Friday 6 May 2011

Usrah Dan Dakwah ( II )



Usrah Dan Dakwah ( Bahagian II )
By: As-Syahid Imam Hassan Al-Banna

KEWAJIPAN ANGKATAN IKHWAN
19. Pertama: Untuk Badan Saudara:

(1) Hendaklah saudara segera berjumpa doktor untuk diperiksa kesihatan umum saudara. Jika didapati ada apa-apa penyakit maka hendaklah saudara segera berubat. Selain dan itu hendaklah saudara sentiasa mengambil berat tentang punca-punca kekuatan badan saudara dan cara-cara bagaimana memeliharanya dan segi kesihatan. Di samping itu hendaklah saudara menjauhkan diri daripada sebab-sebab yang boleh melemahkan kesihatan badan saudara.

(2) Hendaklah saudara menjaga kebersihan di dalam semua hal — iaitu samada dalam rumahtangga, pakaian, makan minum, tubuh badan, maupun tempat bekerja dengan sebersih-bersihnya; kerana Islam itu diasaskan di atas dasar “Kebersihan”.

(3) Hendaklah saudara tidak meminum kopi atau teh berlebih-lebihan dan apa-apa jua minuman penyegar seperti itu; malah seboleh-bolehnya cubalah jangan sama sekali menghisap rokok.

(4) Hendaklah saudara mengamalkan apa-apa jenis riadzah badan walaupun dengan cara hanya sekadar berjalan-jalan kaki sahaja; dan hendaklah saudara menjadi ahli di dalam mana-mana “Pasukan Pengembara” jika umur saudara menasabah dengannya.

(5) Hendaklah saudara menjauhkan diri sama sekali daripada arak, minuman-minuman keras yang memabukkan, dan minuman-minuman yang boleh melemahkan kesihatan badan atau apa jua minuman yang merbahaya seperti itu.

20. Yang Kedua: Untuk Akal Saudara:

(6) Hendaklah saudara dapat membaca dan menulis dengan baik. Hendaklah saudara belajar membaca dan menulis jika saudara belum dapat berbuat demikian. Hendaklah saudara sentiasa bermutala’ah dapat berbuat demikian. Hendaklah saudara sentiasa membaca akhbar-akhbar dan majalah-majalah. Hendaklah juga saudara mempunyai sebuah kutub-khanah khas untuk saudara sendiri walaupun kecil supaya saudara ber peluang mendalamkan ilmu pengetahuan dan kepandaian yang sudah ada pada diri saudara jika saudara adalah termasuk ke dalam mana-mana golongan iktisas dalam satu-satu bidang pengetahuan. Saudara hendaklah juga memiliki pengalaman berkenaan urusan-urusan Ugama Islam kira-kira membolehkan saudara menggambarkan hakikatnya dan menimbang samada cucuk atau tidak satu-satu perkara itu dengan tujuan-tujuan Dakwah’ kita.

(7) Hendaklah saudara dapat membaca Quran dengan betul: dan juga hendaklah saudara dapat mendengar serta memikirkan ertinya. Juga saudara dikehendaki mempelajari “Sirah” atau Perjalanan Rasulullah dan sejarah angkatan “As-sala-fus Saa-lih” atau yang sangat “mustahak” (essential) mengenai asas-asas “Aqidah asas-asas bagimana hukum-hukum itu bercabang, dan juga rahsia-rahsia Syari’at Tuhan.

21. Ketiga: Untuk Budi Pekerti Saudara:

(8) Hendaklah saudara sentiasa di dalam keadaan segar mekar dan cergas, berperasaan halus, mudah herkesan samada terhadap sesuatu yang baik maupun terhadap sesuatu yang buruk; samada terhadap perkataan-perkataan maupun terhadap perbuatan.

(9) Hendaklah saudara sentiasa bercakap benar dan jangan sekali-kali berdusta; hendaklah saudara kuat kemahuan; dan janganlah teragak-agak di dalam sesuatu perkara, yang benar dan hendaklah saudara sanggup menyimpan rahsia; berani mengaku kesilapan sendiri. sanggup menyedari dan mengawas diri sendiri ketika marah.

(10) Hendaklah saudara bersikap berani; sanggup memikul bebanan; dan semulia-mulia keberanian itu ialah berani berterang-terang dengan perkara yang benar dan hendaklah saudara sanggup menyimpan rahsia; berani mengaku kesilapan sendiri, sanggup menyedari dan mengawal diri sendiri ketika marah.

