Amanah terbesar dalam Islam ialah
memerintah negara, di mana UMNO telah diberi kepercayaan sejak lebih
lima puluh tahun mencapai kemerdekaan sehingga kini, bagi
memimpin kerajaan bagi pihak melayu beragama Islam dalam BN, dahulunya
Perikatan.
Islam
telah diterima oleh semua kaum menjadi agama negara dengan hak yang adil
kepada penganut berbagai agama dalam konsep persefahaman sempadan
saling mengerti dalam perkara yang berbeza.
Islam
wajib diperkasakan sehingga mengatasi yang lain dengan pendekatan yang
bijak dan amalan yang istiqamah dan adil terhadap semua, kerana Islam
adalah rahmat kepada seluruh alam, bukan dengan paksaan dan ugutan
kosong.
Apabila
tercetusnya isu kitab Injil diterjemahkan dalam Bahasa Melayu, dengan
menterjemahkan perkataan God atau Lord atau Tuhan dengan perkataan
Allah, UMNO telah gagal bertanggungjawab dengan betul sebagai pihak yang
berada di kerusi kekuasaan kerajaan.
Media
arus perdana kepunyaan UMNO dijadikan medan perbincangan (tempat
bermuzakarah) dalam perkara yang besar ini sehingga melibatkan semua
orang, termasuk yang buta ilmu Islam dan hurufnya, setelah hurufnya
dihapuskan oleh UMNO.
Padahal urusan kebenaran menerbit buku dan pengedarannya adalah urusan Kementerian Dalam Negeri.
Dalam
urusan yang berkait dengan Agama Islam, ianya perlu mendapat nasihat dan
kelulusan pihak berkuasa Hal Ehwal Agama Islam di bawah Jabatan Perdana
Menteri atau Majlis Agama Islam di Negeri – Negeri, di mana
keseluruhannya berada di bawah UMNO yang menjadi parti Melayu Islam yang
memerintah.
Portfolio kementerian ini di perkuatkan dengan seorang menteri di peringkat Pusat atau exco agama di peringkat negeri.
Mengapa
UMNO menangani isu besar ini secara membaling batu sembunyi tangan,
dengan mengheret pihak yang tidak patut berbincang dalam urusan Yang
Maha Besar iaitu kalimah Allah? Mengapa tidak selesaikan oleh pihak
berkuasa di bawah UMNO yang memerintah?.
Patutkah
perkara ini dijadikan bahan kempen pilihanraya sehingga menjadi
berkecamuk dikalangan rakyat kerana dijadikan perbincangan melibatkan
kalangan yang tidak faham?
PAS
tampil dengan ilmu Islam dan adabnya. Sebagaimana dalam kenyataan media
saya pada 8 Januari 2013 lalu, intipati perkara dua dalam kenyataan
media itu adalah jelas dan sangat mudah difahami (hanya yang berniat
jahat sahaja tidak membacanya), bahawa kalimah Allah yang Maha Suci dan
Mulia, tidak mampu diterjemahkan ke dalam apa-apa perkataan daripada
bahasa yang lain, termasuk Bahasa Arab sendiri dengan perkataan yang
lain daripada perkataan Allah, kerana tidak ada satu kalimah yang sama
erti dengannya.
Lebih
jauh lagi, perkataan ber Bahasa Melayu atau apa sahaja bahasa di
kalangan bangsa yang menganut agama Islam, sehingga semua bangsa
penganut Islam tidak menterjemahkan kalimah “Allah” ke dalam bahasa
lidah masing-masing atau bahasa sendiri.
Begitulah
juga perkataan Tuhan dalam Bahasa Melayu, God dan Lord dalam bahasa
penganut agama Kristian paling ramai, tidak boleh diterjemahkan dengan
perkataan Allah, kerana tidak mencapai maksudnya.
Firman Allah
menjelaskan makna Allah :
Yang maksudnya : Katakanlah
(Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; "Allah Yang
menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat ; "Ia
tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan; "Dan tidak ada sesiapapun
yang serupa dengan Nya".
Mengikut
bahasanya perkataan God dan Lord ada plural, male dan female (God,
Gods, Goddess, Lord, Lords) dan begitulah juga perkataan Tuhan dalam
bahasa lain.
