Sunday 17 April 2011

Usul 20 - Usul Pertama

rah
Usul 20

ASAS PERTAMA: 

Islam adalah menyeluruh, mencakup semua bidang hidup; Islam adalah negara dan watan atau pemerintah dan ummat. Akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Pengetahuan  dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman. Kebendaan dan harta atau usaha dan kekayaan. Jihad dan dakwah
atau tentera dan fikrah. Akidah yang benar dan ibadat yang sah. 

1.1 Keterangan: 
Islam adalah agama Allah yang kekal, bersifat umum dan menyeluruh kerana Islam diturunkan untuk semua manusia, ini jelas dibuktikan oleh firman Allah: 
 “Dan kami tidak mengutuskan kamu melainkan kepada ummat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi ingat”. (S 34: 28) 
Menyeluruh kerana Islam menghukum seluruh urusan hidup manusia, menghukum segala sesuatu yang dilakukan oleh manusia dan perkara yang bersangkut dengan apa yang mereka lakukan. Ini dibuktikan oleh firman Allah: 
 “Tiadalah kami alpakan sesuatu pun di dalam Al-Kitab” (S 6:38) 
Dan firman Allah: 
“Untuk menjelaskan segala sesuatu”(S 16:89) 
Di atas dasar sifat-sifat Islam yang tetap dan tiada berubah inilah Al-Mursyid Hasan Al-Banna  Rahimahullah telah berbicara dalam asas yang pertama ini untuk menjelaskan sebahagian dari perkara-perkara yang terkandung dalam Islam. Penjelasan  yang dibuat oleh Al-Mursyid ini diperkuatkan lagi oleh Al-Quran, yang mana di dalam Al-Quran kita dapati ayat-ayat yang bersangkutan dengan  hukum, ayat-ayat yang bersangkutan dengan sembahyang, ayat-ayat yang bersangkutan dengan mu’amalat, kehakiman dan seterusnya. 
1.2 Islam adalah negara: 
Islam adalah negara, sebagaimana yang diterangkan oleh Mursyid adalah bermaksud bahawa Islam telah menyentuh hukum-hukum yang menitik beratkan persoalan negara. Islam bukanlah terbatas dalam lingkungan hubungan manusia dengan Allah, malah Islam juga menyusun hubungan antara sesama manusia, hubungan individu dengan jamaah, hubungan jamaah dengan jamaah yang lain. Jamaah ini pula memilih suatu sistem siasah yang didokong oleh negara, manakala negara pula mempunyai seorang ketua yang dikenal: dalam istilah fiqah sebagai imam atau khalifah. Islam telah menerangkan asas bagi sebuah negara, cara memilih khalifah, menerangkan hak individu terhadap negara, demikian juga hak negara terhadap individu. Dalam zaman moden ini kajian dan perbincangan yang lengkap dalam persoalan negara dan hubungannya dengan individu adalah dibincangkan dalam undang-undang perlembagaan dan undang-undang perlembagaan adalah merupakan salah satu dari cabang undang-undang.
 Negara (daulah) menurut pandangan Islam adalah negara fikrah, fikrah Islamiah. Oleh itu daulah dalam Islam adalah daulah fikrah, bukan qaumiah, bukan jenis dan bukan iklim.  Ketua negara dipilih melalui orang-orang Islam sesuai dengan syarat-syarat tertentu. Syarat-syarat ini tersimpul dalam dua sifat: kemampuan dan amanah. Tujuan dan perlantikan ketua negara ialah untuk melaksanakan syariat dan membimbing manusia untuk melakukannya. Kedudukan dan peranan individu dalam negara Islam amatlah menonjol dan berfungsi, tidak dipendap dan diabaikan. Individu adalah  bertanggungjawab terhadap perjalanan negara agar tidak menyeleweng dan bertanggungjawab terhadap ketua negara agar beliau menunaikan kewajipannya. Atas dasar ini, individu adalah berhak mengawasi, memberi nasihat, memberi petunjuk dan mengkritik. Manakala pihak negara pula adalah bertanggungjawab terhadap individu, bertanggungjawab dalam memberikan jaminan hidup yang mulia kepada individu. 

1.3 Islam adalah watan: 
Islam adalah watan, sebagaimana yang diterangkan oleh Al-Mursyid
adalah bermaksud bahawa Islam telah  menerangkan pengertian watan, dan
watan bagi seorang muslim ialah semua negara Islam (Darul Islam). Yang
dimaksudkan dengan negara Islam pula ialah: seluruh iklim yang dialami oleh
orang Islam, kekuasaan dalam iklim tersebut adalah di tangan orang Islam dan
mereka melaksanakan hukum-hukum Islam dalam iklim itu. Tiap-tiap individu
muslim adalah berkewajipan mempertahankan dan menghalang musuh dari
merampas Darul Islam. Kewajipan ini  adalah merupakan hak sebuah Darul
Islam terhadap seoang Muslim. 
1.4 Islam adalah ummat: 
Ummat yang dimaksudkan oleh Al-Mursyid di sini ialah suatu jamaah
manusia yang disatukan oleh suatu ikatan. Ikatan ini menjadikan mereka suatu
jamaah yang berbeza dari jamaah-jamaah lain, bersatu dan bertaut antara sesama
mereka dan ingin hidup bersama dengan penuh harmoni. 
   Islam membangunkan ummat ini di atas asas aqidah Islamiah. Aqidah
adalah ikatan yang paling kuat dan abadi. Setelah manusia terjalin dalam ikatan
aqidah Islamiah, perbezaan jenis, bahasa atau iklim tidak lagi menjadi suatu hal
yang penting. Dengan aqidah Islamiah sahaja sudah cukup untuk membentuk
suatu ummat. Sesuatu yang lain dari aqidah Islamiah tidak akan mampu untuk
membina suatu ummat. Dalam Al-Quran Allah berfirman: 
ٌة َﻮ ْﺧ ِإ َنﻮُﻨِﻣْﺆُﻤْﻟا ﺎَﻤﱠﻧِإ   ) 10
“Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu bersaudara.” (S 49:10).
