Datuk Seri Najib berjanji jika BN menang rakyat pendapatan RM3000
ke bawah akan mendapat RM1200 setahun dan belia bujang RM600. Ertinya
akan bertambahlah hutang negara dan rakyat. BN hendak tiru manifesto
PR yang menyantuni rakyat.
Pakatan Rakyat membantu rakyat hasil daripada lebihan bukan pinjaman. Sedangkan BN daripada pinjaman yang akan dibeban kepada rakyat. Model kerajaan Selangor yang banyak merakyatkan ekonomi seperti memberi air percuma, tabung kifalah RM2500, Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dan banyak lagi skim yang diberi oleh kerajaan PR.
Kerajaan PR berjaya membuktikan dengan amalan. Walaupun satu ketika
dahulu pemimpin BN mengatakan negeri PR akan bankrap. Sebaliknya wang
kerajaan Selangor bertambah daripada RM400 juta kepada RM2.6 bilion.
Dulu Umno menuduh cadangan PR hendak menurunkan harga kereta akan
membawa negara muflis. Sekarang mereka pula hendak menurun harga kereta.
Tahun 2004 hutang RM242 bilion meningkat kepada RM363 bilion pada 2009 dan RM456 bilion pada 2011.
Hutang negara pada tahun 2012 RM502 B. Meningkat ketara 107.4 % hutang sejak 8 tahun. Ertinya setiap rakyat akan menanggung hutang hampir RM18,000 seorang.
Jika BN terus diberi kepercayaan bererti rakyat menempah kesengsaraan melalui kenaikan perkhidmatan, kenaikan cukai, kenaikan harga barang, kualiti perkhidmatan dan tanggungjawab Kerajaan semakin kurang.
Sekarang bahana kepada rakyat semakin terasa pengangguran di kalangan
siswazah seramai 76200, 10,200 pemilik Diploma Pendidikan tidak ada
penempatan, 1118 juruterbang yang tidak ada kerja, 8000 pemegang Diploma
Kejururawatan masih menganggur.
Najib hanya pandai memberi tetapi tidak pandai untuk menambah.
Semua gara-gara pemimpin BN tidak bijak urus ekonomi akhirnya dihempap kepada rakyat.
Buktinya Insuran kenderaan sudah naik 10 peratus pada 15/2/13.
Pemilik senjata api yang berumur 60 tahun dikenakan bayaran RM100 untuk
pemeriksaan doktor di hospital kerajaan.
Jika BN menang banyak lagi racun berbisa yang sedang menunggu rakyat
seperti kenaikan harga petrol, gula, tepung, GST, cukai prepaid, tol.
Oleh itu rakyat wajib jangan beri undi, biarlah mereka mahu menjanjikan bulan atau matahari. 57 tahun, bukan waktu percubaan tetapi waktu untuk hendak melasanakan. Masa untuk BN sudah berlalu, rakyat mahu kerajaan baru.
> Pengarah Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS
0 comments:
Post a Comment