Adapun
perkataan Allah adalah Maha Esa seperti dinyatakan dalam surah
al-Ikhlas adalah huraian mengikut bahasa al-Quran, sehingga semua
nama-nama Allah (Al Asma Al Husna) termasuk dalam nama tunggal Allah.
Maka
pihak bukan Islam tidak boleh mengelirukan kalangan penganut Islam
apabila menggunakan kalimah Allah (intipati perkara tiga dalam kenyataan
media 8 Januari 2013). Bahkan menafsirkan perkataan ar-Rahman pun boleh
merendahkan maknanya sehingga laksana maki hamun terhadap Allah.
Firman
Allah :
Yang maksudnya :
Dan mereka yang kafir berkata: "(Allah) ar-Rahman, mempunyai anak.".
Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara Yang besar salahnya
!. Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang
demikian, dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun
nyaris-nyaris runtuh ranap, Kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah)
ar-Rahman mempunyai anak. Padahal tiadalah layak bagi (Allah) Ar-Rahman,
Bahawa ia mempunyai anak. Tidak ada sesiapapun di langit dan di bumi
melainkan ia akan datang kepada (Allah) Ar-Rahman, sebagai hamba. Demi
sesungguhnya! Allah telah mengira mereka (dengan pengetahuanNya) serta
menghitung mereka satu persatu. Dan mereka masing masing akan datang
mengadapnya pada hari kiamat dengan seorang diri.
Begitulah
seriusnya kesan apabila kalimah Allah disalahgunakan di hadapan
penganut Islam dan Umat Islam wajib mempertahankan aqidah penganutnya,
maka penyalahgunaan kalimah Allah dalam masyarakat Islam adalah dilarang. Ada pun kuasa dari segi perundangan berada di tangan parti yang
memerintah, bukannya PAS.
Al-Quran
juga melarang penganut Islam memaki tuhan yang dipercayai oleh penganut
agama lain sehingga menimbulkan ketegangan yang menghina Allah.
Firman Allah :
Yang maksudnya : Dan
janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari
Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas
dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada
pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada
Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu ia menerangkan kepada mereka
apa yang mereka telah lakukan.
Ada
pun penggunaan kalimah Allah oleh penganut bukan Islam dalam urusan
agama mereka atau sesama mereka atau dalam penggunaan bersama yang tidak
menimbulkan kekeliruan, maka al-Quran dan Hadith mengizinkan dengan
penjelasan secara lisan dan amalan (intipati perkara nombor empat dalam
kenyataan media 8 Januari 2013).
Firman Allah :
Yang maksudnya : Katakanlah
(Wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang
bersamaan antara Kami dengan kamu, Iaitu kita semua tidak menyembah
melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan
jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain
untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari
Allah". kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan
menerimanya) maka Katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu Bahawa
Sesungguhnya Kami adalah orang-orang Islam".
Rasulullah
S.A.W. mengarahkan sahabatnya meletakkan ayat ini ke dalam surat yang
dihantar kepada Raja Rom, Mesir dan Habsyah yang menganut agama Kristian
supaya menjelaskan penggunaan kalimah oleh mereka dengan betul.
Betapa
sucinya kalimah Allah walau pun digunakan oleh penganut agama kitab
dengan fahaman mereka yang salah maka dihalalkan penganut Islam memakan
sembelihan mereka dengan nas al-Quran:
Yang maksudnya : Pada
masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazat-lazat serta
baik-baik. dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu
adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi
mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka).
Kalimah
Allah diterima bersama dalam perjanjian Hudaibiyyah di antara
Rasulullah SAW dengan pemimpin Musyrikin Makkah dengan fahaman yang
berbeza terhadap kalimah Allah dan bersetuju untuk berdamai.
Para
ulama dan pemimipin PAS, bahkan di luar PAS dan para mufti yang
majoritinya tidak bercakap kerana ditutup suaranya, adalah bersepakat
dalam perkara yang sudah dinaskan dalam al- Quran dan Sunnah. Jangan
laga-lagakan para pemimpin PAS dan ulama melalui media dengan cara
memutar belitkan laporan, sehingga tersalah langkah membawa padah kerana
jahil murakkab.