(11) Hendaklah saudara bersikap gagah dengan cara sentiasa bersungguh di dalam sesuatu perkara. Kegagahan sikap seperti itu tidaklah pula sampai menghalang saudara dan bergurau dengan yang benar dan ketawa dengan senyum dan dengan tidak mengada ngada.

(12) Hendaklah saudara menjauhkan diri daripada rakan-rakan yang jahat dan daripada kawan yang rosak seperti mana saudara juga hendaklah menjauhkan diri daripada tempat maksiat dan dosa.

22. Keempat: Untuk Saku Saudara:

(13) Hendaklah saudara membuat apa juga kerja yang halal yang boleh mendatangkan rezeki sekalipun kalau saudara sudah kaya-raya; dan juga hendaklah saudara memilih kerja yang bersungguh dan mencubakannya seberapa daya upaya walaupun kerja itu sukar; bahkan hendaklah saudara bertekun sehingga berjaya di dalam satu-satu kerja.

(14) Janganlah saudara terlalu sibuk mencari kerja di pejabat-pejabat Kerajaan. akan tetapi janganlah pula saudara menolaknya jika peluang mendatang: dan janganlah lepaskan kerja yang sudah saudara dapat kecuali jika kerja itu henar-benar berlawanan dengan tugas-tugas Gerakan Dakwah kita.

(15) Hendaklah saudara sentiasa berjaga-jaga supaya dapat menunai tugas saudara dengan cukup amanah tentang kelicinan dan ketertihan pekerjaan itu; dengan sekali-kali tidak menipu; bahkah hendaklah saudara menunaikan kewajipan itu dengan tepat pada waktunya dan tepat pada masa janjinya.

(16) Hendaklah saudara menjauhkan diri dari permainanjudi walaupun apa jua pun coraknya, dan walauapa pun jua tujuan yang ada disebaliknya. Hendaklah juga saudara menjauhkan diri daripada cara- cara penghasilan haram walaupun disebaliknya itu terdapat keuntungan yang segera.

(17) Hendaklah saudara menjauhkan diri daripada amalan riba di dalam apa jua mu’amalah jual-beli, malah hendaklah saudara membersihkan diri sama sekali dan sebarang aliran riba itu.

(18) Hendaklah saudara menyimpan sebahagian daripada wang saudara untuk masa kecemasan walaupun simpan itu sedikit sahaja, dan janganlah sekali-kali saudara-saudara terjerumus ke dalam perbelanjaan perbelanjaan yang tidak mustahak.

(19) Hendaklah saudara memerangi tempat-tempat permainan kotor; jangan menghampirinya, dan hendaklah saudara menjauhkan diri daripada cara hidup bermewah-mewah, berlebih-lebihan dan membazir.

(20) Hendaklah saudara mengguna harta umum umat Islam itu kepada jalan-jalan yang menggalakkan perusahaan dan pembangunan ekonomi Islam. Hendaklah saudara berjaga-jaga supaya jangan sampai keciciran wang itu walau sekupang sekalipun ke tangan pihak yang bukan Islam walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Hendaklah saudara jangan memakai melainkan barang-barang buatan tanah air saudara sendiri.

(23) Yang Kelima: Untuk Orang Lain:

(21) Hendaklah saudara berlaku adil dan benar dalam menjalankan sesuatu hukum walauapa pun jua perkaranya. Janganlah saudara lupakan kebaikan orang lain sebab saudara marah; dan sebaliknya pula, janganlah saudara memejam mata daripada kejahatan kejahatan mereka — itu sebab saudara sayang. Budi baik orang lain hendaklah dikenang walaupun ketika dalam keadaan permusuhan. Hendaklah saudara bercakap benar walaupun terhadap diri sendiri atau terhadap orang yang paling hampir dengan saudara sekalipun cakapan yang benar itu pahit dan maung akibatnya.

