Sunday 22 May 2011

Antara Semalan dan Hari ini : Pertarungan Politik



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh18lRIDpCO6uXQqbesK7yyIr8TCNxSAS_iJsVni8XJfb44CEMsGjvshmuWqtiJ3sybv_Jj7q6LbnylUxxREhhRigMsc79eXSnqeLJXXkw7BKpMsiGaFnSx0MsK1SlCgTaJut2mMtP_2fs/s1600/jihad_9.jpg


(1) Cubaan menghancurkan umat Islam.

Faktor-faktor yang menghancurkan Negara Islam mula menyengat dan melemahkan daulah dan umat. Bangsa-bangsa (musuh Islam) yang sentiasa mengekori mereka menjangka inilah peluang untuk membalas dendam dan menghapuskan negara dan umat Islam yang merosakkan mereka selama ini.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhgjc70eDpZOpZiOB_1SxN4ZLMI5MP9G0DYOsvp7CjohUV5fWSB_r0wadq3SDNhEqq_SgGqG6ygieGeftK-DQJXk5TotP5VlSpIrSgXADfsNYTgXTcWLxa14cg6x4oVp2yZhEoYw6rEUzE2/s1600/Genghis+Khan.jpg

Turunlah bangsa Tartar (Monggol                 seperti air banjir ke negara Islam. Tartar memotong badan umat Islam sekerat - keratnya dan akhirnya mereka pun sampai ke Baghdad, ibu kota kerajaan Abbasiyyah. Mereka memijak badan khalifah Musta’sim dengan kasut mereka. Dengan ini berkecailah untaian negara Islam dan bertaburanlah ikatan khalifah buat pertama kalinya. Seluruh umat Islam berpecah menjadi  negara-negara yang kecil dan setiap kabilah mempunyai Amirulmukminin dan mimbarnya sendiri. 

Kristian di Eropah mula perasan dan mengumpulkan sekutu-sekutu mereka. Akhirnya melalui sembilan kali serangan (Peperangan Salib), mereka berjaya menendang Islam jauh ke Asia dan Afrika). Mereka berjaya mendirikan negara Kristian di Baitul Maqdis dan menggugat seluruh umat Islam, timur dan barat. Mereka juga cuba menyerang Mesir yang merupakan negara Islam yang terkuat pada masa itu. 

(2) Kemenangan berterusan.

http://thecia.com.au/reviews/k/images/kingdom-of-heaven-9.jpg

Walaupun batil telah mengalahkan haq tetapi Allah tidak mengizinkan lebih dari itu. Mesir telah berjaya mengumpulkan saki baki tentera dari negara-negara kecil Islam dan di bawah pimpinan Salahudin al Ayyubi, Baitul Maqdis dapat di kembalikan semula. Diperlihatkan juga kekalahan kristian di Hittin. Kemudian tentera  Islam ini berdiri gagah di hadapan Tartar di bawah pimpinan Sultan Zahir Baybars dan berjaya mengalahkan mereka di Ain Jalut. Selepas ini sistem khalifah pun di hidupkan semula. Allah menghendaki selepas peristiwa-peristiwa ini Islam kembali tegak sebagai sebuah negara dan pelindung yang mempunyai kekuatan dan paling ditakuti yang dapat menyatukan seluruh umat dan rakyatnya di bawah panji-panjinya. Semangat muslimin yang tinggi terus menerus  dan terus mara memerangi Kristian di bumi mereka. Konstantinopal pun dibuka dan kuasa  Islam menjangkau ke tengah benua Eropah sehingga ke Vienna (Austria).

Inilah dia negara Turki Othmaniah.  

http://www.naqshbandi.org/ottomans/images/Ottoman_Crest.gif

(3) Bibit-bibit kebangkitan Eropah.

