KENALI PAS

Klik gambar untuk senarai artikel.

PRU13

Klik gambar untuk senarai artikel.

MANIFESTO

Klik gambar untuk senarai artikel.

FIKRAH

Klik gambar untuk senarai artikel.

TAHALUF SIYASI

Klik gambar untuk senarai artikel.

KALIMAH ALLAH

Klik gambar untuk senarai artikel..

Tuesday 31 May 2011

Pertemuan Marsekal Hussien Thantawi dan Mahmud Abbas



Pemimpin Dewan Tentera Mesir , Marsekal Hussein Tantawi, mengadakan perbincangan pada hari Isnin dengan Presiden Palestin Mahmoud Abbas berkaitan dengan usaha regional dan antarabangsa untuk memperkuat proses perdamaian Israel-Palestin.

Mereka juga membicarakan dukungan Mesir untuk perjanjian rekonsiliasi baru-baru ini antara faksi Fatah dan Hamas Palestin.

Dalam pertemuan tersebut, Abbas menyatakan siap untuk memulai perundingan dengan Israel menggunakan asas yang disarankan oleh Presiden AS Barack Obama pada 19 Mei ucapan di Timur Tengah, serta mengandalkan keputusan Prakarsa Perdamaian Arab.

Dalam ucapannya, Obama mendesak Israel untuk menarik diri dari daerah ini telah mereka duduki sejak perang tahun 1967. Sementara itu, Israel menolak idea Presiden Barack Obama.

Pertemuan ini dihadiri oleh Wakil Ketua Dewan Tertinggi Angkatan Bersenjata, Jenderal Sami Anan, bersama dengan anggota dewan lainnya dan Mahmud Abbas yang didampingi para delegasi Fatah.

Abbas berterima kasih kepada dewan militer dan pemerintah Mesir atas dukungannya untuk Palestin dan peranan utama Mesir dimainkan dalam menciptakan perjanjian rekonsiliasi antara Fatah dan Hamas.

Nampaknya militer Mesir memperhatikan dengan saksama perubahan di Timur Tengah, dan berupaya menselaraskan kebijakannya dengan aspirasi rakyat Mesir, yang mendukung Palestin merdeka. (mh/aljz)

Penentang YAMAN kuasai 5 Wilayah



Pada saat kubu revolusioner mengambil alih sebahagian besar wilayah di Yaman, pasukan pemerintah membunuh sekurang-kurangnya tiga penunjuk perasaan di kota selatan Taizz.

Sekitar 3,000 orang berkumpul di luar pejabat polis di Taizz, terletak 300 kilometer (186 mil) selatan ibukota Sana'a, pada hari Ahad (29/5) untuk menuntut pembebasan seorang pendemo yang ditahan oleh polis, AFP melaporkan.

Pasukan keamanan menembakkan peluru ke udara dalam usaha untuk membubarkan kerumunan pendemo, tapi kemudian peluru ditembakkan ke arah mereka ketika para pendemo enggan bubar..

"Tiga pendemo terbunuh oleh tembakan polis dan puluhan lainnya cedera, beberapa mengalami luka serius," kata seorang pegawai hospital .

Sementara itu, revolusioner Yaman mengatakan pasukan yang setia kepada Presiden Ali Abdullah Saleh telah kehilangan kawalan atas lima wilayah, termasuk Mareb dan Saa'da.

Insiden ini datang pada saat terjadinya gencatan senjata antara pasukan Yaman yang setia kepada Presiden Ali Abdullah Saleh dan suku penentang yang mulai berlaku pada hari Minggu kemarin.

Usahkan Bezakan Ulama Dan Profesional

KEWUJUDAN PAS dalam lanskap politik negara, tidak lagi dikesampingkan. Selepas 54 tahun PAS mampu duduk sama tinggi dengan parti utama. Maka tidak hairanlah setiap kali menjelang muktamar, pelbagai polemik dicetus media. Ia bertujuan memperlihatkan kecamuk PAS dari luar. Antara isu yang diungkit berkaitan golongan ulama, profesional dan unity government. Bagi memahami situasi sebenar ikuti pandangan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika ditemui di pejabatnya Selasa lalu.

Nampaknya isu golongan ulama dan profesional dalam PAS diperdebatkan secara terbuka di media sekarang. Bagaimana Tuan Guru melihat situasi ini?

Sepatutnya tidak berlaku pengasingan di antara ulama dan profesional. Tetapi pengasingan berlaku juga hasil daripada penjajahan barat yang mengasingkan agama dan politik. Sampai kita terbawa-bawa dengan isu tersebut. Bukan sekadar berlaku di Malaysia tetapi di negara Arab juga. Negara Arab dijajah Perancis. Penjajah mengasingkan agama dan politik. Mereka sebarkan kefahaman itu di sekolah sehingga ke universiti. Dan apabila penjajah pulang negara bekas jajahan yang tidak kuat pengaruh agama terpengaruh juga menerima agama lain dan politik lain. 

Sedangkan agama dan politik adalah perkara yang satu tidak boleh diasing-asingkan. Dalam al Quran Allah Taala menyebut dalam surah Fathir ayat 27 yang bermaksud Allah turunkan air dari langit sehingga keluar buah-buahan dari perut bumi dengan bermacam warna dan beraneka rasa. Dan ayat 28 pula bermaksud orang yang gerun kepada Allah ialah ulama. Ini bermakna ulama tidak bererti hanya mengajar fiqah sahaja tetapi pandai juga mentadbir. Misalnya air yang diturunkan dari langit ini ada kaitan dengan ilmu astronomi. Ulama kena tahu kedudukan langit. Hujan turun dari langit ke bumi. Air yang turun ditampung oleh udara menyebabkan hujan yang turun bertitik-titik dan tidak segumpal jatuh di atas kepala kita. Ini bermakna ulama dan profesional adalah orang yang sama. 

Di Kelantan kita banyak buka pengajian agama. Dan sekarang kita buat Maahad Tahfiz Sains, di mana anak kita hafal al Quran dan tahu ilmu sains. Kita hendak lahirkan pelajar yang ada ilmu agama dan sains. Dan 20 atau 30 tahun akan datang penghulu kampung sehingga ketua jajahan dan menteri besar adalah mereka yang hafal al Quran dan tahu bidang sains.

Pandangan sesetengah pemimpin menyebabkan penyokong di akar umbi tidak faham?

Sepatutnya tidak berlaku kekecohan seperti sekarang kerana kita sudah lama gabungkan ulama dan profesional. Kita sudah lama gabungkan di antara ulama dan profesional. Saya tidak faham kerana apa pula timbul cerita ini. Ada sesuatu macam kena kecek (pengaruhi). Mungkin mereka terpengaruh dengan pihak lawan. Di Kelantan PAS jauh ke hadapan berbanding dengan Umno untuk menawan hati rakyat khasnya nonMuslim. Kita sebut orang Melayu, Cina, India, Siam adalah serupa kerana kita manusia belaka. Maka tidak timbul hendak letak kelompok-kelompok tertentu. Dalam solat kita sebut ‘Maliki Yaul Middi’ – pembalasan di akhirat kelak dia tidak kira perlembagaan Malaysia ke, Inggeris, Greek tua atau apa-apa sahaja. Allah Taala hanya kira perlembagaan yang Dia buat iaitu al Quran.

Ulama mesti tahu segala-galanya. Orang yang hendak pimpin sama ada hendak sebut nama Ikwan, Jemaah Islam ke atau apa sahaja perlu tahu agama dan agama itu bermaksud tahu juga akademik. Akademik bermaksud menerangkan kekuasaan Allah. Bagaimanapun proses Allah menurunkan air alim ulama kena tahu. Dan air menyuburkan pokok sehingga mengeluarkan buah yang bermacam-macam rasa. Saya tidak faham kenapa hendak kecoh sekarang.

Kebiasaannya ulama dianggap hanya mereka yang berpendidikan agama?

Itu fahaman lama ketika agama Islam masuk ke Tanah Melayu, orang yang mengajar agama tidak banyak tahu ilmu akademik. Sumber ilmu yang diambil di Makkah tidak banyak bidang akademik. Bagaimanapun sekarang di Makkah dan di mana sahaja ada bermacam-macam ilmu akademik. Al Quran dia hafal dan akademik pun tahu. Generasi baru sekarang menerajui gerakan Islam.

Apa pula maksud profesional?

Pada tanggapan saya orang yang belajar ilmu akademik. Akademik itu ilmu Allah juga. Siapa rajin dia dapat. Di Kelantan pada peringkat awal institusi pondok mengajar masyarakat pandai agama. Selepas itu berkembang menjadi Jami’ Merbau di mana ilmu pengajian lebih banyak berbanding pondok. Selepas itu ditingkatkan lagi menjadi Maahad Muhammadi dan perkembangan ilmu semakin meluas. Secara jelas di sini, apabila disebut ulama akan termasuk sama bidang akademik.

Bolehkah dikatakan pakar ekonomi dan bidang lain dikenali sebagai ulama memandangkan pengetahuan agama pun ada?

Kalau tidak tahu Islam, tidak bolehkan hendak dikatakan sebagai ulama. Mereka yang sokong PAS tetapi tidak ada ilmu agama, kita tidak boleh lantik sebagai pemimpin. Misalnya kalau kita hendak bawa kapal di laut, bukan sekadar pegang stereng sahaja tetapi kena tahu pelbagai perkara mengenai laut. Dia kena ada pengetahuan mengenai awan, cahaya matahari dan keadaan laut. Orang yang hendak jaga negeri mesti ada asas agama.

Di Kelantan ketika kita mula-mula mentadbir, saya minta pindahkan wang daripada bank riba ke Bank Islam. Cara macam mana hendak buat itu orang belajar bidang akademik yang lakukan. Orang hendak jadi Menteri Besar kena tahu ilmu akademik dan agama.

Barisan anggota Exco yang Tuan Guru lantik sekarang dikategori sebagai ulama?

Katakanlah orang itu tidak belajar di pondok, tetapi dia duduk lama dengan saya. Dia tengok perangai saya, dia dengar ucapan saya, dan hadir usrah bersama saya, macam mana boleh dikatakan tidak belajar agama. Tidak semestinya belajar di pondok baru boleh dikatakan tahu asas agama. Mereka semua sudah lama bekerja dengan saya. Sepanjang perkhidmatan itu mereka boleh menimba ilmu agama. Jadi boleh dikategorikan mereka sebagai ulama juga.

Apa nasihat Tuan Guru mengatasi percanggahan pandangan sekarang?

Saya nasihatkan kita kembali kepada asal. Ini kerana agama ada jalinan dengan akademik. Dalam Islam ada disebut agama dan daulah. Ada pun fahaman yang mengatakan agama lain dan politik lain adalah dibawa oleh penjajah. Kita cuba usaha ranapkan pengaruh penjajah dari sehari ke sehari. Tidak ada pasal hendak kita timbulkan isu tersebut. Kita telah lama memilih pemimpin yang ada asas agama. Sekarang nampak kejayaan apabila orang bukan Islam juga sudah tertarik dengan PAS. Orang Cina yang sokong Pakatan Rakyat sudah pandai beri salam, sedangkan MCA, MIC sudah lama berkawan dengan Umno, namun mereka tidak memberi kefahaman Islam kepada bukan Islam. Generasi orang bukan Islam sekarang sudah ramai berpelajaran. Dan Islam dari awal lagi menyarankan supaya menuntut ilmu. Islam sesuai dengan akal fikiran manusia.

Sekarang ramai pemimpin tampil merebut jawatan dalam PAS, tidakkah itu boleh menimbulkan masalah?

Mereka yang menawar diri untuk bertanding kerana sudah lama berjuang dalam PAS. Mereka tahu asas-asas Islam. Dan kita belum dengar ada orang mengkritik calon-calon tersebut tidak sembahyang atau engkar ajaran agama. Jadi terpulang kepada perwakilan bagi memilihnya. Saya suka orang tawar diri untuk berkhidmat kepada gerakan Islam.

Pada pandangan Tuan Guru wajarkah jawatan utama dikekalkan?

Kita beri peluang kepada kawasan untuk mencalon dan memilih kecuali kalau ada masalah selepas muktamar kita wujudkan peraturan khusus.

Tidakkah boleh menimbulkan perpecahan dalam PAS?

Kita hendak cari manusia yang tidak berpecah tidak ada. Allah telah sebut sebelum Nabi Adam dibawa turun ke bumi di mana Allah Taala menyebut ‘Hai Adam apabila kamu turun ke bumi kamu akan bertengkar sesama sendiri. Bagaimanapun bagi mana-mana orang yang turut hidayah Aku akan senang lenang tanpa ada sebarang masalah.’ Sekarang apabila perwakilan ramai kita memilih menggunakan kertas undi dan tidak lagi angkat tangan.

Sebelum ini media harian menganggap wujud dua kelompok dalam PAS iaitu pro Endorgan dan konvensional. Benarkah demikian?

Itu sekadar tanggapan yang dimainkan media hendak lariskan suratkhabar mereka. Ada sesetengah wartawan menulis dengan hasrat mahu melaga-lagakan, dan ada juga wartawan yang lebih berhati-hati kerana mengambil sikap tanggungjawab di dunia dan akhirat. Dalam PAS hanya ada satu kumpulan yang berjuang untuk mendaulatkan Islam. Perjuangan kita di atas dunia hendak daulatkan Islam dan di akhirat mahu ditempatkan oleh Allah Taala ke dalam syurga.

Baru-baru ini timbul dakwaan dalam blog kononnya Tuan Guru dinasihatkan oleh pembantu yang cuba melagakan dengan Presiden. Sejauh mana kebenarannya?

Saya sudah tegur orang terbabit. Hendak cari orang yang tiada silap ini tiada. Orang yang tiada silap langsung ialah kaki lepak yang tidur sepanjang masa. Kesilapan tersebut maka agama ajar suruh nasihat menasihati antara satu sama lain.

Bagaimana pula dengan isu unity government?

Tidak timbul lagi sekarang kerana Presiden telah menarik balik cadangan tersebut.

Harapan Konvensyen PR ke-2: Islam sebagai asas

Bersempena dengan Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-2 pada 19 di Kepala Batas, Pulau Pinang ini, semua pimpinan dan perwakilan hendaklah mengambil pedoman dari falsafah kesepakatan menurut Islam, iaitu mengutamakan peri pentingnya menjaga hubungan sesama anggota di dalam Pakatan Rakyat.

Ia juga bersesuaian dengan keutamaan ajaran Islam sebagai agama perpaduan, maka Konvensyen Pakatan Rakyat perlu meletakkan keagamaan sebagai asas dalam menguruskan kesepakatan politik.

Pimpinan dan perwakilan parti-parti Pakatan Rakyat––PAS, KEADILan dan DAP––yang menghadiri konvensyen itu nanti perlulah mengambil pedoman daripada maksud al-Quran yang sewajarnya dijadikan rujukan dan penghubung di dalam penyelesaian permasalahan ummah. Justeru ajaran Islam dan asas-asas keagamaan dapat dijadikan rujukan utama dalam menguruskan kesepakatan hubungan antara parti-parti Pakatan Rakyat.

Bagi PAS, amat meyakini bahawa Allah telah menciptakan manusia dalam sifat yang berbeza-beza. Misalnya, sepuluh manusia yang diciptakan Allah, didapati sepuluh kepala (pemikiran) yang bebeza. Bagaimanapun, perbezaan itu tidak akan memberi masalah sekiranya ia berpandukan ajaran Islam dan menjadikan al-Quran sebagai panduan, kerana Islam itu untuk semua kaum. Firman Allah SWT (surah Ali-Imran ayat 103):
Bermaksud: “…dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara…
Sewajarnya juga kita mengambil pengajaran dari sabda Nabi Muhammad SAW:
Maksudnya: “Janganlah saling benci membenci, saling iri hati dan saling membuat keracunan. Jadilah hamba-hamba Allah yang saling bersaudara, dan tidak boleh seorang Muslim menghindari saudaranya lebih dari tiga hari.”
Demikian lagi, firman Allah SWT (surah al-Maidah ayat 48):
Maksudnya: “Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing) dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya
Oleh itu, atas nama kesepakatan politik yang berpandukan hubungan antara parti di dalam Pakatan Rakyat yang mengutamakan asas-asas keagamaan hendaklah bersetuju dan bekerjasama di dalam setiap perkara yang memberi manfaat bersama untuk ummah di Malaysia hari ini. Sehubungan itu, saya yakin manusia akan selamat sepanjang hidup mereka di dunia dan sejahtera di akhirat kelak sekiranya mengikut kehendak Islam yang syumul.

Selamat berkonvensyen, semoga berjalanlah ia dengan keberkatan Allah SWT.

TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT,
Al-Mursyidul Am PAS.
Kota Baharu, Kelantan.
12 Muharam 1432H/18 Disember 2010M.