FirmanNya lagi: 
ِن و ُﺪ ُﺒ ْﻋ ﺎ َﻓ ْﻢ ُﻜ ﱡﺑ َر ﺎَﻧَأَو ًة َﺪ ِﺣ ا َو ًﺔ ﱠﻣ ُأ ْﻢ ُﻜ ُﺘ ﱠﻣ ُأ ِﻩ ِﺬ َه ﱠن ِإ )  92
“Sesungguhnya inilah ummat kamu, ummat yang satu, dan Aku Tuhan kamu, maka
sembahlah Aku. “(S 21:92)
1.5 Islam adalah akhlak. 
Islam adalah akhlak. Sebagaimana yang diterangkan oleh Al-Mursyid
adalah bermaksud bahawa Islam mengambil berat soal akhlak. Pengambilan
berat Islam terhadap akhlak amatlah jelas, kerana Al-Quran telah menyebutkan
akhlak-akhlak yang baik, iaitu akhlak  yang menjadi sifat-sifat orang mukmin. Usul Dua Puluh
As-Syahid Hasan Al-Bana  6
Al-Quran menyebutkan sifat-sifat  ini dengan cara memuji, menyukai dan
menyeru agar berakhlak dengan sifat-sifat tersebut. Al-Quran telah memuji
Rasulullah s.a.w. kerana akhlaknya yang tinggi, firman Allah:
ٍﻢ ﻴ ِﻈ َﻋ ٍﻖ ُﻠ ُﺧ ﻰ ﻠ َﻌ َﻟ َﻚ ﱠﻧ ِإ َو   ) 4
“Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi-pekerti yang agung”. (S 68:4)
Dalam hadis yang mulia disebutkan: 
ﺎﻤﻧا  ﻢﻤﺕ ﻷ ﺖﺜﻌﺑ  م **   ﻩر قﻼﺧ ﻷا  
‘Saya (rasul) hanyalah diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia’

Dan diriwayatkan dari Aisyah (r.a), sewaktu beliau menerangkan akhlak
Rasulullah s.a.w. Beliau telah berkata:  
ناﺮﻘﻟا ﻪﻘﻠﺧ 
‘Akhlak Rasulullah ialah Al-Quran’.
  Akhlak adalah mempunyai kedudukan yang menonjol dalam dakwah
ikhwan dan ikhwan sentiasa mewajibkan  diri mereka agar berakhlak dengan
akhlak yang dituntut oleh Islam. Atas dasar ini amatlah salah mereka yang
mengatakan bahawa, oleh kerana melihatkan ikhwan amat menitik beratkan
soal-soal umum, seruan untuk berakhlak  tinggi dan mulia adalah bertentangan
dengan dasar ikhwan. Mereka yang menganggap demikian adalah salah kerana
akhlak adalah merupakan sebahagian dari dakwah Islam. Amatlah tidak layak
bagi ikhwan mengabaikan sesuatu yang dibawa oleh Islam. Selain dari itu
kesempurnaan amal adalah bergantung kepada kesempurnaan maknawi (batin)
dan akhlak yang tinggi dan mulia adalah tergolong dalam pengertian maknawi
yang akan membuahkan amal yang saleh. Adalah sia-sia kalau kita hanya
memperbaiki lahiriah manusia dan menuntut mereka supaya melakukan amal
saleh sedangkan kita membiarkan batinnya menjadi mangsa kepada akhlak yang
keji. Oleh yang demikian akhlak sepatutnya mendapat perhatian berat dan jiwa
haruslah dididik dengan akhlak yang mulia. 
Akhlak tidak harus dibataskan dalam lingkungan sifat-sifat mulia yang
telah diketahui umum seperti berbicara dengan lemah-lembut, manis muka dan
rendah diri. Malah medan akhlak amatlah luas sebagaimana yang telah
digambarkan oleh Aisyah sewaktu menerangkan akhlak Rasulullah s.a.w. 
‘Akhlaknya adalah Al-Quran. Oleh yang demikian segala sifat-sifat yang mulia
yang dituntut oleh Al-Quran adalah termasuk dalam pengertian akhlak. Sifat-Usul Dua Puluh
As-Syahid Hasan Al-Bana  7
sifat  sabar, tetap pendirian, tabah, mulia diri, benar, menunaikan janji, tinggi
himmah, ikhlas dan sifat-sifat  yang lain adalah termasuk dalam akhlak yang
tinggi dan mulia. Sifat-sifat yang bertentangan dengan sifat-sifat yang tersebut
seperti keluh-kesah, hilang pertimbangan, ragu-ragu, munafik, hina-dina, dusta,
penipu, riak, dan sifat-sifat keji yang lain adalah dituntut supaya ditinggalkan,
dan membersihkan diri daripadanya. Apabila diri telah bersih dari akhlak yang
keji ini dan apabila diri telah terhias dengan akhlak yang tinggi dan mulia,
seorang Islam akan mempunyai peribadi yang kuat, padu, mengutamakan yang
baik, berpengaruh dalam hidup dan tabah dalam menghadapi kebatilan. 
1.6 Islam adalah kekuatan: 
Islam adalah kekuatan. Sebagaimana  yang diterangkan oleh Mursyid
adalah bermaksud bahawa Islam menyeru kepada kekuatan. Seorang Islam
tidak lemah dan beku.
 Pada hakikatnya, Islam memandang berat soal kekuatan dan dengan
terus terang menuntut agar mencari sebab-sebab yang membawa kepada
kekuatan, firman Allah : 
ٍة ﱠﻮ ُﻗ ﻦﱢﻣ ﻢُﺘْﻌَﻄَﺘْﺳا ﺎﱠﻣ ﻢُﻬَﻟ ْا و ﱡﺪ ِﻋ َأ َو             (S 8:60)   
‘Dan siapkanlah apa saja kekuatan yang kamu sanggupi’. (S 8:60) 
Rangkaikata Al-Quran ini datang  dalam suatu bentuk yang sangat
menarik dan umum, mencakup seluruh  jenis kekuatan, sama ada kekuatan itu
boleh dicapai semasa turunnya Al-Quran atau pada masa-masa kebelakangan. 
Tuntutan persediaan kekuatan dalam ayat ini adalah merupakan satu tuntutan
wajib. Oleh yang demikian ummat Islam adalah wajib menyediakan sebab-sebab
untuk menjadi kuat sedaya mampu, sesuai dengan masa dan tempat. 
