Tuesday 19 April 2011

Usul 20 - Bahagian kedua

Syarah Usul 20

ASAS KESEBELAS:  

Semua bidaah yang dilakukan dalam agama Islam tanpa sandaran asalnya dan dipandang baik oleh segolongan manusia menurut hawa nafsunya, sama ada dengan menambah atau mengurangkan apa yang telah disyariatkan, adalah termasuk dalam perkara-perkara yang sesat yang wajib diperangi dan dihapuskan. ini hendaklah dilaksanakan dengan cara yang paling baik supaya tidak membawa kepada perkara yang lebih buruk dari bidaah itu sendiri. 

Penjelasan 

Melakukan bidaah dalam agama adalah haram. Bidaah yang dimaksudkan di sini ialah mengada-adakan ibadat atau muamalat yang tidak disyariatkan Islam, sama ada bidaah tersebut dengan cara menambahkan kepada apa yang telah disyariatkan atau mengurangkannya. Dalam hadith telah dinyatakan: 
 
 “Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu yang tidak ada dalam agama ini adalah ditolak”.

Yakni di tolak dan tidak diterima. Dalam hadith yang lain pula dinyatakan: 

“Semua bidaah itu sesat”.

Atas dasar ini Muslim haruslah melakukan ibadat dan muamalat dalam batas yang disyariatkan. Hawa nafsu  tidak harus memainkan peranan dalam urusan syariat Allah. Muslim juga haruslah berusaha menjauhkan manusia dari perkara-perkara bidaah dengan cara  bijaksana dan perkataan yang lembut.

Kenyataan telah membuktikan bahawa  perkara yang dibaiki dengan lemah-lembut lebih banyak dan perkara-perkara yang dapat diperbaiki dengan kekerasan, kerana manusia dalam kejahilan dan kebanyakan perkara bidaah itu telah terlalu lama dan berakar umbi  di kalangan manusia. Keadaan ini memerlukan pengubatan secarahalus, sabar, nasihat yang ikhlas, semoga Allah memberi taufik. Saudara tidak harus menggunakan kekerasan dalam usaha-usaha memerangi bidaah sekiranya saudara mengetahui bahawa kekerasan itu akan mengakibatkan perpecahan yang lebih buruk dari keburukan bidaah itu sendiri. 


ASAS KEDUABELAS: 

Bidaah yang dilakukan dengan menambah atau mengurangkan, terikat dengan cara-cara tertentu dalam melakukan ibadat yang mutlak adalah termasuk dalam masalah khilafiah. Setiap orang mempunyai pendapat yang tertentu. Tidak menjadi kesalahan mencari hakikat melalui bukti dan dalil. 

Penjelasan 

Bidaah dengan cara menambah bermaksud, menambah perkara yang telah disyariatkan Islam dengan perkara-perkara lain yang bukan disyariatkan. Bidaah dengan cara meninggalkan pula bermaksud meninggalkan sebahagian dari perkara-perkara yang telah disyariatkan. Termasuk dalam bidaah pertama ialah menambah bacaan yang tidak disyariatkan selepas azan dan termasuk dalam bidaah kedua ialah meninggalkan sembahyang sunat selepas sembahyang Jumaat sepanjang masa. 

Yang dimaksudkan dengan berpegang atau mengikat diri dengan ibadat yang mutlak ialah melakukan sejenis ibadat yang tertentu menurut ghalibnya ibadat ini dilakukan pada waktu-waktu yang tertentu sedangkan ibadat tersebut tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah (s.a.w), seperti membaca Al-Fatihah, Surah Al-Ikhlas tiap- tiap hari selepas sembahyang subuh atau ibadat-ibadat lain.

Ketiga-tiga perkara ini mengikut pendapat Mursyid ialah termasuk perkara-perkara khilafiah dan tidaklah menjadi kesalahan menyelidiki perkara-perkara tersebut untuk mengetahui apakah harus dilakukan mengikut syariat atau tidak. Kita berpendapat perkara tersebut lebih baik ditinggalkan kerana tidak pernah diriwayatkan dari Rasulullah (s.a.w) sedangkan ibadat yang diterima dan diriwayatkan daripada Rasulullah (s.a.w) sudah mencukupi bagi mereka yang inginkan kesejahteraan dalam agamanya dan mendapat kemenangan di akhirat. 

