KENALI PAS

Klik gambar untuk senarai artikel.

PRU13

Klik gambar untuk senarai artikel.

MANIFESTO

Klik gambar untuk senarai artikel.

FIKRAH

Klik gambar untuk senarai artikel.

TAHALUF SIYASI

Klik gambar untuk senarai artikel.

KALIMAH ALLAH

Klik gambar untuk senarai artikel..

Showing posts with label Kenali Pas. Show all posts
Showing posts with label Kenali Pas. Show all posts

Sunday, 28 April 2013

Kerusi Panas - Calon PAS Dato' Paduka Haji Husam Musa

MAKLUMAT PERIBADI
Nama Penuh      : DATUK PADUKA HUSAM MUSA
Tarikh Lahir        : 14 Oktober 1959
Tempat Lahir      : Kg. Kota, Kota Bharu, Kelantan


MEDIA SOSIAL
Facebook            : Haji Husam Musa
Twitter                 : @hajihusammusa
Website               : http://www.husammusa.com


 PENDIDIKAN

  • Sekolah Rendah Kota, Kota Bharu (1965 – 1971)
  • Sekolah Menengah Sultan Ismail, Kota Bharu (1972 – 1975)
  • Maktab Sultan Ismail (1976 – 1979)
  • Universiti Malaya (1980 – 1983)
  • Kursus Bahasa Arab, Jordan (1987)




SEJARAH PROFESSION

  1. Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan (1990 – 1993)
  2. Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan (1993 – 1999)


 








JAWATAN DALAM PARTI
  • Ketua Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu (1985 – 1987)
  • Ketua Pemuda PAS Negeri Kelantan (1996 – 1999)
  • Naib YDP PAS Kawasan Kota Bharu (1999)
  • Naib Presiden PAS (2005 – 2009)
  • AJK PAS Pusat (2009 – 2011)
  • Naib Presiden PAS (2011 – sekarang)
  • Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
  • Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Kelantan
  • YDP PAS Kawasab Kubang Kerian







Kerusi Panas - Calon PAS Khalid Samad

MAKLUMAT PERIBADI
Nama Penuh      : KHALID BIN ABD SAMA
Umur                 : 56 Tahun

MEDIA SOSIAL
Facebook            : Khalid Samad
Twitter                 : @KhalidSamad
Website               : www.khalidsamad.com

PENGALAM BEKERJA
Jurutera





JAWATAN DALAM PARTI
  • Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam (1997 – kini)
  • Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor (2007 – 2008) (2011 – kini)
  • AJK PAS Pusat (1987 – 1993) (2011 – kini)
  • Ahli Lajnah Politik PAS Pusat (2007 – kini) 














 Untuk lebih jelas: klik sini

Kerusi Panas - Calon PAS Wan Aisyah

MAKLUMAT PERIBADI
Nama Penuh      : WAN AISYAH BTE WAN ARIFFIN
Umur                 : 48 Tahun

PENDIDIKAN
BA (Education in Early Chilhood), New Zealand

PENGALAMAN PEKERJAAN
Artis

JAWATAN DALM PARTI
Ahli PAS

Saturday, 30 March 2013

PAS Tetap Istiqamah dengan Islam

Saya membaca dengan teliti tulisan Tun Dr Mahathir, mantan Perdana Menteri dan Presiden UMNO dalam Utusan Malaysia beberapa hari lalu. Isi tulisan beliau telah mendedahkan hakikat sebenar bahawa itulah kefahamannya terhadap Islam dan sekadar itulah sahaja pembacaannya daripada sejarah perjuangan kemerdekaan. Tanpa merasa bersalah kerana memutarkan fakta sejarah, Tun Dr Mahathir telah menyatakan bahawa penubuhan PAS adalah kerana kebencian dan kedengkian golongan berpendidikan agama terhadap kumpulan berpendidikan barat dan kebangsaan, disebabkan harta dan pangkat, sehingga mencetuskan kebencian dengan isu kafir mengkafir dan lain-lain. Hujah ini bukan sahaja salah dengan fakta sejarah, bahkan menggambarkan fikiran simplistik dan kekeliruan yang amat nyata! Nampaknya beliau berdepan dengan “Denial Sydrome” yang amat parah.

Seluruh kajian sejarah secara ilmiah, oleh kalangan Islam dan Barat mendedahkan agenda penjajahan secara khusus ke atas umat Islam adalah bermatlamatkan permusuhan dan dengki terhadap Islam dan penganutnya, bukan sekadar menakluk bumi dan mengaut hasilnya untuk mereka . Kajian orientalis juga mededahkah bahawa penjajah lebih faham daripada penganut Islam seperti Tun Mahathir. Mereka memahami bahawa rahsia jati diri umat Islam adalah kerana pegangan mereka dengan ajaran Islam yang sempurna sebagaimana yang ada dalam al- Quran dan Sunnah secara menyeluruh, bukan sahaja dalam perkara ibadat, bahkan cara hidup (way of life) yang melibatkan politik, ekonomi dan lain-lain. Snouck Hurgronje (1857- 1936), seorang orentalis Belanda yang membuat kajian terhadap masyarakat Islam menegaskan, bahawa perkara yang paling merbahaya kepada Barat ialah doktrin politik dalam pengajian agama Islam oleh kalangan ulama yang membawa kepada perjuangan menentang penjajah dan menegakkan semula negaranya. Kenyataan ini menunjukkan kepada kita bahawa penjajahan barat adalah juga kerana kedengkian dan permusuhan terhadap agama Islam, bukan semata-mata penjajahan penganutnya sahaja.

Maka agenda pertama penjajah adalah pendidikan, dilaksanakan dengan usaha menyebarkan agama Kristian di kalangan penganut Islam melalui sekolah-sekolah bahasa Barat pada masa itu (Inggeris, Belanda dll), yang menawarkan jawatan tinggi dan harta. Akan tetapi rakyat tempatan iaitu orang-orang melayu masih tetap kuat berpegang dengan agama Islam walau pun jahil dalam ilmu Islamnya. Akhirnya penjajah gagal mempengaruhi masyarakat penganut Islam dengan cara penyebaran agama Kristian dengan cara sedemikian.
Berikutan dengan kegagalan tersebut dilaksanakan pula agenda pendidikan kebangsaan, bagi menanam fahaman fanatik kebangsaan (asobiyyah) yang dijadikannya sama dengan agama Islam. Dalam keadaan jahil agama, rakyat menerima pendekatan penjajah yang membenarkan mereka beribadat dan melakukan upacara agama akan tetapi membiarkan mereka terus jahil Islam dalam hukumnya yang menyeluruh dan tidak berpolitik yang menjadi ancaman kepada mereka.

Pengajian Pondok dan sekolah agama ditubuhkan oleh kalangan ilmuan Islam berkelulusan daripada Makkah, Al-Azhar, India dan lain-lain adalah daripada gerakan tajdid dan islah menentang penjajahan pemikiran terhadap umat. Mereka bukan sahaja berjaya memelihara ajaran Islam yang murni, bahkan juga telah melahirkan ilmuan Islam yang memimpin masyarakat secara percuma, tanpa hasad dengki terhadap mereka yang digajikan oleh kerajaan penjajah, bahkan ramai yang menolak tawaran jawatan kerajaan penjajah.

Pendekatannya ialah ilmu Islam dipertahankan , dalam masa yang sama menerima semua ilmu dari Timur dan Barat yang berfaedah kepada umat dengan jati diri Islam, akidah, syariat dan akhlak, sehingga tidak terpengaruh dengan pemikiran negatif terhadap Islam.

Penubuhan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pula adalah mata rantai perjuangan kemerdekaan yang berlandaskan Islam, sejak kejatuhan Melaka 1511 dan penubuhan parti-parti Islam selepasnya yang diharamkan oleh penjajah Inggeris dan Belanda. Para ilmuan dan ahli akademik yang mengkaji sejarah sehingga ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) telah menemui catatan-catatan penubuhan parti-parti Islam ini, yang masih disimpan dalam Public Record Office di England. Di antaranya ialah penubuhan cawangan Parti Syarikat Islam di Tanah Melayu sejak awal abad dua puluh (1908 dan selepasnya), tetapi diharamkan oleh pihak penjajah British. Kalangan yang sebaya dengan Tun Mahathir tetap tidak lupakan penubuhan Hizbul Muslimin yang diharamkan oleh penjajah dan menyamakannya dengan Komunis dan “bahaya dari gunung”, sebaliknya pihak penjajah membenarkan Parti UMNO yang berteraskan kebangsaan melayu dengan Islam caranya, bergerak dengan bebas di seluruh negara di masa darurat.

Penubuhan PAS pada tahun 1951 pada awalnya dengan mengambil kesempatan daripada muzakarah di bawah anjuran Biro Agama UMNO, bagi membincangkan penggunaan duit loteri untuk kerja kebajikan. Keadaan ini diambil peluan oleh kalangan Islam bukan UMNO dengan menubuhkan NGO Persatuan Islam SeTanah Melayu (PAS). Akhirnya bertukar menjadi parti politik berdaftar, bertanding menentang UMNO, kerana fahamannya yang sesat, apabila memisahkan politik daripada agama Islam, atau politik Islamnya mengikut kehendak penjajah, iaitu Islam tanpa daulat.

Paling menarik penubuhan PAS dan perjalanannya sejak awal, bukan sahaja melibatkan kalangan ulama, bahkan PAS disertai juga oleh tokoh-tokoh berbagai lapangan. Yang Dipertua PAS yang kedua ialah Dr Haji Abbas Alias lulusan Universiti Singapura seperti Tun Mahathir juga, tetapi beliau menolak UMNO kerana ideologinya salah, walau pun ahli UMNO menganut Islam. Bersama PAS juga ialah Datuk Abu Samah (SUK Pahang), Prof Ahmad Ibrahim, Prof Ungku Umar, Aminuddin Baki , Taha Kalu (pegawai polis), Datuk Wan Ahmad dan lain-lain.

Negara kita ini menerima kemerdekaan melalui permaidani merah yang dibentang, diterima oleh UMNO, dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh British. Tokoh-tokoh PAS juga berjuang kemerdekaan sebelum penubuhannya dengan menghadapi tekanan pihak British, ada yang masuk penjara dan sebagainya. PAS tetap menerima kemerdekaan negara walau pun dengan belenggu penjajahan yang masih ada, khususnya penjajahan pemikiran. PAS tetap menyertai pilihanraya kerana kewajipan politik daripada ajaran Islam, tidak ada kena mengena dengan ulama UMNO yang menuntut sepuluh kerusi dan habuan yang lain. PAS mengemukakan dasar, konsep dan sistem pentadbiran yang berbeza dengan UMNO, walaupun menghadapi tekanan, penipuan dan khianat menjatuhkan kerajaannya di Terengganu dan Kelantan oleh UMNO yang sebangsa dan seagama, dengan cara yang tidak beretika, tidak demokratik dan mencanggahi perlembagaan.

Isu kafir mengkafir bukan ciptaan PAS, tetapi adalah reaksi daripada gejala kelemahan akidah dan kejahilan Islam warisan penjajah yang diteruskan oleh UMNO. Sebaik sahaja ada pihak memperkenalkan syariat Islam yang dilupakan kerana belenggu penjajahan, ramai kalangan orang-orang Melayu yang masih Islam dalam UMNO menghina hukum – hukum Islam dan mengejeknya, melawan nas-nas yang nyata daripada al-Quran dan Hadis Mutawatir, kerana jahil murakkab. Kitab- kitab pengajian aqidah yang menjelaskan perkara-perkara yang membatalkan Iman sudah dilupakan atau jahil. Maka berlakulah pertembungan sengit di antara mereka yang tahu serba sedikit dengan pihak yang menghina Islam secara jahil. Penyakit ini berlaku di seluruh dunia Islam yang baru mencapai kemerdekaan. Bukannya bermula tahun 1981. Beberapa orang ulama PAS menjadi mengsa tahanan ISA di awal tahun enam puluhan lagi kerana fitnah ini. Malangnya pihak UMNO yang memerintah dan yang sepertinya di negeri yang lain, menjadikannya sebagai isu politik untuk memecah dan memerintah seperti cara penjajah.

Para ulama politik Islam di seluruh dunia, termasuk PAS mengambil pendekatan ilmu, dengan menjelaskan semula batas-batas iman dan kufur. Al-Marhum Pak Hamka (1908 – 1981) menulis dalam tafsir Al-Azhar (Juzuk 8 ms 181), al marhum Hassan al-Hudaybi (1891 – 1973) menulis buku dalam bahasa arab dan banyak lagi. Di masa PAS berada dalam kerajaan campuran dan BN, diusahakan melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Jabatan Perdana Menteri menerbitkan kitab Mustika Hadis Jilid Pertama. PAS juga mengajak pihak UMNO dan kerajaan bermuzakarah secara ilmu, walaupun tidak disambut dengan baik, kerana kalangan ilmuan agama dalam UMNO yang penakut (ucapan Tun Mahathir). Keadaannya sudah berubah, sehingga tidak kedengaran lagi ucapan yang menghina hukum Islam atau menafikan adanya politik, ekonomi dan lain-lain dalam ajaran Islam.

PAS menerima hakikat masyarakat majmuk berbagai agama dan kaum dengan petunjuk hukum Islam. Adapun UMNO bergabung dengan MCA dan MIC mengambil pendekatan hukum akal bagi mengekalkan kuasa politik UMNO sepanjang hayat , bertali arus, walaupun mengalami kelemahan yang memalukan umat Islam dan menjatuhkan maruah agama Islam. Kerjasama UMNO dengan MCA, MIC dan lain-lain adalah tanpa memelihara hukum Islam dan maruah umat. Tanpa batas halal dan haram dengan petunjuk agama, tetapi agama ditunjuk mengikut kemahuan manusia supaya diamalkan mana-mana hukum yang difikirkan mendatangkan hasil kewangan. Maka amalan yang haram mengikut tegahan Islam tidak dipedulikan, sehingga arak , judi, riba, rasuah dan lain-lain melibatkan penganut Islam dalam kerajaan dan rakyat. Kelemahan politik umat Islam di Singapura, Pulau Pinang dan negeri-negeri lain di pantai barat adalah strategi salah UMNO. Demi mempertahankan UMNO maka melayu Islam yang menyokong PAS di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak dan lain-lain menjadi mangsa kezaliman UMNO, termasuk pegawai kerajaan dan kalangan ilmuan yang didapati menyokong PAS akan disekat dan disikat dengan sikat besi.

Ada pun kerjasama PAS dengan DAP dan kalangan bukan Islam dalam Pakatan Rakayat adalah berlandaskan Perlembagaan PAS yang meletakkan hukum tertinggi ialah al-Quran dan Sunnah, Ijma’ para Ulama dan Qiyas yang nyata. Pesanan Rasulullah S.A.W. :

‫والمسلِمونَ علَى شرُوطهم إَّل شَرْ طًا حرم حَلَّل أَوْ أَحل حراما
‫)سنن الترمذي - (ج 5 / ص 119 قَال أَبُو عيسى هَذا حديث حسن صحيح

(Dan orang Islam itu diwajibkan di atas syarat - syarat yang mereka tetapkan, melainkan syarat yang mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram)

PAS mewujudkan Majlis Syura Ulama bagi merujukkan segala keputusannya dengan petunjuk Islam yang tetap terpelihara, bukan semata-mata berpandukan akal manusia yang sentiasa mengalami kelemahan.




Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Sumber: http://presiden.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=415:pas-tetap-istiqamah-dengan-islam&catid=14:kenyataan-rasmi&Itemid=56






Thursday, 27 October 2011

Sejarah & Kebangkitan PAS di Malaysia ( VIDEO )

Wednesday, 1 June 2011

Mohd Asri bin Haji Muda



Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd Asri bin Haji Muda (10 Oktober 1923 - 28 Ogos 1992) merupakan bekas Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Kehidupan Awal

Beliau dilahirkan di Kampung Masjid, Kota Bharu, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan awal dalam bidang agama, bahasa Melayu dan Inggeris di Sekolah Majlis Ugama Islam, Kota Bharu. Beliau juga menerima pendidikan tidak formal di Pondok Masjid Muhammadi, Kota Bharu. Pada tahun 1947, beliau mengajar di Madrasah Al-Ihya Asy-Syariff, Gunung Semanggol, Perak sebagai guru agama.

Politik

Beliau mula dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1959 hingga 1963. Beliau pernah dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan dari tahun 1964 sehingga tahun 1972. Kemudian, beliau dilantik sebagai Menteri Pembangunan Tanah dan Kemajuan Wilayah dari 1 Januari1973 hingga 9 November 1977. Kemudian pada 14 November 1977 PAS telah dipecat sebagai parti komponen Barisan Nasional.

Beliau memangku jawatan Yang Di Pertua Agung semasa Dr Burhanuddin Al Helmy ditahan ISA. Beliau dilantik sebagai Yang Di-Pertua atau Presiden PAS pada 1969 setelah kematian Dr Burhanuddin Al Helmi. Mohd Asri adalah tokoh yang bertanggungjawab membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada tahun 1973. Tetapi dalam tempoh tersebut beliau dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan PAS di Kelantan sehingga menyebabkan tercetusnya Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar, Dato'Haji Muhammad Nasir. Krisis ini membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada Oktober 1977 dan berlaku rusuhan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu. Pada November 1977, Parlimen meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat. Dato'Haji Asri Haji Muda selaku Ketua Whip PAS di Parlimen mengarahkan Ahli Parlimen PAS menentang Rang Undang-Undang ini dan jika menyokong undang ini maka automatik dipecat daripada PAS. Susulan dari arahan ini, Timb. Yang DiPertua Agung PAS Haji Hassan Adli Arshad menyokong rang undang-undang ini dan beliau automatik dipecat daripada PAS.

Pilihan raya negeri Kelantan selepas Mageran pada Mac 1978 menyaksikan tumbangnya Kerajaan PAS Kelantan setelah berkuasa lebih 18 tahun ke tangan BN dan Berjasa. Sejak dari kejatuhan Kelantan pada PRU 1978, timbul pelbagai desakan dari parti supaya beliau berundur dari kerusi Yang Dipertua Agung PAS. Desakan ini semakin kuat selepas PRU 1982 yang mana PAS masih gagal menguasai semula Kelantan dan selepas berlakunya Revolusi Islam Iran yang mana ahli PAS melihat kepimpinan Dato' Asri sudah ketinggalan dengan zaman dan arus kesedaran dan kebangkitan Islam yang semakin kuat ketika itu. Selain itu berlakunya perselisihan diantara Dato' Asri dan beberapa pimpinan PAS antaranya dengan Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat (sekarang YAB Tuan Guru) selaku Pesuruhjaya PAS Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat mengenai calon Pilihanraya di Kelantan.

Maka beliau akhirnya mengumumkan perletakan jawatan sebagi Yang Dipertua Agung PAS pada 23 Oktober 1982 pada hari kedua Muktamar PAS ke-28 di Dewan Bahasa dan Pustaka. Turut meletakkan jawatan juga ialah isteri beliau yang juga Ketua Muslimat PAS Pusat, Datin Sakinah Joned.

Pada 23 Februari 1983, beliau secara rasmi keluar daripada PAS selepas keahliannya digantung oleh Jawatankuasa Disiplin PAS yang dipengerusikan oleh Pemangku Yang Dipertua Agung, Tuan Haji Yusof Rawa. Beliau kemudian menubuhkan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM) pada 24 Mac1983. Kemudian pada 2 Julai 1983, beliau dilantik sebagai Presiden HAMIM sebelum meletakkan jawatan pada 17 November 1988 dan menyertai UMNO pada 22 November 1988.

Beliau juga pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah pada tahun 1991. Beliau meninggal dunia pada 28 Ogos 1992 di Pusat Perubatan Tawakal pada 4.20 petang akibat sakit jantung.

Keluarga

Beliau berkahwin dengan Puan Sri Sakinah Syeikh Juned pada 15 Ogos 1948 dan mempunyai 9 orang anak, 2 orang lelaki dan 7 orang perempuan, iaitu Noor Dianauli, Husni Zaim, Ratna Inzah, Mutia Sabihah, Naliyah, Khalidah, Nasibah, Najah dan Mohd Taqiuddin.

Tiada ahli keluarga Tan Sri Asri yang mengikuti jejak langkah beliau di dalam politik.

Tuesday, 31 May 2011

Usahkan Bezakan Ulama Dan Profesional

KEWUJUDAN PAS dalam lanskap politik negara, tidak lagi dikesampingkan. Selepas 54 tahun PAS mampu duduk sama tinggi dengan parti utama. Maka tidak hairanlah setiap kali menjelang muktamar, pelbagai polemik dicetus media. Ia bertujuan memperlihatkan kecamuk PAS dari luar. Antara isu yang diungkit berkaitan golongan ulama, profesional dan unity government. Bagi memahami situasi sebenar ikuti pandangan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika ditemui di pejabatnya Selasa lalu.

Nampaknya isu golongan ulama dan profesional dalam PAS diperdebatkan secara terbuka di media sekarang. Bagaimana Tuan Guru melihat situasi ini?

Sepatutnya tidak berlaku pengasingan di antara ulama dan profesional. Tetapi pengasingan berlaku juga hasil daripada penjajahan barat yang mengasingkan agama dan politik. Sampai kita terbawa-bawa dengan isu tersebut. Bukan sekadar berlaku di Malaysia tetapi di negara Arab juga. Negara Arab dijajah Perancis. Penjajah mengasingkan agama dan politik. Mereka sebarkan kefahaman itu di sekolah sehingga ke universiti. Dan apabila penjajah pulang negara bekas jajahan yang tidak kuat pengaruh agama terpengaruh juga menerima agama lain dan politik lain. 

Sedangkan agama dan politik adalah perkara yang satu tidak boleh diasing-asingkan. Dalam al Quran Allah Taala menyebut dalam surah Fathir ayat 27 yang bermaksud Allah turunkan air dari langit sehingga keluar buah-buahan dari perut bumi dengan bermacam warna dan beraneka rasa. Dan ayat 28 pula bermaksud orang yang gerun kepada Allah ialah ulama. Ini bermakna ulama tidak bererti hanya mengajar fiqah sahaja tetapi pandai juga mentadbir. Misalnya air yang diturunkan dari langit ini ada kaitan dengan ilmu astronomi. Ulama kena tahu kedudukan langit. Hujan turun dari langit ke bumi. Air yang turun ditampung oleh udara menyebabkan hujan yang turun bertitik-titik dan tidak segumpal jatuh di atas kepala kita. Ini bermakna ulama dan profesional adalah orang yang sama. 

Di Kelantan kita banyak buka pengajian agama. Dan sekarang kita buat Maahad Tahfiz Sains, di mana anak kita hafal al Quran dan tahu ilmu sains. Kita hendak lahirkan pelajar yang ada ilmu agama dan sains. Dan 20 atau 30 tahun akan datang penghulu kampung sehingga ketua jajahan dan menteri besar adalah mereka yang hafal al Quran dan tahu bidang sains.

Pandangan sesetengah pemimpin menyebabkan penyokong di akar umbi tidak faham?

