KENALI PAS

Klik gambar untuk senarai artikel.

PRU13

Klik gambar untuk senarai artikel.

MANIFESTO

Klik gambar untuk senarai artikel.

FIKRAH

Klik gambar untuk senarai artikel.

TAHALUF SIYASI

Klik gambar untuk senarai artikel.

KALIMAH ALLAH

Klik gambar untuk senarai artikel..

Thursday, 21 March 2013

Amanat Haji Abdul Hadi: Jika Ia Berbunyi Begini...

Jikalah amanat itu berbunyi,

‘Barang siapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang kafir.’
lalu kesannya, wujud suasana keliru dan saling tuduh menuduh sehingga kafir-mengkafir dalam masyarakat, maka adakah perlu amanat di atas ditarik balik demi mengelak pecah-belah?

Jika jawabannya ya, bagaimana jika dienggani dengan hujah bahawa amanat di atas adalah sama dengan maksud ayat al Quran dalam surah al Ma’idah:44?

Adakah kita akan kata, oleh kerana ianya memecah-belahkan umat Islam, maka ia tetap mesti ditarik balik!

Sudah pasti itu bukan jawaban balasnya. Setiap muslim mesti takut untuk mendesak ‘amanat’ yang membawa maksud ayat al Quran itu ditarik balik. Ia ‘bagai’ mencabar maksud al Quran.

Justeru apakah penyelesaian agar tuduh-menuduh yang memecah belahkan tidak berlaku?

Ya, jawabannya hanya satu.

Beri peluang amanat atau ‘ayat’ itu dijelaskan, disyarahkan dan ditafsirkan. Hasil kefahaman yang bersuluh daripada tafsiran itulah, akan lenyaplah segala tuduh-menuduh yang mengelirukan, lalu terhasillah satu kefahaman yang satu terhadap amanat di atas.

Yang berhukum dengan hukum Allah, maka selamatlah dia daripada amaran ‘amanat’ di atas secara benar. Yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka dia tak selamat dan mesti berusaha mengelak daripada bahaya itu. Maka semua akan selamat.

Penting diketahui, ayat atau amanat atau kata hikmat adalah kata-kata pendek yang cantik dan jelas. Jika timbul kekeliruan, jangan dibuang dan diperangi. Ia mesti dipohon penjelasan. Penjelasan daripada kata amanat, ayat, nas atau hikmat, hakikatnya akan menambahkan rasa hebat dan daya pukau yang dimilikinya. Kerana itu, pujangga hidup kekal namanya terkenal sepanjang zaman.

Begitulah ‘amanat tuan guru’ yang menimbulkan kehangatan. Ia sebuah amanat yang pendek yang dipetik daripada ceramah tuan guru yang panjang, lalu ditulis dan disebarkan. Ada yang faham dengan mudah, ada pula yang perlukan penjelasan.

Jangan pelik, seperti diterangkan di atas, bahawa setiap yang pendek, perlukan penjelasan sebagaimana terbukti wujudnya ribuan kitab tafsir dan syarah oleh para ulama kita sepanjang zaman di dalam menjelaskan maksud daripada kependekan nas ayat al Quran, al hadis, athar dan kata-kata hikmat pujangga Islam.
Maka memohon hak untuk menjelaskan maksud ‘amanat’ oleh tuan guru haji Abdul Hadi adalah benar dan hak di atas hak.

Oleh kerana fitnah dan kekeliruan terhadap amanat ini begitu melata, lama dan sengaja dihidupkan, maka adalah logik, baik dan sempurna sekali jika penjelasan itu didengar oleh semua. Semua rakyat Malaysia.
Apakah saluran media hari ini yang paling meluas dan lebih luas berbanding tv milik kerajaan (jangan baca milik umno)? Tiada bukan?

Adakah ini syarat? Tidak! Ia hanya satu permintaan yang benar agar penjelasan dapat didengar dan difahami oleh semua.

Ah, jika anda berkeras mengatakan itu satu syarat yang menyusahkan dan bukan-bukan yang bermaksud mahu lari daripada kekalahan dan kesalahan, mari saya jelaskan dulu sebelum anda terus hanyut dalam dakwaan itu.