Atas dasar ini kita mewasiatkan supaya berpegang teguh dan membataskan ibadat dalam lingkungan ibadat-ibadat yang diterima daripada Rasulullah (s.a.w) sahaja, baik dan segi jenis ibadat tersebut, bentuknya, keadaannya, masa dan kaifiatnya. Kita  juga mewasiatkan supaya meninggalkan ibadat-ibadat yang tidak pernah diterima daripada Rasulullah (s.a.w) kepada Allah dan kerana Allah. 


ASAS KETIGABELAS:

Mencintai para salihin dan memuji-muji mereka berdasarkan amal-amal saleh yang mereka lakukan adalah sebahagian daripada taqarrub (menghampirkan diri kepada Allah). Wali-wali Allah ialah mereka yang disebutkan Allah dalam firmanNya: 

 “Orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa”. (S 10:63) 

Keramat berlaku kepada mereka dengan syaratsyarat yang telah ditentukan syariat. Di samping itu kita beriktikad bahawa mereka tidak berkuasa melakukan manfaat dan mudarat terhadap diri mereka sewaktu hidup dan sesudah matinya mereka, lebih-lebih lagi terhadap orang lain. 

Penjelasan 

1. Cintakan para salihin adalah sebahagian tandatanda iman, kerana seorang muslim mencintai mereka lantaran ketaatan mereka kepada Allah. Dengan itu, kecintaannya kepada mereka adalah juga kecintaannya 

Bencikan para salihin adalah merupakan tandatanda kelemahan, kekotoran dan kecacatan iman, lantaran inilah maka dsebutkan dalam hadith: 

 “Cintakan kaum Ansar sebahagian dari iman”. 

Kaum Ansar termasuk dalam golongan kekasih Allah dan hambanya yang salih. Oleh itu mencintai mereka adalah merupakan tanda-tanda iman, sebaliknya membenci mereka adalah meruakan tanda-tanda kelemahan iman. 

Di samping itu kecintaan yang dimaksudkan di sini bukanlah kecintaan yang melewati batas dengan memberikan kepada mereka sesuatu yang beliau tidak berhak menerimanya ian menganggap beliau mempunyai keistimewaan, yang leliau tidak miliki. Cintakan para salihin yang melewati batas ini bukanlah cinta yang syar’ ie dan tidak menjadi tanda kepada iman yang benar. 

Para salihin yang dimaksudkan di sini ialah wali-wali Allah. Wali-wali Allah adalah mereka-mereka yang benar-benar beriman dan bertakwa kepada Allah dalam lingkungan Qadar keriampuan manusia. Wali Allah yang paling tinggi darjatnya ialah para sahabat, kemudian diiringi oleh para tabii yang mengikuti jejak langkah mereka. 

Seorang muslim tidak seharusnya menaruh perasaan benci terhadap mereka, malah seorang Muslim yang hatinya dilimpahi iman haruslah mencintai dan memberi sanjungan kepada mereka.

 Termasuk juga dalam golongan aulia’ ialah jamaah Ikhwan Muslimin, jemaah yang menyebarkan dakwah Islamiah pada saat kekufuran dan kejahilan bermaharajalela. Mereka yang memusuhi dan menaruh perasaan benci terhadap Ikhwan Muslimin ternyatalah bahawa dalam hatinya tersembunyi sifat-sifat munafik, lemah iman, buta mata hati dan mereka yang mencintai Ikhwan Muslimin ternyatalah dalam hati mereka tersemat iman kesucian dan fitrah yang sejati. 

2. Keramat memang benar berlaku kepada wali-wali Allah. Keramat yang dimaksudkan di sini ialah perkara-perkara yang luar dari kemampuan manusia yang berlaku kepada para aulia. Keramat dalam pengertian ini telah banyak berlaku di zaman silam, juga berlaku sekarang dan akan datang. Keramat bukanlah merupakan suatu perkara yang boleh di anggap tidak baik dan ganjil. Keramat termasuk dalam linkungan perbuatan dan ciptaan Allah. 

Selain dari itu, kita ingin  menyentuh beberapa perkara: 

Pertamanya:  istikamah (tetap pendirian) dalam melakukan perintah agama adalah menjadi tujuan seorang muslim dalam melakukan amal saleh, bukan untuk mencapai darjat keramat. Anugerah keramat yang paling tinggi dan mulia bagi seorang Muslim daripada Allah ialah dengan menjadikannya seorang Muslim dan menetapkan pendiriannya dalam Islam hingga akhir hayat. 

Keduanya: Keramat hanyalah berlaku kepada wali-wali Allah. Perkara luar biasa yang berlaku kepada musuh Allah merupakan tipu daya syaitan untuk menjatuhkan mereka ke lembah kesesatan. Atas dasar ini, sebarang hukum yang kita letakkan kepada seseorang haruslah di dasarkan kepada amalannya dan sejauhmana beliau berpegang dengan syariat Allah, bukan berdasarkan kepada perkara-perkara luarbiasa yang berlaku kepada beliau. Kita tidak akan mempercayai seseorang yang cuba meyakinkan kita kebenaran sesuatu yang bercanggah dengan syariat Islam sekalipun beliau membuktikan perkara tersebut dengan kemampuannya menghidupkan yang mati atau memancarkan air dari perut bumi dan kita tidak menganggap perbuatannya itu sebagai bukti terhadap kebenaran perkara yang bercanggah dengan syariat Islam. Kisah Dajjal adalah menjadi bukti kepada apa yang telah kita katakan. 

3. Sekalipun keramat berlaku kepada wali-wali tetapi  mereka tidaklah berkuasa melakukan sebarang manfaat  dan mudarat terhadap dirinya sendiri apatah lagi orang lain. Oleh yang  demikian seorang muslim tidak boleh menyekutukannya dalam ibadat. Beliau tidak harus  takut kepadanya Usul Dua Puluh sebagaimana beliau takut kepada Allah. Beliau tidak harus berdoa kepadanya atau meminta pertolongan darinya. Kerana perkara yang seperti ini termasuk dalam lingkungan ibadat (pengabdian) dan adalah khusus hak Allah yang tidak boleh diberikan kepada selain daripadaNya. 


ASAS KEEMPATBELAS: 

Menziarahi kuburan  walaubagaimanapun adalah sunnah yang disyariatkan dan mestilah dengan syarat menurut cara yang diterima dan Rasulullah (s.a.w). Tetapi meminta pertolongan dari si mati, walaubagaimana bentuk sekalipun, demikian juga menyeru mereka supaya memberi pertolongan, meminta mereka menunaikan hajat, dari jauh atau dekat, bernazar kepada mereka, membina perkuburan, mengelambuinya,meneranginya dengan lampu dan memperluaskannya, juga bersumpah dengan nama selain Allah dan perkara-perkara yang seumpamanya, adalah bidaah dan dosa besar yang wajib diperangi. Kita tidak melakukan perkara-perkara tersebut demi menutup punca-punca kemungkaran. 

Penjelasan 

Menziarahi kubur menurut kaifiat yang diterima daripada Rasulullah (s.a.w) dengan tidak melakukan bidaah adalah disyariatkan dalam Islam.

Menziarahi perkuburan yang diluluskan dari segi syariat ialah dengan tujuan mengambil iktibar dan pengajaran. Seorang muslim yang menziarahi perkuburan haruslah membayangkan dalam benaknya bahawa akhir hayatnya akan sama dengan akhir hayat mereka yang sedang terbaring dalam pusara, biar sepanjang manapun umurnya beliau akan meninggalkan dunia. 

Bila beliau sampai di perkuburan beliau hendaklah memberi salam dan mendoakan ahli kubur dengan salam dan doa yang pernah diterima dari Rasulullah (s.a.w).

Sebahagian salam dan doa tersebut ialah: 

“Sejahteralah atau kamu, perkampungan orang-orang mukmin, kamu telah mendahului kami dan kami insyaAllah akan menemui kamu. Allah memberi rahmat kepada kamu yang terdahulu dan kami yang kemudian, kamu untuk kami dan kami akan mengikut kamu. Kami berdoa agar Allah memberikan kesejahteraan dan keampunan kepada kamu dan kami juga. Ya Allah, janganlah halang kami dari ganjaran mereka dan janganlah fitnah kami sesudah mereka, ampunkanlah kami dan mereka”.

   Dengan ini jelaslah bahawa menziarahi perkuburan adalah semata-mata bertujuan untuk mengambil iktibar dan pengajaran serta mendoakan mereka yang telah meninggal dunia. 

Selain dari itu musafir untuk menziarahi kubur-kubur yang tertentu tidak pernah diriwayatkan dalam hadith Rasulullah (s.a.w) malah diriwayatkan sebaliknya hadith yang melarang melakukan musafir dengan tujuan tersebut.