Sepatutnya tidak berlaku kekecohan seperti sekarang kerana kita sudah lama gabungkan ulama dan profesional. Kita sudah lama gabungkan di antara ulama dan profesional. Saya tidak faham kerana apa pula timbul cerita ini. Ada sesuatu macam kena kecek (pengaruhi). Mungkin mereka terpengaruh dengan pihak lawan. Di Kelantan PAS jauh ke hadapan berbanding dengan Umno untuk menawan hati rakyat khasnya nonMuslim. Kita sebut orang Melayu, Cina, India, Siam adalah serupa kerana kita manusia belaka. Maka tidak timbul hendak letak kelompok-kelompok tertentu. Dalam solat kita sebut ‘Maliki Yaul Middi’ – pembalasan di akhirat kelak dia tidak kira perlembagaan Malaysia ke, Inggeris, Greek tua atau apa-apa sahaja. Allah Taala hanya kira perlembagaan yang Dia buat iaitu al Quran.

Ulama mesti tahu segala-galanya. Orang yang hendak pimpin sama ada hendak sebut nama Ikwan, Jemaah Islam ke atau apa sahaja perlu tahu agama dan agama itu bermaksud tahu juga akademik. Akademik bermaksud menerangkan kekuasaan Allah. Bagaimanapun proses Allah menurunkan air alim ulama kena tahu. Dan air menyuburkan pokok sehingga mengeluarkan buah yang bermacam-macam rasa. Saya tidak faham kenapa hendak kecoh sekarang.

Kebiasaannya ulama dianggap hanya mereka yang berpendidikan agama?

Itu fahaman lama ketika agama Islam masuk ke Tanah Melayu, orang yang mengajar agama tidak banyak tahu ilmu akademik. Sumber ilmu yang diambil di Makkah tidak banyak bidang akademik. Bagaimanapun sekarang di Makkah dan di mana sahaja ada bermacam-macam ilmu akademik. Al Quran dia hafal dan akademik pun tahu. Generasi baru sekarang menerajui gerakan Islam.

Apa pula maksud profesional?

Pada tanggapan saya orang yang belajar ilmu akademik. Akademik itu ilmu Allah juga. Siapa rajin dia dapat. Di Kelantan pada peringkat awal institusi pondok mengajar masyarakat pandai agama. Selepas itu berkembang menjadi Jami’ Merbau di mana ilmu pengajian lebih banyak berbanding pondok. Selepas itu ditingkatkan lagi menjadi Maahad Muhammadi dan perkembangan ilmu semakin meluas. Secara jelas di sini, apabila disebut ulama akan termasuk sama bidang akademik.

Bolehkah dikatakan pakar ekonomi dan bidang lain dikenali sebagai ulama memandangkan pengetahuan agama pun ada?

Kalau tidak tahu Islam, tidak bolehkan hendak dikatakan sebagai ulama. Mereka yang sokong PAS tetapi tidak ada ilmu agama, kita tidak boleh lantik sebagai pemimpin. Misalnya kalau kita hendak bawa kapal di laut, bukan sekadar pegang stereng sahaja tetapi kena tahu pelbagai perkara mengenai laut. Dia kena ada pengetahuan mengenai awan, cahaya matahari dan keadaan laut. Orang yang hendak jaga negeri mesti ada asas agama.

Di Kelantan ketika kita mula-mula mentadbir, saya minta pindahkan wang daripada bank riba ke Bank Islam. Cara macam mana hendak buat itu orang belajar bidang akademik yang lakukan. Orang hendak jadi Menteri Besar kena tahu ilmu akademik dan agama.

Barisan anggota Exco yang Tuan Guru lantik sekarang dikategori sebagai ulama?

Katakanlah orang itu tidak belajar di pondok, tetapi dia duduk lama dengan saya. Dia tengok perangai saya, dia dengar ucapan saya, dan hadir usrah bersama saya, macam mana boleh dikatakan tidak belajar agama. Tidak semestinya belajar di pondok baru boleh dikatakan tahu asas agama. Mereka semua sudah lama bekerja dengan saya. Sepanjang perkhidmatan itu mereka boleh menimba ilmu agama. Jadi boleh dikategorikan mereka sebagai ulama juga.

Apa nasihat Tuan Guru mengatasi percanggahan pandangan sekarang?

Saya nasihatkan kita kembali kepada asal. Ini kerana agama ada jalinan dengan akademik. Dalam Islam ada disebut agama dan daulah. Ada pun fahaman yang mengatakan agama lain dan politik lain adalah dibawa oleh penjajah. Kita cuba usaha ranapkan pengaruh penjajah dari sehari ke sehari. Tidak ada pasal hendak kita timbulkan isu tersebut. Kita telah lama memilih pemimpin yang ada asas agama. Sekarang nampak kejayaan apabila orang bukan Islam juga sudah tertarik dengan PAS. Orang Cina yang sokong Pakatan Rakyat sudah pandai beri salam, sedangkan MCA, MIC sudah lama berkawan dengan Umno, namun mereka tidak memberi kefahaman Islam kepada bukan Islam. Generasi orang bukan Islam sekarang sudah ramai berpelajaran. Dan Islam dari awal lagi menyarankan supaya menuntut ilmu. Islam sesuai dengan akal fikiran manusia.

Sekarang ramai pemimpin tampil merebut jawatan dalam PAS, tidakkah itu boleh menimbulkan masalah?

Mereka yang menawar diri untuk bertanding kerana sudah lama berjuang dalam PAS. Mereka tahu asas-asas Islam. Dan kita belum dengar ada orang mengkritik calon-calon tersebut tidak sembahyang atau engkar ajaran agama. Jadi terpulang kepada perwakilan bagi memilihnya. Saya suka orang tawar diri untuk berkhidmat kepada gerakan Islam.

Pada pandangan Tuan Guru wajarkah jawatan utama dikekalkan?

Kita beri peluang kepada kawasan untuk mencalon dan memilih kecuali kalau ada masalah selepas muktamar kita wujudkan peraturan khusus.

Tidakkah boleh menimbulkan perpecahan dalam PAS?

Kita hendak cari manusia yang tidak berpecah tidak ada. Allah telah sebut sebelum Nabi Adam dibawa turun ke bumi di mana Allah Taala menyebut ‘Hai Adam apabila kamu turun ke bumi kamu akan bertengkar sesama sendiri. Bagaimanapun bagi mana-mana orang yang turut hidayah Aku akan senang lenang tanpa ada sebarang masalah.’ Sekarang apabila perwakilan ramai kita memilih menggunakan kertas undi dan tidak lagi angkat tangan.

Sebelum ini media harian menganggap wujud dua kelompok dalam PAS iaitu pro Endorgan dan konvensional. Benarkah demikian?

Itu sekadar tanggapan yang dimainkan media hendak lariskan suratkhabar mereka. Ada sesetengah wartawan menulis dengan hasrat mahu melaga-lagakan, dan ada juga wartawan yang lebih berhati-hati kerana mengambil sikap tanggungjawab di dunia dan akhirat. Dalam PAS hanya ada satu kumpulan yang berjuang untuk mendaulatkan Islam. Perjuangan kita di atas dunia hendak daulatkan Islam dan di akhirat mahu ditempatkan oleh Allah Taala ke dalam syurga.

Baru-baru ini timbul dakwaan dalam blog kononnya Tuan Guru dinasihatkan oleh pembantu yang cuba melagakan dengan Presiden. Sejauh mana kebenarannya?

Saya sudah tegur orang terbabit. Hendak cari orang yang tiada silap ini tiada. Orang yang tiada silap langsung ialah kaki lepak yang tidur sepanjang masa. Kesilapan tersebut maka agama ajar suruh nasihat menasihati antara satu sama lain.

Bagaimana pula dengan isu unity government?

Tidak timbul lagi sekarang kerana Presiden telah menarik balik cadangan tersebut.