Kekuatan tidaklah terbatas kepada  kekuatan senjata, malah melewati
batas ini hingga merangkumi semua perkara yang boleh menjadikan seorang
Islam itu kuat, seperti ilmu pengetahuan, kekayaan, perusahaan dan lainnya.
Apabila tiap-tiap Muslim itu kuat, ummat Islam secara keseluruhan akan
menjadi kuat.
 Oleh kerana untuk mencari dan mencapai kekuatan di zaman moden ini
memerlukan kepada daya usaha, ilmu pengetahuan; menyediakan pelbagai
bentuk, cara dan wasilah; mempelajari  segala jenis perusahaan dan berbagai
jenis ilmu seperti ilmu kimia dan fizik. Ini meliputi bidang mendirikan fabrik
dan industri, melakukan percubaan-percubaan dan mempelajari ilmu
pengetahuan yang telah dicapai oleh orang bukan Islam dalam bidang Usul Dua Puluh
As-Syahid Hasan Al-Bana  8
kebendaan. Oleh kerana pencapaian  kekuatan adalah bergantung kepada
perkara-perkara ini, maka kita mengatakan bahawa mempelajari perkara-
perkara tersebut adalah menjadi fardhu kifayah kepada ummat Islam. Dengan
kata lain haruslah ada di kalangan ummat Islam suatu bilangan yang cukup
untuk menunaikan tanggungjawab mencari sebab-sebab yang membawakan
kekuatan yang seharusnya ada pada ummat Islam. Hal  ini kita katakan sesuai
dengan kaedah fikah yang mengatakan: 
ﺐﺟاو ﻮﻬﻓ ﻪﺑﻻإ ﺐﺟاﻮﻟا ﻢﺘﻳﻻﺎﻤﺒﺟاﻮﻟا ﻢﺘﻳﻻﺎﻣ
‘Bila kesempurnaan sesuatu yang wajib terhenti kerana wujudnya suatu perkara yang
lain, maka perkara tersebut adalah juga wajib’.
Selain dari itu kekuatan jiwa, anggota dan kekuatan akal adalah termasuk
dalam pengertian kekuatan yang harus  ada pada ummat Islam. Oleh yang
demikian tiap tiap Muslim wajiblah mencari dan melakukan perkara-perkara
yang dapat memberikan kekuatan kepada beliau. Kekuatan jiwa dapat dicapai
dengan iman; kekuatan anggota dapat dicapai dengan senaman, menunggang
dan lainnya, kekuatan akal pula dicapai dengan ilmu. Lantaran inilah Mursyid
telah mewasiatkan beberapa perkara yang dapat memberi kekuatan jiwa, badan
dan akal saudara. Saudara haruslah menyedari bahawa kebenaran memerlukan
kekuatan yang dapat mempertahankannya. Ini adalah sunnah Allah dalam
hidup. Lantaran itu Islam tidak mengabaikan soal kekuatan malah menuntutnya
demi untuk menjaga dan mempertahankan kebenaran yang dibawanya. 
Jika kita mengatakan bahawa menyediakan kekuatan itu suatu perkara pasti dan
wajib pada masa silam, maka kepastian dan kewajipan itu lebih penting dan
menonjol di zaman moden ini. 
Kerana ummat Islam hari ini tidak ubah seperti sekeping serpihan roti
yang dikerumuni oleh semut. Bangsa-bangsa dan ummat yang mengerumuni
ummat Islam ini tidak akan dapat diusir dan disingkirkan kecuali dengan
kekuatan dan kita jamaah Ikhwan Muslimun sebagai duat (pendakwah) kepada
jalan Allah, sebagai barisan depan bagi ummat yang beriman, barisan yang ingin
menyedarkan ummat Islam, amat memerlukan kekuatan yang membolehkan
kita mencapai matlamat ini. Kekuatan kita ini haruslah terjelma dalam bentuk
kekuatan persediaan, iman, ilmu dan kekuatan tanzim (organisasi). Selagi
kekuatan ini tidak dapat mengatasi kekuatan jamaah-jamaah yang bathil kita
tidak akan dapat mencapai matlamat kita. Oleh yang demikian kita haruslah
mempertanggungjawabkan diri kita masing-masing untuk mewujudkan
kekuatan ini dan Allah akan menolong kita jika kita berusaha mencarikan sebab-
sebab yang membawakan kepada kekuatan ini. 
 Usul Dua Puluh
As-Syahid Hasan Al-Bana  9
1.7 Islam adalah rahmat. 
Rahmat yang dimaksudkan oleh Mursyid di sini ialah perasaan lemah-
lembut dalam hati yang mendorong manusia untuk menolong orang-orang
lemah dan berhajat, atau memaafkan orang yang tersilap, tidak melakukan
tindak-balas terhadap perbuatan jahat orang lain dan merasakan simpati di atas
bencana yang menimpa orang lain. Sifat-sifat ini akan merupakan akhlak yang
tinggi jika digunakan pada tempat yang sewajarnya. Sifat rahmat dan belas
kasihan hanyalah wujud dan berfungsi sewaktu ianya dapat menolong
pelaksanaan hukum-hukum Allah. Dalam menghukumkan mereka yang
melakukan jenayah zina Allah berfirman: 
 ﺎَﻤِﻬِﺑ ﻢُآْﺬُﺧْﺄَﺕ ﺎَﻟَو ٍة َﺪ ْﻠ َﺟ َﺔ َﺌ ِﻣ ﺎَﻤُﻬْﻨﱢﻣ ٍﺪ ِﺣ ا َو ﱠﻞ ُآ اوُﺪِﻠْﺟﺎَﻓ ﻲِﻧاﱠﺰﻟاَو ُﺔ َﻴ ِﻧ ا ﱠﺰ ﻟ ا
(24)  ِﻪﱠﻠﻟا ِﻦ ﻳ ِد ﻲِﻓ ٌﺔ َﻓ ْأ َر
‘Sebatlah lelaki dan perempuan yang melakukan zina seratus rotan. Janganlah belas
kasihan kepada keduanya mencegah kamu dari (menjalankan) agama Allah.” (S. 24:2)
Demikianlah juga pada hukum-hukum  yang lain. Perasaan rahmat dan
belas kasihan tidak seharusnya diberikan kepada musuh Allah, musuh yang
menjadi batu penghalang di jalan Allah sekalipun mereka itu terdiri dari
keluarga yang hampir. Lantaran inilah kita lihat para sahabat yang mulia telah
memerangi ayah, bapa saudara, anak saudara dan keluarga mereka yang akrab
dalam peperangan Badar, Uhud, Khandak kerana mereka musuh Allah yang
menjadi batu penghalang di jalan Allah. 