OIeh yang demikian seorang muslim haruslah memadai dengan hanya menziarahi perkuburan yang ada di negerinya atau di tempat tinggalnya. 

Bidaah yang dilakukan oleh kebanyakan  orang hari in ialah seperti meminta pertolongan kepada tuan yang empunya  kubur dan perkara-perkara lain yang telah disebutkan oleh Mursyid. Kesemuanya adalah bidaah dan wajib diperangi.

Kita jangan sekali-kali dikotori oleh bidaah-bidaah ini dan kita tidak harus merelainya walau dengan apa bentuk alasan dan penafsiran sekalipun. 


ASAS KELIMABELAS: 

    Doa yang dilakukan secara bertawassul (perantaraan) kepada Allah melalui makhluknya, adalah termasuk dalam masalah khilafiah pada segi kaifiat berdoa dan tidak termasuk dalam masalah aqidah. 

Penjelasan 

   Berdoa dan meminta sesuatu selain Allah tidak harus sama sekali dalam syariat Islam; seperti berdoa dan meminta kepada wali-wali tertentu. Umpamanya: beliau mengatakan; “Wahai wali ‘pulan’ sembuhkanlah penyakitku” atau lan-lain lagi. 

 Berdoa kepada Allah secara bertawassul (perantaraan) melalui makhlok Allah, umpamanya beliau mengatakan “Ya Allah aku bertawassul kepadaMu melalui sipulan agar engkau menyembuhkan penyakitku” atau dengan katanya “Ya Allah sembuhkan penyakitku dengan kemuliaan sipulan”. Doa-doa yang seperti ini telah menjadi perselisihan pendapat di kalangan ulamak sebagaimana yang telah dikatakan oleh Mursyid. Kita berpendapat doa-doa yang seperti ini adalah ditegah, kerana tidak pernah diriwayatkan bahawa Rasulullah bertawassul dengan makhluk Allah dalam doanya. Doa yang seperti ini juga tidak pernah diriwayatkan daripada para sahabat. Yang paling baik ialah mengikut Rasulullah dan para sahabatnya,bukan melakukan bidaah.


ASAS KEENAMBELAS 

   Uruf (kebiasaan) yang salah tidak dapat merubah makna-makna lafaz-lafaz syariat yang hakiki, malah wajiblah kita mempastikan batas makna yang dimaksudkan oleh lafaz-lafaz itu. Kita haruslah membataskan maknanya pada pengertian yang dimaksudkan itu sahaja. Kita harus berwaspada dan tertipu dengan perkataan-perkataan dalam semua bidang, dunia dan agama. Pengukuran haruslah berdasarkan kepada hakikat sesuatu benda itu, bukan kepada nama yang berikan. 

Penjelasan

Uruf (kebiasaan sekitar), ialah perkara yang diketahui ramai dan telah menjadi kebiasaan dalam kehidupan dan hubungan sesama mereka. Uruf yang bercanggah dengan hakikat syariat sebagaimana yang telah diterangkan oleh nas Al-Quran dan hadith adalah di anggap sebagai uruf yang salah dan batal.

Tidak boleh diterima dan harus mendapat perhatian berat, juga  tidak harus diikut sekalipun uruf tersebut telah dikenali  dengan berbagai nama dan istilah.

Umpamanya; kalau orang ramai mengenali dan menamakan arak atau minuman  yang memabukkan dengan nama lain, seperti susu atau madu, namun arak tetap arak. Demikian juga minuman yang  memabukkan, hukumnya tetap haram, sekalipun namanya diubah. Yang menjadi ukuran ialah hakikat sesuatu benda itu. Lafaz dan kalimah, juga pengertian yang terkandung di dalamnya haruslah disuaibandingkan dengan hakikat syariat.

 Andainya pengertian kalimah tersebut bertentangan dengan hakikat syariat wajiblah ditinggalkan dan tidak harus diikut. Andainya nama atau perkataan yang digunakan itu boleh menerima penafsiran yang benar dan salah pastilah ditukar dengan nama atau perkataan yang terdapat dalam syariat, agar jelas maksud dan pengertiannya; umpamanya perkataan Qaumiah (kebangsaan).

