KENALI PAS

Klik gambar untuk senarai artikel.

PRU13

Klik gambar untuk senarai artikel.

MANIFESTO

Klik gambar untuk senarai artikel.

FIKRAH

Klik gambar untuk senarai artikel.

TAHALUF SIYASI

Klik gambar untuk senarai artikel.

KALIMAH ALLAH

Klik gambar untuk senarai artikel..

Thursday, 28 April 2011

Hadis 17

Hadith 17 Arabic text

Daripada Abu Ya'la Syaddad ibn Aus r.a. daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda:
 

Sesungguhnya Allah menulis (iaitu mewajibkan) Ehsan atas segala sesuatu. Apabila kamu mahumembunuh, maka perelokkanlah pembunuhan itu. Apabila kamu mahu menyembelih, makaperelokkanlah penyembelihan itu dan hendaklah kamu menajamkan mata pisau dan hendaklah diamenyenangkan haiwan sembelihannya itu.
 

Hadis riwayat al-lmam Muslim.

 Pokok Perbincagan Hadis :
1) Hukum Ihsan - wajib - mengikut istilah “kitabah” yang digunakan. (al-Baqarah:183) (al- Nisa’:
103).
 

2) Ihsan - ((memberi manfaat kepada yang lain)) - ada yang wajib/ ada yang sunat.- ((teliti & sungguh-sungguh )) - dalam masaalah melakukan ibadah wajib secara zahir dan
- batin (yang paling sempurna).
 

3) Ihsan dalam hukuman bunuh ;
- perelokkan cara tersebut - paling mudah dan paling cepat mati.
- tujuannya untuk tidak menyiksa orang yang kena bunuh itu.
- cara terbaik untuk manusia - penggal leher.
 

4) Ihsan pada sembelihan :
- Dengan menjaga syarat-syarat, yang wajib dan yang sunat seperti berikut :
- Alat yang digunakan mestilah tajam - (tidak tulang atau kuku).
- Putus tiga urat (serentak) - halqum, marih dan wudjin.
- Membaca bismillah (al-An’am: 121)
- Berkeahlian untuk sembelih - muslim, beraqal, baligh atau ahli kitab.
- Tidak mengacukan mata pisau atau lainnya di hadapan binatang tersebut.
- Tidak memotong mana-mana bahagian binatang itu sehinggalah telah sempurna matinya - tidak pula melampau (putus kepala).
 

Pengajaran hadis: 
1. lslam adalah agama Ehsan. Ehsan bererti berbuat baik.Tuntutan ehsan bererti sesuatu kerja mestidilakukan dengan benar-benar sempurna dan cemerlang, bukan sekadar melaksanakan kerja sematamata.
 

2. Ehsan yang dianjurkan oleh lslam adalah Ehsan yang telah melahirkan suatu tamadun manusia yang gemilang dan cemerlang, kerana setiap umat lslam dituntut melakukan kerja dengan mutu kerja yang paling maksimum.

3. Ehsan yang dianjurkan bukan terhad kepada manusia sahaja, bahkan merangkumi ibnatang dan makhluk lain, sehinggakan mahu membunuh, iaitu membunuh tuntut balas dan menyembelihpun, lslam menuntut supaya dilakukan secara Ehsan, iaitu dengan cara terbaik, bukan dengan cara yang menambahkan kesakitan dan penyeksaan sebelum mati. lni membuktikan ketinggian budi, kehalusanhati dan keluhuran perasaan orang-orang lslam yang mampu mencipta peradaban yang tinggi.

Hadis 16

Hadith 16 Arabic text

Daripada Abu Hurairah r.a.:Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW : 

Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah.
 

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari

Poko Perbincangan Hadis

1) Marah - pengenalan - punca/ sebab-sebab yang boleh melahirkannya.
 

2) Marah/murka Allah - thabit sifat ini pada Allah dan tidak boleh dita’wil lagi, (al-Fath : 6) (Thoha:81) - yakin sifat marahNya tak sama dengan makhluk.

3) Sifat marah yang dicela : 

- Apabila lahirnya diluar kawalan dan mengikut hawa nafsu, memakihamun, mencela, memukul dll.

4) Sifat marah yang dipuji : 

- Apabila mempertahankan yang hak, melihat kemungkaran dan apa yang dibenci oleh Allah.
- contoh : rujuk hadis- hadis mengenainya, kisah Musa bersama kaumnya,Yunus bersama kaumnya.
 