Perbuatan seseorang yang menyakitkan kita adalah digalakkan supaya
dimaafkan. Kemaafan yang diberikan oleh seseorang sedangkan beliau berupaya
melakukan tindakbalas adalah dianggap  sebahagian daripada rahmat. Rahmat
dan belas kasihan haruslah diberikan kepada mereka yang lemah, miskin,
mereka yang terpisah dari keluarga,  orang-orang sakit, orang tua dan orang-
orang yang berhajat kepada bantuan dan pertolongan. Perasaan rahmat dan
belas kasihan haruslah wujud di kalangan Ikhwan Muslimin sewaktu mereka
membentuk masyarakat Islam dan berusaha mencorakkannya dengan corak
Islam. Perasaan ini haruslah wujud di kalangan mereka baik secara diam-diam
atau terang-terangan, tetapi kita lebih mengutamakan secara diam diam. 
1.8 Islam adalah keadilan 
Keadilan yang dimaksudkan oleh Mursyid di sini ialah memberikan hak
kepada mereka yang berhak dengan tidak berlaku sebarang kekurangan, kerana Usul Dua Puluh
As-Syahid Hasan Al-Bana  10
keadilan wajib diberikan kepada semua insan, baik Muslim atau kafir, musuh
atau kawan, keluarga atau bukan keluarga. Allah berfirman: 
ىَﻮْﻘﱠﺘﻠِﻟ ُب َﺮ ْﻗ َأ َﻮ ُه ْا ﻮ ُﻟ ِﺪ ْﻋ ا ْا ﻮ ُﻟ ِﺪ ْﻌ َﺕ ﱠﻻ َأ ﻰَﻠَﻋ ٍم ْﻮ َﻗ ُن ﺂ َﻨ َﺵ ْﻢ ُﻜ ﱠﻨ َﻣ ِﺮ ْﺠ َﻳ َﻻ َو
“Dan jangan kebencian terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak
adil. Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada takwa.” (S 5:8)
Keadilan akan berlaku melalui hukuman dan kehakiman, juga berlaku
dengan pujian, sanjungan, celaan, kritik dan kecaman. Keadilan boleh berlaku
dalam keadaan redha atau marah. Bukanlah adil jika saudara berlaku kejam
sewaktu saudara menghukum antara dua orang, saudara juga tidak berlaku adil
sewaktu saudara berlebihan memuji orang yang tidak berhak menerima separuh
daripada pujian yang saudara berikan. Bukanlah adil jika saudara berlebihan
mengecam seorang yang tidak berhak menerima satu persepuluh dari kecaman
saudara. Bukanlah adil jika saudara memuji semasa suka dan mengeji semasa
benci. Bukanlah adil jika saudara berlaku kejam terhadap mereka yang bukan
keluarga saudara atau musuh yang menyakiti saudara, sedang saudara menutup
pandangan dari perbuatan keluarga, kawan dan orang yang berlaku baik kepada
saudara. 
1.9 Islam adalah pengetahuan. 
Islam adalah pengetahuan sebagaimana yang dikatakan oleh Mursyid
adalah bermaksud bahawa menuntut ilmu pengetahuan yang memberi manfaat
kepada kita dengan Qadar yang mencukupi adalah sebahagian dari ajaran Islam.
Islam tidak melarang seseorang muslim meluaskan ilmu pengetahuannya ten-
tang kejadian alam, perusahaan dan pelbagai ilmu kebendaan yang lain yang
termasuk dalam pengertian pengetahuan. Pengetahuan yang dapat menjadi
bekalan manusia dalam usaha memajukan bumi dan menggunakan
kekayaannya dengan baik; pengetahuan yang dapat menolong manusia dalam
membongkar rahsia alam yang tersembunyi. Tetapi sewaktu manusia meluaskan
ilmunya dalam perkara-perkara tadi beliau haruslah mengingati Allah yang
memberikan akal dan fikiran yang waras kepadanya, Allah menjadikan alam ini
dalam keadaan mudah digunakan manusia. Pengetahuan yang diperolehinya
haruslah bertujuan mencari kebajikan dan keredhaan Allah. 
1.10 Islam adalah undang-undang 
Islam adalah undang-undang sebagaimana yang diterangkan oleh
Mursyid adalah bermaksud bahawa  Islam telah membawa hukum-hukum
(undang-undang) untuk mengatur hubungan individu antara sesama mereka.
Islam telah menaskan hukum-hukum dan balasan terhadap mereka yang Usul Dua Puluh
As-Syahid Hasan Al-Bana  11
melanggar undang-undang tersebut, sama ada hukum dan balasan itu bersifat
civil yang dilaksanakan ke atas harta atau perbuatan jenayah yang dilaksanakan
ke atas anggota penjenayah terhadap kebebasan atau hartanya. 
Undang-undang Islam merangkumi pelbagai sudut hubungan antara
sesama manusia. Oleh yang demikian  tidaklah harus bagi seseorang Islam
meninggalkan undang-undang Islam dan menggantikannya dengan undang-
undang lain. Sesungguhnya ummat Islam hari ini telah meninggalkan undang-
undang Islam dan melaksanakan undang-undang asing. Undang-undang hanya
dilaksanakan dalam bidang yang sempit, hanya terbatas dalam undang-undang
kekeluargaan, malah bidang yang sempit  ini pun telah mula dinodai oleh
tangan-tangan yang berdosa dengan melakukan perubahan dan pindaan. 
1.11 Islam adalah ilmu 
Ilmu yang dimaksudkan oleh Mursyid ialah makrifat dan mengenali
hakikat sesuatu dengan tepat sebagaimana kenyataan, mengetahui sesuatu yang
diturunkan Allah, mengetahui tujuan manusia diwujudkan dan kehidupan
akhirat yang mengakhiri kehidupan manusia. 