Sejarah Parti Islam Semalaysia (PAS)



Kejayaan cemerlang PAS dalam pilihan raya umum ke-12 pada 2008 telah meletakkan PAS sebagai sebuah parti pembangkang utama yang dilihat oleh rakyat berupaya mengambil alih pemerintahan negara. Semenjak 1990, PAS telah melangkah maju daripada sebuah parti pembangkang yang dianggap ‘ekstrem’ menjadi sebuah parti pemerintah yang moderat dalam melaksanakan cita-cita Islamnya bermula di Kelantan semenjak 1990, kemudian ke Terengganu pada 1999 hingga 2004, dan kini PAS mendapat kepercayaan rakyat di Kedah, Perak dan Selangor. Di Parlimen juga, PAS telah bangkit dan menguasai 10 peratus daripada kerusi Parlimen atau 25 peratus daripada keseluruhan kerusi pembangkang. Perkembangan ini meletakkan PAS dalam perhatian peminat politik, pengkaji dan juga penyelidik.

Sebenarnya, kemunculan PAS dalam sejarah politik tanah air telah bermula semenjak 23 Ogos 1951 apabila para ulamak yang bersidang di Kuala Lumpur bersetuju menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Ulamak Se-Malaya. Nama persatuan ini kemudiannya diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951, dalam satu
persidangan ulamak Malaya di Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai. Itulah sekelumit permulaan sejarah PAS yang diasaskan oleh para ulamak yang kemudiannya berkembang menjadi sebuah pertubuhan politico-dakwah yang penting di negara ini. Penglibatan dan sumbangan PAS dala politik negara bermula sebaik sahaja ia ditubuhkan walaupun ramai pengkaji mengatakan PAS hanya menyertai politik menjelang pilihan raya 1955.

Kemunculan PAS ini dikatakan hasil daripada silang pengaruh yang berlaku antara beberapa gerakan Islam yang lebih awal seperti Ikhwanul Muslimun di Mesir, Masyumi di Indonesia dan Jamaat Islami di Pakistan. Ketiga-tiga pengaruh ini telah menyerap masuk ke Tanah Melayu melalui para ulamak yang belajar di Mesir, Mekah, India dan Indonesia. Ksedaran yang awal ialah para ulamak atau umat Islam memerlukan sebuah pertubuhan atau badan yang boleh mewakili mereka dalam semua aspek kehidupan terutama dalam keadaan Tanah Melayu sedang dijajah oleh British ketika itu. Longgokan ksedaran ini kemudiannya menghasilkan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 1947 diikuti oleh Hizbul Muslimin pada 1948 kesan daripada usaha gigih Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Walau bagaimanapun, gerakan Islam yang berpusat di Gunung Semanggol ini terkubur ekoran penguatkuasaan Ordinan Darurat pada Jun 1948.

Para ulamak mengambil beberapa sikap selepas tragedi darurat ini. Ada yang ’tawakuf’ daripada politik kepartian tetapi menggerakkan kesedaran rakyat melalui institusi pendidikan atau media massa. Dalam fraksi yang lain, para ulamak telah mengambil sikap untuk menyertai parti nasionalis Umno bagi membolehkan isu-isu umat Islam diperkatakan. Beberapa tokoh Hizbul Muslimin seperti Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang lepasan Maahad Il Ihya Assyariff, Gunung Semanggol telah menyertai Umno pada 1950 dan dilantik mengetuai Bahagian Agama dan Pelajaran Umno. Bahagian ini kemudiannya mengaturkan beberapa persidangan untuk membolehkan ulamak menubuhkankan persatuan. Dalam tulisannya, ”Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan”, Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap Umno yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, pengajuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain. Dalam satu persidangan ulamak yang dipimpin oleh Sheikh Abdullah Fahim, Mufti Pulau Pinang di Seberang Perai pada 1951, mereka telah mengeluarkan fatwa mengharamkan judi loteri anjuran Umno.

Dalam konflik pelbagai yang dihadapi oleh para ulamak dan situasi politik semasa yang masih tidak menuju kepada jalan Allah itu, maka para ulamak membuat pendirian untuk menubuhkan PAS. Haji Ahmad Badawi, seorang ulamak di Seberang Perai telah mengeluarkan satu manifesto yang dinamakan ’Manifesto al-Badawi’ dengan tema ”Ulamak ke Jalan Allah” bagi menyambut persidangan untuk menubuhkan PAS pada 24 November 1951. Mereka memutuskan supaya PAS menjadi sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan melalui landasan demokrasi ke arah membentuk sebuah negara yang diredhai Alah. Para ulamak menolak bentukbentuk perjuangan yang diasaskan berdasarkan ideologi ciptaan manusia yang dibawa masuk oleh penjajah.

Semenjak itulah, PAS muncul sebagai sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan negara, kemudian menyertai pilihan raya demi pilihan raya. PAS juga menggunakan pelbagai saluran untuk menyampaikan mesej dakwahnya termasuk membentuk beberapa kerjasama politik dengan orang bukan Islam semenjak 1953. Di bawah kepemimpin Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dan Dr Haji Abbas Alias, PAS bercakap soal kemerdekaan yang boleh ditegakkan hukum Islam. PAS menolak kerakyatan jus soli yang merugikan peribumi dan PAS mendesak supaya Islam dijadikan dasar negara yang merdeka. Apabila Dr Burhanuddin al-Helmy mengambil alih kepemimpinan PAS pada akhir 1956, PAS mula memperincikan sikapnya terhadap kemerdekaan yang hendak dicapai yang dianggap ’masih kosong’ dari
matlamat sebenar kerana mengabaikan kebangsaan Melayu dan ketuanan Islam1. Hal ini tergambar daripada hasrat Dr Burhanuddin,

”Dalam perjuangan kita (PAS) bagi mencapai kemerdekaan, kita telah dan terusmenerus memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi negara Tanah Melayu ini dengan bertapak di atas asas ideologi Islam yang maha suci”2.

Penyertaan PAS dalam pilihan raya 1959 telah memberikan kejayaan besar apabila Terengganu dan Kelantan berjaya dikuasai. PAS membentuk kerajaan yang dipimpin oleh Mohd Daud Abdul Samad di Terengganu dan Ustaz Ishak Lotfi Omar di Kelantan sebagai Menteri Besar. PAS memulakan langkah sebagai kerajaan di dua negeri Pantai Timur untuk menterjemahkan ideologi perjuangannya yang berasaskan al-Quran dan Sunnah. Namun begitu, kerajaan PAS di Terengganu telah dijatuhkan pada Oktober 1961 hasil permainan politik kotor Perikatan. Di Kelantan, PAS berjaya bertahan sehingga BN mendaruratkan Kelantan pada akhir 1977. Dalam konteks ini, PAS-lah satu-satunya pembangkang yang diberikan kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah kerajaan negeri di negara ini.

Selepas kejatuhan Terengganu pada hujung 1961, PAS mulai menerima tekanan-tekanan politik seperti penyalahgunaan ISA, penahanan Dr Burhanuddin al-Helmy diikuti oleh sekatan politik, keganasan Pemuda Tahan Lasak Umno dan beberapa siri pembunuhan politik. Perjuangan PAS untuk memartabatkan kebangsaan Melayu Raya berasaskan Islam telah dijadikan kambing hitam dalam Konfrantasi Indonesia pada 1963. PAS menolak pembentukan Malaysia kerana mahukan sebuah negara Melayu yang lebih besar meliputi seluruh alam Melayu dibentuk. Dalam masa yang sama Umno mencanangkan isu-isu perkauman yang akhirnya membawa kepada beberapa siri perbalahan kaum di Pulau Pinang, Perak dan Singapura antara 1964 hingga 1969, dan kemuncaknnya tercetus Tragedi 13 Mei 1969 yang mengubah landskap politik negara. Selepas tragedi ini, Datuk Mohd Asri Muda yang memangku jawatan Yang Dipertua Agung PAS semenjak 1965 telah dilantik sebagai Yang Dipertua Agung PAS pada 1971.