Tuan guru telah pun menjelaskan. Beratus kali sudah. Dan kami anak muridnya pun telah menjelaskan maksud tuan guru itu. Beribu kali sudah. Bahkan penjelasan itu terus diadakan hari ini dan esok juga. Tetapi masih ada yang tidak dengar atau enggan mendengar atau sengaja buat dengar tak dengar, faham tak faham.

Jadi, apa penyelesaian? Tarik balik??

Itu tidak profesional bukan? Dunia hari ini semua menuntut sikap profesional hatta dari seorang raja yang kebalnya tak lut oleh keris telanjang..

Justeru jika permintaan untuk menjelaskan maksud amanat itu dalam tv adalah satu syarat sekali pun, maka apa ruginya syarat itu?

Adakah semua kalimah ‘syarat’ itu mengandungi konotasi jahat? Nak masuk syurga pun bersyarat. Nak masuk PAS atau UMNO pun bersyarat. Jahat?

Apa ruginya menjelaskan amanat sendiri di hadapan jutaan rakyat berbanding di hadapan ribuan hadirin?

Semua rakyat menunggu penjelasan terhadap amanat tersebut. Jika tak mahu dengar, rasanya terlalu mudah untuk tutup tv atau tukar saja ke saluran lain. Macam-macam ada dalam tv tu. Saya yakin, siaran langsung penjelasan amanat tu langsung tidak mengganggu sesiapa pun.

Dan...

Pada saya, dengan penuh yakin, bukan hanya orang PAS, orang awam atau sesiapa pun, bahkan orang umno pun akan bahagia dengan penjelasan amanat oleh pemilik amanat tersebut.

Kenapa?

Kerana saya yakin, orang umno tidak kafir dan tidak pun dikafirkan oleh amanat trrsebut. Penjelasan amanat nanti akan menambahkan kejelasan bahawa orang umno tidak kafir, bahkan muslim yang bersaudara. Setiap yang mengucapkan kalimah tayyibah atau syahadah adalah muslim yang bersaudara. Masing-masing gembira hidup berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran sebagaimana tuntutan agama.

Bukankah itu satu kegembiraan dan kebahagiaan bersama?

Cuma..

Yang saya bimbang, walaupun saya berharap ia tidak berlaku. Hanya bimbang disebabkan semacam wujud tanda-tanda yang kelihatan balam-balam dari kejauhan.

Saya bimbang jika ada SEGOLONGAN yang akan kecewa jika penjelasan terhadap amanat itu berjaya merumuskan bahawa orang umno tidak kafir atau tidak dikafirkan oleh amanat tersebut.

Mereka akan kecewa kerana mereka bersungguh-sungguh mahukan PAS mengatakan UMNO kafir. Dengan itu mereka akan beroleh senjata yang tajam setajam-tajamnya oleh merodok perut PAS dan para pejuangnya, lalu merekalah pejuang Islam, raja, rakyat dan Melayu yang sebenarnya.

Jika ada golongan ini seperti yang saya bimbangkan, maka saya akan berdoa sepanjang masa.

Ya Allah, hancurkanlah musuh agamaMu dan musuh umatMu ini sehancur-hancurnya.

 
Ustaz Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).

Link Asal: http://nikabduh.com/2012/12/31/amanat-haji-abdul-hadi-jika-ia-berbunyi-begini/

Wednesday, 20 March 2013

Peraturan Pengasingan Lelaki dan Perempuan di Salon Kecantikan: Adakah Melanggar Hak Asasi?

Salam Palestin,

Alhamdulillah, saya mendapat maklumat daripada sumber yang terpercaya bahawa mengikut tinjauan yang baru saja diadakan, majoriti peniaga dan masyarakat non muslim di Kota Bharu sudah cukup selesa dengan peraturan kedai gunting dan salon yang mengasingkan antara lelaki dan perempuan sebagaimana disyaratkan MPKB.

Para peniaga non muslim merasa lebih beruntung kerana hampir semua pengunjung wanita Islam akan melanggani perkhidmatan mereka dengan selesa tanpa ragu-ragu dengan kehadiran kaum lelaki. Jika sebaliknya, mereka mungkin mengalami kemerosotan pelanggan wanita Islam.

Bahkan, mereka juga sebagaimana yang telah dinyatakan oleh YB Dato Takiyudin Hasan, exco kerajaan negeri semalam, merasa lebih selesa apabila keluarga dan wanita mereka akan melanggani pusat kecantikan tersebut tanpa kaum lelaki yang kehadiran mereka sedikit pun tidak dianggap satu keperluan di premis berikut (kecuali gatal sangat mahu didandan rambut mereka oleh wanita.).
Perlu difahami, peraturan ini bukanlah undang-undang Islam, tetapi peraturan sivil yang berlandaskan panduan syariat agama. 

