KENALI PAS

Klik gambar untuk senarai artikel.

PRU13

Klik gambar untuk senarai artikel.

MANIFESTO

Klik gambar untuk senarai artikel.

FIKRAH

Klik gambar untuk senarai artikel.

TAHALUF SIYASI

Klik gambar untuk senarai artikel.

KALIMAH ALLAH

Klik gambar untuk senarai artikel..

Showing posts with label Manifesto. Show all posts
Showing posts with label Manifesto. Show all posts

Sunday, 21 April 2013

Manifesto Pakatan Rakyat


Thursday, 18 April 2013

Rafizi: BN Ciplak 22 Idea Manifesto BN



APABILA politik nasional lebih banyak berkisar kepada persoalan dan perdebatan dasar (bukannya politik perkauman, kebencian dan cacian peribadi), rakyat berpeluang untuk menilai sendiri perbandingan program ekonomi dan kerajaan yang ditawarkan oleh parti-parti politik.

Justeru, saya menyambut baik peluncuran manifesto Barisan Nasional dan ingin mengambil kesempatan ini untuk membentangkan analisis perbandingan di antara manifesto Rakyat dan Manifesto Barisan Nasional.



TEMA

  • Manifesto Barisan Nasional yang bertemakan “Menepati Janji, Membawa Harapan” secara jelas dan tanpa segan silu menciplak tema “Pakatan Harapan Rakyat” yang telah lama diluncurkan oleh Pakatan Rakyat

  • Saya mengambil pendekatan positif dan berpendapat bahawa pemikir Barisan Nasional pun menerima hakikat bahawa agenda ekonomi rakyat yang bersabit dengan penurunan harga barang, kempen #Turunkanhargakereta, pendidikan percuma, hapuskan tol dan lain-lain yang dibawa oleh Pakatan Rakyat akhirnya diterima pakai oleh Barisan Nasional
  • Ini kerana mereka juga sedar bahawa agenda ekonomi rakyat ini telah menjadi harapan rakyat yang bakal digalaskan kepada kerajaan baru yang dipilih.

  • Oleh itu, PRU13 adalah persoalan parti manakah yang lebih wibawa dalam mengotakan harapan rakyat ini – sebab itu Barisan Nasional tidak ada pilihan kecualilah menggunakan perkataan “harapan” seperti mana Pakatan Rakyat, untuk memberi isyarat mereka juga faham dengan harapan yang telah disuarakan rakyat
PENDEKATAN DASAR

  • Barisan Nasional kontang idea dan tidak berjaya membawa program baru. Manifesto Barisan Nasional ditulis secara umum, tanpa sasaran khusus yang boleh meyakinkan rakyat berbeza dengan manifesto Rakyat yang jelas mekanisme, tempoh masa dan sasarannya.

  • Contohnya, apabila Barisan Nasional berjanji untuk menarik pelaburan bernilai RM1.3 trilion dan mencipta 3.3 juta peluang pekerjaan baru – mekanisme dan pelan khusus untuk mencapai sasaran ini tidak dinyatakan, berbeza dengan Manifesto Rakyat yang secara jelas menumpukan usaha menambah kemahiran pelajar lepasan SPM yang tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi untuk mengambil alih satu juta pekerjaan yang kini diusahakan oleh pekerja asing. Strategi mewujudkan peluang pekerjaan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat adalah lebih jelas, berbanding janji kabur yang dibawa Barisan Nasional.

  • Semakan ke atas keseluruhan manifesto Barisan Nasional menunjukkan bahawa tidak ada sebarang perubahan dasar ekonomi, politik dan sosial yang akan dilaksanakan untuk mengotakan janji-janji Barisan Nasional.

  • Ini bermakna Barisan Nasional masih menggunakan kaedah dan pendekatan yang sama tetapi berharapkan keadaan menjadi lebih baik

  • Tanpa perubahan dasar yang merubah struktur ekonomi, politik, pendidikan dan sosial negara, Malaysia akan terus bergelumang dengan rasuah, ketirisan, ketidakcekapan ekonomi, penguasaan monopoli kroni, harga barang yang ditentukan oleh pihak tertentu dan mutu pendidikan yang semakin merosot.

  • Manifesto Barisan Nasional akhirnya hanyalah senarai janji-janji tanpa membentangkan kaedah dasar dan pelaksanaan untuk merealisasikan janji-janji itu


PERBANDINGAN PROGAM: KONTANG IDEA BARU, CIPLAK IDEA PAKATAN RAKYAT

Analisia terhadap janji-janji Barisan Nasional menunjukkan bahawa sebahagian besar dari janji-janji yang dimasukkan bukanlah idea baru, tetapi diciplak dari Pakatan Rakyat atau adalah idea yang sama yang kini digunakan di oleh Barisan Nasional.