PAS memasuki era baru dalam politik negara apabila PAS mula meneroka kerjasama dengan Umno bagi menjamin kestabilan politik negara, mengekalkan ketuanan Melayu dan menyerapkan Islam dalam pemerintahan. PAS menyertai beberapa parti lain telah membentuk Kerajaan Campuran PAS-Perikatan pada 1973, kemudian sama-sama mengasaskan Barisan Nasional (BN) pada 1974. BN mencapai kejayaan besar dalam pilihan raya 1974 dan PAS sendiri telah berjaya menembusi ruang-ruang yang baru sehingga membolehkan Islam di sampaikan ke corong telinga rakyat dengan lebih berkesan. Walau bagaimanapun, keterbukaan PAS dalam membentuk kestabilan politik negara telah disalahgunakan oleh musuh-musuh politiknya dengan melaga-lagakan pimpinan PAS sehingga terjadi krisis politik Kelantan pada 1977. Akibatnya, PAS telah menolak Akta Darurat (Kelantan) 1977 yang menyebabkan PAS bukan sahaja disingkirkan dari BN, tetapi turut kehilangan Kelantan.

Setelah melalui tempoh yang mencabar antara 1978 hingga 1982 di mana PAS terpaksa berhadapan dengan perpecahan, kehilangan kuasa pemerintahan, tekanan ISA dan krisis kepemimpinan, akhirnya PAS telah mengasaskan kepemimpinan ulamak pada Oktober 1982. Tuan Haji Yusof Rawa telah diangkat untuk memimpin PAS bagi menggantikan Datuk Mohd Asri yang meletakkan jawatan. Permulaan era kepemimpinan ulamak memperlihatkan PAS kembali kepada asas perjuangannya untuk mendaulatkan Islam dan memberikan penekanan terhadap kwajipan tersebut. Gerakan dakwah PAS berkembang dengan lebih tersusun melalui pendekatan haraki dan dalam masa yang sama PAS terus membina jambatan dakwah dengan non-Muslim sehingga terbentuk Majlis Perundingan Cina (CCC). Di sudut yang lain, pendekatan PAS telah disambut oleh kerajaan dengan melaksanakan juzuk tertentu daripada Islam seperti Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam, Dasar Bersih, Cekap dan Amanah serta penubuhan Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa dan lain-lain.

Paling mencabar pada era kepemimpinan ulamak ialah beberapa siri penyalahgunaan ISA yang berlaku pada 1984, 1987 dan 1989, ketimbang dengan desakan PAS untuk diadakan Debat Terbuka PAS-Umno pada 1984. Dalam kemelut ini, tercetus pula tragedi Memali pada November 1985 yang mengorbankan 14 orang ahli PAS. Tetapi, pada 1987, Umno pula menghadapi krisis kepemimpinan sehingga parti tersebut diharamkan. Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor memanfaatkan kesempatan ini dengan mewujudkan kerjasama politik dengan serpihan Umno, Semangat 46 yang membolehkan PAS berkuasa semula di Kelantan. Ketua Dewan Ulamak PAS (kemudian Mursyidul Am PAS), Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat diberikan kepercayaan untuk memimpin kerajaan Kelantan semenjak 1990. Dengan dasar ’Membangun Bersama Islam’, PAS berjaya melaksanakan tanggungjawabnya untuk menegakkan hukum Allah yang berada dalam bidang kuasana.

Pada 1996, PAS mula berkrisis dengan Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) yang menyebabkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang dibentuk pada 1989 berpecah. Dua tahun kemudian, Umno sekali lagi menghadapi perpecahan ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebabkan wujudnya gerakan Reformasi. PAS telah memimpin Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) bagi menuntut keadilan kepada rakyat, kemudian menubuhkan Barisan Alternatif (BA) pada 1999. Melalui BA, PAS berjaya merampas semula Terengganu. Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang diamanahkan untuk mengetuai kerajaan Terengganu sehingga 2004. Selepas pencapaian lemah PAS pada 2004 kerana momentum Perdana Menteri baru, PAS bangkit semula pada 2008 dengan mengetuai tiga kerajaan negeri dan turut serta dalam kerajaan di Selangor. Kini, PAS dilihat sebagai pencabar utama Umno dalam menguasai politik orang Melayu Islam.

Sepanjang tempoh 1951-2008 ini, PAS telah dipimpin oleh tujuh orang Yang Dipertua Agung/Presiden iaitu Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan (1951-1953), Dr Haji Abbas Alias (1953-1956), Profesor Dr Burhanuddin al-Helmy (1956-1969), Datuk Mohd Asri Muda (1969-1982), Tuan Haji Yusof Rawa (1982-1988), Dato’ Fadzil Mohd Noor (1988-2002) dan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (2002 hingga sekarang). Para pengkaji yang menganalisis perkembangan PAS ini mengatakan PAS telah mengalami empat jenis kepemimpinan iaitu kepemimpinan ulamak tradisi (1951-1956), kepemimpinan nasionalis kiri (1956-1969), kepemimpinan nasionalis kanan (1969-1982) dan kepemimpinan ulamak haraki (1982-sekarang)3. Dalam pada itu juga, mereka mengatakan PAS telah melalui empat tahap perkembangan iaitu tahap kemunculan (1951-1959), tahap kebangkitan (1959-1973), tahap kemuncak (1973-1977), tahap kejatuhan (1977-1990) dan tahap kebangkitan semula (1990-sekarang)4. Dari sudut pembinaan ideologi perjuangan PAS, dikatakan berlaku tiga fasa iaitu fasa penubuhan dan pembentukan ideologi (1951-1958), fasa pencernaan ideologi (1958-1982) dan fasa pengukuhan idelogi (1982-1995)5.


1 Burhanuddin al-Helmy (1957), Panduan Jiwa Pergerakan, dlm. Suara Islam, Thn. 2, Bil. 1, Disember.
2 Burhanuddin al-Helmy (1960), Sambutan Kemerdekaan Kali Ketiga, Utusan Melayu, 31 Ogos.
3 Mohd Fadli Ghani (2003), Dewan Pemuda PAS: Suatu Kajian Terhadap Tahap-tahap Perkembangan Organisasi
Dalam Era Bertindak, 1975-2003, Tesis Sarjana Sastera, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi UKM, h. 27.
4 Wan Abdul Rahman Latif (1992), Parti-parti Politik di Malaysia: Asas Perjuangan dan Penerimaan Masyarakat,
dlm. Dunia Islam, Feb., h. 35.
5 Zambry Abd Kadir (1995), Religion and Politics: The Search for Political Legitimacy of The Pan-Islamic Party of
Malaysia, Tesis PhD, Temple University, h. 25-28.

Friday 27 May 2011

MOSSAD Rancang Bunuh Syeikh Al-Qardhawi dan Al-Baradei



Laporan media menyebutkan bahawa agensi rahsia Israel Mossad merancang untuk melaksanakan serangkaian pembunuhan politik untuk simbol-simbol Mesir di antaranya tiga calon presiden mesir, Amr Mussa, Muhammad Elbaradai dan Hamdin Sabahi serta beberapa tokoh utama Ikhwanul Muslimin termasuk Syeikh Yusuf Qardhawi.

Akhbar "Rose El Yussuf" pada hari Selasa lalu (24/5) melaporkan bahawa informasi terkait rancangan Mossad ini telah ditemukan dalam dokumen dan gambar-gambar rahsia yang berhasil didapatkan dari pembobolan Kementerian Pertahanan Israel dan Pejabat Perdana Menteri serta Radio Tentera Israel.

File dokumen rahsia ini termasuk berisi aksi yang saat ini sedang dilakukan oleh Mossad untuk melakukan pembunuhan di Mesir dan Timur Tengah, juga untuk melakukan serangkaian pembunuhan di Kaherah, di mana mereka merancang untuk memasuki Mesir dalam suasana kekacauan dan membunuh tokoh-tokoh utama Ikhwanul Muslimin dan sejumlah tokoh penting lainnya seperti Syeikh Yusuf Qardhawi dan sejumlah hakim Mesir.

Para agen Mossad yang akan menjalankan misi pembunuhan ini menurut laporan melakukan pelatihan di Amerika Syarikat dan mereka dilatih untuk fasih dalam berbicara Arab Mesir dan menyamar seperti layaknya warga Mesir secara umum.(fq/imo)

Yaman Kian Kacau Bilau

 KEPULAN asap dilihat di Sanaa selepas pertempuran  antara puak bersenjata dengan polis berhampiran rumah  Sadeq.


KEPULAN asap dilihat di Sanaa selepas pertempuran antara puak bersenjata dengan polis berhampiran rumah Sadeq.

Perang saudara mungkin meletus

SANAA: Perang saudara mungkin meletus di Yaman selepas pertempuran besar berlaku antara puak bersenjata dengan Pengawal Republikan yang memaksa Lapangan Terbang Antarabangsa Sanaa ditutup dan semua penerbangan dialihkan ke Aden di selatan negara itu, kelmarin.