Agama Islam menyeru kepada keselamatan dan kehormatan wanita. Ia menyeru kepada usaha mencegah eksploitasi wanita dan menutup ruang-ruang ke arah maksiat dan kemungkaran. Adalah jelas berdasarkan kajian lapangan di seluruh negara, pusat-pusat kecantikan wanita sering menjadi topeng kepada operasi dan kegiatan eksploitasi dan tidak bermoral terhadap wanita.

Sesuai dengan masyarakat Kelantan yang majoriti besarnya adalah muslim, di samping masyarakat non muslimnya yang begitu tahu, menghormati dan selesa dengan peraturan-peraturan ‘Islamik’ yang diperkenalkan, adalah wajar sekali peraturan seperti di atas dijadikan panduan dan kajian ke arah melahirkan masyarakat madani/sivil yang menghormati martabat kaum wanita.

Malang sekali bagi sesetengah pihak, muslim atau bukan muslim, yang menjadikannya sebagai bahan perlecehan dan serangan atas nama hak-hak asasi dan kebebasan. Isteri mana selesa melihat suaminya diusap tangan wanita? 

Ini, apatah lagi, wanita non muslim di Kelantan juga sudah cukup selesa dengan pengharaman premis judi dan penghadan penjualan arak di Kelantan. Mereka perlukan suami yang bertanggung jawab, tidak pulang ke rumah lewat malam, mabuk dan berang terhadap mereka dan anak-anak di rumah.

Bukankah ini satu kehidupan yang aman dan sejahtera? Bukankah inilah transformasi dan reformasi masyarakat sivil yang gemilang?

Walau bagaimanapun, saya amat sukacita jika ianya dibincangkan secara sihat. Mana tahu, ia semakin membuka mata kita untuk melihat kesempurnaan panduan agama Islam yang semakin diterima dengan baik hari ini. Usaha penambahbaikan amat dialu-alukan.

Sehingga kini, tiada yang menentangnya kecuali yang keras kepalanya, luar dan dalam.


Ustaz Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)

Sumber: http://nikabduh.com/2012/11/27/peraturan-pengasingan-lelaki-dan-wanita-di-salon-kecantikan-adakah-langgar-hak-asasi/

Sunday, 29 July 2012

Golongan yang Tercicir Di Sepanjang Jalan Dakwah

RINGKASAN KTAB “GOLONGAN YANG TERCICIR DI SEPANJANG JALAN DAKWAH”
(UST FATHI YAKAN)

Gejala Keciciran Di Zaman Rasulullah SAW

1.       Orang-orang yang tidak ikut serta dalam perang Tabuk

Ø  3 orang Islam (Ka’ab bin Malik, Murarah ibn Ar-Rabi’ dan Hilal ibn Umayyah) tidak meneyrtai perang Tabuk. Mereka dipulaukan oleh orang Islam yang lain.
Ø  Orang munafiq juga tidak ikut berperang. Mereka datang bersumpah dihadapan Rasulullah memberi  sebab

2.       Hatib bin Abi Balta’ah

Ø  Dianggap sebagai pembocor rahsia kerajaan dan pengkhianatan besar
Ø  Ketika Rasulullah sedang dalam perjalanan menuju ke Mekah, Hatib menulis surat kepada orang Quraisy memberitahu persiapan dan tujuan keberangkatan Rasulullah SAW à surat diberi kepada seorang wanita (disimpan disanggul) à Rasulullah tahu & hantar Ali bin Abi Tali dan Zubair bin Al-Awwam mengejar wanita tersebut
Ø   Allah SWT menurunkan ayat Surah Al-Mumtahanah ayat 1-4 berkaitan peristiwa tersebut

3.       Masjid Dirar

Ø  Orang munafiq cuba memecah belahkan barisan Islam dengan mendirikan masjid yang pada zahirnya menunjukkan rahmat tetapi hakikatnya membahayakan orang-orang Islam.
Ø  Rasulullah SAW memerintahkan Malik Ibn Ad-Dakhshum dan  Ma’nim ibn ‘Adiyy supaya meruntuh dan membakar masjid tersebut kerana ahli-ahlinya diangagap zalim.
Ø  Turun ayat 107 Surah At-Taubah menceritakan hal tersebut.