Janji-janji berikut diciplak dari Pakatan Rakyat (walaupun pelaksanaannya tidak akan memenuhi harapan rakyat kerana tidak dilaksanakan sepenuhnya):

  1. Menurunkan harga kereta dengan penurunan 20 hingga 30 peratus secara berperingkat
  2. Menyeragamkan harga barang keperluan asas di antara Semenanjung dan Sabah Sarawak
    Menggunakan dana kerajaan melalui penglibatan terus kerajaan untuk menambah rumah mampu milik sebagai usaha mengawal harga rumah
    Memperbaiki perumahan estet dan memastikan perumahan selesa bagi bekas pekerja estet
  3. Memperkenalkan skim sewa dan milik untuk perumahan rakyat
  4. Menambah baik perkhidmatan bas untuk digunakan secara bersepadu untuk mengurangkan penggunaan kenderaan awam
  5. Memberikan permit teksi individu
  6. Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi (high speed rail)
  7. Membina Lebuhraya Pan Borneo
  8. Mengurangkan bayaran tol secara berperingkat-peringkat
  9. Reformasi percukaian untuk mengurangkan beban cukai pendapatan kepada golongan bawahan
  10. Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana mengikut peratusan perolehan minyak
  11. Peruntukan khas kepada semua jenis sekolah
  12. Menawarkan status sekolah bantuan penuh kerajaan bagi sekolah-sekolah Tamil
  13. Penekanan kepada pendidikan kemahiran dengan menaiktaraf sekolah vokasional menjadi kolej
  14. Menyediakan bantuan kewangan dan peluang pendidikan untuk golongan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum
  15. Mewujudkan mahkamah khas untuk menangani isu-isu tanah pribumi
  16. Mewartakan semua tanah adat
  17. Menjana pendapatan dari pembangunan tanah wakaf
  18. Mempromosikan kebajikan imam, pegawai masjid dan guru KAFA dengan menyediakan pakej penggajian yang lebih baik
  19. Menaikkan bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Pondok
  20. Memastikan keseimbangan kaum yang lebih adil di dalam perkhidmatan awam


Tindakan Barisan Nasional menciplak idea-idea asal yang sudah pun sinonim dengan Pakatan Rakyat seperti menurunkan harga kereta, menghapuskan tol dan lain-lain mengesahkan bahawa negara mempunyai kewangan yang kukuh selama ini untuk melaksanakan program-program ini.

Alasan yang diberikan selama ini hanyalah dolak-dalih politik, tetapi oleh kerana tekanan yang kuat dari rakyat akhirnya Barisan Nasional tidak ada pilihan lain kecuali menciplak idea-idea ini.


Perbandingan keberkesanan program

Keseluruhan kempen Barisan Nasional kini disandarkan kepada pemberian BR1M yang selepas ini akan dibuat setiap tahun pada kadar yang lebih tinggi, iaitu RM1,200 untuk keluarga dan RM600 untuk individu bujang.

Jumlah ini bersamaan dengan RM100 setiap bulan untuk keluarga dan RM50 sebulan untuk individu bujang, pada ketika Barisan Nasional tidak mengemukakan apa-apa cadangan untuk menurunkan harga barang.

Akhirnya, inflasi dan kenaikan harga barang akan melunturkan kesan pemberian wang terus ini kepada rakyat yang dijangka akan menelas belanja RM7.2 bilion dalam tahun pertama. Mengambil kira pertumbuhan penduduk sebanyak dua peratus secara purata dan inflasi pada kadar purata dua peratus untuk tempoh sedekad dari sekarang, menjelang tahun 2023 jumlah pembayaran BR1M akan mencecah RM11 bilion.

Pendekatan ini kurang bijaksana kerana ia menelan belanja yang besar tanpa mengubah struktur ekonomi, sedangkan peruntukan RM7 bilion hingga RM11 bilion setahun itu lebih berkesan jika digunakan untuk menurunkan harga barang, menghapuskan tol, menurunkan harga kereta dan lain-lain.