Ilmu yang paling tinggi dan mulia kedudukannya ialah mengenal Allah
dan mengenal Islam yang diturunkan kepada Muhammad s.a.w. Dengan
mengenal Allah dan Islam seseorang Islam akan mengenal tuhannya, rasulnya,
agamanya dan ajaran yang terkandung dalam agama tersebut. Peringkat ini
disusuli pula oleh ilmu yang bersangkutan dengan urusan hidup yang pelbagai
bentuk. Islam memandang tinggi kedudukan ilmu dan ulamak, memberikan
kedudukan yang tinggi kepada ulamak, dan tidak menyamakan kedudukan
mereka dengan orang lain. Dalam Al-Quran disebutkan: 
ِﻢ ْﻠ ِﻌ ْﻟ ا ْاﻮُﻟْوُأَو ُﺔ َﻜ ِﺉ َﻼ َﻤ ْﻟ ا َو َﻮ ُه ﱠﻻ ِإ َﻪ َﻟ ِإ َﻻ ُﻪ ﱠﻧ َأ ُﻪّﻠﻟا َﺪ ِﻬ َﺵ 
“Allah mempersaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Dia, yang menegakkan keadilan,
para malaikat dan orang-orang yang berilmu”. (S 3:18)
Firman Allah lagi: 
َنﻮُﻤَﻠْﻌَﻳ ﺎَﻟ َﻦﻳِﺬﱠﻟاَو َنﻮُﻤَﻠْﻌَﻳ َﻦ ﻳ ِﺬ ﱠﻟ ا يِﻮَﺘْﺴَﻳ ْﻞ َه ْﻞ ُﻗ 
“Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu”. (S 39:9)
Orang yang berilmu haruslah menggunakan ilmunya hanya semata-mata
mencari keredhaan Allah. Secara sedar dan insaf beliau haruslah membersihkan Usul Dua Puluh
As-Syahid Hasan Al-Bana  12
diri dan yakin bahawa apa yang diketahuinya amatlah sedikit berbanding
dengan apa yang tidak diketahuinya. Allah berfirman: 
ﱠﻻ ِإ ِﻢ ْﻠ ِﻌ ْﻟ ا ﻦﱢﻣ ﻢُﺘﻴِﺕوُأ ﺎَﻣَو ًﻼ ﻴ ِﻠ َﻗ  
“Dan tidaklah kamu diberi ilmu kecuali sedikit”. (S 17:85)
dan beliau haruslah menambah lagi ilmu pengetahuannya. Firman Allah: 
ﺎًﻤْﻠِﻋ ﻲِﻧْدِز ﱢب ﱠر ﻞُﻗَو
“Katakanlah, Ya Tuhanku tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan. “(S 20:114)
1.12 Islam adalah kehakiman 
Islam adalah kehakiman, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Al-
Mursyid, adalah bermaksud bahawa salah satu dari manhaj (method) Islam ialah
menghukum antara sesama manusia, kerana manusia amat memerlukan seorang
hakim yang dapat menghukum dan menyelesaikan perselisihan mereka serta
dapat mengembalikan hak kepada yang ampunya hak. 
Sebagai kesimpulan dalam masalah kehakiman ini dapatlah kita katakan
bahawa Islam telah menganggap masalah kehakiman sebagai fardhu, lantaran
inilah kita lihat bahawa Rasulullah s.a.w telah melantik kadhi-kadhi (hakim)
untuk bertugas di tempat-tempat yang jauh dari Madinah. Kadhi atau hakim
Muslim ini disyaratkan mempunyai pengetahuan yang luas tentang hukum-
hukum Islam. Atas dasar ini kita lihat bahawa salah satu dari syarat kelayakan
seseorang hakim ialah kemampuannya untuk melakukan ijtihad di samping
beliau mestilah beragama Islam, kerana tugas menghukum adalah termasuk
dalam pengertian wilayah dan sultan. Orang kafir tidak layak dan tidak berhak
menjadi wali kepada orang Islam. Dalam hubungan ini Allah berfirman: 
ًﻼﻴِﺒَﺳ َﻦ ﻴ ِﻨ ِﻣ ْﺆ ُﻤ ْﻟ ا ﻰَﻠَﻋ َﻦ ﻳ ِﺮ ِﻓ ﺎ َﻜ ْﻠ ِﻟ ُﻪّﻠﻟا َﻞ َﻌ ْﺠ َﻳ ﻦَﻟَو 
“Dan Allah tidak sekali-kali memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk memerintah
orang-orang yang beriman”. (S 4:141)
Hakim yang Muslim mestilah  menghukum menurut hukum-hukum
Islam dan haram dengan hukum-hukum yang lain. Sewaktu beliau menghukum
menurut undang-undang Islam, beliau haruslah hati-hati dan teliti, berusaha
sedaya daya untuk melaksanakan keadilan. Seandainya beliau betul dan tepat Usul Dua Puluh
As-Syahid Hasan Al-Bana  13
dalam menghukum beliau akan dikurniakan dengan dua ganjaran, tetapi
seandainya beliau tersilap atau tersalah beliau akan diberikan satu ganjaran. 
1.13 Islam adalah kebendaan atau usaha dan kekayaan 
Dengan ini Al-Mursrjd bermaksud bahawa Islam tidak mencuaikan soal-
soal kebendaan. Islam mengambil berat  soal-soal rohani dan juga soal-soal
kebendaan, tetapi seorang Muslim haruslah mengawasi hatinya agar ikhlas
kepada Allah, beliau tidak seharusnya diperhambakan oleh kebendaan
sekalipun kebendaan itu merupakan  kekayaan yang tinggi menggunung.
Muslim berhak melakukan kerja-kerja yang mendatangkan penghasilan dengan
syarat kerja-kerja yang dilakukan itu halal, tidak diharamkan syariat. Beliaulah
yang berhak menerima hasil usaha dari penat lelahnya, kerana milik
perseorangan adalah dihormati dalam Islam. Milik perseorangan tidak harus
dicerobohi atau dirampas.
