KENALI PAS

Klik gambar untuk senarai artikel.

PRU13

Klik gambar untuk senarai artikel.

MANIFESTO

Klik gambar untuk senarai artikel.

FIKRAH

Klik gambar untuk senarai artikel.

TAHALUF SIYASI

Klik gambar untuk senarai artikel.

KALIMAH ALLAH

Klik gambar untuk senarai artikel..

Wednesday, 24 April 2013

Peringatan Kepada Rakyat Malaysia: Wabak kepada Politik Wang

Allah SWT mengesahkan tentang betapa buruknya perangai kaum Bani Israel berpolitik sebagai pengajaran kepada seluruh manusia, khususnya umat Islam. Firman Allah yang bermaksud:

Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: "Bahawasanya Allah telah melantik Tholut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: "Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami, sedang Kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?" Nabi mereka berkata:" Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Tholut) menjadi pemerintah kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan". Dan (ingatlah), Allah jualah Yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (RahmatNya dan PengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya.

Kisah ini benar-benar berlaku di zaman dahulu, apabila bangsa Yahudi terhina dengan sehina-hinanya lantaran mereka meninggalkan kitab Taurat, sehingga mereka ditakluk oleh bangsa lain. Setelah beberapa generasi mereka hidup hina merempat, maka  Allah mengutuskan seorang nabi mendidik mereka semula dengan kitab Allah. Akhirnya mereka sedar dan insaf, serta bersedia untuk berjuang, menegakkan negaranya semula. Mereka telah memohon petunjuk Allah melalui nabi agar dapat melantik seorang raja yang menjadi pemimpin  negara mereka.Tiba-tiba Allah menunjukkan seorang tokoh yang bernama Tholut supaya dilantik menjadi pemimpin mereka dalam perjuangan menegakkan semula negara namun begitu penyakit rohani masih ada dalam diri mereka, apabila kaum Bani Israel itu menolak dengan alasan raja yang dicadangkan tersebut bukanlah seorang yang kaya di kalangan mereka, Tholut yang dicadangkan itu bukanlah seorang kaya-raya. Nabi itu memberi tahu bahawa petunjuk Allah supaya melantik seorang yang berilmu dan gagah perkasa, Tholut adalah tokoh paling layak.

Kisah ini menunjukkan bahawa politik berteraskan harta menjadi penyakit bangsa yang Yahudi yang dimurkai Allah, disebut dalam surah Al Fatihah (المغضوب عليهم ).

Allah juga mendedahkan sifat kebendaan bangsa Yahudi dengan firmanNya yang bermaksud:
Mereka ialah orang-orang yang Allah tidak mahu membersihkan hati mereka; bagi mereka kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang besar. Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya).

Ini menunjukkan bahawa penyakit kebendaan telah merebak sehingga hilangnya perhitungan akal, lalu suka menerima berita bohong dan mengambil harta haram melalui rasuah dan lain-lain.

Cabaran keadaan yang sama juga dialami oleh para pemimpin Makkah dan pengikutnya. Rasulullah SAW menghadapinya  apabila dihujahkan dengan kebendaan.  Allah berfirman, maksudnya:ا
Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu (Wahai Muhammad), sehingga engkau memancarkan mata air dari bumi (bekalan air) bagi kami. Atau (sehingga) engkau mempunyai kebun dari pohon-pohon tamar dan anggur, kemudian engkau mengalirkan sungai-sungai dari celah-celahnya dengan aliran yang terpancar terus-menerus. Atau (sehingga) engkau gugurkan langit berkeping-keping atas kami, sebagaimana yang engkau katakan (akan berlaku); atau (sehingga) engkau bawakan Allah dan malaikat untuk kami menyaksikannya.
Atau (sehingga) Engkau mempunyai sebuah rumah terhias dari hiasan paling mahal (menunjukkan harta kekayaan ); atau (sehingga) engkau naik ke langit; dan kami tidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum engkau turunkan kepada kami sebuah Kitab yang dapat kami membacanya". Katakanlah (Wahai Muhammad):" Maha suci Tuhanku! Bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul ? (Al-Israk)

Para ulama merakamkan kisah Rasulullah S.A.W. ketika baginda menegaskan kepada Adi bin Hatim R.A. seorang pemimpin Arab terkenal sebelum Islamnya, sabda Rasulullah SAW: “Wahai Adi ! Aku tahu mengapa kamu tidak mahu menerima Islam, kerana  Islam dilihat bersama-sama dengan  orang-orang yang lemah dan tidak ada kekuatan. Akan tetapi akan tiba masanya Islam mencapai kemenangan sehingga harta melimpah ruah, sehingga tidak ada lagi orang mahu menerimanya”.

