Jika
umno tidak memanaskan isu ‘amanat Haji Abdul Hadi’ yang menjadi antara
ucapan paling mewah dan berisi bagi iklim politik tanah air hampir 30
tahun lepas, sudah pasti tidak ramai lagi yang akan mengingatinya. Ia
bukan isu yang mahu dibincangkan oleh anak muda hari ini.
Dunia
politik akan sentiasa dihangatkan oleh generasi muda yang datang dan
pergi. Justeru politik yang matang sentiasa menuntut pembaharuan yang
menepati kehendak dan aspirasi anak muda. Oleh kerana isu amanat ini
bukan isu penting di sisi anak muda, maka jika umno tidak memukul
gendang itu kembali, tiada siapa lagi yang akan menoleh ke arah bunyi
muzik era 80an itu.
Malang, umno adalah parti tua. Isinya tua dan
isunya pun tua. Generasi muda yang mendekati umno akan merasakan mereka
dipaksa untuk memahami orang tua lebih daripada golongan tua dituntut
untuk memahami orang muda. Kerana itu, golongan muda semakin lebih
selesa menjauhi umno, bahkan lebih berharap umno tiada sentuhan pun di
dalam membina wawasan masa depan mereka.
Tetapi, katakan, jikalah
umno tidak pula gatal menghidupkannya, adakah isu itu akan pergi dan
hilang begitu saja? Dengan erti ia tidak berisi lagi. Tidak sesuai dan
tidak relevan hari ini? Adakah ia isu yang isinya sudah diselesaikan
dengan baik dan dibereskan? Adakah PAS sudah melihatnya sebagai lapuk
dan tidak menguntungkan?
Sudah tentu tidak. Tidak mungkin amanat
itu yang begitu mengangkat martabat politik Islam pada masa itu,
tiba-tiba jatuh sahamnya hari ini. Sebabnya ia bukan tuntutan anak muda
hari ini?
Lihat, tuan guru mursyidul am PAS dalam kenyataan
terbaru meminta tuan guru haji Abdul Hadi Awang agar jangan menarik
balik amanat itu sebagaimana tuntutan umno hari ini. Bahkan beliau
mencabar agar debat yang belum terlunas itu dihidupkan kembali. Debat
umno vs PAS.
Kenyataan dan seruan mursyidul am itu jelas
menunjukkan ‘amanat haji Abdul Hadi’ kekal berisi dan sedia difahami
semula untuk kebaikan generasi hari ini.
Itu jika umno terus mahu
bermain dengan isu amanat tersebut. Jika ia dihidupkan kembali, maka
debat yang dibatalkan dulu adalah penyelesaian. Ia tergantung dulu
kerana umnolah yang menggantungkannya, lalu mendakwa mereka menang di
serata kampung. PAS tak luka dan tak tumbang pun.
Malah kerana
amanat itulah, ia menjadi antara faktor kebangkitan PAS selepas era
kesakitan akibat kealpaan di awal 80an. Tiada generasi muda PAS waktu
itu yang tidak merasai betapa besar dan berkesannya amanat tuan guru itu
di dalam memacak bendera perjuangan Islam di dalam dada masing-masing.
Pertanyaan
hari ini ialah, jika isu amanat itu, isinya masih penting, mengapa PAS
tidak cuba menghidupkannya? Bahkan bagai dipaksa pula untuk menjawab
apabila umno kembali memainkan isu ini?
Ya, jawabannya ia
hanyalah soal pewajahan baru. PAS sedang mengembangkannya dalam bentuk
dan wajah baru yang lebih sesuai untuk zaman dan cabaran generasi hari
ini.
Isu besar amanat adalah isu akidah Islam. Akidah adalah satu
garisan yang memisahkan di antara iman dan kufur. Ia isu yang menjadi
isi perjuangan PAS di atas persada politik tanah air. Kerana akidahlah,
PAS tampil dengan perbezaan yang nyata daripada parti-parti politik
yang lain. Ia adalah tunjang seri kepada pembinaan pemikiran umat
Islam.
Ketika parti-parti politik lain bersaing di medan siasah
dengan pemikiran yang tiang akidahnya hanyalah pemikiran manusiawi, PAS
datang dengan tiang seri bersifat rabbani, langit dan wahyu yang
melewati batasan akal dan pemikiran manusiawi. Di sinilah, amanat haji
Abdul Hadi mengambil tempat.
Umno adalah parti Melayu yang
akidahnya adalah Melayu adalah Islam. Selagi Melayu, selagi itulah
Islam. Akidah ini, baiknya sekelumit, buruknya melangit. Baiknya pada
rasa cinta pada ugama oleh orang Melayu. Buruknya adalah pada hilangnya
garis-garis pemisah yang akan mengesan kesalahan akidah yang boleh
mengeluarkan bangsa Melayu daripada ugama Islam.
Dalam erti lebih
tepat, Melayu umno memakai kaedah buatan sendiri untuk menentukan garis
akidah umat Islam Melayu. Ia salah dan telah banyak memakan mangsanya.
Justeru
umno menjadi sombong. Lagi mereka bertakhta gagah di anjung kuasa, lagi
itulah sombong mereka menyondol-nyondol di atap langit. Siapa ingat, 30
tahun lepas, apa umno tidak kata pada syariat ugama? Syariat Islam? Ah,
lapuk, ketinggalan zaman, padang pasir, anti kemajuan, tertutup, punca
kelemahan Melayu dan macam-macam lagi.
