Sunday 5 June 2011

Kita dan Politik

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjQfzrCnZUKaO8uUI5H0CVovnImPCijdmrz9OI__JrnvGjUVSf-BDrgSeYQoJnmpxwiOShchhuEN85xUV5T2oAtYJjXhCpjEXL16xJvx0U8wd3HSxoZBZlrl7hwJKcPswF9wamUSzyznqM/s1600/parlimen-malaysia.jpg
 gambar hiasan
 
Terdapat sekumpulan manusia lain yang mengatakan  bahawa Ikhwanul Muslimin adalah merupakangerakan dakwah dan politik, yang berarti merupakan aktiviti politik yang  mempunyai  tujuan-tujuantertentu. Entah sampai bila umat Islam akan menghentikan prasangka-prasangka negatif  terhadap aktiviti temannya sendiri. Saya sendiri tidak mengerti, apa yang mempengaruhi pemikiran mereka sehingga mereka tetap memburuk sangka terhadap suatu aktibiti nyata ini. Lebih menghairankan lagi kerana mereka ini ternyata telah memilih alternatif yang didasari oleh sikap prejudis.

Wahai kaumku! Kami memanggil sekelian dengan membawa Al-Qur'an di tangan kanan kami dan Sunnah Rasul beserta teladan para sahabat di tangan kiri kami, kerana apa yang pernah dilakukan oleh orang-orang yang  terdahulu dari umat  ini menjadi ikutan kami. Kami menyeru kamu kembali kepada Islam, hukum-hukumnya, ajaran-ajarannya dan petunjuk-petunjuknya.  Apabila seruan ini diistilahkan sebagai politik, memang itu adalah politik kami. Dan  apabila  ada orang yang mengatakan seruan ini adalah merupakan prinsip-prinsip politik, maka kami katakan Alhamdulillah, berarti kami adalah orang  pertama  yang berkenalan dengan politik. Dan  apabila  kamu  tetap mengatakan ini sebagai kegiatan politik, maka katakanlah menurut kehendak kamu. Bagi kami, masalah nama blkan persoalan yang penting, yang paling penting pada suatu saat kebenaran pasti akan terbuka, dan tercapailah tujuan kami.

Wahai kaumku! Kamu janganlah tertipu oleh sebuah khayalan  (utopia), sehingga semuanya lari darikenyataan. Janganlah kamu tertipu oleh berbagai istilah, sehingga karnu meninggalkan seruan ini. Dan janganlah pula kamu terpengaruh oleh hal-hal yang kurang penting,  sehingga kamu meninggalkan yang paling penting. Itulah ciri khas politik kita dan kami tidak bermaksud mengganti istilah ini sehingga dapat membingungkan kamu semua.  Pimpinlah  orang-orang  lain supaya mereka melibatkan diri ke dalam kegiatan ini, dan kamu pasti akan mendapat pahala akhirat.


Petikan daripada : Kemana Kita Menyeru oleh Syeikh Hasan Al - Banna Rahimahullah

2 comments: