Dalam tulisan yang lepas, saya telah mengulas
berkenaan situasi pilihan raya di Malaysia, kemampuan calon bebas dan sedikit
pandangan saya berkenaan sikap ISMA terhadap parti-parti politik utama di
Malaysia khususnya yang terlibat secara langsung dengan tindakan ISMA dalam
krtikan-krtikannya.
Pada kesempatan ini, saya ingin meneliti
berkenaan pendirian ISMA dalam hal ehwal politik, seterusnya membawa kepada
andaian dan tilikan saya berkenaan corak apakah yang akan dimainkan oleh ISMA
dalam PRU13 yang telah dipastikan oleh mereka bahawa mereka akan menghantar
calon bertanding. Semoga Allah memandu saya untuk memberikan pandangan yang
adil.
Pendirian ISMA Dalam Politik
Setiap entiti yang memasuki politik
pilihanraya, pastinya mempunyai pendirian yang digariskan. Maka, berdasarkan
sikap ISMA kepada parti-parti politik seperti yang saya gariskan sebelum ini,
juga pendirian mereka terhadap isu-isu agama Islam, serta kurang caknanya
mereka terhadap isu-isu keadilan dan social, saya menggariskan dua pendirian
utama ISMA yang akan mendasari setiap tindakan mereka dalam politik, khususnya
dalam PRU13.
Pendirian mereka yang pertama adalah, mereka
meletakkan matlamat memastikan kuasa pemerintahan negara dan penentu dasar
pemerintahan kekal di tangan umat Islam yang memegang majority selesa, sehingga
segala ketetapan berkenaan agama Islam dapat dibuat dengan jayanya tanpa
sebarang halangan daripada pemimpin bukan Islam. Bagi ISMA, dominasi kuasa
politik umat Islam akan menjamin kelangsungan penjagaan aqidah, kepentingan
umat Islam dan menjadi tiket utama untuk menegakkan Islam dalam pemerintahan di
Malaysia.
Pendirian mereka yang kedua, tidak dinafikan
isu-isu keadilan dan perjuangan menentang kezaliman serta penyelewengan adalah
antara isu pokok dalam pemerintahan. Namun begitu, andai isu ini bertembung
dengan kepentingan penyatuan dan pengekalan kuasa politik umat Islam, maka umat
Islam perlu mengutamakan penyatuan dan mengenepikan sementara isu-isu keadilan
ini memandangkan menjaga dominasi kuasa politik umat Islam, seterusnya menjaga
aqidah dan kepentingan umat Islam, adalah lebih utama berbanding memperjuangkan
keadilan pemerintahan.
Dua pendirian ini jika dilihat secara kasar
kelihatan sangat baik dan ideal. Saya sendiri mengakui bahawa secara teorinya,
pendirian ini boleh diterima dan memberikan kebaikan kepada umat Islam. Namun,
dalam politik, idea yang mantap di atas kertas sama sekali tidak menjamin
kemantapannya semasa perlaksanaan. Idea politik jika dinisbahkan dalam ilmu
sains, ianya diibaratkan sebagai hipotesis yang sama sekali kita tidak boleh
berpegang padanya.
Hipotesis hanyalah andaian awal yang mana perlu
melalui proses eksperimen untuk menentukan kebenarannya. Andai ianya terbukti
benar, maka hipotesis itu akan diterima dan dinamakan sebagai teori. Andai pula
ianya tidak benar, maka hipotesis itu adalah salah dan sama sekali tidak boleh
dimasukkan ke dalam mana-mana bahagian pengajian sains, apatah lagi ingin
dianggap sebagai teori.
Kuasa Politik Islam Nombor Satu, Menentang
Kezaliman Bukan Nombor Dua
Saya meletakkan dua pendirian ini sebagai
pendirian ISMA kerana dengan dua ketetapan ini membuatkan ISMA tegar dengan
pandangan bahawa PAS perlu bersatu dengan UMNO dan meninggalkan PR. Bagi ISMA,
penyatuan UMNO dan PAS akan membuatkan umat Islam memegang dominasi kuasa
politik dan menghalang bukan Islam daripada mendominasi kuasa politik negara.
