Berkata Ibnu Khaldun, “Apabila sesebuah negara telah mencapai umur tua, ia tidak akan bangkit lagi.”
Kata
– kata pemikir besar Islam ini mudah difahami. Tua adalah sakit yang
tiada ubatnya. Ia bererti tiada lagi di hadapan selain ajal yang menutup
segala harapan. Ia melanda manusia, haiwan, pokok tumbuhan dan semua
makhluk tuhan.
Dunia ini pun sudah cukup tua. Ia seperti wanita tua bongkok sebagaimana digambarkan kepada al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam
pada malam Isra’ dan Mikraj. Sampai masanya dunia ini akan mati. Kiamat
adalah kematian bagi dunia ini sebagaimana disebut bahawa kematian
setiap diri adalah kiamat kecil untuknya.
Tua mengakibatkan lemah
jasmani, bahkan rohaninya juga. Ia tidak mampu lagi sebagaimana kudrat
masa mudanya. Apabila ia lemah, penyakit datang dengan mudah dan susah
pula dirawati. Ia akan menarik kematian dengan lebih segera.
Justeru
kebangunan sesebuah negara dan keruntuhannya diikat oleh hukum alam (
sunnah Allah ) ini. Ia akan terhenti pada umur tuanya. Jika tiada faktor
awal lain melandanya, maka ia akan diasak oleh faktor umurnya. Tiada
negara yang berjaya dalam tamadunnya kecuali ia akan berakhir
juga dengan sebab ketuaannya.
Ibnu Khaldun semasa menulis
dan memutuskan kaedah dan sunnah ini sudah pasti melihat dengan jelas
sejarah ketamadunan manusia yang terdahulu. Jika anda membaca dan
memahami al Quran, terdapat beberapa lagi faktor atau sunnah tuhan yang
menyentuh mengenai kejayaan dan kegagalan tamadun manusia.
Pada
menetapkan sunnahNya, Allah menegaskan, ” Dan engkau tidak akan dapati
sebarang penukaran lagi terhadap sunnah Allah dan engkau tidak akan
dapati sebarang perubahan lagi terhadap sunnah Allah.” ( Fathir:43)
Negara
kita selepas merdeka, melalui sistem demokrasi barat, telah diterajui
oleh pemerintahan Barisan Nasional yang diketuai UMNO. Kini, ia telah
mencapai umur lebih 50 tahun. Jika dikira umur sebuah tamadun, ia masih
terlalu muda. Tetapi dalam sistem demokrasi hari ini yang memberi kuasa
dan kebebasan kepada rakyat untuk melantik dan menukar parti yang
memerintah, maka pemerintahan BN dikira sudah cukup tua.
Ia sudah lemah dan tak bermaya lagi.
Anda
boleh melihat di dunia hari ini, dalam tempoh 50 tahun, negara – negara
yang mengamalkan demokrasi telah mengalami pertukaran dan perubahan
kerajaan lebih daripada sekali. Bermula di Amerika, England, India
sehinggalah ke negara – negara jiran seperti Indonesia, Filipina,
Thailand dan Jepun, sesetengah perubahan yang berlaku adalah kerana
faktor ketuaan yang mengakibatkan kelemahan dalam pemerintahan.
Kerana
itu, pendapat ramai penganalisis politik negara yang melihat faktor
UMNO dan BN yang telah mencapai umur tua sebagai petanda kejatuhan UMNO
dan kerajaan BN bukanlah suatu telahan yang kosong atau sekadar analisis
murahan.
Selepas UMNO dilihat memuncak di zaman
Tun Mahathir, kemudian mula lemah di hujung pemerintahannya, ia berusaha
untuk bangkit di zaman Pak Lah. Kejutan kebangkitan berlaku. Tetapi ia
sekadar untuk beberapa tempoh yang pendek sekali. Ia sekadar panadol
penahan sakit. Ia diasak oleh penyakit yang mula berakar di zaman Tun
Mahathir. Pak Lah yang gagal sering dilihat dan dijadikan mangsa oleh
UMNO dan Tun Mahathir sendiri seolah – olah beliau mampu membaiki dan
membina kembali apa yang dulu diruntuhkannya sendiri.
Hari
ini, apabila Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih kepimpinan
UMNO dengan laungan perubahan menyeluruh dalam parti kebangsaan itu,
ramai yang memberi harapan untuk kebangkitan UMNO kembali. Setiap
presiden baru tuahnya pasti ada.
Untuk mengamati benar atau
batilnya harapan itu, anda perlulah dahulu melihat dan memerhatikan
benar atau batilnya dakwaan bahawa UMNO memang telah disumpah sunnah
‘tua’.
Saya cuba gariskan beberapa fenomena yang mungkin mencetus
jawaban yang mujarab untuk memastikan kebenaran dakwaan bahawa UMNO
telah tua dan tiada ubat untuknya lagi. Saya adalah anatara yang beriman
dengan dakwaan ini.
1) Saya tiada jawaban untuk
mengeluarkan UMNO daripada dimamah faktor yang telah menumbangkan rakan –
rakannya daripada kalangan pemerintahan tua negara – negara jiran
Malaysia. Satu – satunya negara terdekat yang masih selamat
ialah Singapura. Adakah anda melihat UMNO sehebat parti pemerintah
negara itu?
2) Saya tiada keyakinan langsung untuk mengatakan Datuk Seri Najib mampu membawa perubahan besar dalam UMNO. Pertama, beliau sendiri dipalit dakwaan buruk yang sukar dibersihkan. Mr dirty menggantikan Mr clean. Bolehkah saya meyakini bahawa pakaian kotor adalah lebih memikat berbanding pakaian bersih?
