KUALA LUMPUR: PAS
menghargai keputusan kerajaan memberikan ruang kepada parti politik
muncul 10 minit melalui Radio Televisyen Malaysia untuk menjelaskan
manifesto pilihan raya, namun melihatnya tidak lebih sebagai 'ajak-ajak
ayam' sahaja.
Ketua Penerangan PAS
Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau tidak menolak
kemungkinan tindakan terbaru kerajaan itu hanya sebagai cuba menunjukkan
'pembaharuan' bahawa kerajaan BN mengamal kebebasan media.
Bagaimanapun kata Tuan Ibrahim, dengan tempoh diberikan hanya 10 minit, pembaharuan itu dilihat satu perkara yang mengaibkan.
"...
jika itu satu pembaharuan yang dibuat oleh kerajaan ia adalah perkara
yang mengaibkan. Tempoh 10 minit itu hanya sebagai ajak-ajak ayam dan
tidak kembali kepada kebebasan media yang dituntut Bersih."
"PAS
menghargai ruang itu, namun masa perlu dipanjangkan, sekurang-kurang
setengah jam untuk memberi penjelasan kepada rakyat dan membolehkan
mereka menilai," katanya dipetik Sinar Harian Online.
Beliau
berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Menteri Penerangan,
Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim semalam bahawa semua
parti politik akan diberi ruang 10 minit untuk memperkenalkan manifesto
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) masing-masing.
Menurut Tuan Ibrahim lagi, PAS masih belum membincangkan tawaran itu sama ada mahu menggunakan platform tersebut atau tidak.
"Setakat ini, PAS masih belum ada keputusan dan perlu berbincang dan akan dimaklumkan kemudian," katanya.
Pandangan serupa turut dikongsi PKR yang mendakwa kerajaan tidak bertindak telus dalam soal memperuntukkan ruang masa tersebut.
Setiausaha
Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, PKR akan mengadakan
perbincangan untuk memutuskan keperluan Pakatan Rakyat menggunakan
ruang 10 minit yang diberikan kerajaan.
Menurutnya,
tempoh masa dan syarat yang diumumkan Rais kelmarin seperti
"memperbudakkan" parti politik terutamanya Pakatan Rakyat.
Beliau
berkata, pada umumnya RTM adalah pro Barisan Nasional (BN) yang
digunakan 24 jam sehari untuk menyiarkan makluman termasuk manifesto
parti kompenan perikatan itu.
"Kita
masih tak ada keputusan, kita perlu berbincang untuk lihat sama ada itu
menjadi satu keperluan kita untuk siarkan manifesto atau tidak.
"...
tempoh masa 10 minit dengan syarat yang tidak relevan, ini untuk apa?
Untuk memberitahu dunia media kita bebas dan memegang prinsip demokrasi?
"Rais perlu mempertimbangkan semula, jangan memperbudakkan kita," katanya.
Kenyataan oleh: Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
> Ketua Penerangan PAS
> Pengerusi Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS
Sumber: http://www.pas.org.my/v2/index.php/artikel/ketua-penerangan/1402-pru13-tempoh-10-minit-macam-ajak-ajak-ayam
longchamp pas cher, ray ban sunglasses, tory burch outlet, longchamp outlet, tiffany and co, louis vuitton, christian louboutin outlet, oakley sunglasses wholesale, louis vuitton, prada outlet, chanel handbags, jordan shoes, christian louboutin, longchamp outlet, gucci handbags, tiffany jewelry, nike roshe, polo ralph lauren, nike air max, louis vuitton outlet, nike air max, louis vuitton outlet, uggs on sale, ray ban sunglasses, louboutin pas cher, prada handbags, cheap oakley sunglasses, ugg boots, ugg boots, sac longchamp pas cher, jordan pas cher, nike free, replica watches, michael kors pas cher, burberry pas cher, oakley sunglasses, oakley sunglasses, replica watches, kate spade outlet, oakley sunglasses, air max, louis vuitton outlet, nike free run, longchamp outlet, polo outlet, ray ban sunglasses, christian louboutin shoes, nike outlet, christian louboutin uk
ReplyDeletecoach outlet, swarovski crystal, hollister, thomas sabo, canada goose outlet, moncler outlet, marc jacobs, toms shoes, links of london, karen millen uk, canada goose, canada goose, louis vuitton, louis vuitton, moncler outlet, lancel, louis vuitton, montre pas cher, ugg uk, wedding dresses, canada goose uk, juicy couture outlet, pandora charms, barbour, pandora uk, pandora jewelry, replica watches, moncler, ugg,ugg australia,ugg italia, ugg pas cher, barbour uk, moncler uk, canada goose jackets, canada goose outlet, moncler, ugg,uggs,uggs canada, supra shoes, canada goose outlet, moncler, pandora jewelry, louis vuitton, moncler, louis vuitton, ugg, doudoune moncler, juicy couture outlet, canada goose, swarovski
ReplyDelete