Sunday 17 April 2011

Netanyahu Risau Mesir Akan Menjadi Anti Israel

Benjamin Netanyahu (photo from www.google.com)

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu

Setelah dua bulan berlalunya Revolusi Mesir yang telah menggulingkan mantan Presiden Hosni Mubarak, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menyatakan kekhuatirannya bahawa pemerintah baru Mesir boleh menjadi 'anti-Israel'.

Dalam pertemuan para duta besar Kesatuan Eropah di Jerusalem Timur Al-Quds semalam, Netanyahu mengatakan bahwa beberapa suara yang keluar dari Mesir "menunjukkan" permusuhan terhadap Tel Aviv, surat khabar Haaretz Israel melaporkan pada hari Sabtu kemarin (16/4).

Perdana Menteri Israel mengatakan, beliau amat berhati - hati terhadap penyataan terakhir yang dibuat oleh Menteri Luar Negeri Mesir, Nabil al-Arabi.

Para diplomat tinggi Mesir, bersama dengan para pemimpin senior lainnya, telah dilaporkan menyebut Israel adalah "musuh" bagi Mesir

Bertanyakan tentang hubungan ekonomi antara kedua negara tersebut yang akan terjejas kerana pendirian tersebut, Menteri Kewangan Mesir, Samir Radwan menjawab bahawa Kairo tidak memerlukan sebarang pelaburan  dari "musuh."

Kerisauan Netanyahu itu juga turut mengundang kerisauan kepada beberapa pemimpin senior Israel lainnya.

Laporan ini datang ketika mana demonstari besar besaran anti-Israel telah dibuat di luar kedutaan Israel di Kairo serta konsulat Israel di kota Iskandariyah Mesir selama beberapa minggu terakhir ini.(fq/prtv)

0 comments:

Post a Comment