Friday 6 May 2011

Ismail Haniya berterima kasih kepada Mesir



Perdana Menteri Palestin Ismail Haniya, berbicara dengan Perdana Menteri Mesir, Esam Sharaf, melalui jaringan telefon, selama hampir satu jam Khamis lalu, dan Haniya mengucapkan terima kasih kepada pemerintah Mesir atas tercapainya perjanjian rekonsiliasi dengan Fatah. Haniya juga menyerukan kepada Mesir membuka hubungan sejarah baru dengas Hamas. 

Menurut Haniya, perjanjian itu mempunyai nilai yang sangat penting bagi masa depan Palestin, menuju bangsa merdeka yang berdaulat, dan melepaskan diri dari penjajahan Israel.

Perdana Menteri Menteri Esam Sharaf, menegaskan, bahawa Mesir akan ikut mewujudkan isi perjanjian antara Hamas dan Fatah. Perjanjian antara Hamas dan Fatah selama ini gagal, kerana pemerintah Mesir selama berada di tangan Hosni Mubarak tidak menginginkan adanya rekonsiliasi antara Hamas dan Fatah. Kerana rekonsiliasi itu hanya akan menjadi ancaman bagi Israel. Kerana itu, reaksi yang sangat keras dari perjanjian itu adalah Israel. Bahkan Israel telah memutuskan menghentikan dana bantuan dari luar negeri yang melalui Israel bagi rakyat Palestin di Gaza.

Langkah penting lainnya, yang diambil pemerintah Mesir, melalui Menteri Luar Mesir Al-Araby, menegaskan bahawa perbatasan antara Mesir dan Gaza akan dibuka secara tetap. Dengan yang diambilnya tindakan oleh pemerintah Mesir itu, maka akan membuka sekatan secara tetapyang dilakukan oleh Israel.

0 comments:

Post a Comment