Sejarah Parti Islam Semalaysia (PAS)



Kejayaan cemerlang PAS dalam pilihan raya umum ke-12 pada 2008 telah meletakkan PAS sebagai sebuah parti pembangkang utama yang dilihat oleh rakyat berupaya mengambil alih pemerintahan negara. Semenjak 1990, PAS telah melangkah maju daripada sebuah parti pembangkang yang dianggap ‘ekstrem’ menjadi sebuah parti pemerintah yang moderat dalam melaksanakan cita-cita Islamnya bermula di Kelantan semenjak 1990, kemudian ke Terengganu pada 1999 hingga 2004, dan kini PAS mendapat kepercayaan rakyat di Kedah, Perak dan Selangor. Di Parlimen juga, PAS telah bangkit dan menguasai 10 peratus daripada kerusi Parlimen atau 25 peratus daripada keseluruhan kerusi pembangkang. Perkembangan ini meletakkan PAS dalam perhatian peminat politik, pengkaji dan juga penyelidik.

Sebenarnya, kemunculan PAS dalam sejarah politik tanah air telah bermula semenjak 23 Ogos 1951 apabila para ulamak yang bersidang di Kuala Lumpur bersetuju menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Ulamak Se-Malaya. Nama persatuan ini kemudiannya diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951, dalam satu
persidangan ulamak Malaya di Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai. Itulah sekelumit permulaan sejarah PAS yang diasaskan oleh para ulamak yang kemudiannya berkembang menjadi sebuah pertubuhan politico-dakwah yang penting di negara ini. Penglibatan dan sumbangan PAS dala politik negara bermula sebaik sahaja ia ditubuhkan walaupun ramai pengkaji mengatakan PAS hanya menyertai politik menjelang pilihan raya 1955.

Kemunculan PAS ini dikatakan hasil daripada silang pengaruh yang berlaku antara beberapa gerakan Islam yang lebih awal seperti Ikhwanul Muslimun di Mesir, Masyumi di Indonesia dan Jamaat Islami di Pakistan. Ketiga-tiga pengaruh ini telah menyerap masuk ke Tanah Melayu melalui para ulamak yang belajar di Mesir, Mekah, India dan Indonesia. Ksedaran yang awal ialah para ulamak atau umat Islam memerlukan sebuah pertubuhan atau badan yang boleh mewakili mereka dalam semua aspek kehidupan terutama dalam keadaan Tanah Melayu sedang dijajah oleh British ketika itu. Longgokan ksedaran ini kemudiannya menghasilkan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 1947 diikuti oleh Hizbul Muslimin pada 1948 kesan daripada usaha gigih Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Walau bagaimanapun, gerakan Islam yang berpusat di Gunung Semanggol ini terkubur ekoran penguatkuasaan Ordinan Darurat pada Jun 1948.

Para ulamak mengambil beberapa sikap selepas tragedi darurat ini. Ada yang ’tawakuf’ daripada politik kepartian tetapi menggerakkan kesedaran rakyat melalui institusi pendidikan atau media massa. Dalam fraksi yang lain, para ulamak telah mengambil sikap untuk menyertai parti nasionalis Umno bagi membolehkan isu-isu umat Islam diperkatakan. Beberapa tokoh Hizbul Muslimin seperti Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang lepasan Maahad Il Ihya Assyariff, Gunung Semanggol telah menyertai Umno pada 1950 dan dilantik mengetuai Bahagian Agama dan Pelajaran Umno. Bahagian ini kemudiannya mengaturkan beberapa persidangan untuk membolehkan ulamak menubuhkankan persatuan. Dalam tulisannya, ”Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan”, Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap Umno yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, pengajuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain. Dalam satu persidangan ulamak yang dipimpin oleh Sheikh Abdullah Fahim, Mufti Pulau Pinang di Seberang Perai pada 1951, mereka telah mengeluarkan fatwa mengharamkan judi loteri anjuran Umno.

Dalam konflik pelbagai yang dihadapi oleh para ulamak dan situasi politik semasa yang masih tidak menuju kepada jalan Allah itu, maka para ulamak membuat pendirian untuk menubuhkan PAS. Haji Ahmad Badawi, seorang ulamak di Seberang Perai telah mengeluarkan satu manifesto yang dinamakan ’Manifesto al-Badawi’ dengan tema ”Ulamak ke Jalan Allah” bagi menyambut persidangan untuk menubuhkan PAS pada 24 November 1951. Mereka memutuskan supaya PAS menjadi sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan melalui landasan demokrasi ke arah membentuk sebuah negara yang diredhai Alah. Para ulamak menolak bentukbentuk perjuangan yang diasaskan berdasarkan ideologi ciptaan manusia yang dibawa masuk oleh penjajah.

Semenjak itulah, PAS muncul sebagai sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan negara, kemudian menyertai pilihan raya demi pilihan raya. PAS juga menggunakan pelbagai saluran untuk menyampaikan mesej dakwahnya termasuk membentuk beberapa kerjasama politik dengan orang bukan Islam semenjak 1953. Di bawah kepemimpin Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dan Dr Haji Abbas Alias, PAS bercakap soal kemerdekaan yang boleh ditegakkan hukum Islam. PAS menolak kerakyatan jus soli yang merugikan peribumi dan PAS mendesak supaya Islam dijadikan dasar negara yang merdeka. Apabila Dr Burhanuddin al-Helmy mengambil alih kepemimpinan PAS pada akhir 1956, PAS mula memperincikan sikapnya terhadap kemerdekaan yang hendak dicapai yang dianggap ’masih kosong’ dari
matlamat sebenar kerana mengabaikan kebangsaan Melayu dan ketuanan Islam1. Hal ini tergambar daripada hasrat Dr Burhanuddin,

”Dalam perjuangan kita (PAS) bagi mencapai kemerdekaan, kita telah dan terusmenerus memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi negara Tanah Melayu ini dengan bertapak di atas asas ideologi Islam yang maha suci”2.

Penyertaan PAS dalam pilihan raya 1959 telah memberikan kejayaan besar apabila Terengganu dan Kelantan berjaya dikuasai. PAS membentuk kerajaan yang dipimpin oleh Mohd Daud Abdul Samad di Terengganu dan Ustaz Ishak Lotfi Omar di Kelantan sebagai Menteri Besar. PAS memulakan langkah sebagai kerajaan di dua negeri Pantai Timur untuk menterjemahkan ideologi perjuangannya yang berasaskan al-Quran dan Sunnah. Namun begitu, kerajaan PAS di Terengganu telah dijatuhkan pada Oktober 1961 hasil permainan politik kotor Perikatan. Di Kelantan, PAS berjaya bertahan sehingga BN mendaruratkan Kelantan pada akhir 1977. Dalam konteks ini, PAS-lah satu-satunya pembangkang yang diberikan kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah kerajaan negeri di negara ini.

Selepas kejatuhan Terengganu pada hujung 1961, PAS mulai menerima tekanan-tekanan politik seperti penyalahgunaan ISA, penahanan Dr Burhanuddin al-Helmy diikuti oleh sekatan politik, keganasan Pemuda Tahan Lasak Umno dan beberapa siri pembunuhan politik. Perjuangan PAS untuk memartabatkan kebangsaan Melayu Raya berasaskan Islam telah dijadikan kambing hitam dalam Konfrantasi Indonesia pada 1963. PAS menolak pembentukan Malaysia kerana mahukan sebuah negara Melayu yang lebih besar meliputi seluruh alam Melayu dibentuk. Dalam masa yang sama Umno mencanangkan isu-isu perkauman yang akhirnya membawa kepada beberapa siri perbalahan kaum di Pulau Pinang, Perak dan Singapura antara 1964 hingga 1969, dan kemuncaknnya tercetus Tragedi 13 Mei 1969 yang mengubah landskap politik negara. Selepas tragedi ini, Datuk Mohd Asri Muda yang memangku jawatan Yang Dipertua Agung PAS semenjak 1965 telah dilantik sebagai Yang Dipertua Agung PAS pada 1971.