(22) Hendaklah saudara cergas dan terlatih dalam membuat perkara-perkara kebajikan am. Kecerdasan ini dapat diukur dengan perasaan gembira saudara ketika saudara dapat memberi khidmat kepada orang lain untuk mencapai maksud ini hendaklah saudara menziarahi orang-orang sakit, menolong orang-orang yang berhajat, menanggung bebanan orang-orang yang lemah dan melapangkan dada orang-orang yang ditimpa kemalangan atau bencana walaupun hanya sekadar dengan cakap-cakap yang “melegakan hati”. Tegasnya, hendaklah saudara segera melakukan kebajikan walau apajua pun coraknya.

(23) Hendaklah saudara bersifat belas-kasihan dan bertolak-ansur. Dalam hal ini hendaklah saudara memaaf dan mengampun kesilapan-kesilapan orang lain. Belas kasihan ini bukan sahaja terhadap sesama manusia akan tetapi juga terhadap makhluk haiwan. Hendaklah saudara bermu’amalah dengan orang lain secara yang baik; sentiasalah berkelakuan baik terhadap orang ramai dan hendaklah saudara memelihara sopan santun secana Islam dalam pengaulan sehari-hari — iaitu dengan cara menaruh perasaan belas kasihan kepada yang kecil dan menghormati yang tua, melapangkan tempat ketika di dalam mana-mana majlis perhimpunan ramai. Janganlah saudara mengintai-ngintai atau mengumpat-ngumpat; jangan menceroboh bahkan hendaklah saudara terlebih dahulu meminta izin ketika hendak masuk ke satu-satu tempat dan begitu juga ketika hendak keluar dan sesuatu tempat.

(24) Hendaklah saudara meminta hak saudara dengan cara yang baik dan hendaklah menunai hak orang lain dengan sepenuhnya dengan tidak payah dituntut dan dengan tidak lengah-lengah lagi.

24. Yang Keenam: Untuk Gerakan Dakwah Saudara:

(25) Hendaklah saudara melepaskan diri daripada berhubung dengan sebarang badan atau kumpulan yang tidak memberi faedah kepada pergerakan Dakwah kita terutama jika saudara disuruh berhubung dengan badan-badan atau kumpulan-kumpulan seperti itu.

(26) Hendaklah saudara sedaya upaya berusaha menghidupkan adat-adat yang bercorak Islam dan sebaliknya memerangi adat-adat dagang dalam semua lapangan hidup. Di antara adat-adat ini ialah cara- cara memberi hormat, bertutur bahasa, bahasa itu sendiri, sejarah, pakaian dan masa-masa bekerja (office hours).

(27) Hendaklah saudara tidak menonjolkan diri (iaitu memulau) apa jua mahkamah “bukan Islam”; iaitu dengan jalan saudara tidak berhakimkan kepadanya kecuali jika terpaksa; begitu juga saudara janganlah pergi ke kelab-kelab yang bukan Islam, akhbar-akhbar, kumpulan-kumpulan, sekolah-sekolah dan badan badan serta perbadanan-perbadanan yang menentang ideology Islam. Pemulauan ini hendaklah saudara lakukan dengan cara yang bersungguh-sungguh.

(28) Hendaklah saudara kenal siapa dia anggota anggota “Cawangan” yang saudara sendiri berada di dalamnya; saudara hendaklah kenal mereka itu tiap-tiap seorangnya dengan kenalan yang penuh dan di samping itu saudara pula hendaklah memperkenalkan diri saudara kepada mereka dengan sejelas-jelasnya sambil menunjukkan bahawa saudara benar-benar merasai kasih sayang, penghargaan, sanggup bertolong tolongan; dan saudara hendaklah membuktikan bahawa saudara mengutamakan kepentingan mereka ke atas kepentingan diri saudara sendiri. Saudara janganlah tidak menghadiri majlis mereka itu kecuali dengan sebab-sebab yang sangat memaksa dan tidak dapat dielakkan sama sekali. Tegasnya, saudara hendaklah membuktikan di dalam mu’amalah sehari-hari bahawa saudara betiar-benar mengutamakn mereka ke atas diri saudara sendiri dan menunjukkan kasih sayang saudara kepada mereka sepanjang masa.

(29) Hendaklah saudara menyumbangkan sedikit dan harta punya saudara untuk pergerakan Dakwah kita ini, dan janganlah lupa mengeluarkan zakat yang wajib. Seboleh-bolehnya hendaklah saudara menguntukkan sedikit dan harta punya saudara itu untuk menolong pengemis-pengemis dan orang-orang yang terputus rezeki walaupun pendapatan saudara sendiri amat kecil.