Dalam pengajian Nuzum Islamiyah (Sistem-sistem
Islam) Tahun 2 Kuliah Usuluddin Universiti Al Azhar, digariskan 5 asas utama
pemerintahan Islam yang wajib dilaksanakan oleh mana-mana pemerintah Islam.
Ianya adalah keadilan, kebenaran, kesaksamaan, kebebasan dan syura. Jika kita
lihat kepada lima asas ini, empat daripadanya membicarakan soal kehidupan dan
social masyarakat, manakala persoalan dominasi kuasa politik terdapat dalam
asas yang kelima iaitu syura.
Keadilan diletakkan sebagai asas yang paling
utama kerana perbezaan yang paling ketara antara pemerintahan Islam dan
pemerintahan jahiliyyah adalah faktor keadilan. Jika kita menyelak sejarah
dakwah Rasulullah SAW, ciri keadilan Islam ini menjadi faktor utama mengapa
para sahabat menerima dakwah baginda ketika permulaan dakwah di Makkah,
sehingga menjadikan mereka yakin akan ajaran Islam.
Mesti kita juga merasa hairan, mengapa
persoalan menjaga aqidah dan agama Islam tidak digariskan sebagai asas
pemerintahan Islam. Ini adalah kerana, penjagaan aqidah dan agama Islam termasuk
dalam kelima-lima asas itu tadi. Pemerintahan Islam yang adil akan mencerminkan
ajaran Islam yang mulia, seterusnya memperlihatkan keadilan Allah dalam
mentadbir manusia. Begitu juga dengan asas kebenaran, kesaksamaan dan
kebebasan. Semua asas ini diwajibkan untuk dinilai berdasarkan penilaian syarak
dan melaksanakan semua asas ini akan menzahirkan rahmat Allah dan agama Islam
yang menaungi seluruh alam.
Kezaliman Boleh Dikompromi Demi Penyatuan?
Asas pemerintahan Islam yang digariskan ini
cukup memberikan kefahaman kepada kita betapa perjuangan menegakkan
pemerintahan yang adil adalah elemen yang sangat penting, dan terdapat di
dalamnya juga perjuangan mempertahankan aqidah umat Islam. Ianya menjadi asas
utama pemerintahan Islam dan sama sekali tidak boleh diabaikan dengan apa jua
alasan sekalipun
Maka, saya menolak sama sekali pemikiran bahawa
perjuangan melawan kezaliman perlu diletakkan nombor dua sekiranya bertembung
dengan kepentingan penyatuan umat Islam. Ini seolah-olah membawa maksud, Islam
boleh berkompromi dengan kezaliman demi mencapai kuasa politik. Sekiranya pihak
umat Islam yang kita diminta bersatu ini melakukan salah urus semata-mata
kerana kecuaian atau kesilapan yang tidak disengajakan dalam pemerintahan,
mungkin ianya boleh dipertimbangkan.
Namun, jika kezaliman yang berlaku itu adalah
kezaliman yang disengajakan, berlaku secara konsisten tanpa henti, kemudiannya
cuba ditutup kezaliman itu dengan mengawal system kehakiman, dan yang paling
teruk adalah kezaliman dan korupsi tu telah menjadi budaya yang mendarahdaging,
mengenepikan soal kezaliman ini semata-mata mengharapkan penyatuan umat Islam,
bagi saya ia adalah satu seruan yang sama sekali bercanggah dengan asas
pemerintahan Islam.
Ini belum lagi kalau kita ingin menilai adakah
seruan perpaduan daripada mereka ini benar-benar ingin bersatu demi Islam,
ataupun sekadar manis di bibir. Saya lebih cenderung untuk mempercayai bahawa
seruan penyatuan ini adalah retorik semata-mata kerana banyak tindakan mereka
yang menzalimi rakyat yang terdiri daripada umat Islam masih berterusan
walaupun mulut mereka melaungkan zikir perpaduan. Saya telah jelaskan dalam
artikel sebelum ini berkenaan bukti-bukti mudah yang boleh kita fikirkan akan
ketelusan seruan perpaduan yang dilafazkan mereka.