Kedua,
UMNO terlalu memerlukan perubahan besar. Perubahan kecil – kecilan,
singgul – singgulan, tempel – tempelan adalah membazirkan masa, wang dan
harapan. Jiwa kecil Datuk Seri Najib tidak mungkin melakukan yang besar
dalam pelan perubahan canangannya.
3) Rasuah adalah barah yang membunuh.
Ia membunuh negara sebagaimana dadah membunuh manusia. Saya melihat
pelan membasmi rasuah dalam UMNO lebih teruk daripada pelan membasmi
dadah dalam negara. Jika UMNO sendiri membawa virus rasuah, bagaimana ia
mampu menyelamatkan negara daripada rasuah?
Bagi saya, UMNO sedang membunuh diri. PAS tidak akan sempat membunuh UMNO.
4) Saya tidak melihat pelapis dalam UMNO yang dikagumi. UMNO meninggalkan generasi lemah yang ditakuti masa depannya. Bapa
yang meninggalkan anak – anak yang lemah pasti menyaksikan kematian
keturunannya. Pertikaian dan kejayaan kumpulan yang dipalit rasuah dalam
sayap pemuda UMNO baru – baru ini adalah menakutkan. Adakah anda mampu
menyalahi saya di dalam tidak meletakkan harapan kepada generasi pelapis
UMNO?
5) Rakyat telah dihidangkan dengan alternatif pemerintahan baru oleh Pakatan Rakyat.
Bahkan, cara hidup tawaran Islam yang terbukti berjaya oleh PAS. Rakyat
kini boleh menilai dan membezakan. Penutup mata telah dirungkai dan
cahaya di hadapan sudah cukup terang.
Adakah anda boleh
memberi keyakinan bahawa Kelantan adalah gagal? Anda perlu tahu bahawa
tiada yang lebih berani menghukum kegagalan politik melebihi rakyat
Kelantan. Mengapa mereka tidak menghukum PAS di Kelantan?
Lima
fenomena yang saya sebutkan di atas cukup untuk menjadi sandaran di
dalam menentukan kebenaran bahawa UMNO telah mencapai umur tua yang
tidak akan menyaksikan kebangkitan lagi. Anda bolehlah merenung lama.
Tiada cela berfikir lama untuk masa depan negara. Itu ibadah yang besar.
Ia adalah sebagaimana kata Maulana Abul Hasan Ali an Nadawi dalam komentarnya terhadap hikmah Ibnu Khaldun di atas, “ Justeru
tiada lagi faedah di dalam menghabiskan masa dan tenaga untuk mengislah
dan menguatkan negara ‘tua’ itu. Sayugia sekali disediakan satu
kumpulan yang mampu melakukan inqilab Islami, lalu membentuk sebuah negara Islam yang baru di atas asas agama dan ilmu yang baru.” ( Rujuk kata pengantar oleh Sayyid Sabiq untuk buku ‘HujjatuLlah al Balighah’ oleh al Imam al Dahlawy )
Mengislah UMNO adalah membuang masa menghabis tenaga. Semoga rakyat tahu. Semoga rakyat berani berubah.
Ustaz Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).
Link Asal: http://nikabduh.com/2009/03/31/adakah-esok-untuk-umno/
longchamp pas cher, ray ban sunglasses, tory burch outlet, longchamp outlet, tiffany and co, louis vuitton, christian louboutin outlet, oakley sunglasses wholesale, louis vuitton, prada outlet, chanel handbags, jordan shoes, christian louboutin, longchamp outlet, gucci handbags, tiffany jewelry, nike roshe, polo ralph lauren, nike air max, louis vuitton outlet, nike air max, louis vuitton outlet, uggs on sale, ray ban sunglasses, louboutin pas cher, prada handbags, cheap oakley sunglasses, ugg boots, ugg boots, sac longchamp pas cher, jordan pas cher, nike free, replica watches, michael kors pas cher, burberry pas cher, oakley sunglasses, oakley sunglasses, replica watches, kate spade outlet, oakley sunglasses, air max, louis vuitton outlet, nike free run, longchamp outlet, polo outlet, ray ban sunglasses, christian louboutin shoes, nike outlet, christian louboutin uk
ReplyDeleteherve leger, gucci, bottega veneta, new balance shoes, louboutin, iphone cases, north face outlet, hollister clothing, vans outlet, nike roshe run, p90x workout, mac cosmetics, nike huaraches, longchamp uk, hollister, converse, babyliss, celine handbags, jimmy choo outlet, beats by dre, soccer jerseys, reebok outlet, chi flat iron, ferragamo shoes, giuseppe zanotti outlet, timberland boots, mont blanc pens, nike trainers uk, wedding dresses, asics running shoes, abercrombie and fitch, north face outlet, insanity workout, oakley, vans, baseball bats, soccer shoes, instyler, lululemon, valentino shoes, ray ban, nfl jerseys, hollister, nike air max, hermes belt, converse outlet, ralph lauren, nike air max, mcm handbags, ghd hair
ReplyDeletecoach outlet, swarovski crystal, hollister, thomas sabo, canada goose outlet, moncler outlet, marc jacobs, toms shoes, links of london, karen millen uk, canada goose, canada goose, louis vuitton, louis vuitton, moncler outlet, lancel, louis vuitton, montre pas cher, ugg uk, wedding dresses, canada goose uk, juicy couture outlet, pandora charms, barbour, pandora uk, pandora jewelry, replica watches, moncler, ugg,ugg australia,ugg italia, ugg pas cher, barbour uk, moncler uk, canada goose jackets, canada goose outlet, moncler, ugg,uggs,uggs canada, supra shoes, canada goose outlet, moncler, pandora jewelry, louis vuitton, moncler, louis vuitton, ugg, doudoune moncler, juicy couture outlet, canada goose, swarovski
ReplyDelete