Puak Arhab diketuai Abdul Majid Al-Zindani terbabit dalam pertempuran dengan tentera itu. Majid dikategorikan sebagai penyumbang kewangan pengganas oleh Amerika Syarikat dan sekatan dikenakan ke atasnya.

Akhbar Arab News turut melaporkan bahawa pertempuran turut meletus antara pasukan keselamatan dengan puak pembangkang yang setia kepada Sadeq Al-Ahmer sejak tiga hari lalu.

Saksi berkata, puluhan puak bersenjata itu terbunuh semalam dalam pertempuran dengan angkatan Pengawal Republikan yang terlatih di kawasan Al-Hasbah, berdekatan rumah Sadeq.

Kelmarin, penyokong Sadeq menawan bangunan Kementerian Perdagangan dan Pelancongan serta bangunan agensi berita kerajaan, Saba.

Beberapa ketua puak turut diserang ketika menguruskan gencatan senjata antara pasukan Sadeq dan kerajaan.

Pengawal Republikan bertindak menutup ibu negara itu dalam usaha menghalang puak bersenjata memasuki bandar itu.

Presiden Ali Abdullah Saleh berdepan desakan antarabangsa supaya berundur. Tetapi, pemimpin itu enggan bertolak ansur mahupun menerima sebarang tawaran.

“Kami akan berdepan dengan pihak menimbulkan kekacauan dengan apa saja cara,” katanya kepada wartawan asing. – Agens

Thursday 26 May 2011

Kekangan Kewangan Dalam Berdakwah


http://cerita-cerita.net/wp-content/uploads/2010/12/buat-duit.jpg

Banyak pula di antara rakan-rakan kita yang melihat dari dekat perkembangan perjuangan kita ini mengajukan persoalan dari manakah kita memperolehi wang? Dan bagaimana pula mendapatkan wang yang  digunakan untuk memperkukuhkan seruan dakwah padahal dunia sedang dilanda kemerosotan kemelesetan ekonomi, yang pada amalannya mata pencarian sangat sulit didapati, tambahan pula keadaan sentiasa dalam kegentingan dan jiwa seringnya bakhil.
Terhadap pertanyaan-pertanyaan tersebut, kami akan memberikan jawapan, bahwa di dalam menyampaikan risalah dakwah, yang menjadi tulang belakang ialah iman  sebelum harta dan bantuan kewangan sebagai sokongan sahaja. Ini bererti aqidah yang abadi itu lebih diutamakan berbanding dengan harta yang nantinya akan musnah. Dan selama iman masih tetap dipertahankan oleh umat Islam, maka kejayaan akan semakin terserlah luas.

Di dalam  memberikan sumbangan kewangan kepada  Ikhwanul Muslimin ini para anggota terpaksa harus mengasingkan sebahagian daripada pendapatannya, dan hanya membelanjakan keperluan rumah tangga secara sederhana dan berjimat  cermat   bererti mereka telah membelanjakan hartanya di jalan Allah, bahkan seorang di antara mereka pernah mengatakan, andainya Allah memberi kurniaan rezeki maka akan  disumbangkannya kepada perjuangan.

Dan bila anggota Ikhwanul Muslimin tidak berhasil mendapatkan sesuatu untuk disumbangkan kepada perjuangan, maka ia akan  menangis  kesedihan. Dan sebaliknya jika  Allah memberi kemurahanNya, maka mereka akan membelanjakan seluruh hartanya itu demi Islam.

Dengan harta benda yang sangat minima ini, tetapi dibajai dengan sikap  iman yang  teguh, kenyataan  ini adalah merupakan isyarat bagi kejayaan mereka yang berjuang secara  ikhlas.Dan bagi Allah Yang Maha Kuasa,  pasti  akan memberikan barakah bagi setiap  sen wang yang dikeluarkan oleh anggota Ikhwanul Muslimin untuk kepentingan dakwah. Allah berfirman di dalam KitabNya: Maksudnya: 

"Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah... " 

Maksudnya: 

 "Dan apa yang kama berikan benrpa zakat yang kamu maksudkan untuk mencapai keridhaan Allah, maka (yang berbuat demikian) itulah orang-orang yang melipat gandakan (pahalanya)”.

Petikan daripada : Kemana Kita Menyeru oleh Syeikh Hasan Al - Banna Rahimahullah

Tuesday 24 May 2011

Tujuan Hidup Menurut Al-Quran

http://reallifespirituality.com/wp-content/uploads/2009/02/life-purpose.jpg

WAHAI KAUMKU

Al-Qur'an adalah kitab yang lengkap dan sempurna (universal). Di dalamnya, Allah telah menghimpunkan prinsip-prinsip aqidah, asas-asas  peraturan  masyarakat (sosial), garis-garis  besar syariat, peraturan keduniaan dan mengandungi prinsip-prinsip perintah dan larangan. Persoalannya apakah umat Islam sekarang telah mengamalkan kandungan Al-Qur'an, sehingga mereka benar-benar yakin terhadap apa yang diturunkan oleh Allah dan memahami tujuan wahyu diturunkan? Apakah mereka mengamalkan peraturan masyarakat di dalam kehidupan sehari- hari?

Dengan mengambil kesimpulan bahawa umat Islam telah pun mengamalkannya, ini bererti tanggapan kita juga sama, dan kita telah mencapai kepada matlamatnya.  Namun setelah dikaji dan diselidiki ternyata sebenarnya kita masih jauh dari landasan Al-Qur'an, yakni telah mengabaikan ajaran-ajaran Al-Qur'an.

Lantaran itu kita mempunyai  tugas dan tanggungjawab yang besar  untuk mengembalikan semua umat Islam ke jalan yang benar.

Al-Qur'an sebenarnya telah memberikan penjelasan kepada kita tentang tujuan hidup dan sasaran yang harus dicapai di dalam hidup ini. Dengan tegas Al-Qur'an telah memberikan tanggapan kepada kehidupan manusia yang hanya mementingkan  soal makan dan minum (kenikmatan duniawi) sepertimana  firman Allah:


Maksudnya: "Dan orang-orang yang kafir itu bersenang- senang (di dunia) dan mereka makan seperti makannya binatang-binatang. Dan neraka adalah tempat tinggal mereka”. 

Demikian juga Al-Qur'an memberi penjelasan bagi umat manusia yang sibuk mencintai kebendaan yang fana:

Maksudnya:  "Dijadikan  indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah  tempat kembali  yang  baik (syurga)''.

Al-Qur'an juga menjelaskan perilaku umat manusia yang suka menyebarkan fitnah dan memaparkan kejelekan serta membuat kerosakan di atas muka bumi: Firman Allah:

Maksudnya:  "Dan di antara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu, dan dipersaksikannya kepada Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal ia adalah penentang yang paling keras. Dan apabila ia berpaling (dari mukamu), ia berjalan di bumi untuk mengadakan kerosakan padanya, dan merosak tanam-tanaman dan binatang ternak dan Allah tidak menyukai kebinasaan ".

http://yepiye.files.wordpress.com/2009/05/pesawat-mewah-sultan-brunei1.jpg?w=400&h=510&h=510

Itulah antara tujuan yang lumrah dikejar oleh umat manusia di dalam kehidupan di dunia. Semoga Allah membebaskan kaum yang beriman dari perbuatan tersebut itu. Dan semoga Allah menganugerahkan tugas yang lebih mulia dari seluruh perbuatan seperti itu. Yakni tugas memberi petunjuk kepada umat manusia, membimbing kepada kebaikan dan memakmurkan dunia  dengan  risalah  Islam, seperti seruan Allah di dalam kitabNya:


Maksudnya:  “Wahai orang-orang yang beriman, ruku'lah  kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan. Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan (begitu pala) dalam (Al-Qur'an) ini, supaya Rasul itu menjadi ~aksi  atas segenap manusia, maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kama pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah   sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong"

Berdasarkan penjelasan dari ayat di atas, Allah telah memberikan  ruang  yang  begitu  luas  kepada  umat Islam agar membimbing umat manusia ke jalan yang  benar. Begitu juga Al-Qur'an memberikan hak menguasai bumi di dalam rangka melaksanakan segala suruhan Allah yang luhur itu. Justeru itu  hak kepimpinan dan peradaban di dunia ini mutlak menjadi milik umat Islam, dan bukannya peradaban Barat.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgzogztq64nAxQLuGn28DpLZAL0R8x_iqgi-iUCQE9hnjOKzpmykEn9-OW-crm4NZ74u0kfbWVt56UFJMZ7yIFXBd3n4N4wuIoo3NLhE7z30ls7-VmR09jeWWBT9QsvRlWPRPH_q6pQMep2/s320/Nur+Muhammad2.JPG


Petikan daripada : Kemana Kita Menyeru oleh Syeikh Hasan Al - Banna Rahimahullah

Monday 23 May 2011

Ikhwan Tunggu 60 Tahun Untuk Dapatkan Pejabat



Ikhwanul Muslimin Mesir Sabtu lalu telah membuka markas baru mereka di Kaherah setelah 60 tahun diharamkan, dalam upacara yang dihadiri oleh para pegawai dari parti Islam Turki.