5) Cara untuk menghilangkan sifat marah :
- Doa - agar dibimbing oleh Allah.
- Membiasakan diri dengan zikrullah - Quran, tasbih, istighfar dll.
- Sentiasa ingat peringatan-peringatan yang diceritakan Allah dalam Quran, pahala orang yang dapat mengawal dirinya - bidadari di Syurga.
- Ta’wiz dari syaitan / ambil wudhu’.
- Ubah kedudukan - berdiri - duduk - baring.
- Berikan hak badan - tidur , rehat dan tidak memenatkan badan.
 

Pengajaran hadis:

1. Hadis ini menerangkan betapa sifat marah itu perlu dihindari oleh setiap mukmin, kerana marah membawa banyak keburukan terhadap diri sendiri juga terhadap orang lain.
 

2. Jangan marah ertinya mengelakkan sebarang sebab yang membawa kepada kemarahan. la juga berertimenahan marah bila dia marah. Erti menahan marah ialah menahan dari melaksanakan tuntutanledakan marah seperti memukul, memaki hamun atau mengamuk.
 

3. Seseorang yang gagah perkasa dan handal bukan hanya yang mampu beradu tenaga, bahkan juga orang yang mampu menahan marah.
 

4. Marah diizinkan hanya apabila ia didorong oleh perasaan mahu membela kebenaran kerana Allah, namun mestilah menurut cara hikmah dan batas yang dibenarkan.

Hadis 15

Hadith 15 Arabic text

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau diadiam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jirantetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah diamemuliakan tetamunya.
 

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

 Pokok Perbincangan Hadis

1) Pergaulan yang baik - menyebarkan kasih sayang antara manusia - mengeratkan lagi ikatan
mahabbah sesama ummat.
 

2) Menjaga Lidah 
- berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata, sekiranya perkara itu harus -diam lebih baik.
- perkara kebaikan - bercakap adalah lebih baik.
 

3) Memuliakan Jiran :
i) wasiat mengenai jiran - ayat Quran - hadis (wasiat jibril pada nabi sehingga nabi menyangka
jiran boleh mewarisi)
ii) Larangan menyakiti jiran - hadis- hadis berkaitan.
iii) Ihsan pada jiran - hadiah, salam, senyum ketika berjumpa, tolong ketika susah dll.
iv) Martabat jiran :

a) Jiran Muslim (mempunyai pertalian keluarga) - hak jiran, hak Islam dan hak kerabat.
b) Jiran Muslim - hak jiran dan Islam.
c) Jiran Bukan Muslim - hak jiran.
 

4) Memuliakan Tetamu :
- Hukumnya adalah wajib - tempoh tiga hari.
- Adab-adab melayani tetamu - rujuk hadis-hadis dan juga kisah nabi Ibrahim.
 

Pengajaran hadis:
 
1. Hadis ini menerangkan beberapa tuntutan lman, antaranya ialah berkata hanya perkara benar danberfaedah, kurang bercakap, menghormati jiran tetangga dan memuliakan tetamu.
 

2. Seorang yang benar-benar beriman akan menjaga lidahnya daripada berbicara perkara haram kerana diaakan dipersoalkan di hari qiamat nanti. Dia lebih senang diam daripada berkata buruk sepertimengumpat, mengeji, mencaci, memaki hamun dan mencarut.
 

3. Seorang yang benar-benar beriman akan menghormati jiran tetangga dan tetamunya, menyempurnakanhak mereka dan tidak menyakiti mereka.
 

4. Jiran tetangga adalah suatu golongan yang mendapat perhatian besar dalam lslam. Hormat
menghormati, tolong menolong dan hidup berjiran yang muafakat adalah asas keamanan, kemajuan dan keharmonian sesebuah masyarakat.

Hadis 14

Hadith 14 Arabic text

Daripada lbnu Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
 

Darah seseorang muslim tidak halal kecuali dengan salah satu dari tiga perkara; janda yang berzina,nyawa dengan nyawa dan orang yang meninggalkan agamanya yang memisahkan diri daripada jamaah.
 

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
Pokok Perbincangan Hadis :
1) Terpelihara darah orang Islam :
- orang yang membunuh orang Islam dengan cara yang tidak benar - Allah janjikan azab yang pedih.
- orang yang bunuhnya secara sengaja juga bukan dengan hak - janji dilaknat oleh Allah dan diazab.
- Rasulullah menjelaskan  membunuh bukan dengan hak termasuk dalam tujuh perkara yang
membinasakan.


2) Zina orang yang berkahwin :
- Ijma’ ulama’ hukumnya direjam sampai mati - kisah Ma’iz dan Al- Ghamidiyyah - ayatnya

telah dinasakhkan - hukumnya masih dipakai.
 

3) Membunuh dengan sengaja : - Ijma’ ulama’ mengatakan hukumnya balas bunuh - qisas (al- Maidah :45).
- Dikecualikan (gugur qisas):
i) bapa bunuh anak
ii) orang Islam bunuh orang kafir
iii) orang merdeka bunuh hamba.
- pendapat jumhur Imam Malik, Ahmad dan Syafi’e.
 