PAS memasuki era baru dalam politik negara apabila PAS mula meneroka kerjasama dengan Umno bagi menjamin kestabilan politik negara, mengekalkan ketuanan Melayu dan menyerapkan Islam dalam pemerintahan. PAS menyertai beberapa parti lain telah membentuk Kerajaan Campuran PAS-Perikatan pada 1973, kemudian sama-sama mengasaskan Barisan Nasional (BN) pada 1974. BN mencapai kejayaan besar dalam pilihan raya 1974 dan PAS sendiri telah berjaya menembusi ruang-ruang yang baru sehingga membolehkan Islam di sampaikan ke corong telinga rakyat dengan lebih berkesan. Walau bagaimanapun, keterbukaan PAS dalam membentuk kestabilan politik negara telah disalahgunakan oleh musuh-musuh politiknya dengan melaga-lagakan pimpinan PAS sehingga terjadi krisis politik Kelantan pada 1977. Akibatnya, PAS telah menolak Akta Darurat (Kelantan) 1977 yang menyebabkan PAS bukan sahaja disingkirkan dari BN, tetapi turut kehilangan Kelantan.

Setelah melalui tempoh yang mencabar antara 1978 hingga 1982 di mana PAS terpaksa berhadapan dengan perpecahan, kehilangan kuasa pemerintahan, tekanan ISA dan krisis kepemimpinan, akhirnya PAS telah mengasaskan kepemimpinan ulamak pada Oktober 1982. Tuan Haji Yusof Rawa telah diangkat untuk memimpin PAS bagi menggantikan Datuk Mohd Asri yang meletakkan jawatan. Permulaan era kepemimpinan ulamak memperlihatkan PAS kembali kepada asas perjuangannya untuk mendaulatkan Islam dan memberikan penekanan terhadap kwajipan tersebut. Gerakan dakwah PAS berkembang dengan lebih tersusun melalui pendekatan haraki dan dalam masa yang sama PAS terus membina jambatan dakwah dengan non-Muslim sehingga terbentuk Majlis Perundingan Cina (CCC). Di sudut yang lain, pendekatan PAS telah disambut oleh kerajaan dengan melaksanakan juzuk tertentu daripada Islam seperti Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam, Dasar Bersih, Cekap dan Amanah serta penubuhan Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa dan lain-lain.

Paling mencabar pada era kepemimpinan ulamak ialah beberapa siri penyalahgunaan ISA yang berlaku pada 1984, 1987 dan 1989, ketimbang dengan desakan PAS untuk diadakan Debat Terbuka PAS-Umno pada 1984. Dalam kemelut ini, tercetus pula tragedi Memali pada November 1985 yang mengorbankan 14 orang ahli PAS. Tetapi, pada 1987, Umno pula menghadapi krisis kepemimpinan sehingga parti tersebut diharamkan. Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor memanfaatkan kesempatan ini dengan mewujudkan kerjasama politik dengan serpihan Umno, Semangat 46 yang membolehkan PAS berkuasa semula di Kelantan. Ketua Dewan Ulamak PAS (kemudian Mursyidul Am PAS), Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat diberikan kepercayaan untuk memimpin kerajaan Kelantan semenjak 1990. Dengan dasar ’Membangun Bersama Islam’, PAS berjaya melaksanakan tanggungjawabnya untuk menegakkan hukum Allah yang berada dalam bidang kuasana.

Pada 1996, PAS mula berkrisis dengan Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) yang menyebabkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang dibentuk pada 1989 berpecah. Dua tahun kemudian, Umno sekali lagi menghadapi perpecahan ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebabkan wujudnya gerakan Reformasi. PAS telah memimpin Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) bagi menuntut keadilan kepada rakyat, kemudian menubuhkan Barisan Alternatif (BA) pada 1999. Melalui BA, PAS berjaya merampas semula Terengganu. Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang diamanahkan untuk mengetuai kerajaan Terengganu sehingga 2004. Selepas pencapaian lemah PAS pada 2004 kerana momentum Perdana Menteri baru, PAS bangkit semula pada 2008 dengan mengetuai tiga kerajaan negeri dan turut serta dalam kerajaan di Selangor. Kini, PAS dilihat sebagai pencabar utama Umno dalam menguasai politik orang Melayu Islam.

Sepanjang tempoh 1951-2008 ini, PAS telah dipimpin oleh tujuh orang Yang Dipertua Agung/Presiden iaitu Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan (1951-1953), Dr Haji Abbas Alias (1953-1956), Profesor Dr Burhanuddin al-Helmy (1956-1969), Datuk Mohd Asri Muda (1969-1982), Tuan Haji Yusof Rawa (1982-1988), Dato’ Fadzil Mohd Noor (1988-2002) dan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (2002 hingga sekarang). Para pengkaji yang menganalisis perkembangan PAS ini mengatakan PAS telah mengalami empat jenis kepemimpinan iaitu kepemimpinan ulamak tradisi (1951-1956), kepemimpinan nasionalis kiri (1956-1969), kepemimpinan nasionalis kanan (1969-1982) dan kepemimpinan ulamak haraki (1982-sekarang)3. Dalam pada itu juga, mereka mengatakan PAS telah melalui empat tahap perkembangan iaitu tahap kemunculan (1951-1959), tahap kebangkitan (1959-1973), tahap kemuncak (1973-1977), tahap kejatuhan (1977-1990) dan tahap kebangkitan semula (1990-sekarang)4. Dari sudut pembinaan ideologi perjuangan PAS, dikatakan berlaku tiga fasa iaitu fasa penubuhan dan pembentukan ideologi (1951-1958), fasa pencernaan ideologi (1958-1982) dan fasa pengukuhan idelogi (1982-1995)5.


1 Burhanuddin al-Helmy (1957), Panduan Jiwa Pergerakan, dlm. Suara Islam, Thn. 2, Bil. 1, Disember.
2 Burhanuddin al-Helmy (1960), Sambutan Kemerdekaan Kali Ketiga, Utusan Melayu, 31 Ogos.
3 Mohd Fadli Ghani (2003), Dewan Pemuda PAS: Suatu Kajian Terhadap Tahap-tahap Perkembangan Organisasi
Dalam Era Bertindak, 1975-2003, Tesis Sarjana Sastera, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi UKM, h. 27.
4 Wan Abdul Rahman Latif (1992), Parti-parti Politik di Malaysia: Asas Perjuangan dan Penerimaan Masyarakat,
dlm. Dunia Islam, Feb., h. 35.
5 Zambry Abd Kadir (1995), Religion and Politics: The Search for Political Legitimacy of The Pan-Islamic Party of
Malaysia, Tesis PhD, Temple University, h. 25-28.

Friday, 6 May 2011

Dr Burhanuddin Al-Hilmi

 

Awal kehidupan

Burhanuddin dilahirkan di Kota Bharu, Perak pada tahun 1911, dan belajar di Universiti Muslim Aligarh di India.

Aktiviti selepas perang

Selepas Perang Dunia II, Burhanuddin menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris, dan Dr. Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan "kesatuan politik" Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utamanya.

Presiden PAS

Pemimpin Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berpindah tangan kepada Burhanuddin pada tahun 1956, hingga kematiannya pada tahun 1969. Di bawah kepimpinan Burhanuddin, PAS mempunyai orientasi menyokong kesatuan sekerja dan anti-kolonialisme. Beliau digambarkan sebagai seorang "nasionalis radikal dan pemikir Islam". Kepemimpinannya terpotong oleh penangkapan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada tahun 1965, dan selanjutnya dipenjara selama satu tahun atas tuduhan berkomplot untuk menggulingkan kerajaan Malaysia dan memasang sebuah kerajaan pengganti yang lebih ramah kepada Indonesia.

Wafat

Burhanuddin meninggal dunia pada tanggal 10 Oktober 1969 akibat penyakit lelah dan juga kesan seksaan yang beliau terima semasa dalam tahanan ISA.