Perbandingan janji-janji utama Pakatan Rakyat dan BN

Membantu meredakan tekanan sara hidup – Pakatan Rakyat mencadangkan reformasi menyeluruh untuk merubah struktur ekonomi dengan menghapuskan monopoli yang akan menurunkan harga barang keperluan, berbanding Barisan Nasional yang menawarkan RM100 sebulan

Menurunkan harga kereta – Pakatan Rakyat berjanji menghapuskan terus cukai eksais secara berperingkat supaya harga kereta adalah separuh dari harga sekarang dalam tempoh lima tahun, berbanding Barisan Nasional yang hanya akan memotong cukai sebanyak 20 hingga 30 peratus sahaja secara berperingkat tanpa disebut jangka masanya

Menghapuskan tol – Pakatan Rakyat berjanji menghapuskan tol bermula dengan lebuhraya yang sudah mendapat pulangan modal, berbanding dengan Barisan Nasional yang hanya akan menurunkan tol secara berperingkat tanpa disebut jumlah dan tempoh masanya

Menghapuskan PTPTN dan menawarkan pendidikan percuma – Pakatan Rakyat akan menghapuskan PTPTN dan menawarkan pendidikan percuma, berbanding Barisan Nasional yang tiada cadangan balas

Caruman Wanita Malaysia untuk surirumah tidak bekerja – Pakatan Rakyat akan mewujudkan skim caruman seperti KWSP untuk surirumah tidak bekerja dengan caruman minima RM720 setahun, berbanding Barisan Nasional yang tiada cadangan balas

Menurunkan harga minyak – Pakatan Rakyat komited untuk menurunkan harga minyak, berbanding Barisan Nasional yang tiada cadangan balas

Memberikan royalti 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak – Pakatan Rakyat berjanji mengembalikan royalti 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak, berbanding Barisan Nasional yang meneruskan pendekatan membelanjakan wang minyak sebagai peruntukan pusat.

Saya akan terus mengemukakan analisis khusus terhadap isu perumahan, ekonomi dan lain-lain sepanjang minggu ini melalui penulisan dan video agar rakyat dapat membandingkan kedua-dua manifesto.


Rafizi Ramli
Pengarah Strategi PKR

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/politik/rafizi-bn-ciplak-22-idea-manifesto-pakatan-1.147895

Tuesday, 16 April 2013

Negara Berkebajikan: Najib Tak Faham atau Buat-buat Tak Faham

Dalam membentangkan Bajet 2012 Jumaat lepas, sempat lagi PM Najib menyindir konsep negara berkebajikan yang ditawarkan oleh PAS. Katanya: “Kita kini mendengar pihak-pihak tertentu menguar-uarkan konsep negara berkebajikan. Kita ucapkan tahniah kepada mereka kerana baru sedar terhadap konsep negara kebajikan ini. Namun, kita minta mereka ada sedikit rasa keikhlasan politik, janganlah berlagak seolah-olah merekalah orang pertama yang menemui formula ini. Bukankah Kerajaan Barisan Nasional sudah sejak sekian lama mengamalkan konsep negara berkebajikan? ”

Dan bagi menghuraikan negara kebajikan ala BN yang difahami oleh Najib itu, maka disebut kemudiannya: ” Tidakkah berkebajikan kerajaan Barisan Nasional kini, apabila:

Pertama: Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal 2 ringgit 40 sen, rakyat hanya bayar 1 ringgit 80 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 60 sen atau 25 peratus dari harga sebenar;

Kedua: Bagi setiap kilogram gula, harga asal 2 ringgit 50 sen, rakyat hanya bayar 2 ringgit 30 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 20 sen atau 8 peratus dari harga sebenar;

Ketiga: Bagi setiap kilogram minyak masak, harga asal 4 ringgit 75 sen, rakyat hanya bayar 2 ringgit 50 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 2 ringgit 25 sen atau 47 peratus dari harga sebenar; dan

Keempat: Bagi setiap kilogram tepung gandum, harga asal 1 ringgit 90 sen, rakyat hanya bayar 1 ringgit 35 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 55 sen atau 29 peratus dari harga sebenar.

Kesimpulannya, keseluruhan subsidi bahan makanan asas ini menelan belanja 2.3 bilion ringgit dan dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaya atau miskin, bandar atau luar bandar. Oleh yang demikian itu, kita ingin bertanya, tidakkah ini dinamakan negara kebajikan?”

Jelas, apa yang difahami oleh Najib tentang konsep negara berkebajikan hanyalah dalam bentuk harga asal barang makanan, kemudiannya mendapat subsidi dari kerajaan BN yang baik hati dan berkebajikan itu.

Kesimpulan yang terlalu simplistik, bahkan sangat dangkal dengan konsep yang sangat jauh difahami oleh PAS. Kebajikan bukan hanya dalam bentuk subsidi tetapi melangkaui jauh dari itu. Justeru, Presiden PAS yang cepat memberikan respon untuk isu negara berkebajikan ini dalam pembentangan Bajet 2012 menjawab kedangkalan Najib ini.