4.       Hadithul  Ifk
5.       Abu Lubabah


SEBAB-SEBAB KECICIRAN

Pertama: sebab-sebab berhubung dengan gerakan

* Kelemahan sudut tarbiyyah
* Tidak meletakkan seseorang ditempat yang sesuai
* Tidak membahagi-bahagikan kerja kepada anggota
* Tidak mengambil berat hal ahli
* Tidak menyelesaikan persoalan dengan segera
* Pertikaian dalaman
* Pimpinan tidak layak

Kedua: sebab-sebab yang berkaitan dengan individu

* Tabi’e/ perangai yang tidak tetap
* Takut berlaku sesuatu keatas diri dan pendapatan
* Melampau
* Bermudah-mudahan dan longgar
* Tertipu dengan kedudukan dan bersikap menonjol diri
* Cemburukan orang lain
* Fitnah senjata


Ketiga: sebab-sebab luar yang menekan

* Tekanan ujian
* Tekanan keluarga
* Tekanan persekitaran
* Tekanan gerakan-gerakan berbahaya
* Tekanan bermuka-muka

Pertama: sebab-sebab berhubung dengan gerakan
1.Kelemahan sudut tarbiyah

-Gerakan yang lemah : menjadikan tarbiyah hanya sebahagian kecil berbanding bidang-bidang lain seperti pentadbiran, penyusunan dan politik
-Setiap anggota harakah sama ada qiyadah atau jundiyah mesti mengikuti tarbiyah walau sesibuk mana sekalipun.
-Hubungan anggota (individu) dengan harakah hendaklah berasaskan kepada hubungannya dengan Allah dan Islam. –
-Harakah menjadi wasilah (alat) bukannya ghayah (matlamat). Harakah adalah wasilah untuk melaksanakan perintah Allah dan usaha untuk  mencapai keredhaan Allah.  
-Kita hendaklah membebaskan diri dari menjadikan keterlibatan dalam harakah untuk mencari kepentingan diri. Niat perlu ikhlas semata-mata kerana Allah SWT dan tidak boleh mensyikkanNya dengan sesuatu apa pun.

2. Tidak meletakkan seseorang ditempat yang sesuai
-harakah perlu memilih dan memberi  tugas kepada seseorang anggotanya mengikut kebolehan, kecenderungan dan tab’ie individu tersebut.
-harakah perlu menyusun unsur-unsur tenaganya mengikut bidang masing-masing seperti tarbiyah, politik, harta dan ekonomi, riyadah, dan lain-lain.
-proses pemilihan tempat atau tugas yang sesuai untuk seseorang mesti dihalusi dan diteliti. Tidak boleh dinuat secara tergesa-gesa atau secara mendadak.

3. tidak membahagikan kerja kepada anggota
-perlu menggunakan kecenderungan anggota untuk kepentingan Islam mengikut perencanaan yang dibuat oleh harakah.
-Setiap anggota mesti merasa bertanggungjawab, merasakan ia adalah anggota yang aktif, tidak mengambil kira kerja dan kedudukannya.
-pemberian tugas perlu diberi kepada ahlidisemua peringkat (tidak kira muda atau tua, anggota baru atau lama).

4. tidak megambil berat hal ahli
- akibat : ahli akan meninggalkan harakah malah boleh keluar dari lingkungan Islam
-Hubungan atau ikatan yang diwajibkan oleh Islam ke atas setiap orang Islam ialah bersatu dalam sudut pemikiran, rohani dan perasaan, hendaklah merasakan seolah-olah seperti satu jasad.
-Perhatian yang boleh diberikan oleh harakah terhadap ahlinya boleh dilakukan dari dua sudut: iaitu program dan melalui sikap persaudaraan serta bantu membantu oleh kedua pihak.
-sesuatu harakah Islamiyyah yang Berjaya mengeratkan tali persaudaraan kerana Allah akan Berjaya menyelesaikan banyak masalah yang dihadapi olehnya dan ahli- ahlinya

5.tidak menyelesaikan persoalan dengan segera
-peneyelsaian masalah yang timbul dengan mudah dan cepat akan menjadikan perjalanan dakwah teratur dan rapi, sebaliknya kelambatan menyebabkan malah menjadi bertimbun dan berganda.
-faktor kelembapan dalam menyelesaikan masalah gerakan adalah :
                > kelemahan pucuk pimpinan (tidak mampu meneylesaikan masalah yang timbul)
                > kelemahan pentadbiran
                > program yang terlalu besar dan luas menyebabkan pimpinan tidak dapat menyempurnakan keperlua-keperluan kerja yang pelbagai.