Perkataan Qaumiah ini mengandungi berbagai-bagai maksud dan pengertian yang salah dari segi syariat dan pengertian yang salah inilah pula yang dimaksudkan oleh mereka yangg memperjuangkan faham Qaumiah. Oleh yang demikian kita wajiblah meninggalkan perkataan ini dan tidak perjuangkannya. 

Sebagai kesimpulan dalam masalah ini, seorang Muslim sedapat mungkin haruslah menggunakan  perkataan-perkataan yang disyariatkan dan meninggalkan perkataan-perkataan lain yang tidak disyariatkan. An dainy beliau terpaksa menggunakan pengertian yang samar-samar pengertiannya beliau haruslah memberi batas-batas yang dimaksudkannya agar tidak berlaku  kekaburan dan kesamaran bagi mereka yang mendengar atau membacanya. 


ASAS KETUJUHBELAS: 

Akidah adalah asas kepada amal. Amal hati lebih penting dari anggota. Mencari kesempurnaan dalam kedua-dua bidang ini (amal hati dan amal anggota) adalah dituntut syarat, sekalipun taraf tuntutan itu tidak sama. 

Penjelasan

   Akidah Islamiah adalah akidah yang tegak di atas daar iman kepada Allah, malaikat, kitab-kitab Allah, rasuirasul, hari akhirat, Qadha dan Qadar sama ada baik atu jahat. Juga tegak di atas asas yang terkandung dalam akldah tersebut. Akidah Islamiah yang seperti ini adalah menjadi asas kepada amal dan amal tidak akan diterima jik tidak dilatarbelakangi oleh akidah Islamiah yang berfungsi sebagai pendorong untuk melakukan amal, sesuai dengan tuntutan akidah tersebut. Amal akan rosak dan tidak diterima apabila berlaku kecacatan, kerosakan dan kebatalan pada akidah. Demikian juga keadaannya apabila asas-asas akidah Islamiah tidak sempurna dalam akidah tersebut. 

   Sejauhmana akidah Islamiah dan asas-asasnya tertanam dalam jiwa, sejauh itulah pula beratnya amalan pada neraca amal dan sejauh itulah juga amal tersebut dapat membuahkan hasil yang baik. Samalah keadaannya dengan sepohon kayu, sejauhmana tunjangnya mendalam ke bumi, sejauh itulah ianya akan menghasilkan buah yang baik dan segar. 

Amal hati lebih penting dari amal anggota zahir, kerana hati adalah menjadi sumber yang mengarah untuk melakukan amal. Amalan anggota lahir akan diredhai Allah apabila hati telah  dipenuhi iman, ikhlas, bulat berserah kepada Allah, penuh perasan takut kepadaNya dan merasakan bahawa Allah sentiasa memerhatikannya. Lantaran itulah amalan hati itu lebih penting dari anggota lahir, malah ibadat-ibadat hati lebih ganjarannya daripada amal anggota zahir, seperti bertawakkal kepada Allah, redha dengan kahdhaNya, percaya dan mencintaiNya, takut dan membulatkan penyerahan diri kepadaNya.

Demikianlah juga ibadat-ibadat hati yang lain, di samping membersihkan hati daripada perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadat-ibadat tersebut.

 Sekalipun amal anggota zahir itu telah menjadi suatu kepastian dan amal hati amat memerlukan amal anggota zahir tetapi amal anggota zahir akan lebih bersih dan agong bila hati segar dalam melakukan ibadat. Sebaliknya amal anggota zahir akan pudar apabila hati  telah beku, lalai atau malas dalam melakukan ibadat dan amalnya.

 Oleh yang demikian seorang muslim haruslah memberikan perhatian berat kepada ibadat hati pada setiap masa, baikmasa pergi atau kembali, dalamperjalanan atau bermukim, waktu berkerja, waktu jaga dan waktu bersendirian.

Apabila sampai waktu melakukan amal dan ibadat anggota zahir seperti sembahyang, puasa dan jihad beliau haruslah melakukannya dengan cergas, menunaikannya dengan hati yang segar,  sedar, dan berhati-hati. Beliau tidak harus mencuaikan amal anggota zahir dengan alasan yang beliau masghul (sibuk) dengan ibadat hati, sebagaimana yang dilakukan oleh sebahagian orang-orang jahil dan setengah kalangan ahli-ahli tasauf. Ibadat anggota zahir pasti dilakukan dan tidak selayaknya dicuaikan di samping  tidak melalaikan ibadat hati.
 