Saya memegang kemas kalam Sheikh Hassan As
Syafie yang merupakan salah seorang ulama kanan Institusi Azhar Sharif yang
dilafazkan ketika khutbah Jumaat di Masjid Azhar pada tahun 2012, bahawa
pemerintah bukan Islam yang adil, lebih baik daripada pemerintah Islam yang
zalim. Keadilan dalam pemerintahan adalah cermin utama ajaran Islam dan
sekiranya dilaksanakan, ia akan menjadi salah satu elemen penting untuk orang
bukan Islam tertarik kepada Islam. Sebaliknya pula jika pemerintah Islam itu
zalim, maka ia akan menjadi label kepada Islam yang menyebabkan manusia semakin
lari daripada ajatan Islam.
Dominasi Kuasa Politik Konteks Malaysia
Tidak dinafikan bahawa dalam demokrasi, suara
majority adalah menentu sesuatu keputusan dibuat. Saya yakin, berdasarkan
kefahaman ini, ISMA memandang penyatuan PAS dan UMNO akan menghasilkan jumlah
majority yang membuatkan umat Islam akan memegang kuasa politik yang dominan.
Maka, apabila PAS menolak untuk bersatu dengan UMNO, ISMA melihat bahawa kuasa
politik umat Islam akan menjadi lemah kerana dipecahkan kepada dua bahagian.
ISMA juga dengan yakin menyatakan bahawa PAS bakal terpinggir daripada kumpulan
penentu dasar dalam PR memandangkan PAS merupakan jumlah minority kerusi
Parlimen di kalangan parti-parti lain dalam PR.
Andaian ini betul jika kita mengambil kefahaman
kita terhadap demokrasi seperti di atas tadi. Namun, untuk konteks Malaysia,
penilaiannya adalah berbeza. Perbezaan utama penilaian kuasa penentu dalam
domokrasi konteks Malaysia adalah konsep ‘majoriti mudah’ yang diamalkan di
peringkat Parlimen Persekutuan dan juga semua Dewan Undangan Negeri. Konsep ini
seterusnya menafikan ketetapan bahawa pihak yang memegang kerusi terbanyak
adalah sangat berkuasa dan yang memegang kerusi paling sedikit adalah tidak
berkuasa.
Contoh mudah adalah apa yang berlaku di Perak
dan Selangor semasa PRU12 yang menyaksikan tiada mana-mana parti iaitu baik BN,
PAS, PKR dan DAP mencapai jumlah kerusi majority mudah di Selangor iaitu 29
kerusi dan di Perak iaitu 30 kerusi (Ketika itu, PR masih belum tertubuh.
PAS,PKR dan DAP bertanding sebagai parti yang berasingan).
Ketika itu, parti yang menjadi rebutan dan
penentu pihak mana yang akan memerintah adalah PAS. Ini bermaksud, pihak mana
yang PAS bergabung, dialah menjadi kerajaan. Akhirnya, PAS bergabung bersama
PKR dan DAP, seterusnya menyaksikan PR membentuk kerajaan di Selangor dan
Perak. Lebih istimewa, Menteri Besar Perak dilantik dari kalangan Adun PAS
walaupun PAS memegang jumlah kerusi terendah iaitu 6 kerusi sahaja.
Penilaian ISMA Tidak Tepat
Saya berpendapat, pandangan ISMA bahawa jika
PAS tidak bersatu dengan UMNO, kuasa politik umat Islam akan terkikis dan PAS
juga akan terpinggir dalam PR adalah pandangan yang tidak tepat untuk konteks
demokrasi di Malaysia. Di Malaysia, PAS dengan sejarahnya yang pernah
berkerjasama dengan hampir semua parti politik di Malaysia, adalah sangat
fleksibel pembawaan politiknya dan mampu mempertahankan kuasa penentu politik
umat Islam dalam apa jua keadaan dan bentuk kerjasama politik.
Ini belum lagi kita membuat penilaian terhadap
ahli Parlimen PKR yang beragama Islam yang juga beriltizam tinggi untuk
memperjuangkan agama Islam di Malaysia. Namun, penilaian saya terhadap kuasa
penentu yang ada pada PAS sahaja sudah cukup membuktikan bahawa umat Islam
tetap terjamin kuasa politiknya dalam PR, apatah lagi jika kita mengambil kira
peranan ahli Parlimen PKR yang beragama Islam, pastinya dominasi kuasa politik
umat Islam dalam PR lebih kuat dan terjamin.