(30) Hendaklah saudara bekerja untuk menyiarkan seruan Dakwah Ideology kita ini pada segenap telok dan rantau; dan juga hendaklah saudara corakkan rumah tangga, keluarga dan sesiapa jua yang berhubung dengan saudara dengan corak keislaman. Hendaklah saudara memberitahu suasana yang mengelilingi diri saudara kepada Pucuk Pimpinan. Dan hendaklah saudara sentiasa berhubung rapat dengan Pucuk Pimpinan dan segi jiwa dan amalan malah saudara hendaklah terlebih dahulu meminta persetujuan mereka dalam setiap langkah yang penting di samping menganggap diri saudara sendiri sebagai seorang askar yang sentiasa di dalam keadaan “siap sedia” dan hanya menunggu perintah untuk bertindak.

25. Yang Ketujuh: Untuk Tuhan Saudara:

(31) Hendaklah saudara jangan terputus dan mengawasi Allah tabaraka wa-ta’ala. Sentiasalah berniat ikhlas kerana Allah dalam sebarang pekerjaan. Saudara hendaklah sentiasa beringat-ingat serta bersedia untuk ke Akhirat; iaitu dengan jalan beramal dengan ibadat-ibadat yang Sunnah untuk menghampirkan diri kepada Allah; hendaklah saudara membanyakkan zikrullah dalam semua hal serta berdoa dengan doa-doa yang ma’thur yang pernah diamalkan oleh Rasulullãh dalam setiap keadaan.

(32) Hendaklah saudara mengamalkan wirid -wirid yang khas bagi Ikhwan Muslimin dan janganlah saudara mengecualikannya melainkan sebab satu-satu keadaan yang cemas dan memaksa.

(33) Hendaklah saudara memelihara kebersihan samada tentang perkara-perkara yang nyata maupun perkara perkara ma’anawi; dan seboleh-bolehnya hendak saudara sentiada berada di dalam keadaan berwudhu.

(34) Hendaklah saudara tahu sembahyang dengan betul dan menunaikannya pada waktu-waktunya yang di tentukan, dan seboleh-bolehnya hendaklah saudara selalu ke majlis dan berjama’ah di sana.

(35) Hendaklah saudara berpuada pada bulan Ramadan dengan baiknya.

(36) Hendaldah saudara menunai fardu Haji jika mampu; akan tetapi jika belum mampu, maka hendaklah saudara bekerja untuknya dan sekarang lagi.

(37) Hendaklah saudara sentiasa membaharui taubat dan isti’ghfar meminta ampun kepada Tuhan. Saudara hendaklah menjauhkan diri daripada segala dosa — bukan sahaja dosa-dosa besar tetapi juga hatta dosa- dosa kecil pun hendakdah saudara jauhinya.

Hendaklah saudara menjaga masa kerana masa itu adalah umur saudara; oleh itu hendaklah saudara menjauhkan diri daripada perkara-perkara subahat iaitu perkara-perkara yang samar-samar hukumnya supaya dengan menjauhkan diri danipadanya saudara tidak terjatuh ke dalam perkara-perkara yang haram.

(38) Hendaklah saudara melawan diri sendiri dengan sehebat-hebatnya supaya mudah saudara memimpin diri sendiri. Kawalilah mata dan perasaan hati sendiri, dan kuasailah desakan-desakan kemahuan semulajadi di dalam diri saudara dan halakanlah semuanya itu kepada perkara-perkara yang halal lagi baik. Elakkan diri daripada apa jua perkara yang haram walau apapun jua coraknya.

26. Dan Untuk Semuanya Tadi:

(39) Hendaklah saudara sentiasa berada di dalam keadaan niat berjihad dan untuknya sedaya upaya.

(40) Sebelum tidur hendakiah saudara menguntukkan masa selama satu jam untuk menyoal diri sendiri tentang sejauh.mana dan sebanyak mana saudara menunaikan kewajipan ini? Jika saudara dapati jawapannya baik maka bersyukurlah kepada Allah; akan tetapi jika saudara dapati kekurangan maka pintalah ampun kepada Allah dan bertaubatlah kepadaNya, malah hendaklah saudara pinta pertolong an daripadaNya kerana Allah itu sebaik-baik Pengawal dan sebaik-baik Pembantu.

0 comments:

Post a Comment