Wakil pemimpin Felicity Party, atau SP, Hasan Bitmez dan anggota dewan Oğuzhan Asiltürk berada di antara tokoh politik dari Mesir, Jordan, Malaysia, Nigeria, Somalia dan Turki yang menghadiri upacara pembukaan di daerah Moqattam bersama dengan para intelektual, calon capres dan tokoh penting Mesir lainnya.

"Selama 60 tahun kami dianggap sebagai kelompok haram, kami digerebek dan ditangkap oleh polis sepanjang waktu, namun sekarang kami memiliki pejabat pusat yang legal secara undang-undang dan bahkan kami boleh menempatkan logo Ikhwanul Muslimin di depan pejabat kami," kata salah satu pemimpin Ikhwanul Muslimin, Dr. Ashraf Abdulgaffar, mengatakan kepada Hurriyet Daily News pada hari Ahad lalu (22/5).

Bitmez mengatakan Ikhwanul Muslimin akan memainkan peranan penting di masa depan Mesir, kantor berita Anatolia melaporkan. Asiltürk mengatakan hal itu sangat bagus bahwa Ikhwanul Muslimin sekarang memiliki kantor pusat di Kairo setelah waktu yang lama tidak memiliki kantor resmi.
Mursyid 'Aam Ikhwanul Muslimin, Dr. Muhammad Badi, yang memimpin pembukaan kantor pusat Ikhwan, mengatakan tujuan jamaah Ikhwan adalah untuk mewujudkan pemerintahan sipil dengan referensi ke Islam.
Dr. Ashraf Abdulgaffar mengatakan Ikhwanul Muslimin kini memiliki kantor cabang di 26 kota dan berusaha untuk memiliki satu kantor perwakilan di setiap kota yang ada di Mesir.
Didirikan oleh Hassan al-Banna di kota Terusan Suez Ismailia pada tahun 1928, Ikhwanul Muslimin adalah salah satu gerakan pertama dan paling sukses menganjurkan Islam sebagai sebuah gerakan politik dalam konteks modern.
Dalam waktu 20 tahun gerakan ini berkembang menjadi lebih dari 500.000 anggota, dengan beberapa cabang gerakan di negara-negara Arab lainnya.
Pemerintah Mesir melarang Ikhwanul tahun 1954 setelah menuduh Ikhwan mencoba untuk membunuh Presiden Gamal Abdel Nasser.
Jamaah Ikhwan selama ini telah menggunakan apartemen sebagai "pusat komunikasi" mereka sampai mantan pemimpin Mesir Hosni Mubarak berhasilkan digulingkan pada bulan Januari lalu. (fq/hurriyet)

Sunday 22 May 2011

Antara Semalan dan Hari ini : Kebangkitan dan Penyelamat


1920x1200 Digital sun rays
 
(a) PENINGGALAN YANG BERAT

Wahai saudara-saudara seIslamku, Allah menghendaki kita mewarisi peninggalan yang berat dengan bebanan tanggungjawab yang besar. Allah mahu sinar dakwah kamu ini menyinari segenap kegelapan. Allah telah memberi peluang kepada anda meninggikan kalimatNya dan syariatnya dengan mendirikan semula negara Islam yang baru. Firman Allah yang bermaksud;

"Sesungguhnya Allah pasti menolong orang menolong (agamanya), sesungguhnya Allah benar-benar maha kuat lagi maha perkasa" (al-Hajj:40). 

http://workwithjonathanburke.com/wp-content/uploads/2010/06/vision.jpg

(b) Matlamat am kita.

Apakah yang kita mahu wahai saudara-saudaraku..? 

Adakah kita mahu mengumpulkan harta, sedang ia hanyalah bayangan yang akan lenyap.

Atau adakah kita mahu kemasyhuran, sedangkan ianya akan hilang.

Atau adakah kita mahu menjadi samseng di muka bumi ini..? Firman Allah yang bermaksud;

"Sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah, dipesakakannya kepada siapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya (al A'raf:128).

Dan kita juga membaca firman Allah yang bermaksud;

"Negeri akhirat itu Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerosakan di (muka) bumi dan kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa" ( al Qasas:83). 

Allah menjadi saksi bahawa kita tidak mahu itu semua dan kita tidak mengajak manusia kepadanya, tetapi ingatlah saudara sekelian,  bahawa ANDA SEMUA MEMPUNYAI 2 MATLAMAT ASASI;
 
a)  Membebaskan tanahair Islam dari sebarang kuasa asing. Ini adalah hak semula jadi setiap insan dan tidak boleh ditolak kecuali orang zalim atau bersifat kuku besi. 

b)  Menegakkan sebuah negara Islam yang  bebas mengamalkan undang-undang Islam, melaksanakan sistem Islam dalam masyarakat, mengiklankan prinsip-prinsipnya dan menyampaikan dakwahnya kepada manusia. Selagi ia tidak tertegak, seluruh umat Islam adalah berdosa dan bertanggungjawab di hadapan Allah 'azza wa jalla atas kecuaian dan kelemahan mereka. Menjadi suatu kezaliman kepada seluruh manusia dalam keadaan sekarang ini bila tertegaknya negara-negara yang berdiri atas prinsip-prinsip zalim dan melaungkan slogan-slogan jahat tetapi tidak ada di kalangan manusia ini orang yang berusaha untuk menegakkan sebuah negara yang hak, adil dan sejahtera. 

Kita mahu melaksanakan 2 matlamat ini di Lembah Nil, Negeri-negeri Arab dan di setiap bumi yang beraqidah Islam iaitu kerana agama, nasionaliti dan aqidah telah menyatukan seluruh mereka. 

http://ocpcyouth.yolasite.com/resources/our_mission.jpg

(c) Matlamat Khas Kita.

Selepas dua matlamat tadi, kita mempunyai beberapa matlamat khas pula dimana masyarakat tidak akan menjadi sempurna Islam tanpanya. 

Ingatlah wahai saudaraku, 

Lebih 60% dari rakyat Mesir hidup lebih rendah dari binatang. Mereka berhempas pulas untuk mendapat sesuap makanan. Negeri Mesir diancam kebuluran dan terdedah kepada pelbagai masalah ekonomi yang tidak diketahui bagaimana untuk mengatasinya kecuali Allah. Di Mesir terdapat lebih dari 320 syarikat asing yang memonopoli sektor awam di seluruh negara. Jentera-jentera perniagaan, perkilangan dan sektor-sektor ekonomi semuanya di tangan asing yang mengenakan riba. Segala kekayaan harta benda secepat kilat berpindah ke tangan mereka dari tangan peribumi.

Mesir merupakan negara yang paling teruk menderita pelbagai penyakit dan kecacatan. Lebih dari 90% rakyat Mesir diancam oleh penyakit tubuh badan dan kecacatan pancaindera.

Sampai sekarang lebih dari 80  % penduduk Mesir masih lagi mengalami buta huruf. Lebih dari 100 000 orang yang berpelajaran pula hanya sekadar sekolah rendah. 

Jenayah berganda sehingga yang keluar dari penjara lebih ramai dari sekolah.

Di samping itu hingga kini, Mesir tidak mampu untuk menyediakan pasukan tentera yang lengkap sempurna.

Keadaan yang sama berlaku di seluruh dunia  Islam. Menjadi matlamat anda sekalian untuk berusaha memperbaiki mutu pelajaran, memerangi kemiskinan, kejahilan, penyakit, jenayah dan membentuk masyarakat yang contoh yang layak dipanggil Islam. 

http://quitsmokingsmoking.files.wordpress.com/2010/12/one_way.jpg

(d) Wasilah Am Kita.

Bagaimana kita boleh sampai ke matlamat-matlamat ini...? 

Syarahan-syarahan, ceramah-ceramah, surat, kursus dan mengkaji sebab kelemahan, kesemua ini adalah tidak mencukupi dan tidak banyak memberi faedah untuk sampai kepada matlamat yang disebut tadi. Dalam setiap dakwah ada cara yang perlu diambil dan dilaksanakan.

