Thursday 28 April 2011

Hadis 13

Hadith 13 Arabic text

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:
 

Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.
 

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

 Pokok Perbincangan Hadis:

1) Nafi Iman - tidak sempurna iman sesaorang itu (belum capai hakikat iman)
 

2) Cintakan kebaikan kepada sesaorang muslim lain - cabang iman yang wajib.
 

3) Kesan hadis ini bagi kehidupan Salaf :
- kisah Abu Zar
- Ibnu Abbas - ketika menterjemahkan al-Quran menginginkan agar manusia semuanya memahami al-Quran sebagaimana beliau faham.
- Imam Syafi’e - mengharapkan agar orang ramai yang mempelajari ilmu darinya, mengajarkan pula kepada orang lain - cintakan kebaikan utk org lain.
 

Pengajaran hadis: 
1. Kasih sayang dan persaudaraan adalah antara tuntutan iman. lman seseorang mukmin tidak akan sempurna sekiranya dia ada menyimpan perasaan benci terhadap mana-mana saudaranya yang seagama.

2. Kedudukan kasih sayang dan persaudaraan dalam lslam amat tinggi dan penting. la adalah kekuatankedua bagi umat lslam yang dapat mengatasi kekuatan senjata.
 

3. Semua orang lslam adalah bersaudara, tanpa mengira rupa paras, warna kulit, bangsa dan sebarang perbezaan darjat.

0 comments:

Post a Comment