Di bawah kerajaan Othmaniah, negara Islam menjadi tenang dan tertidur. Akhirnya mereka lalai dari apa yang berlaku sekeliling. Tetapi Eropah yang telah dapat mengambil sinar Islam (ilmu dan tamaddun) dari sebelah Barat (Sepanyol) dan dari sebelah timur melalui angkatan perang salibnya tidak pernah melepaskan peluang, tidak pernah cuai dan mengambil manfaat dan pelajaran yang lalu. Mereka mula memperkuatkan diri dan berkumpul di bawah panji-panji Eropah di Portugal. Mereka berjaya menahan kemaraan gelombang Islam di Barat dan berjaya pula menaburkan bibit perpecahan dan bercakaran sesama sendiri di kalangan umat Islam Sepanyol. Akhirnya mereka berjaya melontar umat Islam ke seberang laut (ke seberang Afrika). Sebagai ganti, sebuah negara baru Sepanyol Kristian telah bangkit. Eropah terus bersatu, berfikir, belajar, mengelilingi negeri-negeri dan meneroka negeri-negeri. Hingga penemuan Amerika sendiri adalah hasil usaha Sepanyol dan penemuan jalan ke India pula adalah hasil penerokaan Portugis.  

http://pastorleonwallace.files.wordpress.com/2010/06/america.gif

Timbul di kalangan mereka suara-suara lantang untuk pembaharuan lalu lahir ramai reformis masyarakat. Eropah juga telah mempelajari  ilmu-ilmu dunia dan pengetahuan yang dapat menelurkan hasil. Dari revolusi-revolusi pembaharuan ini terbentuklah fahaman kebangsaan dan negara yang kuat yang kesemuanya bermatlamat untuk menghancurkan negara Islam. Negara-negara baru ini telah membentuk beberapa pakatan yang dianggap suci. 

(4) Serangan baru. 

 http://www.anzacday.org.au/history/ww1/images/ww1main.jpg

Di bawah dasar penerokaan dan pengembaraan, kuasa Eropah telah menjangkau sepanjang-panjangnya sehingga ke negara Islam yang jauh seperti India dan negeri Islam di sekitarnya. Kristian Eropah berusaha bersungguh-sungguh untuk menghancurkan negara-negara Islam. Untuk tujuan itu mereka telah meletakkan berbagai rancangan kadang-kadang digambarkan dengan "masalah Timur" dan kadang-kadang dengan "pembahagian peninggalan harta orang sakit".  Setiap negara Eropah mengambil peluang dan mencipta sebab-sebab remeh dan menyerang negara yang terdedah nyanyok itu. Bermulalah sedikit demi sedikit anggota-anggotanya berkurangan dan terus runtuh. Serangan ini berterusan memakan masa yang panjang. Banyak negara-negara Islam terlucut dari kerajaan Othmaniah dan jatuh ke dalam kuasa Eropah seperti negara Afrika Barat (Morokko, Algeria dll) dan Eropah Utara. Beberapa negara-negara bukan Islam yang tertakluk di bawah kuasa kerajaan Othmaniah seperti Yunan (Greek) dan negara-negara Balkan juga memerdekakan diri mereka. Pusingan penutup dalam krisis ini dengan munculnya Perang Dunia I pada tahun 1914-1918 M yang membawa kekalahan kepada Turki dan sekutu-sekutunya. Dengan ini ia telah memberi kesempatan yang seluas-luasnya kepada bangsa Eropah yang terkuat di masa itu (England dan Perancis) dan disertai Itali meletakkan tangannya ke atas pesaka yang paling banyak itu ialah umat Islam dan rakyat-rakyatnya. Negara-negara tersebut telah meluaskan kuasanya dalam berbagai nama seperti penaklukan, penjajahan, pengawasan dan perwakilan. Mereka telah membahagi negara-negara Islam seperti berikut;
 
a)  Afrika Utara (Maghribi, Algeria dan Tunis)menjadi jajahan Perancis. Diselang seli dengan Tanger yang berada di bawah kuasa antarabangsa dan jajahan Sepanyol di kampung-kampung. 

b)  Libya di jajah oleh Itali. Itali tidak mahu langsung kesan-kesan Islam kekal wujud di situ. Ia telah memaksa penduduk di situ menjadi warganegara Itali dan dinamakannya sebagai Itali selatan. Di situ juga dicampakkan beribu-ribu orang tawanan yang berkebuluran dan manusia-manusia jahat. 

c)  Mesir dan Sudan di bawah naungan Inggeris. 

d)  Palestin berada di bawah jajahan Inggeris untuk dijualkan kepada Yahudi bagi mendirikan Negara kebangsaan mereka.

e)  Syria di bawah jajahan Perancis.