6.Pertikaian dalaman
- Sebab berlaku :
                > kelemahan pimpinan (tidka Berjaya menguasai barisan dan tidak dapat membuat keputusan)
                > campurtangan dari kuasa luar (untuk menimbulkan fitnah)
                > berlumba-lumba untuk mendapatkan kedudukan dan jawatan
                > tidak iltizam dengan dasar harakah, kaedah atau prinsipnya. Tidak mahu mengikut keputusan yang dibuat oleh
                   badan-badan harakah, malah mahu menonjolkan diri sendiri
                > tiada kerja atauprogram yang boleh menggerakkan ahli bersungguh-sungguh berjihad (kerja keras)

7.Pimpinan tidak layak

  •  Factor kelemahan :

Ø  kurangnya kemampuan berfikir (kepimpinan tidak dapat memenuhi kehendak pemikiran ahli). Adakala pemimpin hanya berupaya di sudut pemikiran sahaja tetapi lemah dari sudut lain.
Ø  Kelemahan dalam kebolehan mentadbir
  • Sifat –sifat yang perlu ada pada pimpinan :

1.       Mengenali dakwah
2.       Mengenal diri :  - mengetahui kelemahan dan berusaha memperbaiki
-          Mengenali kekuatan dan berusaha menyuburkannya
-          Mengambil berat untuk mengembangkan ilmu dan membaca pendapat-pendapat, pemikiran pemikiran politik , kemasyarakatan, ekonomi dan sebagainya.
-          Mengambil berat mengenai tokoh pemimpin Islam yang lain, berusaha mengetahui cara pimpinan mereka serta factor –faktor kejayaan atau kegagalan mereka.
3.       Mengambil berat tentang ahli
4.       Teladan yang baik
5.       Mempunyai pandangan yang mantap
6.       Keazaman yang kuat
7.       Daya tarikan semula jadi
8.       Penuh yakin

Kedua: sebab-sebab yang berkaitan dengan individu
 
1. Tabi’e/ perangai yang tidak tetap - terdapat banyak factor seseorang tertarik dengan harakah. Tetapi, apabila mereka sedar mereka tidak dapat mengikut dasar, peraturan dan tidak dapat patuh kepada harakah, mereka pun meninggalkannya.
-setiap perbuatan yang dilakukan perlulah mengikut peraturan harakah yang berlandaskan syariat Islam.

2. Takut berlaku sesuatu keatas diri dan pendapatan

3. Melampau (ekstreme)
- melakukan sesuatu lebih daripada keupayaannya, melampaui batas dan tidak dapat menerima sikap sederhana.
-keupayaan manusia untuk memikul bebanan dan tanggung jawab adalah berbeza.Dengan sebab itu syari’at memperuntukkan hukum-hukum ‘azimah (kemestian) dan rukhsah(keringanan) yang menjadi ciri pelengkap manhaj Islami.

4. Bermudah-mudahan dan longgar
-orang yang bermudah-mudah (sambil lewa) dalam mengerjakan perintah Allah dan dalam iltizam dengan hukum-hukum syara’ akan mendapati diri mereka bermudah dalam semua perkara, dari kecil hingga besar, dari satu masalah kepada semua masalah.
- mereka tidak mengambil berat perkara halal dan haram, melakukan dosa-dosa walaupun dosa kecil

5.Tertipu dengan kedudukan dan bersikap menonjol diri
-sikap ini merosakkan penda’wah, menjadikan amalan mereka tergantung,  menghapuskan pahala, dan memberi akibat buruk kepada mereka.

6.Cemburukan orang lain

7.Fitnah senjata
-merupakan gejala ekstrim yang paling bahaya dan membawa akibat buruk.
-keburukan yang berkaitan dengan penggunaan kekerasan :
                > objektif pemilikan kekuatan adalah tidak jelas
                > tidak terikat dengan syarat penggunaan kekuatan . Syarat penggunaan kekuatan :
                                1. berusaha bersungguh-sungguh  menggunakan cara lain dan penggunaan kekuatan hanya merupakan
                                    cara terakhir.
                                2. penggunaannya hendaklah di bawah pengawasan Imam dan jama’ah Muslimin, tidak boleh diletakkan
                                     di bawah kehendak individu dan orang ramai.
                                3. jangan membawa kepada kerosakan atau fitnah
                                4. Untuk menggunakan cara ini, jangan keluar dari As-Siyasah Asy-Syar’iyyah
                                5. hendaklah menurut tertib
                                6. persediaan yang sempurna dan teliti
                                7. jauh dari istidraj (peningkatan yang tidak baik) dan menyahut tindak balas
                                8.tidak harus mendedahkan orang Islam untuk dikuasai musuh, dalam keadaan tiada keseimbangan.

 Ketiga: sebab-sebab luar yang menekan

1. Tekanan ujian
-ujian mesti berlaku untuk membersihkan berisan dan menguji keimanan.

2.Tekanan keluarga
-contoh: tekanan daripada ibu bapa dan anak-anak
-Al-Quran member amaran supaya jangan tunuk kepada tekanan ahli keluarga yang melarang dari jalan Islam.
 (At-Taubah:24)

3.Tekanan persekitaran
-contoh: keadaan (biah) yang tidak membantu dia mengamalkan Islam.
-faktor kalah kepada tekanan persekitaran: 1)asas pembentukan yang tidak betul(keraguan atau kegoncangan dalam aqidah). 2)iltizam yang hanya ikutan atau malu dengan keadaan sekitar (bukan berdasarkan iman dan keyakinan) 3)enggan masuk ke dalam persekitaran dakwah dan kumpulan para du’at.

4.Tekanan gerakan-gerakan berbahaya
-gerakan-gerakan yang bertopengkan Islam, tetapi hakikatnya mengkritik dan menimbulkan keraguan untuk menimbulkan keraguan dan menghancurkan harakah Islam atas nama Islam.

5.Tekanan bermuka-muka
-suka menaikkan diri sendiri, meneyebabkan timbulmya penyakit ‘ujub, terpedaya dengan diri sendiri, mementingkan diri, dan ego.





Friday, 20 July 2012

Puasa Dari Sudut Penyucian Jiwa



Diletakkan puasa pada peringkat ketiga antara kepentingan  dalam menyucikan jiwa. Maka, anatara nafsu  yang angkuh yang boleh memalingkan manusia terdiri nafsu perut dan faraj. Puasa berperanan mengawal diri daripada dikuasai oleh nafsu-nafsu tersebut. Demikian itu, salah satu faktor yang sangat penting penyucian jiwa. Kesabaran itu adalah meletak diri pada tempat yang paling tinggi, maka puasa jugalah yang membiasakan diri kepada kesabaran.

Hadis Nabi S.A.W.: (( Puasa itu sebahagian daripada kesabaran))-Hadis Hasan

Sesungguhnya Allah menjadikan Puasa satu jalan atau cara untuk mencapai kepada kedudukan taqwa.

Firman Allah Taala:

" Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebgaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa" [Al-Baqarah: 183]

Taqwa merupakan tuntutan Allah ke atas hamba-hambaNya berserta dengan penyucian jiwa.

Firaman Allah Taala:

"Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiaannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya, serta mengilhamkannya (untuk mengenal)  jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada taqwa, sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya-yang sedia bersih- bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan) dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya-yang sedia bersih- itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). [Asy-Shams: 7-10]


Oleh itu, puasa terdiri daripada yang sunat dan fardhu. Hukum-hukumnya tidak disembunyikan ke atas mereka yang hidup dalam suasana Islam. Ingatlah, kitab ini membicarakan berkenaan penyucian jiwa. Maka kita akan mengkhususkan mengenai adab-adab bagi orang yang berpuasa, kerana melaksanakan puasa adalah peranan yang sangat besar dalam penyucian jiwa. Ini sahaja kalam Imam Al-Ghazali berkenaan puasa.

salam Ramadhan..semoga Ramadhan kali ini penuh makna..Ramadhan Kareem

Wednesday, 11 July 2012

10 Wasiat Imam Hasan Al-Banna

10 Wasiat Imam Hasan Al-Banna

1. Dirikanlah solat tatkala engkau mendengar azan, betapapun keadaan di waktu itu.

2. Bacalah Al-Qur-an, atau telaahlah tafsirannya atau dengarkanlah orang lain membacanya, atau zikirlah
kepada Allah dan janganlah engkau gunakan sebahagian waktumu untuk hal-hal yang tidak berfaedah.