 Di samping itu Muslim haruslah mengeluarkan apa yang telah
diwajibkan Allah ke atas miliknya seperti zakat, dan nafkah yang telah
disyariatkan. Atas dasar ini Muslim tidaklah ditegah mencari kekayaan, malah
pada dasarnya kekayaan adalah menjadi tujuan setiap usaha yang dilakukan
manusia. Bila seorang Muslim yang mempunyai kekayaan bertaqwa dan
menunaikan kewajipan yang telah difardhukan Allah beliau adalah tergolong ke
dalam golongan wali-wali Allah; yang benar-benar bertaqwa kepada Allah. Ilmu
fiqah telah membincangkan masalah: Manakah yang lebih baik antara si fakir
yang sabar atau si kaya yang bersyukur. Sebahagian ahli fikah berpendapat
golongan pertamalah yang lebih baik. Segolongan yang lain berpendapat
golongan kedualah yang lebih baik. Tetapi hakikat yang sebenarnya, yang
terbaik dari kedua-dua golongan ini ialah mereka yang lebih bertaqwa kepada
Allah. 
Saudara Muslim tidak selayaknya bersikap zahid dengan mengelak diri
daripada melakukan kerja-kerja yang mendatangkan pendapatan dengan alasan
zahidkan dunia dan untuk menumpukan  sepenuh masa dalam ibadat khusus
kerana hakikat zahid yang sebenarnya adalah bertahta dalam hati, bukan pada
anggota zahir. Ibadat tidak bertentangan dengan bekerja dan berusaha, malah
bekerja dan melakukan perusahaan yang halal adalah sebahagian dari ibadat. 
Dalam hadis ada dinyatakan: 

ﺪﻴﻟا ﻞﻔﺴﻟاﺪﻴﻟﺎﻨﻣﺮﻴﺧ ﺎﻴﻠﻌﻟا 
‘Tangan yang di atas (memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (menerima)’.

Manusia tidak akan dapat memberikan sesuatu kecuali beliau
mempunyai kekayaan, dan kekayaan  hanyalah dapat dicapai melalui Usul Dua Puluh
As-Syahid Hasan Al-Bana  14
perusahaan. Selain dari itu adalah menjadi kewajipan kepada negara membantu
Muslim dalam mendapatkan pekerjaan dengan menyediakan kemudahan dan
memberikan bantuan kepada beliau. 
1.14 Islam bererti jihad. 
Islam adalah jihad, sebagaimana yang diterangkan oleh Al-Mursyid
adalah bermaksud bahawa Islam telah mewajibkan jihad. Hakikat jihad adalah
mengorbankan seluruh tenaga pada jalan Allah, sekalipun sesuatu yang
dikorbankan itu merupakan darah yang ditumpahkan dalam medan perang.
Jihad tidaklah terbatas pada pengorbanan jiwa sahaja, malah termasuk juga
pengorbanan harta benda, jihad pena dan lidah. 
Muslim menunaikan jihad secara peribadi, juga menunaikannya sebagai
anggota dalam jamaah; umpamanya beliau menjadi anggota dalam jamaah
Ikhwan Muslimin. Sewaktu  beliau menunaikan jihad sebagai anggota dalam
jamaah beliau haruslah menyelaraskan jihadnya dengan langkah-langkah
jamaah, sehingga dengan penyelarasan ini matlamat jihad secara jamaah yang
dilakukan oleh lkhwan akan tercapai. 
Ummat Islam hari ini telah mengenepikan dan menjauhkan diri dari
jihad, sedangkan jihad pada hari ini adalah menjadi fardhu ‘ain atas tiap-tiap
ummat Islam, kerana sebahagian besar dari negara-negara Islam telah dirampas
dan diceroboh oleh golongan kafir. Umumnya Islam hari ini dalam keadaan
kelemahan dan kehinaan yang menuntut  supaya ummat Islam berjihad pada
jalan Allah demi membebaskan ummat  Muslimin daripada kelemahan dan
kehinaan, juga membetulkan kegelinciran mereka dari landasan Islam. 
Tegaknya sebuah negara yang benar-benar Islam adalah merupakan suatu
wasilah yang penting untuk melaksanakan tuntutan Islam. Menegakkan sebuah
negara yang seperti ini adalah menjadi matlamat Ikhwan. Oleh kerana matlamat
ini dan matlamat Islamiah yang lainnya, maka Ikhwan Muslimkin hari ini
mengorbankan seluruh tenaga mereka. 
1.15 Islam adalah dakwah 
Islam juga mewajibkan Muslim melakukan dakwah, menyeru kepada
Islam melalui wasilah yang dihalalkan syariat seperti penulisan, ceramah,
perbicangan, melakukan pengembaraan  atau rombongan dan lainnya. Wasilah
yang paling penting dan berkesan dalam dakwah ialah dengan cara seorang
Muslim mencorakkan dirinya dengan corak Islamiah yang membolehkan beliau
menyeru manusia lain kepada Islam, kerana mereka yang diseru dapat melihat
pada dirinya suatu contoh yang hidup dengan nilai-nilai Islam. Usul Dua Puluh
As-Syahid Hasan Al-Bana  15
    Dunia Islam telah lama kehilangan  contoh-contoh manusia Islamiah ini,
lantaran itulah maka salah satu dari asas-asas dakwah Islamiah ialah menitik-
beratkan soal-soal tarbiyah dan membentuk individu Muslim semoga dengan ini
Ikhwan dapat menyediakan contoh-contoh Islamiah yang hidup. Kemudian
menyebarkan contoh-contoh tersebut ke dalam masyarakat dengan cara menarik
pandangan masyarakat kepada contoh-contoh itu agar mereka dapat melihat
bagaimana Islam mencorakkan manusia dan menjadikannya sebagi cahaya yang
bersinar di tengah-tengah masyarakat manusia. Berdakwah menyeru kepada
Islam adalah menjadi kewajipan tiap-tiap Muslim. 