Garis masa

Tahun Peristiwa Catatan
1911
  • Burhanuddin dilahirkan sebagai anak pertama pasangan Haji Mohamad Noor dan Sharifah Zaharah bt Habib Osman di Kampung Changkat Tualang, Mukim Kota Bharu, Gopeng, Perak.
  • Hj Mohamad Noor berasal dari Batu Sangkar, daerah Tanah Datar, Minangkabau Sumatera dan telah datang ke Perak pada tahun 1908
  • Sharifah Zaharah berasal dari Melaka
1926
  • Menyambung pelajaran di sekolah agama kelolaan Syeikh Mohamad Khatib Minangkabau di Sungai Jambu, Batu Sangkar, Minangkabau, Sumatera
  • Bertukar belajar di sekolah pondok Pulau Pisang, Jitra, Kedah
  • Hanya bertahan selama 6 bulan di Sungai Jambu kerana cara belajar mengikut 'sistem tadah' tidak disukai oleh Burhanuddin
  • Hanya bertahan selama sebulan di Pulau Pisang kerana cara belajar masih mengikut 'sistem tadah'
1927
  • Menyambung pelajaran di Madrasah al-Masyhor, Pulau Pinang

1934
  • Melanjutkan pelajaran di Universiti Aligrah, New Delhi, India di dalam bidang falsafah dan sastera.

1942-1945
  • Menjadi Penasihat Hal Ehwal Islam & Adat Istiadat Melayu ketika pendudukan Jepun

1950
  • Ditahan oleh British kerana terlibat dengan Rusuhan Natrah di Singapura

1956
  • Menyertai Persatuan Islam Se-Tanah Melayu (PAS). Kemudian, dipilih sebagai Yang Dipertua Agung PAS ke-3 menggantikan Dato' Dr Haji Abbas Alias

1959
  • Menang Kerusi Parlimen Besut, Terengganu pada Pilihan Raya Umum 1959

1964-1966
  • Ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana kononnya menjadi ejen Indonesia dan terlibat dengan kegiatan menentang penubuhan Malaysia
  • Jawatan beliau sebagai Yang Dipertua Agung PAS dipangku oleh Naib Yang Dipertua Agung, Mohd Asri Haji Muda
  • Dibebaskan pada 1966 namun dikenakan tahanan terhad.

10 Oktober 1969
  • Meninggal dunia akibat penyakit lelah dan juga kesan seksaan yang beliau terima semasa dalam tahanan ISA

Saturday, 30 April 2011

Ustaz Abu Bakar Al-Baqir

 

Kelahiran

Ustaz Abu Bakar al-Baqir dilahirkan pada tahun 1907 di kampung Gunung Semanggol, Bagan Serai, Perak tidak jauh dari Padang Rengas.

Ustaz Abu Bakar al-Baqir atau dikenali juga Syeikh Abu Bakar al-Baqir berketurunan Jawa. Datuknya berasal dari Kendal, Jawa Tengah.Haji Abdul Jabbar, datuknya ialah orang pertama daripada keluarganya yang datang menetap di Gunung Semanggol lebih kurang 1850-an . Haji Abdul Jabbar untuk pertama kalinya tinggal di Klang, Selangor, kemudian pindah ke Kuala Kurau, [Perak]], untuk akhirnya pindah dan menetap di Gunung Semanggol. Kehidupan mereka adalah dari bercocok tanam dan bersawah. Haji Abdul Jabbar meninggalkan tanah sawah sebagai pusaka kepada anaknya, Mohd. Said, iaitu bapa kepada Syeikh Abu Bakar al-Baqir. Dan sawah inilah kemudian menjadi penyara hidup Mohd. Said. Sebagai keluarga petani hidup mereka amat sederhana. Mohd. Said mendidik tiga orang puteranya, Muhyuddin Mohd. Said, Abu Bakar Mohd. Said, dan Abdullah Mohd. Said dengan didikan Islam dan mengajar mereka pengetahuan Islam. Demikian juga anak-anak perempuannya, Aisyah Mohd. Said, Saudah Mohd. Said, dan Hafsah Mohd. Said dididik dengan didikan agama.

Pendidikan

Beliau belajar di Sekolah Melayu selama lima tahun. Di samping itu beliau juga dididik membaca al-Quran dan ilmu-ilmu agama lainnya yang sesuai diterima oleh anak-anak sebayanya.

Setelah menamatkan Sekolah Melayu, beliau belajar di sebuah pondok di Gunung Semanggol, iaitu Madrasah ar-Rahmaniah. Pondok itu dinamakan demikian adalah sempena nama pengasasnya, Haji Abdul Rahman bin Mahmud, seorang alim yang pernah belajar di al-Azhar, Mesir dan Masjid al-Haram di Mekah. Syeikh Abu Bakar al-Baqir belajar di pondok itu selama enam tahun yakni pada tahun 1919-1924. Selepas itu beliau pindah ke Madrasah Dairatul-Maarif al-Wataniah di Kepala Batas, Seberang Perai Utara. Di Kepala Batas, beliau diajar oleh guru yang berkebolehan termasuklah Tok Guru Haji Abdullah bin Ibrahim (Haji Abdullah Pak Him), seorang tokoh ulama yang terkenal di sebelah utara Semenanjung. Beliau belajar di situ selama enam tahun.

Ketika gurunya, Haji Abdullah bin Ibrahim berpindah mengajar ke Madrasah Idrisiah, Kuala Kangsar, Syeikh Abu Bakar juga berpindah ke sana, berada di sana selama tiga tahun (1931-1933), separuh masa pertama sebagai pelajar, dan pada separuh masa yang kedua sebagai guru pelatih dengan diberi gaji RM30.00 sebulan.

Ma'ahad al-Ehya al-Syarif

Beliau kembali ke Gunung Semanggol atas panggilan bekas gurunya dan bakal mertuanya, Haji Abd. Rahman, untuk sama-sama berusaha menubuhkan sebuah sekolah Islam di Gunung Semanggol sebagai ganti pondok ar-Rahmaniah.

Berkat usaha gigih Syeikh Abu Bakar al-Baqir dan dengan sokongan kuat Haji Abd. Rahman dan tokoh-tokoh muslim tempatan, maka pada tahun 1934 berdirilah sebuah sekolah agama yang mempunyai manhaj baru, yang diberi nama Maahad Al-Ehya Al Shariff, menggantikan pondok yang sedia ada yang telah dibangunkan dan diuruskan oleh Haji Abd. Rahman.

Keluarga

Dalam tahun 1935, beliau dinikahkan dengan Ustazah Fatimah Abd. Rahman. Beliau terus menyertai isterinya ini, dengan mendapat kurnia empat orang anak, seorang lelaki dan tiga orang perempuan, sampailah beliau menemui ajalnya pada 13 Julai 1974. Putera-puteri beliau itu ialah Sahar Mursyid Abu Bakar, Miskiah Fadilah Abu Bakar, Naqibah Nu'ma Abu Bakar, dan Aniqah Rusda Abu Bakar.

Pembaharuan

Dari segi pembaharuan Islam beliau menunjukkan wajah yang mirip dengan Syeikh Juned Tola. Yang beliau bangunkan ialah pendidikan, politik, ekonomi, dan kerja kebajikan. Tentang fahaman bermazhab atau tidak bermazhab beliau tidak begitu mengambil perhatian. Sepertimana Syeikh Juned Tola , meskipun beliau menganut fahaman pembaharuan dalam bidang akidah dan syariah, namun beliau untuk gerakan "islah"nya tidak berkonfrontasi dengan pihak Syafiiyah. Beliau menekankan pembaharuan itu pada pendidikan.

