Monday 9 May 2011

Mufti Besar Mesir Serukan Persatuan Untuk Melawan Sektarianisme

 




Mufti besar Mesir Syeikh Ali Jumaa meminta rakyat Mesir dan dewan tentera untuk melawan perilaku sektarianisme dan setiap usaha yang cuba untuk 'menggoyang' negara.

Mufti besir Mesir Syeikh Ali Jumaa pada hari Minggu kemarin (8 / 5) mengecam keras terjadinya insiden pertengkaran sektarian yang terjadi di daerah Imbaba Giza pada Sabtu malam lalu.

Syaikh Ali Jumaah menyatakan bahawa tindakan kekerasan sektarian tersebut bukan berasal dari orang-orang yang benar-benar memahami tentang agama dan meminta semua orang Mesir untuk berdiri bersama melawan orang-orang yang berusaha mengacaukan keamanan negara.

Dia lebih banyak menekankan pentingnya tegaknya Peraturan undang-undang dan menuntut Dewan Tertinggi Angkatan Bersenjata Mesir untuk segera mengambil semua langkah yang diperlukan untuk menghadapi kemungkinan berkembangnya rusuhan sektarian tersebut.

Dalam peristiwa berkaitan Syaikh Ali Jumaa menyeru diadakannya pertemuan yang mendesak semua kumpulan agama di Mesir untuk menghapuskan salah faham di antara mereka, menyusul terjadinya pertengkaran di Imbaba antara Kristian Koptik dan Muslim yang setakat ini telah menyebabkan 12 orang tewas.

Syaikh Ali Jumaa mengatakan hal tersebut dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan minggu terakhir yang menegaskan bahawa negara boleh jatuh ke dalam perang saudara jika penjahat terus dibiarkan melanggar undang-undang dan menimbulkan ketegangan sektarian di antara warga Mesir.

0 comments:

Post a Comment