Benarkah Najib tidak faham konsep negara berkebajikan tawaran PAS? Atau buat-buat tidak faham? 

Zaman ini zaman IT canggih, boleh dibaca, didengar dan dilihat dalam pelbagai bentuk medium penerangan tentang konsep negara berkebajikan itu. DSTG Presiden PAS telah kemukakan dalam Muktamar PAS ke 57 dahulu. Ucapannya ada dalam bentuk youtube, teks yang boleh dibaca-soft copy dan hard copy, ditambah dengan sebuah buku khas mengenai konsep Negara Berkebajikan. Juga ucapan dalam program khusus anjuran Dewan Ulama PAS Terengganu di Markas PAS Kuala Ibai, ucapan di Parlimen sendiri secara langsung dan dari mulut. Benarkah masih tak faham atau sengaja buat-buat tak faham?

DSTG Presiden sekali lagi membuat penerangan tentang konsep negara berkebajikan itu untuk ke sekian kalinya sebagai respon kedangkalan Najib itu dalam pembentangan Bajet 2012 dengan menggariskan tiga asas utama Negara Berkebajikan yang hampir tidak dilakukan kerajaan BN selama lebih 54 tahun memerintah.

Pertamanya, Negara Berkebajikan mesti ditadbir oleh pemerintah yang berintegriti atau beriman dan juga rakyat yang berintegriti.
  
Keduanya, Negara Berkebajikan mestilah bercirikan kerajaan yang wajib memberi pertolongan kepada rakyat yang memerlukan secara adil.

Ketiga, negara berkebajikan menekankan ciri kepimpinan yang beriman, berakhlak, menepati janji dan adil untuk semua.

Integriti! wa ma adraaka ma integriti! (Tahukah kamu apakah itu integriti). Isu pembunuhan Altantuya, komisen kapalselam, cincin berjuta, kos belanja di luarnegeri, kos baiki rumah, bil elektrik dan lain-lain menghantui kepala saya apa itu integriti. Royalti petroleum Terengganu dan Kelantan menidakkan ciri wajib tolong dengan adil. Konspirasi tuduh liwat bercanggah dengan nilai kepimpinan berakhlak.

Ketiga-tiga ciri inilah yang hampir hilang dari kepimpinan negara di peringkat Pusat sekarang yang memerintah Malaysia melalui sistem pilihanraya tempang, di samping penafian hak negeri Pakatan Rakyat, ditambah dengan pembolotan harta negara oleh segelintir penguasa walaupun ayat al-Quran yang berkaitan dengan harta yang beredar di kalangan orang berkuasa itu juga dimasukkan dalam Bajet ini. Saya bimbang ayat al-Quran itu bukannya mengukuhkan pembentangan Bajet tetapi sebaliknya ‘kena’ ke atas kepala sendiri.


Link Asal:  http://www.niknasri.com/?p=8926

Tempoh 10 Minit Macam 'Ajak-ajak Ayam'

KUALA LUMPUR: PAS menghargai keputusan kerajaan memberikan ruang kepada parti politik muncul 10 minit melalui Radio Televisyen Malaysia untuk menjelaskan manifesto pilihan raya, namun melihatnya tidak lebih sebagai 'ajak-ajak ayam' sahaja.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau tidak menolak kemungkinan tindakan terbaru kerajaan itu hanya sebagai cuba menunjukkan 'pembaharuan' bahawa kerajaan BN mengamal kebebasan media.

Bagaimanapun kata Tuan Ibrahim, dengan tempoh diberikan hanya 10 minit, pembaharuan itu dilihat satu perkara yang mengaibkan.

"... jika itu satu pembaharuan yang dibuat oleh kerajaan ia adalah perkara yang mengaibkan. Tempoh 10 minit itu hanya sebagai ajak-ajak ayam dan tidak kembali kepada kebebasan media yang dituntut Bersih."

"PAS menghargai ruang itu, namun masa perlu dipanjangkan, sekurang-kurang setengah jam untuk memberi penjelasan kepada rakyat dan membolehkan mereka menilai," katanya dipetik Sinar Harian Online.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim semalam bahawa semua parti politik akan diberi ruang 10 minit untuk memperkenalkan manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) masing-masing.

Menurut Tuan Ibrahim lagi, PAS masih belum membincangkan tawaran itu sama ada mahu menggunakan platform tersebut atau tidak.

"Setakat ini, PAS masih belum ada keputusan dan perlu berbincang dan akan dimaklumkan kemudian," katanya.

