Sunday 22 May 2011

Antara Semalan dan Hari ini : Pertarungan Sosial




Seluruh umat Eropah telah berjaya berkomunikasi dengan masyarakat Islam Timur melalui perang-perang salib dan di Barat melalui perhubungan dengan umat Islam Andalus.Perhubungan itu bukan saja menguatkan kesatuan politik mereka tetapi mereka mendapat faedah sampingan lain iaitu kesedaran mental dan pemikiran. Mereka mengambil pelbagai ilmu pengetahuan yang begitu banyak dari Islam.

Hasilnya telah lahir kebangkitan ilmu pengetahuan yang hebat. Pihak gereja telah bangun menyanggah fenomena ini dengan segala kekuatannya. Para sasterawan dan saintis telah dikenakan dengan pelbagai siksa. Orangramai dirangsang supaya sama-sama menentang saintis  ini.

Tetapi kesemuanya ini sia-sia belaka. Kebangkitan ilmu akhirnya berjaya dengan penuh kemenangan. Dengan kebangkitan ini, negara Eropah telah sedar dan sebaliknya telah menentang gereja. Dengan kebangkitan ini juga masyarakat Eropah telah menghapuskan sama sekali kuasa gereja dan meletakkan ahli gereja di tempat ibadat dan pertapaan sahaja. Mereka juga  telah memaksa Pope tinggal di Kota Vatican. Masyarakat Eropah telah membatasi kerja ahli-ahli agama hanya berhubung dengan beberapa lingkungan kehidupan yang kecil. Mereka tidak boleh keluar dari lingkungan ini. Agama Kristian di Eropah hanya tinggal menjadi sebagai satu pesaka sejarah dan sebagai satu faktor mendidik rakyat biasa. Ia juga hanya sebagai satu jalan untuk menguasai, menjajah dan menghancurkan pengacau-pengacau politik.  

http://buycheaptraveltickets.com/blog/wp-content/uploads/2008/07/vatican-city.jpg

Ruang sains semakin meluas di kalangan masyarakat Eropah. Penciptaan dan jumpaan baru mula berkembang. Jentera-jentera mula menggandakan pengeluaran. Kehidupan mula berwajah baru, iaitu kehidupan industri. Serentak dengan ini negara mula menjadi kuat, kuasanya menjangkau ke negara-negara lain. Dunia telah berpaling mengadap Eropah dan mencurahkan segala hasil kepadanya. Segala harta benda datang melimpah dari segenap tempat.

Dengan ini tidak dapat di sangkal lagi bahawa kehidupan Eropah dan tamadunnya terus bertunjang kepada penyingkiran agama kehidupan masyarakat lebih-lebih lagi dari negara, kehakiman dan sekolah. Pandangan kebendaan menjadi keterlaluan dan dijadikan sebagai ukuran dalam setiap perkara.  Berikutan ini, fenomena tamadun ini adalah materialistik yang meruntuhkan segala ajaran agama langit (Islam, Kristian dan Yahudi). Ianya jelas bertentangan dengan asas Islam yang menjadikan kesatuan roh dan jasad sebagai asasnya. 

Antara petanda-petanda penting yang sentiasa wujud dalam tamadun barat ialah:-  
 http://friendlyatheist.com/wp-content/uploads/2007/10/a3d.jpg

a) Atheis dan ragu kepada Allah,

Tidak mempercayai ruh, melupakan balasan akhirat dan hanya berdiri dalam lingkungan alam kebendaan yang boleh di rasa sahaja. Firman Allah yang bermaksud, 

"Mereka hanya mengetahui yang lahir (sahaja) dari kehidupan dunia sedang mereka tentang (kehidupan) akhirat adalah lalai" (ar-Rum:7). 

http://newmexicodietitian.files.wordpress.com/2011/01/fast_food.jpg

b)  Tiada batasan dalam semua perkara, berebut-rebut kelazatan, mempelbagaikan kenikmatan, merombak tabi'e alam dari undang-undangnya, memenuhi syahwat perut dan kemaluan, menghias wanita dengan berbagai rupa yang menarik, menghancurkan jasad dan akal, menghapuskan sistem keluarga dan meruntuh kebahagian rumahtangga. Firman Allah, maksudnya, 

"Dan orang-orang kafir itu bersenang-senang di dunia dan mereka makan seperti makannya binatang-binatang. Dan neraka adalah tempat tinggal mereka" (Muhammad:12). 
 http://newlearningonline.com/new-learning/chapter-5-learning-personalities/files/2009/03/42.png
c)  Mengagungkan individu. Setiap manusia hanya mahu kepentingan diri sahaja. 

 Dalam kelas dan darjat, setiap cuba meninggi dari yang lain dan masing-masing cuba mendapatkan harta dengan menghalangi kelas-kelas yang lain. Di peringkat bangsa-bangsa, setiap bangsa fanatik dengan bangsanya dan bukan hanya cuba merendahkan bangsa-bangsa lain, bahkan ia cuba menelan bangsa-bangsa yang lebih lemah daripadanya. 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjKVLEX3brPtEdHTFLqdi1gvn2raNLzXct5Bvf2rXz_EoFZruq7wXKgEC5Qxg411XHOsrUnSQ0aQtTixp72E9HwWhtXHLrgh6crB7cBi2YdkuZu46BWlELZcbaXIntwI3pin_VwBawH1pW2/s320/Bribe.png

d)  Riba.

Ianya diterimapakai dan dianggap salah satu cara muamalat. Ianya disebarkan kepada semua orang dan semua negara dengan dipelbagaikan bentuk dan jenisnya.  Manifestasi kebendaan ini telah melahirkan keruntuhan jiwa, kelunturan akhlak dan ketidaksungguhan untuk memerangi segala jenayah. Masalah-masalah bertimpa-timpa, timbul berbagai prinsip dan ideologi yang meruntuhkan dan lahir pemberontakan yang menghancurkan. Sistem ekonomi, masyarakat dan politik tidak pernah mantap. Negara berpecah kepada puak-puak dan parti dan akhirnya orang ramai berbunuh-bunuhan sesama sendiri kerana tamak dan dendam. Ternyata tamadun  moden ini tidak berjaya sama sekali untuk menjamin kedamaian dan keharmonian masyarakat manusia. Ia gagal memberikan kebahagiaan kepada manusia sekalipun pintu ilmu pengetahuan telah di buka kepada mereka. Pencapaian kuasa dan kekuatan untuk mereka hanya berlalu untuk satu kurun sahaja. 

0 comments:

Post a Comment