APABILA politik nasional lebih banyak berkisar kepada
persoalan dan perdebatan dasar (bukannya politik perkauman, kebencian dan
cacian peribadi), rakyat berpeluang untuk menilai sendiri perbandingan program
ekonomi dan kerajaan yang ditawarkan oleh parti-parti politik.
Justeru, saya menyambut baik peluncuran manifesto Barisan Nasional dan ingin mengambil kesempatan ini untuk membentangkan analisis perbandingan di antara manifesto Rakyat dan Manifesto Barisan Nasional.
Justeru, saya menyambut baik peluncuran manifesto Barisan Nasional dan ingin mengambil kesempatan ini untuk membentangkan analisis perbandingan di antara manifesto Rakyat dan Manifesto Barisan Nasional.
TEMA
- Manifesto Barisan Nasional yang bertemakan “Menepati
Janji, Membawa Harapan” secara jelas dan tanpa segan silu menciplak tema
“Pakatan Harapan Rakyat” yang telah lama diluncurkan oleh Pakatan Rakyat
- Saya mengambil pendekatan positif dan berpendapat bahawa pemikir Barisan Nasional pun menerima hakikat bahawa agenda ekonomi rakyat yang bersabit dengan penurunan harga barang, kempen #Turunkanhargakereta, pendidikan percuma, hapuskan tol dan lain-lain yang dibawa oleh Pakatan Rakyat akhirnya diterima pakai oleh Barisan Nasional
- Ini kerana mereka juga sedar bahawa agenda ekonomi rakyat
ini telah menjadi harapan rakyat yang bakal digalaskan kepada kerajaan baru
yang dipilih.
- Oleh itu, PRU13 adalah persoalan parti manakah yang lebih wibawa dalam mengotakan harapan rakyat ini – sebab itu Barisan Nasional tidak ada pilihan kecualilah menggunakan perkataan “harapan” seperti mana Pakatan Rakyat, untuk memberi isyarat mereka juga faham dengan harapan yang telah disuarakan rakyat
PENDEKATAN DASAR
- Barisan Nasional kontang idea dan tidak berjaya membawa
program baru. Manifesto Barisan Nasional ditulis secara umum, tanpa sasaran
khusus yang boleh meyakinkan rakyat berbeza dengan manifesto Rakyat yang jelas
mekanisme, tempoh masa dan sasarannya.
- Contohnya, apabila Barisan Nasional berjanji untuk
menarik pelaburan bernilai RM1.3 trilion dan mencipta 3.3 juta peluang
pekerjaan baru – mekanisme dan pelan khusus untuk mencapai sasaran ini tidak
dinyatakan, berbeza dengan Manifesto Rakyat yang secara jelas menumpukan usaha
menambah kemahiran pelajar lepasan SPM yang tidak melanjutkan pelajaran ke
peringkat lebih tinggi untuk mengambil alih satu juta pekerjaan yang kini
diusahakan oleh pekerja asing. Strategi mewujudkan peluang pekerjaan yang
dibawa oleh Pakatan Rakyat adalah lebih jelas, berbanding janji kabur yang
dibawa Barisan Nasional.
- Semakan ke atas keseluruhan manifesto Barisan Nasional
menunjukkan bahawa tidak ada sebarang perubahan dasar ekonomi, politik dan
sosial yang akan dilaksanakan untuk mengotakan janji-janji Barisan Nasional.
- Ini bermakna Barisan Nasional masih menggunakan kaedah
dan pendekatan yang sama tetapi berharapkan keadaan menjadi lebih baik
- Tanpa perubahan dasar yang merubah struktur ekonomi,
politik, pendidikan dan sosial negara, Malaysia akan terus bergelumang dengan
rasuah, ketirisan, ketidakcekapan ekonomi, penguasaan monopoli kroni, harga
barang yang ditentukan oleh pihak tertentu dan mutu pendidikan yang semakin
merosot.
- Manifesto Barisan Nasional akhirnya hanyalah senarai janji-janji tanpa membentangkan kaedah dasar dan pelaksanaan untuk merealisasikan janji-janji itu
PERBANDINGAN PROGAM: KONTANG
IDEA BARU, CIPLAK IDEA PAKATAN RAKYAT
Analisia terhadap janji-janji Barisan Nasional
menunjukkan bahawa sebahagian besar dari janji-janji yang dimasukkan bukanlah
idea baru, tetapi diciplak dari Pakatan Rakyat atau adalah idea yang sama yang
kini digunakan di oleh Barisan Nasional.