ASAS KELAPANBELAS:

Islam membebaskan akal, mendorong supaya menilik dan mengamati kejadian alam keliling. Islam menjunjung tinggi kedudukan ilmu dan ulamak. Mengalu-alukan sesuatu yang baik dan bermanfaat. Hikmah adalah merupakan suatu barang yang  hilang dari seorang mukmin, di mana saja beliau mendapatinya beliaulah yang lebih berhak memilikinya.   

Penjelasan

  Islam membebaskan akal dari belenggu kejahilan, kesesatan dan kebatilan, kerana kebebasan berfikir dapat meletakkan manusia ke jalan yang benar dan memeliharanya daripada kegelinciran dan kesalahan. Ia dapat menyelesaikan masalah besar yang sentiasa menjadi bahan pemikiran manusia, menjawab masalah yang menjadi tanda tanya kepada manusia; dan mana kita datang, kenapa kita diwujudkan dan ke mana sudahnya akhir hayat ini. 

Kebebasan berfikir bukanlah bererti akal ini dapat bebas berfikir tanpa batas sempadan, malah kebebasan ini hanyalah berkisar dalam lingkungan batas tabi’i akal itu sendiri supaya akal dan khayal tidak bercampur baur yang membuatkan akal melihat kebatilan itu sebagai suatu hakikat dan kesalahan itu sebagai suatu kebenaran. 

Islam membebaskan akal daripada pengabdian diri terhadap selain Allah, membebaskan daripada berpegang dan  menganuti kebatilan dunia. Islam menggalakkan berfikir dan merenung kejadian alam. Al-Quran telah memuji dan memberikan sanjungan kepada mereka yang berfikir dan memerhatikan kejadian langit dan bumi, kerana dengan berfikir, dari memerhati kejadian alam akan menambahkan kekuatan iman mereka kepada Allah dan menambah pengetahuan mereka tentang kekuasaan Allah. 

Dalam zaman moden ini ummat Islam haruslah mengambil faedah daripada ilmu-ilmu yang bersangkut paut dengan kejadian alam dan ilmu-ilmu moden lain. Mereka haruslah mempelajari ilmu-ilmu tersebut agar mereka dapat mengetahui rahsia-rahsia alam dan mengumpulkan maklumat-maklumat ini dengan tujuan akan menggunakannya sebagai suatu wasilah dakwah di samping mereka mempergunakannya kepada perkara yang bersangkut paut dengan urusan dunia mereka.

 Islam menjunjung tinggi kedudukan  ilmu dan ulamak. ini jelas terdapat dalam ayat-ayat Al-Quran. Islam juga mengalu-alukan suatu yang baik dan bermanfaat, dengan kata lain Islam tidak melarang mempelajan sesuatu yang memberi manfaat kepada manusia seperti rekaan-rekaan moden, perusahaan industri dalam semua bentuk, ilmu perubatan, fizik dan kimia. Malah mengkaji dan mempelajari ilmu-ilmu tersebut telah menjadi fardhu kifayah kepada ummat Islam, memandangkan ummat Islam memerlukan ilmu-ilmu tersebut, juga memandangkan ilmu-ilmu ini adalah menjadi sebabsebab kekuatan sedangkan berusaha menyediakan kekuatan adalah wajib bagi ummat Islam. 

Seorang muslim haruslah mempelajari semua jenis ilmu dan perusahaan yang berguna dan memberi manfaat, sekalipun ilmu-ilmu tersebut diterima atau dimulakan atau ditemui oleh orang bukan Islam, kerana seorang muslim lebih berhak mengambil manfaat dari ilmu-ilmu yang berguna dan memberi manfaat daripada orang lain. Seorang muslim  tidak harus menolak kecuali perkara-perkara yang bertentangan -dengan Islam dan ditegah syariat. 


ASAS KESEMBILANBELAS: 

Boleh jadi masalah yang dibincangkan oleh syariat berlainan dengan masalah yang dibincangkan oleh akal, namun demikian syariat dan akal tidak akan bercanggah dalam perkara-perkara yang telah menjadi hakikat dan kenyataan. Percanggahan tidak akan berlaku antara hakikat ilmiah yang sah dengan kaedah syariat yang telah sabit. Perkara-perkara yang zanni (belum putus) dari sudut akal dan syariat haruslah ditafsirkan supaya bersesuaian dengan hakikat yang telah putus. Sekiranya pandangan syariat dan akal dalam sesuatu masalah itu masih zanni, maka pandangan syariat haruslah diutamakan untuk diikuti, hinggalah pandangan  akal dalam masalah tersebut dapat membuktikan kebenarannya atau gugur dengan sendirinya. 

Penjelasan

   Pandangan akal yang dimaksudkan di sini ialah sesuatu yang dapat dicapai oleh akal dalam hal yang bersangkutan dengan kejadian alam dan kehidupan. Yang dimaksudkan dengan  pandangan syariat ialah hukum halal haram dan masalah yang bersangkutan dengan kejadian alam dan penghidupan yang tersebut dalam nas Al-Quran dan hadith. 

Perkara yang dinaskan dalam Al-Quran, sama ada perkara-perkara yang bersangkutan dengan masalah halal dan haram atau masalah yang bersangkut paut dengan kejadian alam dan kehidupan adalah merupakan perkara hak dan putus, tidak boleh diperbincangkan lagi. Namun demikian boleh jadi nas Al-Quran yang menjadi dalil dalam sesuatu masalah itu tidak qat’iah (putus), dengan kata lain nas-nas Al-Qiran tersebut boleh ditafsirkan dengan pengertian-pengrtian lain, atau boleh jadi nas Al-Qur’an itu qat’iah dengan erti kata bahawa nas tersebut hanya mengandungi satu pengertian dan tidak boleh ditasirkan dengan pengertian lain. 
Nas Al-Quran yang qat’iah adalah merupakan dalil  yang putus dan pengertiannya haruslah diterima dengan tidak melihat kepada dalil-dalil yang biasa digunakan untuk mengetahui perkara-perkara halal dan haram atau dalil yang digunakan, untuk mengetahui  masalah yang bersangkutan dengan kehidupan. Pengertian yang terkandung dalam nas-nas tersebut adalah hak secara putus. Seorang muslim tidak  dibenarkan mencanggahi dan menyalahi pengertian tersebut. Sebagai contoh; ayat Al-Quran yang menerangkan Adam a.s dijadikan daripada tanah, ayat-ayat yang menceritakan wujudnya syaitan dan jin yang bertutur dan berakal dan lain-lain lagi. 

Nas Al-Quran yang tidak qat’iah pula, kita adalah diharuskan memilih salah satu dari pengertian-pengertian yang ditunjukkan oleh nas tersebut supaya kita dapat menyesuaikannya dengan hakikat yang telah putus dan sabit melalui percubaan dan dalil yang yakin, seperti pendapat yang mengatakan bahawa bumi ini bulat, nas Al-Quran ada membayangkan pengertian ini dan boleh ditafsirkan demikian. Maka dengan ini pendapat yang telah sabit, yang mengatkan bumi ini bulat adalah dapat diterima. 

Pengertian nas Al-Quran dan hadith yang qat’ei tidak mungkin bercanggah dengan hakikat yang telah sabit melalui dalil yang putus dan bukti yang nyata dan yakin. Sekiranya perkara yang dianggap sabit itu tidak mencapai peringkat yakin bolehlah mentafsirkan  ayat-ayat Al-Quran yang mengandungi berbagai pengertian dengan penafsiran Yang sesuai dengan tuntutan bahasa Arab dan berpandukan kepada sebab-sebab turunnya ayat tersebut. 

  Dalam kesemptan ini kita mengatakan bahawa Al-Quran adalah kitab hidayat, pengajaran dan akhlak bukan  buku fizik, handasah atau tumbuh-tumbuhan. Ilmu-ilmu tersebut dipelajari oleh manusia melalui penyelidikan dan percubaan dan akal, dan tidak ditegah mengkajinya. Sekalipun demikian boleh jadi Al-Quran menyentuh persoalan-persoalan alam dengan tujuan menarik pandangai manusia kepada kekuasaan  Allah dan keindahan ciptaannya dan dalam menyentuh pemasalahan alam  ini maka Al-Quran menyebutkan sebahagian dari hakikat-hakikat alam. Hakikat kejadian alam yang dinyatakan dalam Al-Quran adalah hakikat yang hak dan benar, sesuatu yang mencanggahi hakikat yang telah dinyatakan Al-Quran adalah dianggap batal, apabila ayat-ayat yang menyentuh hakikat tersebut terang dan jelas dalam menerangkan hakikat tersebut. 
 

ASAS KEDUAPULUH: 

Kita tidak mengkafirkan seorang Muslim berdasarkan pendapat atau maksiat yang dilakukannya sedangkan  beliau telah mengucap dua kalimah syahadah dan melakukan tuntutan syahadahnya iaitu dengan melakukan sesuatu yang telah difardukan kepadanya, kecualilah beliau berikrar dan mengakui kekufurannya, atau beliau mengingkari perkara yang diketahui secara pasti dalam agama, atau beliau mendustakan lafaz dan pengertian Al-Quran yang terang dan jelas, atau beliau menafsirkan Al-Quran dengan penafsiran yang tidak sesuai dengan aliran bahasa Arab atau beliau melakukan perbuatan yang tidak dapat ditafsirkan dengan tafsiran selain dari kekufuran. 

Penjelasan 

Mengkafirkan seorang Islam dengan menuduh beliau keluar daripada agama Islam adalah perkara yang amat bahaya, oleh yang demikian tuduhan ini hanyalah boleh dibuat bila seseorang itu melakukan perkara yang boleh mengeluarkan beliau daripada agama Islam (murtad), seperti beliau melakukan perbuatan atau perkataan yang tidak boleh ditafsirkan dengan tafsiran lain dan kufur; umpamanya beliau mengingkari masalah-masalah  agama yang telah putus (kat’ei) seperti beliau mengingkari sembahyang itu wajib, nba haram, mengatakan bahawa berpegang dengan  Islam itu bukan suatu kepastian yang wajib atau beliau mempersendakan Islam, mempersendakan Al-Quran atau beliau mencerca Allah dan RasulNya atau beliau mencemarkan Al-Quran dengan najis, mendustakan lafaz-lafaz  Al-Quran yang terang atau beliau mengingkari hari akhirat, mengatakan bahawa agama Islam itu kolot, ketinggalan zaman, tidak sesuai dilaksanakan dan tidak penting dalam zaman moden ini dan lain-lain perkataan yang boleh mengeluarkan seseorang yang melakukan atau memperkatakanNya dan Islam. 

   Seorang yang melakukan maksiat  seperti minum arak di samping itu beliau mengakui dan mengiktiraf asas-asas akidah Islamiah beliau adalah dianggap sebagai seorang Muslim yang mendurhakai, bukan kafir. Demikian juga sekiranya beliau melakukan perbuatan atau menuturkan perkataan yang boleh ditafsirkan dengan berbagai-bagai penafsiran, kita tidak berhak mengkafirkan beliau berdasarkan kepada perbuatan atau perkataan itu. 

   Patut disebutkan di sini bahawa setengah-setengah perbuatan itu kita namakan perbuatan kufur, sebagaimana yang terdapat dalam nas-nas syariat; umpamanya nas yang mengatakan: “Meninggalkan sembahyang itu kufur”, namun demikian mengkafirkan seseorang  tidak boleh dilakukan kecuali beliau telah melakukan perkara yang mengeluarkan beliau daripada Islam; umpamanya beliau mengingkari bahawa sembahyang itu wajib atau kita meminta beliau bertaubat dengan mengatakan kepadanya: “Jika kamu tidak sembahyang; kamu akan dibunuh”, Andainya beliau masih berkeras tidak mahu melakukan sembahyang dan mengutamakan dibunuh maka sikapnya itu membuktikan kekosongan dadanya daripada iman dan beliau mati dalam kufur kepada Allah. 

   Selain dari itu kita juga harus mengetahui bahawa kufur itu terbahagi kepada dua jenis; kufur asghar (kecil) yang tidak mengeluarkan seseorang yang melakukannya dari Islam dan kufur akbar (besar) yang mengeluarkan seseorang yang melakukannya dari Islam. Dengan membezakan di antara kedua-dua jenis kufur. ini kita dapat memahami sebahagian nas-nas syariat seperti nas yang mengatakan: Siapa yang bersumpah dengan nama lain dari Allah beliau telah syirik. Syirik yang muksudkan dalam nas ini tidaklah bererti mengeluarkan seseorang itu daripada Islam, malah ianya merupakan maksiat yang amat berat, demikianlah seterusnya dengan nas-nas yang lain. 

Penutup 

   Kita berdoa supaya Allah menunjukkan kebenaran kepada kita dan akhir doa kita; bahawa segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam. 

Waljahu-akbar-wa-lillahil-hamdu. 


0 comments:

Post a Comment