Friday 20 May 2011

Antara Semalan dan Hari ini : Al - Quran dan Negara Islam

http://fc00.deviantart.net/fs37/f/2008/248/e/9/AL_QURAN_by_juba_paldf.jpg

MANHAJ AL-QURAN DALAM MEMPERBAIKI MASYARAKAT. 

Al Quran adalah penghimpun segala cara untuk membaiki masyarakat. Ia telah diturunkan ke
atas Nabi saw. Ianya dibacakan kepada orang-orang mukmin dari masa ke semasa menurut
keadaan, suasana dan sempena. 

Firman Allah, maksudnya. 
"Demikianlah supaya kami perkuat hati mu denganNya dan Kami (menurunkanNya) dan
membacakanNya kelompok demi kelompok. Tidaklah orang-orang kafir itu datang kepadamu (membawa sesuatu yang ganjil) melainkan Kami datangkan kepada mu suatu yang benar dan yang paling baik penjelasannya".  (al Furqaan:32-33). 

Apabila sempurna wahyu itu diturunkan dan dipelihara di setiap dada dan pada mashaf-mashaf
dalam masa lebih kurang dua puluh dua tahun, Allah telah kumpulkan di dalamnya penjelasan
tiap-tiap perkara untuk umat ini. Dasar-dasar  pembaikian dan pengislahan masyarakat yang
sempurna yang didatangkan oleh al Quran itu berlegar dibawah qaidah-qaidah ini: 

1)  Ketuhanan (Rabbaniah). 

2)  Ketinggian jiwa manusia. 

3)  Peneguhan aqidah terhadap adanya pembalasan. 

4)  Pengisytiharan persaudaran di kalangan manusia. 

5)  Membangunkan seluruh laki-laki dan wanita serta pengisytiharan tanggungjawab dan
persamaan di antara keduanya serta penentuan tugas masing- masing secara detail. 

6)  Jaminan untuk masyarakat dengan penetapkan hak-hak kehidupan, pemilikan, kerja,
kesihatan, kebebasan, pelajaran, keselamatan individu dan penentuan sumber laba. 

7)  Memelihara dua kehendak semulajadi; keinginan memelihara jiwa dan memelihara
keturunan dengan mengatur keinginan perut dan seks. 

8)  Tegas dan bersungguh dalam memerangi jenayah-jenayah berat.

9)  Menguatkan kesatuan umat ini menghapuskan seluruh unsur-unsur dan sebab yang
membawa perpecahan umat.

10) Mewajibkan umat supaya berjihad dalam menegakkan prinsip-prinsip kebenaran yang
didatangkan oleh sistem ini.

11) Menjadikan negara sebagai wakil kepada fikrah Islam dan negara bertanggungjawab
melindunginya. Negara juga bertanggungjawab untuk melaksanakan matlamatnya dalam
masyarakat yang khusus ( Negara Islam ) dan menyampaikan fikrah ini kepada seluruh
manusia.

SYIAR-SYIAR PRAKTIK BAGI SISTEM INI.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEitrvvUbNOJSG-D5p2VdCFo5CDv9C6s8Iz4TTGTWOpvTQ4R8Dg09bLlNnz6c08v4sS0fj1seFWRFrqr72VoXOIQOHyOtX4YyZDiqruv6q72crQzwFXN3vWbdUOZdhFvdcShjMyQmBUFb1YF/s1600/menara-masjid-quba.jpg

Sistem al Quran ini berbeza dengan segala sistem dan teori-teori falsafah ciptaan manusia.
Ia tidak membiarkan segala dasar dan ajaranNya tinggal sebagai teori sahaja dalam diri manusia atau juga tidak sebagai pendapat-pendapat dalam buku-buku atau sebagai kata-kata di bibir mulut sahaja.

Dasar Islam disyariatkan untuk ditumpu, diperkukuh dan dimanfaatkan kesan dan hasilnya
sebagai interpretasi yang praktik. Umat yang beriman dan mempercayainya mesti bersungguh-
sungguh melaksanakan kerja ini. Ianya hendaklah dianggap sebagai suatu kefardhuan dan
mereka yang meremeh-remehkannya tidak boleh dipandang ringan. Orang yang melaksanakannya akan diberi pahala dan mereka yang meninggalkannya akan dibalas dengan balasan yang mungkin boleh mengeluarkan mereka dari masyarakat Islam.

Di antara tanggungjawab penting dalam sistem ini yang dijadikan sebagai satu tembok untuk
pemusatan prinsip-prinsipnya ialah: 