Janji-janji berikut diciplak dari Pakatan Rakyat
(walaupun pelaksanaannya tidak akan memenuhi harapan rakyat kerana tidak dilaksanakan
sepenuhnya):
- Menurunkan harga kereta dengan penurunan 20 hingga 30 peratus secara berperingkat
- Menyeragamkan harga barang keperluan asas di antara
Semenanjung dan Sabah Sarawak
Menggunakan dana kerajaan melalui penglibatan terus kerajaan untuk menambah rumah mampu milik sebagai usaha mengawal harga rumah
Memperbaiki perumahan estet dan memastikan perumahan selesa bagi bekas pekerja estet - Memperkenalkan skim sewa dan milik untuk perumahan rakyat
- Menambah baik perkhidmatan bas untuk digunakan secara bersepadu untuk mengurangkan penggunaan kenderaan awam
- Memberikan permit teksi individu
- Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi (high speed rail)
- Membina Lebuhraya Pan Borneo
- Mengurangkan bayaran tol secara berperingkat-peringkat
- Reformasi percukaian untuk mengurangkan beban cukai pendapatan kepada golongan bawahan
- Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana mengikut peratusan perolehan minyak
- Peruntukan khas kepada semua jenis sekolah
- Menawarkan status sekolah bantuan penuh kerajaan bagi sekolah-sekolah Tamil
- Penekanan kepada pendidikan kemahiran dengan menaiktaraf sekolah vokasional menjadi kolej
- Menyediakan bantuan kewangan dan peluang pendidikan untuk golongan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum
- Mewujudkan mahkamah khas untuk menangani isu-isu tanah pribumi
- Mewartakan semua tanah adat
- Menjana pendapatan dari pembangunan tanah wakaf
- Mempromosikan kebajikan imam, pegawai masjid dan guru KAFA dengan menyediakan pakej penggajian yang lebih baik
- Menaikkan bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Pondok
- Memastikan keseimbangan kaum yang lebih adil di dalam perkhidmatan awam
Tindakan Barisan Nasional menciplak idea-idea asal yang sudah pun sinonim dengan Pakatan Rakyat seperti menurunkan harga kereta, menghapuskan tol dan lain-lain mengesahkan bahawa negara mempunyai kewangan yang kukuh selama ini untuk melaksanakan program-program ini.
Alasan yang diberikan selama ini hanyalah dolak-dalih politik, tetapi oleh kerana tekanan yang kuat dari rakyat akhirnya Barisan Nasional tidak ada pilihan lain kecuali menciplak idea-idea ini.
Perbandingan keberkesanan program
Keseluruhan kempen Barisan Nasional kini disandarkan
kepada pemberian BR1M yang selepas ini akan dibuat setiap tahun pada kadar yang
lebih tinggi, iaitu RM1,200 untuk keluarga dan RM600 untuk individu bujang.
Jumlah ini bersamaan dengan RM100 setiap bulan untuk
keluarga dan RM50 sebulan untuk individu bujang, pada ketika Barisan Nasional
tidak mengemukakan apa-apa cadangan untuk menurunkan harga barang.
Akhirnya, inflasi dan kenaikan harga barang akan
melunturkan kesan pemberian wang terus ini kepada rakyat yang dijangka akan
menelas belanja RM7.2 bilion dalam tahun pertama. Mengambil kira pertumbuhan
penduduk sebanyak dua peratus secara purata dan inflasi pada kadar purata dua
peratus untuk tempoh sedekad dari sekarang, menjelang tahun 2023 jumlah pembayaran
BR1M akan mencecah RM11 bilion.
Pendekatan ini kurang bijaksana kerana ia menelan belanja
yang besar tanpa mengubah struktur ekonomi, sedangkan peruntukan RM7 bilion
hingga RM11 bilion setahun itu lebih berkesan jika digunakan untuk menurunkan harga
barang, menghapuskan tol, menurunkan harga kereta dan lain-lain.