Cara-cara am untuk berdakwah tidak lebih dan tidak kurang dari 3 perkara; 

1.  Iman yang mendalam. 

2.  Pembentukan yang rapi. 

3.  Kerja terus menerus. 

Inilah wasilah kita secara umumnya wahai saudaraku. 
Percayalah dengan fikrahmu, berkumpullah dan berusahalah dengan teguh. 

http://www.exchange3d.com/images/uploads/aff186/Two_Way_Traffic.jpg

(f) Wasilah Tambahan.

Selain cara-cara am tadi, terdapat cara sampingan yang kadangkala perlu diambil dan diikuti. Ada yang positif dan ada yang negatif. Ada yang selaras dengan uruf setempat dan ada yang menyalahi dan bertentangan. Ada yang lembut dan ada yang keras. Kita perlu melatih diri kita mengikuti kesemua bentuk tersebut dan bersedia demi menjamin kejayaan Islam.

Kadangkala kita dituntut supaya menyanggahi adat dan kebiasaan. Kadangkala kita diminta keluar dari cara kebiasaan orang ramai. Sebenarnya tidak dikatakan hakikat dakwah melainkan terpaksa keluar dari kebiasaan orangramai manusia dan bangun merubah segala adat kebiasaan. 

Apakah anda sekelian bersedia untuk itu wahai saudaraku? 

http://www.pattisonsign.com/site-psg/media/PattisonSign/Think%20Green.jpg

(g) Keraguan.

Ramai orang akan berkata; apa guna wasilah-wasilah ini.?

Adakah ia akan mampu membangun dan menyusun masyarakat yang telah tenggelam dalam masalah dan gejala yang begitu parah ini.?

Bagaimana kamu hendak memperbaiki ekonomi tanpa menggunakan riba..?

Bagaimana kamu hendak lakukan dengan wanita.?

Bagaimana kamu mampu merampas semula hak kamu tanpa menggunakan kekuatan.? 

Ketahuilah wahai saudaraku..

Segala was-was syaitan yang dicampakkan ke dalam cita-cita setiap muslih itu (reformis) akan dihilangkan oleh Allah. Dia amat mengetahui dan bijaksana. Peringatkan kepada mereka, sejarah pernah menceritakan kepada kita kisah umat-umat yang telah lalu dan kini. Ianya mengandungi pelbagai pengajaran dan penyedaran. Umat yang berjuang untuk hidup tidak mungkin akan mati. 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjIT3gABX15W6Nm_n7vnHR0uGvwZbEENtv7tqBdMc1hmVkc-ZcANd17SYostX51QfYO8qGqxD4YxU7YVrcoYwZuUOERqmG_ncLOS_3DUEr-hT_m5zuNUd4-00prgH3F-TgHMUqqwQsq8IQ/s400/halangan+4+II.JPG

(h) Halangan-halangan di jalan kita.

Suka saya berterus terang kepada anda semua.. sesungguhnya dakwah anda ini masih belum dikenali oleh ramai. Pada hari mereka mengenali dan mengetahui matlamat dan objektifnya, ia akan menerima tentangan yang hebat.

Anda akan dapati di hadapan kamu berbagai kesusahan dan halangan yang akan menghalang anda. Pada masa itu barulah sebenarnya anda mula mengikut jejak ahli-ahli dakwah. Sekarang mereka masih belum mengetahui lagi.

Anda masih di peringkat awal dakwah dan anda perlu bersedia dengan keperluan perjuangan dan jihad.  Kejahilan rakyat tentang hakikat Islam akan menjadi penghalang jalan dakwah anda.

Anda akan dapati sesetengah ahli-ahli agama dan ulama-ulama rasmi merasa pelik dengan fikrah anda. Mereka akan menentang jihad anda. Para pemimpin, ketua, orang-orang kenamaan dan mempunyai kuasa akan membenci anda. Semua  pemerintah akan bekerjasama menghalang anda, cuba menyekat aktiviti-aktiviti anda dan meletak halangan di tengah jalan dakwah anda. Lanun-lanun itu juga akan berganding bahu untuk menentang dan memadam sinar dakwah anda. Mereka akan meminta bantuan pemerintah-pemerintah yang lemah dan orang yang berakhlak buruk untuk tujuan yang sama.

Anda akan dimusuhi dan di benci.

Anda akan difitnah dan ditohmah.

Mereka akan berusaha menampilkan segala kekurangan terhadap dakwah anda. Dengan kekuatan dan kekuasaan yang ada pada mereka, mereka cuba menampakkan anda kepada orang ramai dengan gambaran yang paling hodoh. Mereka akan menindas dengan harta dan kuasa mereka. Firman Allah yang bermaksud; 

"Mereka itu mahu memadamkan agama Allah dengan mulut mereka dan Allah penyempurna agamaNya sekalipun di benci oleh orang-orang kafir" (as Saff:8).
 
Ketika itu anda akan memasuki era cubaan dan ujian (mehnah).

Anda akan dipenjara, ditangkap, dipencilkan dan di rampas segala harta benda kamu. Segala kerja anda akan disekat dan rumah anda akan digelidah. Mungkin masa ujian ini akan menjadi begitu panjang. Firman Allah yang bermaksud;

"Apakah manusia itu mengira mereka akan ditinggalkan begitu saja untuk berkata kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji" (al Ankabut:2). 

Tetapi Allah telah berjanji kepada anda selepas kesemuanya ini iaitu kemenangan orang-orang
mujahidin dan pahala orang yang berusaha baik. Firman Allah yang bermaksud; 

"Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu ditunjukkan satu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih" (as Saff:10).

Maka apakah anda akan tetap menjadi penyokong-penyokong Allah? 

http://selfhelpmadesimple.com/wp-content/uploads/2010/09/Success-Ladder1.jpg

(I) FAKTOR – FAKTOR KEJAYAAN.

Suatu kemestian yang perlu disebut di sini wahai saudaraku, 

Di dalam segala rintangan ini, kita perlu ingat bahawa kita berdakwah kepada Allah. Ianya adalah dakwah yang paling tinggi. Kita mengajak dengan fikrah Islam, suatu fikrah yang paling kuat. Kita kemukakan kepada manusia Syariat al Quran iaitu syariat yang paling adil. Firman Allah yang bermaksud;

"Celupan Allah dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah" (al
Baqarah:138)

 Seluruh alam memerlukan dakwah ini. Setiap yang ada di dalamnya bersedia memberikan jalannya. 

Kita sesungguhnya bersyukur kepada Allah kerana kita terlepas dari ketamakan untuk diri sendiri dan jauh dari kepentingan diri. Kiita tidak bermaksud selain dari Allah dan kebajikan manusia. Kita tidak bekerja melainkan kerana mencari keredhaanNya. Kita sesungguhnya sentiasa menunggu sokongan dan pertolongan dari Allah. Sesiapa yang ditolongkan oleh Allah maka dia  tidak akan kalah. Firman Allah yang bermaksud; 

"Yang demikian itu kerana sesungguhnya Allah adalah pelindung orang-orang beriman dan kerana sesungguhnya orang-orang kafir itu tiada mempunyai pelindung" (Muhammad:11).
 
Kekuatan dakwah kita, keperluan dunia kepadanya, kemurnian tujuan kita dan sokongan Allahkepada kita adalah faktor-faktor kejayaan kita yang tidak dapat digugat oleh sebarang galangandan tidak dapat dihalang oleh sebarang halangan. Firman Allah yang bermaksud; 

"Dan Allah berkuasa terhadap urusannya tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui" (Yusuf:21). 

Antara Semalan dan Hari ini : Cengkaman Kebendaan ke atas Negara Islam




Orang-orang Eropah berusaha bersungguh-sungguh untuk menenggelamkan seluruh negara Islam dengan gelombang hidup  kebendaan ini.