Oleh itu, penolakan PAS terhadap seruan bersatu
dengan UMNO tidak boleh terus dihukumkan sebagai mengikis kuasa politik umat
Islam. PAS telah menetapkan untuk mengalahkan UMNO dan menjadi alternatif dalam
memperjuangkan masyarakat Melayu dan umat Islam di Malaysia. PAS walaupun
mungkin kecil jumlah kerusinya di peringkat pusat, tetapi PAS berkuasa sebagai
penggerak utama dan menjadi kuasa penentu dalam PR.
Empat tajuk kecil di atas ini adalah khusus
untuk menafikan dua pendirian ISMA yang saya gariskan mengikut penilaian saya
tadi. Saya kira, saya telah menjelaskan betapa penentangan PAS kepada UMNO sama
sekali tidak membawa kepada kejatuhan kuasa politik umat Islam, malah menepati
seruan Islam untuk sentiasa memperjuangkan keadilan dan menentang kezaliman
kerana Islam sama sekali tidak berkompromi dalam hal ehwal kezaliman, apatah
lagi ianya melibatkan hak rakyat yang berada di bawah naungan sesebuah negara.
Saya kira ISMA tidak melihat akan hakikat ini,
lantas terus menerus meletakkan hukum bahawa tindakan PAS menolak perpaduan
bersama UMNO adalah tindakan memusnahkan kuasa politik umat Islam. Pertimbangan
ISMA menjadi lebih senget apabila langsung tidak menyatakan pendirian terhadap
isu-isu penyelewengan dan kezaliman yang dilakukan UMNO, malahan meletakkan
segala masalah yang melanda umat Islam ke atas bahu PAS, hanya semata-mata
mengadakan kerjasama dengan rakan dalam PR.
Saya lihat, ISMA kini seolah-olah dipergunakan
oleh UMNO untuk menjayakan seruan palsu ‘penyatuan Melayu’nya itu. Saya masih
bersangka baik bahawa ISMA tidak berniat untuk dijadikan alat oleh UMNO, namun
pandangan dan pegangan politik ISMA yang salah ini menyebabkan mereka
dipergunakan untuk kepentingan UMNO. Saya harap sangat agar ISMA menyedari
segera hakikat ini dan membebaskan diri mereka daripada menjadi alat kepada
UMNO. Potensi dakwah yang ada pada ISMA seharusnya digunakan untuk menguatkan
perjuangan Islam, bukan menjadi tongkat untuk menyelamatkan Melayu korup.
Percaturan Pilihan Raya ISMA
Kini, saya ingin membuat sedikit andaian
berkenaan bentuk percaturan ISMA dalam PRU13, berdasarkan kepada sikap ISMA
terhadap parti-parti politik di Malaysia dan juga pendirian ISMA yang telah
saya ulas di atas. Andaian saya ini juga berdasarkan sangkaan paling baik yang
saya mampu berikan kepada ISMA. Saya akan mulakan dengan andaian kasar,
kemudian diikuti dengan andaian yang lebih terperinci dan teliti.
Berdasarkan matlamat yang digariskan, saya
mengandaikan ISMA tidak akan mengadakan kerjasama politik dengan mana-mana
pihak, samada BN atau PR. Ini berdasarkan pengakuan ISMA bahawa mereka bukan
alat kepada UMNO, maka ia membawa maksud bahawa ISMA tidak akan meminta laluan
daripada UMNO-BN untuk bertanding satu lawan satu dengan calon PR. Berdasarkan
sikap ISMA kepada PR, boleh dikatakan mustahil pula ISMA akan meminta laluan
daripada PR untuk bertanding. Ibarat menunggu ayam jantan bertelur, begitulah
juga kemungkinan ISMA akan bersama dengan PR dalam PRU.