1.  Sembahyang, zikir, taubat, istighfar dan sebagainya.

2.  Puasa, menjaga diri, tidak boros. 

3.  Zakat, sedekah dan berbelanja di jalan kebaikan. 

4.  Haji, melancong, mengembara, menyelidik dan memerhati kerajaan Allah. 

5.  Berusaha, bekerja dan menjauhi dari meminta. 

6.  Jihad, berjuang, menyediakan pejuang dan menjaga keluarga pejuang serta kebaikan mereka di kala mereka berjauhan. 

7.  Amar ma'ruf dan memberi nasihat. 

8.  Mencegah dari yang mungkar, pemulauan orang ramai terhadapnya dan orang-orang yang
melakukannya. 

9.  Menambah ilmu pengetahuan setiap muslim dan muslimat dalam berbagai bidang hidup
yang sesuai untuk mereka. 

10. Baik pergaulan dan berakhlak dengan akhlak yang baik. 

11. Sentiasa menjaga keselamatan tubuh dan memelihara pancaindera. 

12.  Ikatan yang baik di antara pemerintah dengan rakyat dengan menjaga dan taat.

Setiap Muslim dituntut mempraktikkan kewajipan ini dan memperjuangkannya sebagaimana ia
telah di terangkan oleh sistem al Quran. Setiap Muslim jangan sekali-kali mencuaikannya walau
satu daripadanya. Kesemua kewajipan ini telah disebutkan di dalam al Quran. Segala amalan
Nabi saw dan para sahabat menerangkan pelaksanaan ini dengan jelas dan terang. Tiap-tiap
amal tersebut mengukuh dan tertumpu kepada prinsip-prinsip sistem Islam yang kesemuanya
memberi faedah kepada seluruh manusia. 

NEGARA ISLAM YANG PERTAMA. 

http://www.tropicalisland.de/japan/tokyo/images/NRT%20Shinjuku%20Tokyo%20-%20view%20from%20twin%20observation%20floors%20on%20top%20of%20the%20Metropolitan%20Government%20Offices%20Towers%20known%20as%20Tokyo%20Tocho%2001%203008x2000.jpg

Di atas dasar sistem al Quran ini, tertegaklah sebuah negara Islam yang pertama. Ianya sebuah
negara yang beriman benar-benar dengan al Quran, melaksanakan segala ajarannya dengan
penuh rapi dan kemudiannya menyebarkannya pula ke seluruh dunia.

Khalifah Islam yang pertama(Abu Bakar ra) pernah berkata :
"Jika seutas tali pengikat unta hilang pun dari jagaan saya, saya akan dapatinya dalam Al-Quran".

Beliau telah memerangi orang-orang yang enggan mengeluarkan zakat dan menyifatkan mereka itu sebagai murtad kerana meruntuhkan salah satu rukun sistem ini. Beliau mengatakan,

"Demi Allah kalau mereka itu enggan menunaikan kepada ku seutas tali pengikat unta seperti yang telah ditunaikan kepada Rasulullah saw, pasti aku akan perangi mereka selagi pedang masih berada di tangan ku". 

Kesatuan yang sepenuhnya tercerna dalam ummah yang baru lahir ini. Kesatuan masyarakat
tercerna dalam kerangkuman seluruh sistem al Quran dan bahasa Al-Quran dikalangan mereka.
Kesatuan politik terangkum di bawah naungan Amirulmukminin dan lambaian panji-panji
khalifah di ibu negara. Idea Islam tidak berlegar dalam tentera sahaja atau di Baitul Mal atau pada tindak laku pemerintah sebab mereka semua bekerja dalam satu aqidah dan dengan arahan yang satu dan menyeluruh. 
 

Prinsip al Quran ini telah berjaya menghapus dan menghalau keluar fahaman-fahaman
keberhalaan yang khurafat di Semenanjung tanah Arab dan Farsi. Yahudi penipu juga telah
dihalau dan kekuasaan agama dan politik mereka dilenyapkan. Prinsip dan dasar Al-Quran ini
juga telah berjuang menentang fahaman Kristian sehingga terhapus dari benua Asia dan Afrika
dan terpaksa berlindung di bawah naungan kerajaan Rum timur di Konstantinopel. Dengan ini
dua benua yang besar ini telah memusatkan seluruh kuasa spiritual dan politiknya kearah
kerajaan Islam. Dasar Islam ini seterusnya juga telah berusaha memerangi benua ketiga (benua
Eropah) iaitu menyerang Konstantinopel dari Timur dan mengepungnya dengan bermatian dan
menyerangnya (benua Eropah) dari barat dengan menawan Andalus. Bala tentera Islam telah
berjaya sampai ke tengah Perancis serta utara dan selatan Itali. Ia juga telah mendirikan sebuah
kerajaan yang agung di Eropah Barat yang bersinar dengan ilmu dan peradaban. Kemudian
barulah Konstantinopel sempurna di buka dan Kristian diletakkan di sudut yang kecil di tengah
Eropah. Kapal laut tentera Islam belayar hebat di dua lautan iaitu lautan Mediteranean dan laut
Merah yang mana kedua lautan itu menjadi tasik Islam. Tentera laut negara Islam memegang
kunci laut di timur dan di barat dan seluruh kekuasaan darat dan laut berada di tangan Islam. 
Implikasi dari ini umat Islam dapat berhubung dengan bangsa-bangsa lain. Umat Islam berjaya
memindahkan kebanyakan tamadun dunia tetapi dengan kawalan kekuatan iman dan prinsip
peraturannya. Seluruh tamadun itu telah diubahsuai dengan kehendak-kehendak Islam dengan
mengekalkan keindahan dan kehebatannya. Islam tidak menegah dari mengambil faedah
tamadun itu selagi ianya tidak mengganggu kesatuan politik dan masyarakat ummat Islam.

0 comments:

Post a Comment