3. Berbicaralah dengan bahasa Arab yang fasih, kerana yang demikian itu termasuk syi’ar Islam.

4. Jangan banyak berdebat dalam hal apapun, kerana pertengkaran itu tidak akan mendatangkan kebaikan.

5. Janganlah banyak tertawa, sebab hati yang berhubungan dengan Allah itu adalah tenang dan mantap.

6. Jangan suka berkelakar berolok-olok, sebab umat yang berjuang tidak mengenal selain kesungguhan.

7. Janganlah engkau keraskan suaramu melebihi yang diperlukan oleh pendengar, kerana hal itu menunjukkan kebodohan dan menyakitkan.

8. Jauhilah menghina orang, mencela organisasi dan janganlah berbicara kecuali pembicaraan yang baik.

9. Perkenalkanlah dirimu kepada orang yang engkau jumpai, walaupun ia tidak meminta hal itu darimu, sebab dasar dakwah kita adalah cinta dan saling kenal mengenal.

10. Kewajiban selalu lebih banyak dari yang tersedia, sebab itu bantulah orang lain untuk memanfa’atkan waktunya. Jika engkau mempunyai suatu urusan, maka selesaikanlah dalam waktu sesingkat-singkatnya.

Friday, 6 July 2012

Hakikat Seorang Hamba




Menjadi seorang muslim adalah bermaksud memasukkan diri ke dalam kerangka dan acuan Islam. Ia bermaksud anda beriman kepada Allah, tuhan yang esa lalu akur dan tunduk kepada pengajaran dan undang – undangNya.

Apabila anda kekal di dalam acuan itu, anda adalah seorang muslim yang sempurna. Jika sebaliknya, anda cacat dan kecacatan itu akan terus membesar dan bertambah mengikut tahap perlanggaran terhadap undang – undangNya. Jika berlaku keengkaran, ia bererti kekufuran dan keluar dari agama.

Menjadi seorang muslim bererti memasuki perlumbaan menuju kesempurnaan. Kesempurnaan adalah berusaha menjadikan diri semakin dekat dengan Allah yang esa dan memperolehi keridhaanNya.

Kesempurnaan dan taqarrub kepada Allah hanya berlaku apabila kita semakin mendekati sunnah RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam. Baginda adalah penunjuk jalan yang satu dan baginda adalah ikutan yang satu di dalam agama. Tiada siapa boleh berlumba di atas landasan selain landasan binaannya.

Kemuncak perlumbaan adalah apabila anda menjadi pejuang Islam yang ikhlas.

Ia bererti anda bukan hanya beriman dengan Islam, bahkan menyiapkan diri sebagai pejuang yang mendukung perjuangan menegakkan ugama Islam di dunia dan kehidupan ini. Itulah matlamat perutusan para anbiya’. Mereka membawa ugama dan memperjuangkannya demi mencapai taqarrub dan keridhanNya.

Islam di dunia ini mesti tegak berdiri ke atas seluruh agama dan ideologi yang lain. Justeru ia menuntut perjuangan dan para pejuangnya.

Menjadi seorang pejuang Islam bukanlah sekadar hanya menjadi seorang muslim biasa. Ia menuntut usaha besar menuju puncak tertinggi. Ia penuh kesukaran dan ia pastinya milik para pejuang yang bersedia menempuh kesukaran dengan jayanya.

Menjadi seorang pejuang bermaksud bersedia patuh kepada peraturan sebagai seorang tentera. Ia menuntut disiplin pada tahap tertinggi. Bagaimana boleh dibayangkan sebuah kemenangan yang dibarisi para tentera yang mempunyai disiplin yang lemah?

Justeru anda tahu bahawa bukanlah senang untuk menegakkan Islam di dunia ini. Menegakkan Islam bererti menundukkan seluruh kekuatan kufur yang merajai dunia hari ini.

Ia menuntut pejuang Islam untuk menguasai banyak perkara dan menggerakkannya dengan penuh disiplin. Pastinya, ia bukan dekat jaraknya, pendek masanya dan mudah caranya.