ISMA juga mungkin tidak akan mencelah dalam
pertandingan yang menyaksikan PAS bertembung dengan UMNO, kerana tindakan
mencelah itu akan menafikan matlamat mereka menyertai PRU. Adapun kerusi yang
ditandingi oleh calon Melayu Islam melawan calon bukan Islam, ISMA juga mungkin
tidak akan mencelah kerana pastinya ISMA mengharapkan calon Islam itu akan
menang dan undi umat Islam tidak perlu dipecahkan dengan penyertaan ISMA
bertanding di tempat yang sama.
Berdasarkan sikap ISMA yang mengagungkan
perpaduan sesama Islam, saya mengandaikan bahawa ISMA hanya akan meletakkan
calon di kerusi yang akan ditandingi oleh calon bukan Islam dari kedua-dua
pihak. Ini juga bertepatan dengan matlamat ISMA menyertai PRU iaitu ingin
menyelamatkan undi umat Islam daripada memberikan undi kepada pihak yang
merugikan Islam. ISMA kemungkinan akan mencelah dalam pertandingan antara
BN-DAP dan juga BN-PKR (calon bukan Islam). ISMA mengharapkan pengundi Islam
akan mengundi mereka sebagai alternatif kepada dua calon bukan Islam.
Strategi ini tidak dapat dipastikan adakah
mampu meraih kejayaan atau tidak kerana kebiasaannya kawasan yang ditandingi
oleh dua calon bukan Islam dari BN dan PR adalah di kawasan yang mana jumlah
pengundi Melayu Islam adalah 60% ke bawah. Kemudiannya, penyokong tegar Melayu
BN dan PR pastinya akan mengundi calon mereka biarkan pun calon mereka adalah
bukan Islam. ISMA hanya mampu berharap kepada pengundi Melayu atas pagar yang
saya rasakan sangat kecil peratusnya berbanding jumlah keseluruhan pengundi.
Andai kita menganggap bahawa satu pertiga
daripada pengundi Melayu Islam adalah mereka yang bersikap atas pagar. Maka,
undi yang akan diperoleh ISMA adalah sekitar 20% daripada jumlah keseluruhan
pengundi. ISMA kemungkinan besar tidak akan menerima undi dari bukan Islam
kerana pendirian ISMA sendiri dilihat sangat berlawanan dengan kehendak
pengundi bukan Islam. Oleh itu, jumlah 20% ini sama sekali tidak akan membawa
ISMA kepada kemenangan. Cukup sekadar menyelamatkan wang deposit mereka
daripada diinfaqkan kepada SPR.
Jika inilah strategi ISMA dalam PRU, ianya sama
sekali tidak akan memberikan apa-apa impak kepada politik Malaysia malah PRU13
seolah-olah tidak merasa apa-apa dengan kehadiran ISMA yang menghantar calonnya
bertanding.
Adakah ISMA Masuk PRU Untuk Kalah?
Penilaian saya di atas tadi adalah berdasarkan
pendirian dan sikap mereka terhadap politik dan parti-parti politik di
Malaysia. Ia memperlihatkan bahawa ISMA akan menempuh jalan yang sukar untuk
memenangi kerusi jika mereka sekadar berharap kepada pertandingan di kerusi
yang ditandingi oleh dua calon bukan Islam.
Saya kira, ISMA bukan terlalu naïf untuk
menyertai PRU semata-mata untuk kalah. ISMA mengumumkan penyertai PRU dengan
penuh gah, dan disambut dengan sokongan tidak berbelah bahagi oleh
ahli-ahlinya. Dicampur lagi dengan usaha berkempen ISMA yang sudah dimulakan
dengan membawa slogan ‘Arus Baru’. Maka, saya yakin ISMA tidak mahu arus mereka
berubah menjadi buih-buih sahaja dalam PRU nanti.
Saya rasakan bahawa ISMA akan berusaha untuk
menyusun strategi untuk menang. Saya tidak dapat menilik secara pasti apakah
strategi itu, tetapi jika melihat kepada situasi dan strategi yang membolehkan
satu-satu calon bebas itu menang, cara yang paling ampuh adalah memilih untuk
berkompromi dan meminta laluan daripada mana-mana parti gabungan utama. Saya
ulangi, ini adalah andaian saya, bukan satu kepastian.
