Politik Semasa

Ahli Panel :

Dato' Mustafa Ali
Ustaz Dato' Abu Bakar Chik
Moderator: Dr. Aminurrasyid Yatiban

4.30 - 5.10 pm : Solat Asar berjamaah dan Al Mathurat

5.15 - 6.10 pm : Bina jaringan Ukhuwwah

6.15 - 7.10 pm : Rehat dan Makan Malam

7.15 - 7.30 pm : Solat Maghrib berjamaah

7.35 - 8.35 pm : Kuliah Khas : PAS dan Ijtihad Politik

Oleh : al Fadhil Yb. Ustaz Nasharudin bin Mat Isa
[ Ahli Majlis Syura Ulama' ]

8.40 - 9.00 : Solat Isyak berjamaah

9.15 - 11.45 pm : Ceramah Pentas Pemuda

Penceramah:

Tuan Haji Muhammad bin Sabu - Timbalan Presiden PAS Pusat
Dr. Kamal Al Helbawi dari Ikhwanul Muslimin Mesir
Yb. Dato' Mahfuz Umar - Naib Presiden PAS
Ustazah Siti Zailah - Ketua Muslimat PAS Malaysia
Ustaz Nasrudin bin Hassan Tantawi (Ketua Pemuda DPPM) - Alu-aluan
Ustaz Riduan Mohamad Nor (ketua Penerangan DPPM) - Pengerusi

12.00am : Program ditangguhkan

HARI KETIGA 30 OKTOBER 2011 - ahad

_____________________________

4.30 - 5.40 am : Qiamullail dan munajat

5.50 - 6.30 am : Solat Subuh berjamaah dan al Mathurat

6.35 - 7.20 am : Kuliah Ar Ruuhiyah 2:
Oleh : Ustaz Idris Ahmad [Pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS Pusat]

7.30 - 8.30 am : Khidmat Diri dan Sarapan pagi

9.00 - 10.00 am : Wacana Khas Pemuda :
Tajuk : Pemuda PAS Memimpin Kebangkitan Anak Muda

oleh :
Ust Nasrudin  HassanTantawi
Ust Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz 
Dr. Raja Iskandar al Hiss


10. 05 - 11.00 am : Rehat

11.05 am - 12.35 pm : Talaqqi Surah As Saff . vol 1
oleh YB. Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang

12.40 - 1.30 pm : Makan Tengahari dan Solat Zuhur berjamaah

1.40 - 3.30 pm : Talaqqi Surah As Saff . vol 2
oleh Yb. Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang

3.40 - 4.40 pm : Perasmian Penutup: 

oleh :
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi , 
Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz 
Dr. Raja Ahmad Iskandar al Hiss 
Sany Hamzan [Pengarah JPP DPPM ]

4.45 pm . Solat Asar berjamaah, Al Mathurat , Doa Wehdah dan Bersurai

Tuesday, 31 May 2011

Harapan Konvensyen PR ke-2: Islam sebagai asas

Bersempena dengan Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-2 pada 19 di Kepala Batas, Pulau Pinang ini, semua pimpinan dan perwakilan hendaklah mengambil pedoman dari falsafah kesepakatan menurut Islam, iaitu mengutamakan peri pentingnya menjaga hubungan sesama anggota di dalam Pakatan Rakyat.

Ia juga bersesuaian dengan keutamaan ajaran Islam sebagai agama perpaduan, maka Konvensyen Pakatan Rakyat perlu meletakkan keagamaan sebagai asas dalam menguruskan kesepakatan politik.

Pimpinan dan perwakilan parti-parti Pakatan Rakyat––PAS, KEADILan dan DAP––yang menghadiri konvensyen itu nanti perlulah mengambil pedoman daripada maksud al-Quran yang sewajarnya dijadikan rujukan dan penghubung di dalam penyelesaian permasalahan ummah. Justeru ajaran Islam dan asas-asas keagamaan dapat dijadikan rujukan utama dalam menguruskan kesepakatan hubungan antara parti-parti Pakatan Rakyat.

Bagi PAS, amat meyakini bahawa Allah telah menciptakan manusia dalam sifat yang berbeza-beza. Misalnya, sepuluh manusia yang diciptakan Allah, didapati sepuluh kepala (pemikiran) yang bebeza. Bagaimanapun, perbezaan itu tidak akan memberi masalah sekiranya ia berpandukan ajaran Islam dan menjadikan al-Quran sebagai panduan, kerana Islam itu untuk semua kaum. Firman Allah SWT (surah Ali-Imran ayat 103):
Bermaksud: “…dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara…”
Sewajarnya juga kita mengambil pengajaran dari sabda Nabi Muhammad SAW:
Maksudnya: “Janganlah saling benci membenci, saling iri hati dan saling membuat keracunan. Jadilah hamba-hamba Allah yang saling bersaudara, dan tidak boleh seorang Muslim menghindari saudaranya lebih dari tiga hari.”
Demikian lagi, firman Allah SWT (surah al-Maidah ayat 48):
Maksudnya: “Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing) dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya”
Oleh itu, atas nama kesepakatan politik yang berpandukan hubungan antara parti di dalam Pakatan Rakyat yang mengutamakan asas-asas keagamaan hendaklah bersetuju dan bekerjasama di dalam setiap perkara yang memberi manfaat bersama untuk ummah di Malaysia hari ini. Sehubungan itu, saya yakin manusia akan selamat sepanjang hidup mereka di dunia dan sejahtera di akhirat kelak sekiranya mengikut kehendak Islam yang syumul.

Selamat berkonvensyen, semoga berjalanlah ia dengan keberkatan Allah SWT.

TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT,
Al-Mursyidul Am PAS.
Kota Baharu, Kelantan.
12 Muharam 1432H/18 Disember 2010M.