Demikianlah politik wang atau matlamat kebendaan menjadi wabak yang merosakkan manusia sejak dahulu sehingga sekarang, hilangnya harga diri manusia yang dijadikan Allah berakal dan fikiran supaya dapat menilai benar dan salah serta menggunakan harta menjadi alat, bukan diperalatkan oleh harta  yang tidak berakal.

Apabila harta menjadi matlamat, maka hilanglah nilai kemanusiaan yang mulia serta martabatnya yang tinggi jatuh lantas menjadi hina. Akhirnya menjerumuskan diri sendiri lebih hina dan menghinakan bangsa serta umat. Kerana pada masa itu segala pertimbangan akal dan petunjuk Allah ditolak apabila harta menjadi ukuran benar dan salah.

Bangsa Melayu bersama Umno ditarbiyah dan dididik dengan politik wang dan kebendaan. Penyakit yang membarah ini diakui sendiri oleh semua pemimpin UMNO dengan menyatakan bahawa ianya sudah menjadi penyakit yang memburukkan usus dan menjadi kanser. Paling bahaya ianya juga telah merebak ke dalam jentera kerajaan dan rakyat Melayu apabila di setiap kali pilihanraya umum atau kecil.

Orang-orang Melayu di bawah UMNO hilang jati diri, sehingga tidak mampu bertongkat dengan hak istimewa yang diberi nafas sebagaimana yang tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini masih berlaku walau pun UMNO menang majoriti paling besar dalam pilihan raya sejak beberapa dekad yang lalu.

Jumlah kerusi Melayu diagih untuk menjadi benteng pasir melindungi UMNO. Hanya negeri Melayu kuat UMNO ditambah kerusi pilihan raya. Ada pun negeri Melayu yang tidak memilih UMNO tidak ada pertambahan kerusi walau pun penduduknya bertambah dalam dua kali kajian kajian persempadanan sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan.

Duit ditabur dengan sebanyak-banyaknya untuk membeli undi Melayu supaya tetap memilih UMNO. Kepada  yang tetap memilih UMNO pula dibodohkan dengan media Melayu arus perdana bersama para penulis upahan, sehingga terus berkhayal  dalam kejahilan dan kemiskinan dan tidak kenal perubahan yang berlaku dalam dunia terkini.

Allah menegaskan bahawa harta negara yang banyak tidak mampu membela seluruh rakyat dengan adanya penyakit tersebut. Ini kerana apabila harta negara yang boleh dianggap sebagai darah yang tidak mengalir ke dalam  seluruh jasad kerana berlakunya:

Berpusing kepada orang-orang kaya tertentu di kalangan kamu.

Maka kekayaan negara dikikis atau dibocor oleh  pemimpin yang kaya dengan rasuah atau menyalah gunakan kuasa untuk mendapat kekayaan bagi diri dan kroninya. Apatah lagi adanya orang-orang kaya yang mendapat peluang dengan rasuah atau sentiasa berpeluang kerana bersekongkol dengan pemimpin yang khianat terhadap rakyat dan harta negara. Puncanya apabila berpolitik kerana wang dan matlamat kebendaan, bukannya menunaikan amanah.

Allah SWT telah menunjukkan contoh dalam al-Quran petunjuk sepanjang zaman di mana adanya tiga serangkai Firaun (raja), Haman (Perdana Menteri) dan Qarun (hartawan).

Rakyat termiskin dibantu dengan duit dan kemudahan sementara sahaja, tetapi tidak boleh membebaskan diri daripada kepompong kemiskinan. Rakyat yang tidak memiliki tanah tempat kediaman diburu ketakutan peras ugut dengan milik sementara sepanjang masa, atau terpaksa meneroka tanah tanpa kebenaran rasmi dan dibiarkan supaya menjadi mangsa ugutan.

Setiap kali pilihan raya maka duit menjadi senjata kempen dengan bekalan daripada pemilik harta Qarun penyumbang tetap  yang mendapat segala peluang tetap selepas pilihanraya, atau membocorkan peruntukan yang wajib ditunaikan bagi kemudahan rakyat. Maka berlakulah projek terbengkalai atau projek cacat yang meruntuhkan kerana tidak sempurna.

Setiap kali pemilihan kepimpinan UMNO juga wang tetap digunakan, kerana kedudukan dalam parti akan dapat menjamin kehidupan dan segala kesempatan. Di sana pula tetap ada para Qarun yang bersedia menyumbang bagi memperjudikan diri masing-masing.