f)  Iraq menjadi tanah jajahan Inggeris. 

g)  Hijaz (Mekah dan Madinah) menjadi sebuah kerajaan yang sangat lemah sentiasa menunggu sedekah dan mengharap kepada janji-janji palsu dan perjanjian-perjanjian yang tidak laku dari Eropah.

h)  Yaman pula sebuah kerajaan yang tinggal  hanya rangka-rangka, rakyatnya papa dan terancam dengan peperangan di setiap tempat dan masa. 

i)  Di bahagian lain dari seluruh semenanjung Arab pula, yang tinggal hanya negeri-negeri yang kecil di mana amir-amirnya hidup di bawah ketiak konsol-konsol Inggeris. Mereka berjuang dengan cebisan-cebisan makanan dari meja makan Inggeris. Sesama mereka penuh menyala hasad dengki dan benci. Kuasa Berikat telah memberikan janji kemerdekaan kepada bekas Raja Semenanjung Arab; Malik Husin dengan syarat menolong mereka menghapuskan kuasa khalifah Othmaniah. 

j)  Iran dan Afghanistan adalah kerajaan-kerajaan yang sentiasa bergolak dan menjadi rebutan sesama mereka.

k)  India menjadi jajahan Inggeris.

l)  Turkistan dan sekitarnya menjadi jajahan Rusia yang ditekan dengan dahsyatnya.  Selain dari ini terdapat beberapa golongan minoriti Islam yang bertaburan di beberapa negara yang tidak mendapat sebarang tempat untuk berlindung seperti orang-orang Islam di Habsyah (Ethopia), Cina, Balkan, Afrika tengah, barat dan timur. 

Dengan apa yang berlaku ini, Eropah boleh dikatakan berjaya dalam pertarungan politik. Mereka berjaya merobek empayar Islam, berjaya menghapuskan negara Islam dan menyingkirkannya secara politik dari senarai negara-negara besar.

(5) Ke arah kekuatan baru.

http://rikowski.files.wordpress.com/2011/04/permanent-revolution.jpg

Kezaliman yang jelas berlaku dan perjanjian bohong yang menyenak dada itu telah membangkitkan jiwa-jiwa umat ini. Mereka mula bangun menuntut kemerdekaan dan berjuang mengembalikan kebebasan dan keagungannya. Api revolusi terus menyala. Turki, Mesir, Iraq dan Syria telah bangun memberontak. Keadaan yang sama berlaku di Palestin dan Rif Maghribi. Kesedaran terus berkembang dan hasilnya umat  Islam berjaya mencapai beberapa hak mereka. Maka merdekalah Turki dalam sempadannya yang baru, Mesir dan Iraq di kira sebagai 2 buah negara yang merdeka, Hijaz dan Nejd menjadi  Negara Saudi. Yaman, Iran dan Afghanistan berjaya mengekalkan kawasan bebas, Syria hampir berjaya mendapatkan pengiktirafan kemerdekaannya. Perjuangan Palestin telah berjaya menarik perhatian dunia. Umat Islam telah berjaya mengatur langkah yang baik -sekali pun lambat - ke arah beberapa matlamat murni untuk mengembalikan kebebasan dan keagungan dan membangunkan negara mereka. 

(6)  Perang baru.

Negara-negara Eropah telah keluar dari kancah perang dunia tetapi bibit dengki dan benci masih berakar umbi di dalam dada mereka. Perjanjian-perjanjian damai telah memberikan satu tamparan hebat bagi kebanyakan negara-negara ini. Keadaan ini telah membawa kepada lahirnya idea-idea baru dan prinsip-prinsip fanatik yang ekstrim. Ini sudah tentu akan berkesudahan di kalangan bangsa ini (Eropah) satu krisis baru dan perang yang akan menghancur lebur kesatuan mereka dan akan menyedarkan semula mereka bagi membuang kezaliman yang mereka lakukan itu. Umat Islam sekali lagi di kurniakan peluang untuk menyatukan barisan mereka dan berkumpul, melengkapkan kemerdekaan mereka dan mengembalikan negara dan kesatuan mereka di bawah panji-panji Amirul-Mukminin. Firman Allah yang bermaksud:

"Dan kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi (Mesir) itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi) (al Qasas:5).

0 comments:

Post a Comment