Dalam masa yang sama mereka berusaha menghalang segala faktor-faktor kebangkitan dan kekuatan - ilmu pengetahuan, sains, perkilangan dan sistem yang berfaedah - agar  tidak terlepas ke tangan umat ini.

http://www.csmonitor.com/var/ezflow_site/storage/images/media/images/1214-gaza-wall-egypt/7107138-1-eng-US/1214-gaza-wall-egypt_full_600.jpg

Mereka memperkukuhkan rancangan "serangan sosial" ini dengan bantuan tipu helah politik dan kuasa tentera sehingga tercapai apa yang dikehendaki. Pembesar-pembesar umat Islam telah diumpan dengan hutang, kerjasama dan segala kemudahan. Dengan ini mereka telah berjaya mendapatkan hak campurtangan ekonomi dan akhirnya menenggelamkan negeri umat Islam  dengan segala modal, bank-bank dan syarikat-syarikat mereka.

http://southasiarev.files.wordpress.com/2008/04/royal-army.jpg

Di tambah pula mereka sendiri yang menguruskan segala kerja-kerja ekonomi itu mengikut kehendak dan memonopoli segala keuntungan dan kekayaan yang melimpah ruah. Akhirnya mereka berjaya merubah corak pemerintahan, undang-undang dan pelajaran menurut corak politik, undang-undang dan kebudayaan mereka walaupun di negara Islam yang paling kuat.

http://markgorman.files.wordpress.com/2008/09/le_floor_de_wall_street.jpg

Mereka juga telah mengimpot ke negara Islam  ini wanita-wanita separuh bogel mereka, segala jenis arak, teater, kelab malam, tempat-tempat  hiburan, cerita-cerita, novel-novel, khayalan-khayalan, mainan dan gurauan mereka.

Di samping itu mereka benarkan di negara Islam segala jenis jenayah yang tidak dibolehkan di negara mereka. Mereka telah menghiaskan dunia ini dengan kebisingan suara-suara dosa dan memalitkan noda di mata hartawan-hartawan Islam, orang-orang yang berpengaruh, berkedudukan dan berkuasa di kalangan umat Islam.



 Tidak cukup hanya setakat ini, mereka telah mendirikan sekolah-sekolah, institusi-institusi pengajian tinggi dalam negara Islam dengan mengajarkan atheis ke dalam jiwa anak Islam. Mereka mengajar anak-anak Islam bagaimana rendah diri mereka, menghina agama mereka, tanahair mereka, meninggalkan segala adat dan kepercayaan mereka dan mengagungkan tiap-tiap apa yang datang dari barat. Mereka meyakinkan bahawa apa yang dihasilkan oleh orang-orang Eropah sahaja merupakan contoh yang  unggul dalam hidup ini. Sekolah-sekolah ini mengandungi anak-anak Islam dari golongan  atasan sahaja dan sengaja dikhaskan untuk mereka. Anak- anak Islam dari golongan ini terdiri dari anak-anak para pembesar, pemerintah dan orang-orang yang akan mengambil alih kuasa pemerintahan umat dan rakyat tidak berapa lama lagi. Mana-mana pelajar belum cukup masak dengan ajaran mereka, hantaran biasiswa dijamin bagi menyempurnakan kematangan pelajaran itu.

http://uv-net.uio.no/wpmu/hedda/files/2010/06/university_of_sydney_main_quadrangle.jpg

Perang sosial yang teratur hebat itu berjaya menarik hati sesetengah umat Islam. Dia merupakan suatu perang yang sangat merbahaya, lebih bahaya dari perang politik dan tentera berpuluh kali ganda.  Setengah dari kalangan umat Islam cukup terpesona dengan tamaddun barat itu dan bercita-cita untuk mencelupkannya dengan celupan Islam.

http://rakrazam.files.wordpress.com/2009/02/mind_wars_main.jpg?w=300&h=210

Turki pun mengisytiharkan bahawa dia bukan lagi negara Islam dan akan mengikut Eropah. Amanullah Khan, Raja Afghanistan juga cuba mengikut jejak langkah itu tetapi percubaan itu ia telah membawa kepada penggulingannya. Di Mesir, trend pak turut ini menular dengan cepat sehingga kalangan yang terpengaruh terus terang mengatakan,
 "tidak ada jalan lain lagi  untuk kita maju melainkan dengan cara kita mengambil bulat-bulat tamaddun ini termasuk segala buruk dan baiknya, segala apa yang disuka atau tidak disuka dan segala hina dan mulianya".

 Dari Mesir trend ini merebak dengan cepat ke serata negara Islam di sekitarnya hingga sampai ke Afrika Barat dan Hijaz.  Berdasarkan terkesan tamaddun dan kebendaan ke atas negara-negara Islam ini, ianya boleh dibahagikan kepada 3 kelompok; 

a)  Negara yang dikesani begitu teruk sekali sehingga ke hati dan perasaan di samping merubah segala kedudukan dan rupa bentuk. Antaranya; Turki dan Mesir. Pengaruh Islam di kalangan masyarakat telah merosot di negara-negara ini. Islam telah dilontar ke dalam masjid, surau dan pondok-pondok mengaji Islam sahaja.

http://mrjamesclass.files.wordpress.com/2011/01/egypt-photo2.jpg

b)  Negara yang terkesan hanya pada beberapa bentuk dan upacara-upacara rasmi sahaja seperti Iran dan negara- negara Islam utara Afrika.  Kesanya hanya kepada orang tertentu sahaja iaitu golongan intelek dan pemerintah dan tidak melibatkan orang awam seperti Syria, Iraq, Hijaz, bahagian-bahagian di Semenanjung Tanah Arab dan Kerajaan- kerajaan Islam di sekitarnya.

http://www.christianworldwideweb.com/languages/images/iran.jpg

Walau bagaimanapun, gelombang bahaya ini bergerak begitu cepat untuk sampai ke tempat yang belum sampai sebelumnya, ke dalam jiwa, lapisan dan kedudukan masyarakat sekitarnya.  Musuh-musuh Islam berjaya menipu bijak pandai umat Islam dengan meletakkan satu tabir tebal dihadapan mata orang yang sayangkan agamanya dan menyatakan bahawa Islam itu hanyalah bentuk aqidah, ibadat, akhlak di samping beberapa upacara-upacara tertentu, khurafat dan manifestasi yang tidak bernilai. Kebodohan umat Islam terhadap hakikat agamanya sendiri turut membantu penipuan itu sehingga ramai di antara mereka yang berpuashati dan rela dengan gambaran yang diberikan itu. 

Oleh kerana terlalu lama dalam keadaan demikian, menjadi kesukaran apabila kita hendak fahamkan kepada mereka bahawa Islam itu suatu sistem masyarakat yang sempurna mencakup segenap masalah hidup.

Dengan ini boleh kita katakan bahawa tamaddun barat dengan prinsip kebendaannya telah menang dalam pertarungan sosial melawan tamaddun Islam sebagaimana mereka telah memenangi medan politik dan tentera.  Ini semua bukan suatu yang pelik kerana kenyataan hidup tidak berbelah bagi dan kekuatan itu terletak kepada semua dan begitu juga kelemahan terletak kepada semua. Firman Allah yang bermaksud;

"Dan masa (kejadian dan kehancuran) itu Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran)". (AL-Imran:140).

Sekalipun prinsip-prinsip dan pengajaran Islam itu sendiri kuat, penuh kesuburan, hidup dan indah,maka ia akan tetap abadi sedemikian kerana dia adalah benar. Hidup manusia tidak akan tegak dengan sempurna dan mulia tanpanya. Sebab dia adalah ciptaan Allah, sebagaimana firman Allah yang bermaksud; 

"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al Qur'an dan Kamilah yang memelihara dan mengajarnya" (al Hijr:9).

Firman Allah lagi yang bermaksud;

"Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayanya sekalipun orang-orang kafir tidak menyukainya" (at Taubah:32). 

Kesedaran. . .

Sebagaimana pertarungan politik telah menimbulkan kesedaran perasaan kebangsaan kepada umat ini, maka penindasan dan kecelaruan sosial ini juga telah melahirkan kesan penyegaran semula fikrah Islam. Timbul suara di sana sini meminta supaya kembali kepada Islam, dipelajari hukum hakam dilaksanakan sistemnya.

Akan tiba tidak lama lagi saat keruntuhan tamaddun kebendaan di atas kepala pendokong-pendokongnya. Ketika itu mereka akan merasakan betapa ruh mereka itu lapar meronta di hati dan di jiwa mereka. Di kala itu mereka tidak akan mendapat apa jua makanan, penyembuhan dan pengubatan melainkan dalam ajaran Al-Quran yang mulia ini. Firman Allah yang bermaksud;

"Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepada mu pelajaran dari Tuhan mu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjukserta rahmat bagi orang-orang yang beriman. Katakanlah dengan kurnia Allah dan rahmatNya hendaklah dengan itu meraka bergembira. Kurnia Allah rahmatNya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan". (Yunus:58).  

http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSVF3ocUwdq2kmRzSpZS9i2eEkW5hq0jba1SMzBm1erv4zSlAiK&t=1