Peristiwa berdarah di Lahad Datu menjadi
ujian kebijaksanaan kerajaan dan kesetiaan seluruh rakyat terhadap
negara. Walau pun berbeza kaum, agama dan fahaman politik, namun tugas
mempertahankan negara apabila diceroboh dan keselamatannya diganggu
gugat adalah kewajipan bersama mengikut agama, adat dan akal yang waras.
Maka Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan seluruh ahlinya mendoakan Allah
melimpahkan rahmat kepada anggota keselamatan yang terkorban dan
dimasukkan ke dalam kalangan para syuhada, sekurang-kurangnya syahid
akhirat dan disembuhkan mereka yang tercedera, serta dikembalikan
keamanan dan keselamatan negara.
Walau
bagaimana pun muhasabah wajib dilakukan terhadap kerajaan yang
diamanahkan menjaga keselamatan negara. Dalam hal ini pihak tentera dan
polis tidak boleh dipersalahkan, kerana banyak asas dari sudut politik
yang kukuh menunjukan bahawa peristiwa seperti itu tidak sepatutnya
berlaku. Pasukan keselamatan juga tidak sepatutnya menjadi mangsa korban
musuh yang tercipta dengan sebab kecuaian politik mereka yang memimpin
negara sejak mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun yang lalu.
Persoalan
asas yang kita ingin tanya ialah: "Mengapa asas keharmonian yang sedia
ada di daerah itu tidak dijaga dan dibina dengan baik?"
Hakikatnya
ialah, kedudukan serantau, kejiranan, serumpun, sekelurga dan seagama
cuma dipisahkan oleh sempadan geografi dua negara. Malaysia mempunyai
hubungan kejiranan dengan Filipina, dan sama-sama menjadi anggota Asean
sejak penubuhannya pada 8 Ogos 1967 lagi.
Orang-orang
Suluk, atau grup etnik Tausug pula mempunyai hubungan keluarga, agama
dan budaya yang sama dengan sebahagian besar penduduk keturunan Sulu di
Sabah yang sukar dipisahkan. Hubungan rapat ini menjadikan aktiviti
keluar masuk antara rakyat kedua-dua negara berada pada kedudukan yang
paling sukar untuk dikawal secara keras oleh pasukan keselamatan yang
bertugas.
Tragedi
ini berlaku kerana pihak politik yang berkuasa tidak menyelesaikan
akar-usul masalah ini secara bijaksanaan sehingga berlakulah kemalangan
yang sangat menyayat hati itu. Di samping kemarahan membara terhadap
penceroboh yang tidak beretika, namun sifat kemanusiaan tetap berada
dalam setiap orang yang berperasaan.
Muhasabah
wajib dilakukan dengan meneliti dan memahami kerana beberapa perkara.
Pertama, pemisahan secara sempadan negara yang berbeza dimulakan oleh
penjajah asing terhadap rantau ini. Mereka sengaja meninggalkan bom
jangka selepas mereka meninggalkan tanah jajahan dengan niat jahat,
setelah mereka melaksanakan agenda pecah dan perintah di zaman
penjajahan dahulu. Bukan sahaja pembahagian rantau ini di antara
penjajah Inggeris, Belanda dan Sepanyol dan selepasnya Amerika juga
mengambil tempat di Filipina secara khusus.
Kedua,
perjanjian juga dibuat oleh penjajah ini secara menipu sultan-sultan
dan raja-raja yang dilemah dan dihilangkan kedaulatannya.
Ketiga,
setelah masing-masing mencapai kemerdekaan dengan negara yang berbeza
dan mempunyai kedaulatannya, mengapa segala syarat perjanjian yang sudah
lapuk di zaman penjajah yang sudah pulang ke negeri masing-masing,
dengan pihak yang sudah diletakkan dalam lipatan sejarah masih lagi
wujud? Mengapakah pihak kerajaan dalam negara kita ini masih
menghidupkan lagi perjanjian seperti ini?
Keempat,
negara Malaysia dan Filipina pula yang terlibat secara langsung dalam
perjanjian damai yang memberi kuasa autonomi kepada bangsa Moro di
Mindanao. Mengapa terlepas pandang terhadap wilayah dan kepulauan yang
lain bersamanya, sehingga penyelesaiannya tidak lengkap dan masalahnya
tidak selesai?
Perkembangan
pendidikan, ekonomi dan sosial terbiar dan terus terbiar, kerana
kerajaan Umno BN lebih menumpukan kepentingan politik mengejar kerusi
mendapat takhta dan harta semata-mata, tanpa perhatian terhadap
pendidikan, ekonomi dan sosial di kawasan berkenaan. Rakyat miskin terus
di rumah dalam air sejak turun temurun, hanya segelintir di daratan
dengan kemudahan yang terhad tanpa penyelesaian. Semua kecuaian tanpa
cakna ini boleh menempah kesan negatif dalam kehidupan dan boleh
mencetuskan ketegangan berbagai kaum. Semua perkara ini perlu
dimuhasabah dengan adil dan ikhlas walaupun tercalar diri sendiri.