Firman Allah:

  ِﻪّﻠﻟا َن ﺎ َﺤ ْﺒ ُﺳ َو ﻲِﻨَﻌَﺒﱠﺕا ِﻦ َﻣ َو ْﺎ َﻧ َأ ٍة َﺮ ﻴ ِﺼَﺑ ﻰَﻠَﻋ ِﻪّﻠﻟا ﻰَﻟِإ ﻮُﻋْدَأ ﻲ ِﻠ ﻴ ِﺒ َﺳ ِﻩ ِﺬ َه ْﻞ ُﻗ
َﻦﻴِآِﺮْﺸُﻤْﻟا َﻦ ِﻣ ْﺎ َﻧ َأ ﺎَﻣَو
“Katakanlah: ‘Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutkan menyeru
(kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata. Maha suci Allah, dan aku tidak termasuk
ke dalam golongan orang musyrik’. “ (S 12: 108)
Selain dari itu, sebahagian dari kewajipan dalam Islam ialah menegakkan
jamaah yang berdakwah kepada jalan Allah, jamaah yang dapat menyatukan
pendakwah-pendakwah, agar dengan  penyatuan ini kesan dari pengaruh
mereka akan lebih besar dan berfungsi dalam kehidupan manusia. Firman Allah: 
 َن ْﻮ َﻬ ْﻨ َﻳ َو ِف و ُﺮ ْﻌ َﻤ ْﻟ ﺎ ِﺑ َن و ُﺮ ُﻣ ْﺄ َﻳ َو ِﺮ ْﻴ َﺨ ْﻟ ا ﻰَﻟِإ َن ﻮ ُﻋ ْﺪ َﻳ ٌﺔ ﱠﻣ ُأ ْﻢ ُﻜ ﻨ ﱢﻣ ﻦُﻜَﺘْﻟَو
 َنﻮُﺤِﻠْﻔُﻤْﻟا ُﻢ ُه َﻚ ِﺌ َﻟ ْو ُأ َو ِﺮ َﻜ ﻨ ُﻤ ْﻟ ا ِﻦ َﻋ 
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan yang menyeru kepada kebajikan,
menyuruh kepada yang maaruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang yang
beruntung”. (S 3:104)
Atas dasar inilah jamaah Ikhwan Muslimin tegak demi menyahut perintah Allah
dan menyeru kepada jalanNya. 
1.16 Islam adalah ketenteraan 
Islam adalah ketenteraan, sebagaimana yang telah dimaksudkan oleh
Mursyid adalah bermaksud bahawa ketenteraan adalah sebahagian dari tanda-
tanda lahir bagi persediaan bagi menghadapi jihad. Tentera adalah satu-satunya
wasilah yang paling kuat.  Usul Dua Puluh
As-Syahid Hasan Al-Bana  16
Adalah menjadi kenyataan bahawa menyediakan kekuatan tentera adalah
memerlukan kepada perajurit, bekalan dan senjata. Oleh yang demikian tiap-tiap
individu ummat Islam haruslah mendapat didikan ketenteraan baik dari sudut
disiplin, ketaatan, membiasakan mereka menanggung kesukaran, hidup yang
tidak mengenal rehat dan berperaturan di samping menyediakan pelbagai
bentuk persenjataan. 
1.17 Islam adalah fikrah 
Islam adalah fikrah, sebagaimana yang diterangkan oleh Mursyid adalah
bermaksud bahawa persediaan untuk kekuatan tentera haruslah tegak di atas
fikrah yang tertentu, iaitu fikrah Islamiah. Dengan lain perkataan, kekuatan
tentera Islam haruslah tegak di atas dasar untuk melaksanakan perintah Islam
sesuai dengan manhajnya, juga untuk mempertahankan Islam dan menyeru
manusia kepadanya. 
Kebenaran juga memerlukan kekuatan yang dapat melindungi dan
mempertahankannya dari pencerobohan, kekuatan yang dapat menghapuskan
ranjau-ranjau di pertengahan jalan. Sejak dari zaman Rasulullah (s.a.w) lagi
tentera Islam telah melindungi dakwah Islamiah dan menghapuskan rintangan-
rintangan di jalannya. Dengan perlindungan ini manusia telah dapat melihat
Islam, mengenal keindahannya dan mengetahui hakikatnya. Lantaran itu
mereka telah memeluk Islam secara beramai-ramai. Pedang tidak dapat
memasukkan Islam ke dalam hati, tetapi pedang memainkan peranan dalam
menghapuskan halangan yang merintangi Islam untuk masuk ke dalam hati
manusia. Dengan terhapusnya rintangan  itu hati manusia terus terbuka luas
untuk menerima Islam, lantas cahaya Islam dapat menerangi hati-hati tersebut.
Kalaulah Islam tersebar dengan pedang nescaya kita akan melihat ketangkasan
Islam di negara-negara Islam yang telah kehilangan kekuatan, tetapi hal ini tidak
berlaku. 
Fikrah Islamiah perlukan suatu bentuk pendekatan yang baru dan
penerangan yang cukup, agar umat Islam dicorakkan dengan fikrah Islamiah.
Inilah yang diusahakan oleh Ikhwan sekadar kemampuan dan kekuatan mereka.
Dunia hari ini telah menjadi medan pertarungan fikrah-fikrah yang beraneka
ragam. Fikrah-fikrah ini dilatar belakangi oleh negara yang menganutinya.
Negara-negara ini menggunakan seluruh tenaga dan kekuatannya untuk
menyebar dan mempertahankan fikrah tersebut, tetapi tidak ada sebuah negara
pun hari ini yang menganuti fikrah Islamiah dan tegak di atas prinsip-prinsip
Islam serta menyumbangkan seluruh tenaga dan kekuatannya untuk
mempertahankan dan menyebarkan Islam.  Usul Dua Puluh
As-Syahid Hasan Al-Bana  17
Bertolak dari asas ini, maka tanggungjawab Ikhwan amatlah besar. Di atas
pundak merekalah terletaknya tugas mempertahan dan menyebarkan Islam hari
ini hinggalah kerajaan Islam yang sebenarnya dapat tegak di mana-mana negara
Islam; kerajaan yang dapat memikul  tugas mempertahan dan menyebarkan
dakwah Islamiah; yang dapat mengarah umat Islam dan kekayaan negara untuk
mengembalikan kehidupan Islamiah yang silam; yang menegakkan sebuah
masyarakat Islam yang sebenarnya di permukaan bumi serta menghapuskan
halangan-halangan yang merintangi dakwah Islamiah. 
1.18 Islam adalah akidah yang benar dan ibadat yang sah 
Akidah yang dimaksudkan oleh Mursyid ialah suatu pegangan yang
diterima dan dipersetujui oleh hati. Akidah atau pegangan seperti ini boleh jadi
benar atau salah. Andainya akidah itu benar, maka itulah akidah yang hakiki,
tetapi sebaliknya akidah itu salah, maka itulah akidah yang batil, rosak dan
dusta. Tidak ada dalam dunia ini akidah  yang sebenarnya selain dari akidah
Islam. Akidah-akidah lain yang menyalahi dan bertentangan dengan akidah
Islam adalah merupakan akidah-akidah yang batil dan sesat. 