Pembangunan pendidikan rasmi telah beliau penuhi dengan ditubuhkannya Ma'ahad al-Ihya al-Syarif. Dalam hal ini beliau mendapat kerjasama daripada kaum muslimin tempatan, khasnya daripada Haji Abd. Rahman Mahmud, Tuan Imam Lebai Sirat, dan Haji Abd. Manaf, Penghulu Kampung Gunung Semanggol. Selain itu, beliau juga mengajar di kelas pengajian yang diadakan di masjid dan surau di sekitar Gunung Semanggol.

Perjuangan politik

Dalam mesyuarat yang dihadiri oleh tokoh-tokoh Islam terkemuka telah dibentuk suatu badan yang bernama Majlis Agama Tertinggi Malaya (MATA). Sebagai Pengerusi Badan Kebajikan dan Pelajaran MATA beliau telah memainkan peranan penting dalam merangka dasar pendidikan yang bertaraf nasional.

Dalam suatu persidangan yang diadakan di Ma'ahad al-Ihya al-Syarif yang dihadiri oleh lebih kurang 500 orang pada 15 November 1947 telah dibentuk pula Lembaga Pendidikan Rakyat, atau singkatannya LEPIR, yang pengelolaannya diserahkan kepada Ustaz Abd. Rabb al-Tamimi. Antara matlamat yang hendak diperjuangkan oleh LEPIR ialah menyamakan kurikulum pendidikan sekolah agama rakyat dalam Malaya, dan untuk mencapai ini sebuah Pusat Pentadbiran Sekolah Rakyat telah dibentuk dan dikelolakan oleh Haji Zubir Ahmad, yang kemudiannya digantikan oleh Ustaz Abd. Rabb al-Tamimi.

Perjuangan beliau juga meliputi bidang politik. Beliau mempunyai hubungan yang baik dengan tokoh-tokoh Kesatuan Melayu pada masa itu seperti Ibrahim Yaakob dan Dr. Burhanuddin al-Hilmi (meninggal 25 September 1969).

Bersama-sama dengan kelahiran MATA dalam suatu persidangan di bangunan al-Ihya al-Syarif yang dihadiri oleh lebih kurang 2 000 orang para alim ulama dan cerdik-pandai orang Melayu serta utusan dari Singapura dan Indonesia pada 22-24 Mac 1947 lahir pula Pusat Perekonomian Melayu seMalaya, atau singkatannya PEPERMAS.

Untuk memenuhi hasrat, orang Melayu kepada suatu pertubuhan politik yang bertujuan mencapai kemerdekaan, maka pada 13-14 Mac 1948, sebuah lagi persidangan telah diadakan di al-Ihya al-Syarif yang dihadiri oleh lebih kurang 5 000 orang. Antara yang hadir ialah Dr. Burhanuddin al-Hilmi

Persidangan ini telah mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah parti politik yang berasaskan Islam, dengan diberi nama Hizbul Muslimin atau HAMIM. Parti ini ditubuhkan pada 14 Mac 1948. Nama ini dicadangkan oleh Abu Bakar al-Baqir, dan beliau jugalah yang mengetuai parti Islam itu. Selepas itu dilakukanlah lawatan ke seluruh Malaya, bertujuan memberi penerangan kepada rakyat muslimin dan membentuk cawangan di tempat yang boleh dibentuk. Dalam waktu yang tidak lama, parti ini telah mempunyai cawangan di Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Selangor, Melaka, Perlis, Kedah, dan Pulau Pinang.

Berhubung dengan suara dan sikapnya yang lantang menuntut kemerdekaan, maka parti ini ditakuti oleh pihak berkuasa, terutama penjajah British. Maka dilemparkanlah kepadanya tuduhan dan tohmah-tohmah. Ia juga dituduh sebagai parti "merah" (komunis). Dato' Onn Jaafar, yang pada masa itu memimpin UMNO, bersikap agak lunak, bahkan dengan secara sindiran mengingatkan anggota UMNO bahawa pertumbuhan politik di Gunung Semanggol itu ialah suatu bahaya dari gunung yang patut diawasi. Pengaruh Gunung Semanggol dalam membentuk pemikiran umat Islam di Malaya sesungguhnya amat ketara.

Ketakutan pihak berkuasa British terhadap perkembangan cita-cita Islam dalam politik memuncak ketika pada 29 Julai 1948, pukul 12 tengah hari tiga orang pemimpin utama HAMIM ditangkap. Mereka ialah Syeikh Abu Bakar al-Baqir, Ustaz Abd. Rabb al-Tamimi, dan Ustaz Abdul Rauf Nur. Syeikh Abu Bakar dibebaskan daripada tahanan dalam bulan Oktober 1952.

Ekoran daripada penahanan ini HAMIM menjadi lumpuh dan akhirnya terkubur. Namun, semangat perjuangannya untuk menegakkan Islam di bumi Tanah Melayu diwarisi oleh parti baru, iaitu Parti Islam Se-Malaya, sekarang Parti Islam Se-Malaysia, (PAS).

Syeikh Abu Bakar al-Baqir telah meninggal dunia pada 13 Julai 1974. Namun, bekas tangannya masih tetap tinggal. Ma'ahad al-Ihya al-Syarif masih berdiri dengan kukuhnya. Dari segi kewangan meskipun sangat sederhana namun ia tidak mengecewakan. Ia mempunyai ladang-ladang seperti ladang getah dan kelapa sawit, serta bendang. Kebun getahnya ada lebih kurang 40 ekar, kebun kelapa sawitnya seluas 60 ekar dan sawah padi ada 12 ekar. Juga ia mempunyai kedai di Sri Manjong yang disewakan RM350.00 sebulan. Selain itu, sekolah ini juga mendapat bantuan daripada Majlis Agama Negeri Perak. Dan masih ada sumber-sumber lain. Walau bagaimanapun, fungsinya sebagai salah satu pusat perjuangan umat Islam telah berhenti sejak kehilangan Syeikh Abu Bakar al-Baqir. Tetapi sebagaimana Padang Rengas, Gunung Semanggol juga telah meletakkan beberapa baris batu-bata pada binaan Malaysia merdeka. Sedikit sebanyak ia telah berjaya merombak perasaan, pemikiran, dan mentaliti umat Islam terutama di Perak. Dari suatu bangsa yang jiwanya terjajah dan penuh perasaan rendah diri, diangkatnya menjadi suatu bangsa yang tahu harga diri dan berasa sanggup melakukan perubahan besar.

Kuasa Parti HAMIM sebagai salah satu tenaga pendesak adalah nyata. Ia mempercepat penjajah menyerahkan kuasanya kepada Persekutuan Tanah Melayu.

Bagaimana semangat kemerdekaan itu dibangunkan kepada pelajarnya dikisahkan oleh tokoh pengasuh yang sekarang ini. Semangat kemerdekaan itu disalurkan juga melalui pelajaran. Guru-guru yang berasal dari Indonesia sangat menolong dalam membangunkan semangat merdeka itu. Setiap pagi dinyanyikan lagu Indonesia Raya (Lagu Kebangsaan Republik Indonesia). Juga tokoh-tokoh kebangsaan diminta berucap di sini, antaranya termasuklah Datuk Mohd Asri bin Haji Muda.

Syeikh Abu Bakar al-Baqir mengatakan bahawa kemerdekaan bagi Tanah Melayu adalah seperti buah yang sudah masak. Orang putih hanya menunggu kejatuhannya sahaja. Tetapi mereka tidak akan menyerahkannya kepada orang-orang agama. Oleh itu, perlu kita rebut supaya Malaya dapat dijadikan negara Islam.

Tentang fahaman fikahnya menurut Ustaz Shahar Mursyid Abu Bakar, Setiausaha Persatuan dan Ma'ahad al-Ihya al-Syarif, Syeikh Abu Bakar menolak beberapa perkara yang ditampalkan orang kepada mazhab Syafii seperti talkin, fidyah sembahyang, dan sepertinya. Beliau ingin agar umat Islam itu kembali kepada al-Quran.