Penyakit ini pernah menjadi sebab bersejarah kejatuhan  umat terdahulu dengan hina, termasuk kuasa besar yang paling kaya dengan tamadun kebendaannya. Semuanya dikisahkan oleh Al Quran supaya menjadi petunjuk kepada seluruh manusia di sepanjang zaman, termasuklah orang-orang melayu terkini.

Ketika bangsa lain berpolitik memilih parti yang menjaga bangsa masing-masing dalam persaingan masyarakat majmuk, tiba-tiba bangsa Melayu masih lagi bersama UMNO.  Ada lagi di antara kita yang memilih parti yang mengagihkan duit dan segala habuan segera. Maka tunggulah padah menimpa diri sendiri, jangan menyalahkan orang lain.

Akhirnya dengarlah pesanan Rasulullah S.A.W. bermaksud

Ambillah pemberian, selagi sebenarnya pemberian yang berhak. Maka apabila sudah menjadi rasuah dalam perkara al-Din (agama dan cara hidup) maka janganlah kamu mengambilnya dan jangan pula meninggalkannya, nescaya menghalang kamu daripada menjadi fakir dan sentiasa berhajat . Ingatlah Islam sentiasa dalam pusingan (menang dan kalah, mulia dan dihina), maka kamu hendaklah sentiasa bersama Islam di mana sahaja keadaannya. Ingatlah, akan berlakunya pertelingkahan diantara kitab (al Quran) dan pihak yang berkuasa memerintah negara, kamu jangan sekali-kali berpisah daripada kitab al Quran. Ingatlah, akan adanya para pemimpin yang menghukum kerana diri mereka bukan kerana menolong kamu ….).

Dalam hadith yang lain pula diharamkan kepada orang yang berada mengambilnya kecuali selepas itu diberi kepada orang yang sebenarnya memerlukan  bantuan.

Wujudnya penyakit politik kerana harta pada hari ini adalah tanda kerasulan Nabi Mohammad S.A.W. yang wajib diimani. Ingatlah maksudnya bahawa memilih parti politik wang atau kebendaan akibatnya bencana menimpa umat.


Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Sumber: http://www.pas.org.my/v2/index.php/artikel/presiden-pas/1515-peringatan-kepada-rakyat-malaysia-wabak-politik-wang

Tuesday, 23 April 2013

Pertindihan Kerusi Selesai, Fokus Tumbangkan BN

KUALA LUMPUR: PAS mengingatkan seluruh jentera Pakatan Rakyat untuk menggunakan ruang masa yang ada ini untuk fokus kepada agenda menumbangkan Umno BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, soal pertindihan kerusi antara PAS dan PKR telahpun diselesaikan dengan bijaksana oleh kepimpinan, dan sekarang adalah masa untuk bersatu melawan Umno BN.

"Sekarang ini seluruh jentera parti perlu fokus untuk tumbangkan BN di tempat masing-masing.
"Jangan lagi duduk buang masa berpolemik tentang perkara lain, kita sudah hampir dengan Putrajaya, jangan kita leka," katanya yang juga calon Jengka kepada Harakahdaily.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini bahawa parti itu mencadangkan agar kerusi Parlimen Labuan, DUN Sungai Aceh di Pulau Pinang dan Panti di Johor diserah kepada PKR.

PKR pula dicadangkan oleh PAS agar menyerahkan tiga DUN di Terengganu iaitu Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera kepada PAS.
Manakala kerusi DUN Kota Damansara di bawah Parlimen Subang akan dirundingkan antara PAS dan PKR.
Cadangan ini diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS hari ini yang dipengerusikan oleh Tuan Guru Abdul Hadi sendiri dan umumkan pada satu sidang media di Pusat Media PAS Jalan Raja laut hari ini.

Mengulas cadangan penyelesaian itu, Tuan Ibrahim berkata, ianya menunjukkan ketinggian tahap toleransi parti-parti dalam Pakatan Rakyat.
"Saya menyambut baik cadangan penyelesaian ini. Ia mencerminkan muafakat, apa sahaja isu dalam Pakatan Rakyat boleh diselesaikan secara mesyuarat," katanya.




Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
> Ketua Penerangan PAS

PAS, PKR Selesai Isu Pertindihan 6 Kerusi

Pas dan Parti Keadilan Rakyat mencapai persetujuan mengenai enam kerusi yang melibatkan pertindihan calon melibatkan wakil dua parti itu dalam pilihan raya umum ini.

Pas menyerahkan tiga kerusi iaitu Parlimen Labuan, DUN Sungai Acheh di Pulau Pinang dan DUN Panti di Johor yang turut ditandingi oleh calon PKR kepada rakannya dalam Pakatan Rakyat itu dan menggesa ahli-ahlinya menyokong calon PKR.




"Kita berharap ahli-ahli kita akan berkerja untuk memastikan kemenangan PKR," kata Presiden Pas,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu sidang media ringkas di ibu pejabat parti itu di sini, tengahari ini.

Bagi satu lagi kerusi yang bertindih iaitu DUN Kota Damansara, Pas akan mengirimkan wakilnya untuk menyampaikan cadangan penyelesaian kepada PKR.

Sidang media itu diadakan selepas Dewan Harian Pas mengadakan mesyuarat membincangkan isu pertindihan tersebut.

Sementara itu di KUALA TERENGGANU sebelum itu, PKR Terengganu memutuskan menghentikan kempen tiga calonnya yang bertanding di DUN Kota Putera, DUN Seberang Takir dan DUN Bukit Besi dan menggesa semua penyokong membantu kempen calon Pas.

Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini menyifatkan pakatan pembangkang itu telah runtuh sebelum ia menyertai kempen pilihan raya kerana gagal mencapai kata sepakat mengenai pemilihan calon dan bertanding sesama sendiri.

Kata beliau, kalau untuk bertanding kerusi pilihan raya pun gagal berpakat, apa lagi "untuk berpakat mengendalikan pemerintahan negara."

"Pakatan pembangkang bukanlah satu gabungan yang boleh menjamin masa depan negara dan rakyat. Mereka bukanlah gabungan yang besar, gabungan yang satu, falsafah yang satu.

"Ranap negara kita kalau kita beri kepercayaan kepada pihak pembangkang," katanya dalam satu majlis di Chini, Pahang pada Ahad.

Abdul Hadi dalam satu ceramah di Terengganu malam tadi menjelaskan parti Islam itu meletakkan calonnya bertanding di beberapa kerusi yang ditandingi oleh Parti Keadilan Rakyat kerana mahu mengelakkan calon PKR berpaling tadah dan lompat parti sekiranya menang nanti.

Dalam pada itu, Abdul Hadi mengumumkan semua calon Pas yang bertanding sebagai calon bebas termasuk pencadang dan penyokong mereka dipecat serta merta daripada parti.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut jumlah mereka yang dipecat.


Sumber: http://www.astroawani.com/election/news/show/pas-pkr-selesai-pertindihan-enam-kerusi-12706

Sunday, 21 April 2013

Pertindihan Kerusi PR: Penjelasan Presiden PAS






"PAS bertindak meletakkan calon di beberapa tempat kerana mahu menyelamatkan Pakatan Rakyat. Kita tidak mahu kerajaan kita jatuh seperti di Perak. Memerintah sekejap.

PAS mempunyai jentera yang paling ramai di seluruh negara. PAS tidak menentang calon kawan-kawan dalam pilihanraya tetapi kalau ada calon yang kita khuatir, calon yang tangkap muat, yang boleh menyebabkan pelbagai kemungkinan boleh berlaku, maka PAS mesti bertindak. Ini berlaku pertindihan.

Di Johor berlaku pertindihan kerana sebabnya kita tunggu rakan kita datang, tetapi tidak datang masuk calon. Sampai sahaja masa dia tak hadir, kita perlu bersedia. Takut dia tidak hadir, Umno menang tanpa bertanding.

Maka hak jual calon ini berlaku. Apabila PAS masuk, baru dia masuk juga. Begitulah ceritanya.

Ada calon-calon yang kita khuatir, tidak perlu kita sebut. Tukang edar pil kuda, hendak jadi calon macam mana? Orang PAS tidak boleh kerja calon macam ini. Terang-terang saya sebut. Orang Keadilan pun tidak terima begini. Mahu jadi calon, dengar cerita jual pil kuda.

Ada calon yang menjulang gambar Stalin, macam mana orang PAS nak sokong? Orang PAS kerjasama dengan PKR dan DAP. Kita tidak kerjasama dengan parti Stalin, parti Lenin (Karl Marx). Gambar Karl Marx duduk dalam markas, hendak suruh orang PAS kerja. Macam mana nak suruh orang PAS kerja? Komunis diharam di Malaysia. Sebab itu menjadi pertindihan.

PAS nak selamatkan PR, tidak mahu jadi macam di Perak. PAS tetap bersama PR. PAS bertindak untuk memelihara keteguhan bukan sahaja masa pilihanraya tetapi setelah kita diberi kemenangan oleh Allah SWT supaya syaitan-syaitan tak boleh masuk dalam PR. Itu penjelasan saya"

Manifesto Pakatan Rakyat


Thursday, 18 April 2013

100 Sebab Kenapa UMNO Wajib Ditolak (2)