Tindakan
ketenteraan mempertahankan kedaulatan negara, langkah menjaga
keselamatan rakyat wajib dilaksanakan dengan berhemat, dalam masa yang
sama jalinan hubungan tersebut di atas wajib diperbetulkan. Jangan ikut
contoh buruk yang pernah dilakukan oleh penjajah semasa darurat dahulu,
penyelesaiannya secara mengepung dan memaksa semata-mata tanpa
pendekatan yang lain. Perlu difahami bahawa perasaan manusia tidak boleh
dikepung dan dikongkong sepanjang masa, walau pun jasadnya dikepung dan
dikongkong secara paksaan.
Peristiwa
13 Mei 1969 wajar menjadi iktibar apabila ianya ditangani sendiri oleh
pemimpin di masa itu. Ditubuhkan Jawatankuasa Muhibbah melibatkan
kerajaan dan seluruh pemimpin masyarakat, agama dan kaum yang
berpengaruh tanpa mengira perbezaan agama, kaum dan politik. Seterusnya
ditangani secara politik, ekonomi, pendidikan dan lain-lain. Konfrantasi
dengan Indonesia juga dapat ditamatkan dengan pendekatan ini, walau pun
ada yang terkoban dan cedera, akhirnya berakhir dengan damai tanpa
dendam.
Janganlah
pihak kerajaan Umno BN terus menerus berdegil tidak mengaku kesilapan
atau mahu menangguk di air keruh, kerana kedua-duanya akan
menenggelamkan kita semua, atau laksana Pakistan yang melahirkan
Bangladesh.
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
Link Asal: http://www.pas.org.my/v2/index.php/artikel/presiden-pas/1466-muhasabah-lahad-datu
longchamp pas cher, ray ban sunglasses, tory burch outlet, longchamp outlet, tiffany and co, louis vuitton, christian louboutin outlet, oakley sunglasses wholesale, louis vuitton, prada outlet, chanel handbags, jordan shoes, christian louboutin, longchamp outlet, gucci handbags, tiffany jewelry, nike roshe, polo ralph lauren, nike air max, louis vuitton outlet, nike air max, louis vuitton outlet, uggs on sale, ray ban sunglasses, louboutin pas cher, prada handbags, cheap oakley sunglasses, ugg boots, ugg boots, sac longchamp pas cher, jordan pas cher, nike free, replica watches, michael kors pas cher, burberry pas cher, oakley sunglasses, oakley sunglasses, replica watches, kate spade outlet, oakley sunglasses, air max, louis vuitton outlet, nike free run, longchamp outlet, polo outlet, ray ban sunglasses, christian louboutin shoes, nike outlet, christian louboutin uk
ReplyDeletehollister uk, michael kors outlet, sac vanessa bruno, nike blazer pas cher, nike air max uk, burberry handbags, new balance, michael kors, kate spade, oakley pas cher, nike air max, ray ban uk, guess pas cher, coach outlet, michael kors outlet online, nike roshe run uk, true religion outlet, michael kors outlet, michael kors outlet online, true religion outlet, uggs outlet, true religion outlet, timberland pas cher, coach purses, nike air max uk, michael kors, nike air force, nike free uk, burberry outlet, sac hermes, coach outlet store online, nike tn, michael kors outlet online, vans pas cher, hollister pas cher, north face uk, abercrombie and fitch uk, ray ban pas cher, hogan outlet, replica handbags, polo lacoste, north face, ralph lauren uk, lululemon canada, mulberry uk, converse pas cher, true religion jeans, michael kors outlet, michael kors outlet online
ReplyDeleteherve leger, gucci, bottega veneta, new balance shoes, louboutin, iphone cases, north face outlet, hollister clothing, vans outlet, nike roshe run, p90x workout, mac cosmetics, nike huaraches, longchamp uk, hollister, converse, babyliss, celine handbags, jimmy choo outlet, beats by dre, soccer jerseys, reebok outlet, chi flat iron, ferragamo shoes, giuseppe zanotti outlet, timberland boots, mont blanc pens, nike trainers uk, wedding dresses, asics running shoes, abercrombie and fitch, north face outlet, insanity workout, oakley, vans, baseball bats, soccer shoes, instyler, lululemon, valentino shoes, ray ban, nfl jerseys, hollister, nike air max, hermes belt, converse outlet, ralph lauren, nike air max, mcm handbags, ghd hair
ReplyDeletecoach outlet, swarovski crystal, hollister, thomas sabo, canada goose outlet, moncler outlet, marc jacobs, toms shoes, links of london, karen millen uk, canada goose, canada goose, louis vuitton, louis vuitton, moncler outlet, lancel, louis vuitton, montre pas cher, ugg uk, wedding dresses, canada goose uk, juicy couture outlet, pandora charms, barbour, pandora uk, pandora jewelry, replica watches, moncler, ugg,ugg australia,ugg italia, ugg pas cher, barbour uk, moncler uk, canada goose jackets, canada goose outlet, moncler, ugg,uggs,uggs canada, supra shoes, canada goose outlet, moncler, pandora jewelry, louis vuitton, moncler, louis vuitton, ugg, doudoune moncler, juicy couture outlet, canada goose, swarovski
ReplyDelete