Jika diteliti kepada seruan dan pendirian ISMA
sebelum ini, seolah-olah ini tidak berlaku. Tetapi kebarangkalian ianya berlaku
tidak dapat dinafikan, tambahan pula cara ini adalah cara yang paling selamat
untuk seseorang calon bebas itu ingin mendapatkan kemenangan iaitu mengelakkan
pertandingan tiga penjuru, mewujudkan pertandingan satu lawan satu, dan
mendapatkan sokongan parti gabungan utama negara. Dengan ini, penyokong parti
gabungan yang memberikan laluan itu sudah pastinya akan mengundi calon bebas
ini. Ditambah pula dengan sokongan pengundi atas pagar, maka jaminan kemenangan
akan menjadi lebih tinggi daripada pertandingan tiga penjuru.
Bersambung bahagian tiga (percaturan dan tindak
tanduk ISMA dalam PRU serta kesannya)
(Mohon maaf kerana saya merasakan tulisan saya
berkenaan ini tidak boleh ditamatkan dengan dua bahagian penulisan. Jika ingin
diteruskan, bimbang akan menjadi terlalu panjang. Saya akan menyambung tulisan
ini untuk bahagian ketiga dan seterusnya sehingga tamat segala perangkaan saya
dalam mengulas perkara ini. Terima kasih atas sokongan)
Mohd Azrul Azuan bin Idris
2.40 am, 11 Feb 2013.
Sumber:
http://www.mohdazrul.net/2013/02/isma-dan-pilihanraya-satu-penilaian_10.html
longchamp pas cher, ray ban sunglasses, tory burch outlet, longchamp outlet, tiffany and co, louis vuitton, christian louboutin outlet, oakley sunglasses wholesale, louis vuitton, prada outlet, chanel handbags, jordan shoes, christian louboutin, longchamp outlet, gucci handbags, tiffany jewelry, nike roshe, polo ralph lauren, nike air max, louis vuitton outlet, nike air max, louis vuitton outlet, uggs on sale, ray ban sunglasses, louboutin pas cher, prada handbags, cheap oakley sunglasses, ugg boots, ugg boots, sac longchamp pas cher, jordan pas cher, nike free, replica watches, michael kors pas cher, burberry pas cher, oakley sunglasses, oakley sunglasses, replica watches, kate spade outlet, oakley sunglasses, air max, louis vuitton outlet, nike free run, longchamp outlet, polo outlet, ray ban sunglasses, christian louboutin shoes, nike outlet, christian louboutin uk
ReplyDeletehollister uk, michael kors outlet, sac vanessa bruno, nike blazer pas cher, nike air max uk, burberry handbags, new balance, michael kors, kate spade, oakley pas cher, nike air max, ray ban uk, guess pas cher, coach outlet, michael kors outlet online, nike roshe run uk, true religion outlet, michael kors outlet, michael kors outlet online, true religion outlet, uggs outlet, true religion outlet, timberland pas cher, coach purses, nike air max uk, michael kors, nike air force, nike free uk, burberry outlet, sac hermes, coach outlet store online, nike tn, michael kors outlet online, vans pas cher, hollister pas cher, north face uk, abercrombie and fitch uk, ray ban pas cher, hogan outlet, replica handbags, polo lacoste, north face, ralph lauren uk, lululemon canada, mulberry uk, converse pas cher, true religion jeans, michael kors outlet, michael kors outlet online
ReplyDeletecoach outlet, swarovski crystal, hollister, thomas sabo, canada goose outlet, moncler outlet, marc jacobs, toms shoes, links of london, karen millen uk, canada goose, canada goose, louis vuitton, louis vuitton, moncler outlet, lancel, louis vuitton, montre pas cher, ugg uk, wedding dresses, canada goose uk, juicy couture outlet, pandora charms, barbour, pandora uk, pandora jewelry, replica watches, moncler, ugg,ugg australia,ugg italia, ugg pas cher, barbour uk, moncler uk, canada goose jackets, canada goose outlet, moncler, ugg,uggs,uggs canada, supra shoes, canada goose outlet, moncler, pandora jewelry, louis vuitton, moncler, louis vuitton, ugg, doudoune moncler, juicy couture outlet, canada goose, swarovski
ReplyDelete