Akidah Islam tegak di atas iman kepada Allah, malaikat,kitab-kitab yang
diturunkan dari langit, rasul-rasul yang diutuskan oleh Allah, hari akhirat dan
mengimani bahawa Qadha dan Qadar adalah dari Allah. 
Iman kepada Allah tegak di atas dua asas; pertamanya mengimani
rububiyyah Allah swt, dengan lain perkataan mengimani bahawa Allah swt.
yang menjadikan sesuatu, yang menghidup dan mematikan; yang memiliki dan
berkuasa; dan juga sifat-sifat Allah yang lain. Keduanya mengimani uluhiah
Allah swt dengan kata lam mengimani bahawa Allah sahajalah yang berhak
menerima pengabdian dan inilah pengertian ‘La Ilaha Illa Allah’, pengabdian
tidak seharusnya diberikan kepada selain dari Allah. 
Beriman dengan malaikat bermaksud  i’tikad (kepercayaan) yang putus
tentang wujudnya makhluk yang digelar malaikat. Bilangan malaikat itu hanya
diketahui oleh Allah sahaja. Jibrail, Mikail, Israfil, Izrail adalah sebahagian
daripada malaikat tersebut. 
Beriman dengan kitab-kitab yang diturunkan dari langit bermaksud
mengimani bahawa Allah telah menurunkan kitab-kitab kepada rasul-rasulNya,
mengimani bahawa kitab-kitab tersebut adalah kalam Allah, seperti kitab Taurat
dan Injil; juga mengimani bahawa kitab dan kalam Allah yang terakhir
diturunkan ialah Al-Quran. Rasulullah s.a.w. hanyalah bertugas untuk
menyampaikan Al-Quran kepada manusia. Oleh itu lafaz dan makna Al-Quran
adalah dari Allah. Al-Quran adalah terpelihara dari sebarang tokok tambah dan Usul Dua Puluh
As-Syahid Hasan Al-Bana  18
kekurangan. Mereka yang beri’tikad bahawa tambahan atau kekurangan berlaku
dalam Al-Quran adalah terkeluar dari landasan Islam. 
Yang dimaksudkan dengan beriman kepada rasul-rasul ialah kita beriman
kepada semua rasul-rasul yang diutuskan Allah, bilangan para rasul itu sangat
banyak dan Al-Quran telah menyebutkan sebahagian dari mereka manakala
sebahagian yang lain pula tidak disebutkan. Termasuk dalam pengertian
beriman kepada rasul-rasul juga ialah mengimani bahawa Muhammad s.a.w.
adalah rasul akhir zaman, tidak ada nabi sesudah baginda. Mengimani dan
mengikuti ajaran Muhammad s.a.w.  adalah wajib. Manusia tidak bebas
mengikuti ajaran lain atau beri’tikad bahawa Muhammad s.a.w. bukan rasul
yang diutuskan Allah. Mereka yang beri’tikad demikian telah terkeluar dari
Islam dan kufur. 
Beriman dengan hari akhirat adalah bermaksud membenarkan bahawa
disebalik penghidupan dunia ini masih ada penghidupan akhirat di mana Allah
akan menghidupkan manusia sekali lagi dan melakukan perbicaraan terhadap
perbuatan dan amalan mereka di dunia. Hasil dari perbicaraan ini menjadikan
segolongan manusia dimasukkan ke dalam syurga, manakala sebahagian yang
lain dimasukkan ke dalam neraka. Perhimpunan di padang mahsyar,
perbicaraan dan balasan ini dilakukan ke atas roh dan jasad manusia. Kita
beri’tikad bahawa syafaat Rasulullah s.a.w. di hari akhirat adalah benar dan hak
dan syafaat ini berlaku dengan izin Allah terhadap mereka yang dikehendaki
Allah. Kita juga beri’tikad bahawa azab dan nikmat kubur adalah benar dan hak. 
Beriman dengan qadha dan qadar (untung baik dan jahat) adalah
bermaksud mengimani bahawa apa yang berlaku di dunia ini adalah dengan
perbuatan, ilmu dan kehendak Allah dan manusia adalah bertanggungjawab
terhadap perbuatan dan amalannya. Beliau tidak berhak menjadikan qadha dan
qadar sebagai alasan, kerana Allah memiliki hujah yang  putus terhadap
hambanya. 
1.19 Islam adalah ibadat yang sah 
Islam adalah ibadat yang sah; sebagaimana yang dikatakan oleh Mursyid
adalah bermaksud bahawa Islam mengandungi berbagai bentuk ibadat.
Sebahagiannya ialah ibadat  hati seperti kasih, takut, percaya dan tawakkal
kepada Allah. Sebahagian yang lain pula ialah ibadat anggota zahir seperti
zikirullah, menunaikan kewajipan yang telah difardhukan Allah seperti
sembahyang, puasa dan haji. 
Semua ibadat-ibadat ini tegak di atas dua asas: pertamanya, ibadat-ibadat
ini haruslah menurut apa yang telah disyariatkan Allah; keduanya, ibadat-ibadat Usul Dua Puluh
As-Syahid Hasan Al-Bana  19
ini haruslah ikhlas kepada Allah semata-mata. Di atas dua dasar ini, melakukan
bidaah dalam agama adalah haram dan mereka yang beribadat kepada Allah
menurut cara yang bidaah tidak mendapat ganjaran keuntungan malah
menanggung kerugian. Demikian juga keadaannya mereka yang melakukan
ibadat yang pada zahirnya menurut apa yang telah disyariatkan, tetapi ibadat
tersebut tidak dilakukan dengan ikhlas kerana Allah, malah dengan tujuan yang
lain. Mereka yang melakukan ibadat seperti ini juga akan mendapat kerugian.
Kita berdoa kepada Allah supaya memberi taufik kepada kita untuk melakukan
ibadat yang sah dan menjadikan ibadat tersebut ikhlas kepada Allah semata-
mata. 
Selain dari itu saudara haruslah mengetahui bahawa semua bentuk amal,
sekalipun yang harus jika dilakukan  dengan ikhlas kepada Allah dan untuk
mendapatkan keredhaan Allah, maka amal-amal tersebut akan menjadi amal
yang saleh yang diganjari pahala. 

0 comments:

Post a Comment