4) Murtad :
- Hukumnya sama sahaja sama ada lelaki atau perempuan - bunuh.
- Hadis Nabi kepada Mu’az ketika ke Yaman - Bila murtad - nasihat, ajak kembali semula kepada Islam - jika enggan - penggal leher.
 

5) Hukuman Bunuh bagi kesalahan yang tidak disebut dalam hadis ini:
- Liwat - muslim yang telah berkahwin atau bujang - bunuh.(hadis).
- Orang yang cuba memecah belahkan ikatan orang Islam. - bunuh.
- Orang yang membuat kerosakan di atas muka bumi, penyamun.
- Orang yang meninggalkan solat.
- Tukang Sihir - apabila sihirnya membawa kekufuran(pendapat Syafi’e).
 

Pengajaran hadis: 
1. Menurut hukum Allah seorang mukmin adalah terjamin keselamatan nyawanya, darahnya dan hartabendanya daripada sebarang pencerobohan dan kezaliman. Apabila berlaku pencerobohan terhadapdarah, harta dan maruahnya dia berhak menuntut balas mengikut peruntukan syara'.
 

2. Beberapa orang darahnya dihalalkan iaitu mesti dihukum bunuh. Mereka ialah penzina yang telahmerasai nikmat perkahwinan halal, orang yang membunuh tanpa sebab yang dibenarkan oleh syara' danorang yang sengaja meninggalkan agama dan jamaah muslimah.

Hadis 13

Hadith 13 Arabic text

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:
 

Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.
 

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

 Pokok Perbincangan Hadis:

1) Nafi Iman - tidak sempurna iman sesaorang itu (belum capai hakikat iman)
 

2) Cintakan kebaikan kepada sesaorang muslim lain - cabang iman yang wajib.
 

3) Kesan hadis ini bagi kehidupan Salaf :
- kisah Abu Zar
- Ibnu Abbas - ketika menterjemahkan al-Quran menginginkan agar manusia semuanya memahami al-Quran sebagaimana beliau faham.
- Imam Syafi’e - mengharapkan agar orang ramai yang mempelajari ilmu darinya, mengajarkan pula kepada orang lain - cintakan kebaikan utk org lain.
 

Pengajaran hadis: 
1. Kasih sayang dan persaudaraan adalah antara tuntutan iman. lman seseorang mukmin tidak akan sempurna sekiranya dia ada menyimpan perasaan benci terhadap mana-mana saudaranya yang seagama.

2. Kedudukan kasih sayang dan persaudaraan dalam lslam amat tinggi dan penting. la adalah kekuatankedua bagi umat lslam yang dapat mengatasi kekuatan senjata.
 

3. Semua orang lslam adalah bersaudara, tanpa mengira rupa paras, warna kulit, bangsa dan sebarang perbezaan darjat.

Hadis 12

Hadith 12 Arabic text

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:

Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya.

Hadis ini Hadis Hasan, diriwayatkan oleh al-Tarmizi dan lain-lain sedemikian.

Pokok Perbincangan Hadis :
1) Antara tanda Sempurna Islam sesaorang :
- jaga lidah dari perkataan yang sia-sia (Qaaf : 18)
- setiap yang baik akan berganda (10x) sehingga 700 gandaan.

2) Langkah bagi meninggalkan perkara yang tidak berkait:
- tidak mengikut hawa dan runtunan nafsu.
- silap faham hadis menyebabkan setengah orang banyak meninggalkan perkara yang wajib dan juga sunat disangkanya perkara yang tak berkait dengannya.

Pengajaran Hadis
1. Seseorang mukmin dianggap elok, indah dan berakhlak tinggi apabila dia hanya melakukan perkarayang berfaedah dan meninggalkan perkara yang tidak berfaedah.

2. Antara perkara yang tidak berguna ialah bercakap kosong, berhiburan yang melalaikan, duduk-dudukdi jalan, bertandang ke rumah orang tanpa niat ziarah atau tanpa ada kepentingan, suka mengambil tahuperkara yang tiada kaitan dengan dirinya, atau apa yang dikatakan dalam pepatah Melayu, menjaga tepikain orang.

3. Anjuran ini menyerlahkan suatu ajaran lslam yang amat baik, yang boleh menyumbang ke arahpembangunan umat.

4. Sekiranya semua umat lslam meninggalkan perkara yang tidak berfaedah dan yang tidak ada kenamengena dengan dirinya, nescaya mereka mampu mencipta kejayaan dan kemajuan serta menghasilkanproduktiviti yang berkualiti.