Malangnya
semua kenyataan secara nas ini dilupakan kerana kesilapan UMNO yang
tidak mampu mentadbir urusan agama Islam. Jabatan Agama hanya ditugaskan
untuk mengawasi kuliah agama, khutbah jumaat dan kegiatan agama yang
boleh mendedahkan aurat Umno yang tidak menutup aurat supaya UMNO
menjadi parti maha suci daripada segala dosa.
Ini
menunjukkan kepada kita bahawa yang penting bagi UMNO hanyalah
kemenangan pilihanraya mendapat kuasa semata-mata tanpa batas –batas
iman dan kufur, benar dan salah, dosa dan pahala.
UMNO melakukan kesilapan dan dosa besar
apabila menyerahkan urusan kalimah Allah ini kepada pasukan propaganda
dan saraf dalam partinya dan jentera kerajaan yang dikhadamkan, maka
berlakulah perbincangan yang lebih buruk daripada laksana menyerah bunga
d itangan sang kera yang tidak berakal, kemudian diserahkan kepada para
ilmuan, ulama dan mufti pengecut berdepan secara muzakarah, tetapi
sanggup menjadi terompah kayu kepada UMNO untuk menegakkan hujah laksana
mereka yang dinyatakan oleh Allah:
Yang maksudnya: Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.
Tuan-tuan,
janganlah jadikan PAS terpaksa membasuh kekotoran yang diadakan oleh
UMNO, dan dalam masa yang sama PAS pula dipersalahkan atau menjadi
kambing hitam yang disembelih kerana mempertahankan khurafat UMNO.
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
Link Asal: http://presiden.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=413:lafaz-allah-umno-tidak-mampu-tunai-amanah&catid=14:kenyataan-rasmi&Itemid=56
longchamp pas cher, ray ban sunglasses, tory burch outlet, longchamp outlet, tiffany and co, louis vuitton, christian louboutin outlet, oakley sunglasses wholesale, louis vuitton, prada outlet, chanel handbags, jordan shoes, christian louboutin, longchamp outlet, gucci handbags, tiffany jewelry, nike roshe, polo ralph lauren, nike air max, louis vuitton outlet, nike air max, louis vuitton outlet, uggs on sale, ray ban sunglasses, louboutin pas cher, prada handbags, cheap oakley sunglasses, ugg boots, ugg boots, sac longchamp pas cher, jordan pas cher, nike free, replica watches, michael kors pas cher, burberry pas cher, oakley sunglasses, oakley sunglasses, replica watches, kate spade outlet, oakley sunglasses, air max, louis vuitton outlet, nike free run, longchamp outlet, polo outlet, ray ban sunglasses, christian louboutin shoes, nike outlet, christian louboutin uk
ReplyDeletehollister uk, michael kors outlet, sac vanessa bruno, nike blazer pas cher, nike air max uk, burberry handbags, new balance, michael kors, kate spade, oakley pas cher, nike air max, ray ban uk, guess pas cher, coach outlet, michael kors outlet online, nike roshe run uk, true religion outlet, michael kors outlet, michael kors outlet online, true religion outlet, uggs outlet, true religion outlet, timberland pas cher, coach purses, nike air max uk, michael kors, nike air force, nike free uk, burberry outlet, sac hermes, coach outlet store online, nike tn, michael kors outlet online, vans pas cher, hollister pas cher, north face uk, abercrombie and fitch uk, ray ban pas cher, hogan outlet, replica handbags, polo lacoste, north face, ralph lauren uk, lululemon canada, mulberry uk, converse pas cher, true religion jeans, michael kors outlet, michael kors outlet online
ReplyDeletecoach outlet, swarovski crystal, hollister, thomas sabo, canada goose outlet, moncler outlet, marc jacobs, toms shoes, links of london, karen millen uk, canada goose, canada goose, louis vuitton, louis vuitton, moncler outlet, lancel, louis vuitton, montre pas cher, ugg uk, wedding dresses, canada goose uk, juicy couture outlet, pandora charms, barbour, pandora uk, pandora jewelry, replica watches, moncler, ugg,ugg australia,ugg italia, ugg pas cher, barbour uk, moncler uk, canada goose jackets, canada goose outlet, moncler, ugg,uggs,uggs canada, supra shoes, canada goose outlet, moncler, pandora jewelry, louis vuitton, moncler, louis vuitton, ugg, doudoune moncler, juicy couture outlet, canada goose, swarovski
ReplyDelete