Pandangan serupa turut dikongsi PKR yang mendakwa kerajaan tidak bertindak telus dalam soal memperuntukkan ruang masa tersebut.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, PKR akan mengadakan perbincangan untuk memutuskan keperluan Pakatan Rakyat menggunakan ruang 10 minit yang diberikan kerajaan.
Menurutnya, tempoh masa dan syarat yang diumumkan Rais kelmarin seperti "memperbudakkan" parti politik terutamanya Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, pada umumnya RTM adalah pro Barisan Nasional (BN) yang digunakan 24 jam sehari untuk menyiarkan makluman termasuk manifesto parti kompenan perikatan itu.

"Kita masih tak ada keputusan, kita perlu berbincang untuk lihat sama ada itu menjadi satu keperluan kita untuk siarkan manifesto atau tidak.

"... tempoh masa 10 minit dengan syarat yang tidak relevan, ini untuk apa? Untuk memberitahu dunia media kita bebas dan memegang prinsip demokrasi?

"Rais perlu mempertimbangkan semula, jangan memperbudakkan kita," katanya.




Ditulis oleh: Harakhdailay

Kenyataan oleh: Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
> Ketua Penerangan PAS
> Pengerusi Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS

Sumber: http://www.pas.org.my/v2/index.php/artikel/ketua-penerangan/1402-pru13-tempoh-10-minit-macam-ajak-ajak-ayam

Awas Manifesto BN 'Racun untuk Rakyat'


Datuk Seri  Najib berjanji jika BN menang rakyat pendapatan RM3000 ke bawah  akan mendapat RM1200 setahun dan belia bujang  RM600. Ertinya akan bertambahlah hutang negara dan rakyat. BN hendak tiru manifesto PR yang menyantuni rakyat. 

Pakatan Rakyat membantu rakyat hasil daripada lebihan bukan pinjaman. Sedangkan BN daripada pinjaman yang akan dibeban kepada rakyat. Model kerajaan Selangor yang banyak merakyatkan ekonomi seperti memberi air percuma, tabung kifalah RM2500, Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dan banyak lagi skim yang diberi oleh kerajaan PR.

Kerajaan PR berjaya membuktikan dengan amalan. Walaupun satu ketika dahulu pemimpin BN mengatakan negeri PR akan bankrap. Sebaliknya wang kerajaan Selangor bertambah daripada RM400 juta kepada RM2.6 bilion. 

Dulu Umno menuduh cadangan PR hendak menurunkan harga kereta akan membawa negara muflis. Sekarang mereka pula hendak menurun harga kereta.

Tahun 2004 hutang  RM242 bilion meningkat  kepada RM363 bilion pada 2009 dan RM456 bilion pada 2011.

Hutang negara pada tahun  2012 RM502 B. Meningkat ketara 107.4 % hutang sejak 8 tahun. Ertinya setiap rakyat akan menanggung hutang  hampir  RM18,000 seorang

Jika BN terus diberi kepercayaan bererti rakyat menempah kesengsaraan melalui kenaikan perkhidmatan, kenaikan cukai, kenaikan harga barang, kualiti perkhidmatan dan tanggungjawab Kerajaan semakin kurang.

Sekarang bahana kepada rakyat semakin terasa pengangguran di kalangan siswazah seramai 76200, 10,200 pemilik Diploma Pendidikan tidak ada penempatan, 1118 juruterbang yang tidak ada kerja, 8000 pemegang Diploma Kejururawatan masih menganggur. 

Najib hanya pandai memberi tetapi tidak pandai untuk menambah.

Semua gara-gara pemimpin BN tidak bijak urus ekonomi akhirnya dihempap kepada rakyat.
 

Buktinya  Insuran kenderaan sudah naik 10 peratus pada 15/2/13. Pemilik senjata api yang berumur 60 tahun dikenakan bayaran RM100 untuk pemeriksaan doktor di hospital kerajaan. 

Jika BN menang banyak lagi racun berbisa yang sedang menunggu rakyat seperti kenaikan harga petrol, gula, tepung, GST, cukai prepaid, tol.

Oleh itu rakyat wajib jangan beri undi, biarlah mereka mahu menjanjikan bulan atau matahari. 57 tahun, bukan waktu percubaan tetapi waktu untuk hendak melasanakan. Masa untuk BN sudah berlalu, rakyat mahu kerajaan baru.




Ustaz Haji Idiris bin Haji Ahmad 
> Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
> Pengarah Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS

Link Asal: http://idrisahmad.wordpress.com/2013/04/09/awas-manifesto-bn-racun-untuk-rakyat-2/