Adakah anda mendengarnya hari ini? Tidak bukan. Mulut berus umno telah berjaya dicucikan. Anda tahu apa sabun cucinya?
Ia
adalah ‘amanat Haji Abdul Hadi’ itulah. Itulah kuasa yang ada padanya.
Umno disentap ke abawah agar tidak menyombong mencabar atap langit. Umno
diingatkan selagi mereka iti tanah dan air mani, mereka harus
menjunjung langit dan tuannya.
Hari ini umno dalam kepeningan
akidah. Segan dan pelat menyebut sekular, kelat dan telor menyebut
Islam. Lidah kemunafikan, lidah bercabang jenis haiwan yang dikenali.
Justeru
anda tahu, pakaian apakah untuk pewajahan baru dakwah Islamiyah dalam
politik Islam. Dunia Islam hari ini terus bertarung dengan musuh semasa.
Penentang Islam diluar yang menjaja sekularisme, liberalisme, demokrasi
tanpa tuhan dan pelbagai lagi. Juga, penentang Islam dari dalam yang
mencampur adukkan kesucian Islam dengan agen-agen syirik yang nyata dan
kabur.
UMNO terus berdendam. Mereka kalah dalam menang. Menang
kuasa pemerintahan, tetapi mereka kalah untuk menolak Islam ke tepi.
Amanat tuan guru terus menjadi igauan yang menghambat mereka. Mereka
terus mengasak agar ianya ditarik balik. Dengan itu, menjadi sejuklah
dada mereka. Mampukah?
Dalam wajah yang lebih baru, pemurnian
akidah umat terus menjadi agenda PAS. Anak muda generasi terus mencintai
Islam dan perjuangan PAS.
Ustaz Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Azi
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).
Link Asal: http://nikabduh.com/2012/12/30/amanat-haji-abdul-hadi-masih-relevan/
longchamp pas cher, ray ban sunglasses, tory burch outlet, longchamp outlet, tiffany and co, louis vuitton, christian louboutin outlet, oakley sunglasses wholesale, louis vuitton, prada outlet, chanel handbags, jordan shoes, christian louboutin, longchamp outlet, gucci handbags, tiffany jewelry, nike roshe, polo ralph lauren, nike air max, louis vuitton outlet, nike air max, louis vuitton outlet, uggs on sale, ray ban sunglasses, louboutin pas cher, prada handbags, cheap oakley sunglasses, ugg boots, ugg boots, sac longchamp pas cher, jordan pas cher, nike free, replica watches, michael kors pas cher, burberry pas cher, oakley sunglasses, oakley sunglasses, replica watches, kate spade outlet, oakley sunglasses, air max, louis vuitton outlet, nike free run, longchamp outlet, polo outlet, ray ban sunglasses, christian louboutin shoes, nike outlet, christian louboutin uk
ReplyDeletehollister uk, michael kors outlet, sac vanessa bruno, nike blazer pas cher, nike air max uk, burberry handbags, new balance, michael kors, kate spade, oakley pas cher, nike air max, ray ban uk, guess pas cher, coach outlet, michael kors outlet online, nike roshe run uk, true religion outlet, michael kors outlet, michael kors outlet online, true religion outlet, uggs outlet, true religion outlet, timberland pas cher, coach purses, nike air max uk, michael kors, nike air force, nike free uk, burberry outlet, sac hermes, coach outlet store online, nike tn, michael kors outlet online, vans pas cher, hollister pas cher, north face uk, abercrombie and fitch uk, ray ban pas cher, hogan outlet, replica handbags, polo lacoste, north face, ralph lauren uk, lululemon canada, mulberry uk, converse pas cher, true religion jeans, michael kors outlet, michael kors outlet online
ReplyDeletecoach outlet, swarovski crystal, hollister, thomas sabo, canada goose outlet, moncler outlet, marc jacobs, toms shoes, links of london, karen millen uk, canada goose, canada goose, louis vuitton, louis vuitton, moncler outlet, lancel, louis vuitton, montre pas cher, ugg uk, wedding dresses, canada goose uk, juicy couture outlet, pandora charms, barbour, pandora uk, pandora jewelry, replica watches, moncler, ugg,ugg australia,ugg italia, ugg pas cher, barbour uk, moncler uk, canada goose jackets, canada goose outlet, moncler, ugg,uggs,uggs canada, supra shoes, canada goose outlet, moncler, pandora jewelry, louis vuitton, moncler, louis vuitton, ugg, doudoune moncler, juicy couture outlet, canada goose, swarovski
ReplyDeleteherve leger, gucci, bottega veneta, new balance shoes, louboutin, iphone cases, north face outlet, hollister clothing, vans outlet, nike roshe run, p90x workout, mac cosmetics, nike huaraches, longchamp uk, hollister, converse, babyliss, celine handbags, jimmy choo outlet, beats by dre, soccer jerseys, reebok outlet, chi flat iron, ferragamo shoes, giuseppe zanotti outlet, timberland boots, mont blanc pens, nike trainers uk, wedding dresses, asics running shoes, abercrombie and fitch, north face outlet, insanity workout, oakley, vans, baseball bats, soccer shoes, instyler, lululemon, valentino shoes, ray ban, nfl jerseys, hollister, nike air max, hermes belt, converse outlet, ralph lauren, nike air max, mcm handbags, ghd hair
ReplyDelete