Perbandingan janji-janji utama Pakatan Rakyat
dan BN
Membantu meredakan tekanan sara hidup – Pakatan Rakyat
mencadangkan reformasi menyeluruh untuk merubah struktur ekonomi dengan menghapuskan
monopoli yang akan menurunkan harga barang keperluan, berbanding Barisan
Nasional yang menawarkan RM100 sebulan
Menurunkan harga kereta – Pakatan Rakyat berjanji
menghapuskan terus cukai eksais secara berperingkat supaya harga kereta adalah
separuh dari harga sekarang dalam tempoh lima tahun, berbanding Barisan
Nasional yang hanya akan memotong cukai sebanyak 20 hingga 30 peratus sahaja
secara berperingkat tanpa disebut jangka masanya
Menghapuskan tol – Pakatan Rakyat berjanji menghapuskan
tol bermula dengan lebuhraya yang sudah mendapat pulangan modal, berbanding
dengan Barisan Nasional yang hanya akan menurunkan tol secara berperingkat
tanpa disebut jumlah dan tempoh masanya
Menghapuskan PTPTN dan menawarkan pendidikan percuma –
Pakatan Rakyat akan menghapuskan PTPTN dan menawarkan pendidikan percuma,
berbanding Barisan Nasional yang tiada cadangan balas
Caruman Wanita Malaysia untuk surirumah tidak bekerja –
Pakatan Rakyat akan mewujudkan skim caruman seperti KWSP untuk surirumah tidak
bekerja dengan caruman minima RM720 setahun, berbanding Barisan Nasional yang
tiada cadangan balas
Menurunkan harga minyak – Pakatan Rakyat komited untuk
menurunkan harga minyak, berbanding Barisan Nasional yang tiada cadangan balas
Memberikan royalti 20 peratus kepada negeri pengeluar
minyak – Pakatan Rakyat berjanji mengembalikan royalti 20 peratus kepada negeri
pengeluar minyak, berbanding Barisan Nasional yang meneruskan pendekatan
membelanjakan wang minyak sebagai peruntukan pusat.
Saya akan terus mengemukakan analisis khusus terhadap isu
perumahan, ekonomi dan lain-lain sepanjang minggu ini melalui penulisan dan
video agar rakyat dapat membandingkan kedua-dua manifesto.
Rafizi Ramli
Pengarah Strategi PKR
Sumber: http://www.sinarharian.com.my/politik/rafizi-bn-ciplak-22-idea-manifesto-pakatan-1.147895
longchamp pas cher, ray ban sunglasses, tory burch outlet, longchamp outlet, tiffany and co, louis vuitton, christian louboutin outlet, oakley sunglasses wholesale, louis vuitton, prada outlet, chanel handbags, jordan shoes, christian louboutin, longchamp outlet, gucci handbags, tiffany jewelry, nike roshe, polo ralph lauren, nike air max, louis vuitton outlet, nike air max, louis vuitton outlet, uggs on sale, ray ban sunglasses, louboutin pas cher, prada handbags, cheap oakley sunglasses, ugg boots, ugg boots, sac longchamp pas cher, jordan pas cher, nike free, replica watches, michael kors pas cher, burberry pas cher, oakley sunglasses, oakley sunglasses, replica watches, kate spade outlet, oakley sunglasses, air max, louis vuitton outlet, nike free run, longchamp outlet, polo outlet, ray ban sunglasses, christian louboutin shoes, nike outlet, christian louboutin uk
ReplyDeletecoach outlet, swarovski crystal, hollister, thomas sabo, canada goose outlet, moncler outlet, marc jacobs, toms shoes, links of london, karen millen uk, canada goose, canada goose, louis vuitton, louis vuitton, moncler outlet, lancel, louis vuitton, montre pas cher, ugg uk, wedding dresses, canada goose uk, juicy couture outlet, pandora charms, barbour, pandora uk, pandora jewelry, replica watches, moncler, ugg,ugg australia,ugg italia, ugg pas cher, barbour uk, moncler uk, canada goose jackets, canada goose outlet, moncler, ugg,uggs,uggs canada, supra shoes, canada goose outlet, moncler, pandora jewelry, louis vuitton, moncler, louis vuitton, ugg, doudoune moncler, juicy couture outlet, canada goose, swarovski
ReplyDelete