Monday 18 April 2011

Dr. Yusuf Abdullah Al-Qardawi

http://i-cias.com/e.o/ill/qaradawi_y01.jpg 

Al – Imam Syeikh ‘Allamah Professor Dr. Yusuf Abdullah Al-Qardawi adalah salah seorang tokoh ulama; yang sangat menonjol di zaman ini. Penglibatan beliau meliputi bidang ilmu pengetahuan, pemikiran, dakwah, ekonomi, pendidikan dan jihad. Asy-Syeikh merpuakan anugerah Allah untuk umat.

Faqih semasa, aktivis gerakan Islam, dai’e, sasterawan dan pemikir Islam yang telah mencapai kemuncak ketinggian ilmu – ilmu islam dan menjadi salah seorang Imam umat Islam di zaman ini. Sumbangannya sangat dirasai mewarnai seluruh penjuru bumi.

KELAHIRAN

Nama penuhnya ialah Yusf bin Abdullah bin Ali bin Yusuf. Al-Qardawi merupakan nama keluarganya yang diambil dari sebuah daerah bernama Qardhah dan dinisbahkan kepada keturunannya. Di kampong ini terletaknya maqam sahabat nabi yang di Mesir iaitu Abdullah bin harith bin Juzal-Zubaidi (86H)

Beliau lahir di sebuah desa kecil di Tanta, Mesir berna Saf turaan pada 9 September 1926. Al-Imam berasal dari keluarga yang kuat beragama. Bapanya bekerja sebagai petani dan keluarga ibunya bekerja sebagai peniaga. Namun bapanya meniggal ketika beliau berusia dua tahun.

PENDIDIKAN

Di usia 10 tahun, beliau sudah hala Al-Quran. Menamatkan pendidikan di Maahad Tanta dan Maahad Sanawi. Imam Al-Qardawi kemudian melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar, Fakulti usuluddin dan lulus tahun 1953. Beliau mendapat tempet pertama dari mahasiswa yang berjumlah 180 orang.

1954 : Ijzaha pendidikan dan mendapat tempat pertama daripada tiga kuliah yang ada di Al-Azhar dengan jumlah siswa 500 orang

1958 : Memperoleh Diploma dari Maahad Dirasat Al-Arabiyyah dan Al-Aliyyah dalam bidang bahasa dan sastera

1960 :Memperoleh Ijazah Sarjana Muda ( Master ) jurusan ilmu – ilmu Al-Quran dan Sunnah di fakulti Usuluddin

Gelaran doktornya (PhD) baru beliau peroleh pada tahun 1973 dengan tesis bertajuk “Zakat dan Pengaruhnya Dalam Menangani Masalah Sosial Masyarakat” yang kemudiannya disempurnakan menjadi Fiqh Zakat. Sebuah buku yang sangat komprehensif membahas persoalaan zakat dengan suasana semasa.

Sebab kelewatannya mendapat PhD adalah kerana beliau meninggalkan Mesir akibat kekejaman pemerintah yang berkuasa pada masa itu. Beliau menuju Qatar (1961) dan mendirikan fakulti Syariah dan Pusat Kajian Sejarah & Sunnah Nabi di Universiti Qatar. Al-Imam mendapat kewarganegaraan Qatar dan menjadikan doha sebagai tempat tinggalnya.

GURU – GURU DI AL-AZHAR

Antara guru – guru yang banyak mempengaruhi kehidupan ilmiahnya ilah Muhammad Abdullah Darraz, Mahmud Syaltut, dr. Abdul Halim Mahmud ( FAlsafah & Tasawuf ), Muhammad mukhtar Badir dan Muhammad Amin Abu Al-Raus ( Tafsir ). Muhammad Ahmadain dan Abu Hamid Al-Sazali ( Hadis ), salih Muhammad Ghalab ( Falsafah ) dan Tayyib al – Najjar ( Usul Fiqh ), Mutawalli Sya’rawi dan Muhammad Al – Ghazali ( di Maahad Tanta )

TOKOH TOKOH YANG DIKAGUMI

Imam Al-Ghazali ( Al – Ihya merupakan buku pertama yang dibaca semasa kecil ), pemikiran dan karya – karya peninggalan Imam Ibn TAimiyah dan muridnya, Imam Ibn Qayyim

TOKOH – TOKOH YANG MEMBENTUK PERIBADI

Hassan Al-Banna, Ustaz Al-Bahi Al-Khuli, Muhammad Al-Ghazali, Rashid redha ( Al – Manar ) – seorang juru islah abad ini yang mengemukakan idea – idea baru untuk umat Islam maju. Menyarankan islah, tajdid, ijtihad dan kembali kepada Al-Quran dan As – Sunnah dan manhaj salafi

LATAR BELAKANG KELUARGA

Imam Al – Qardawi memiliki tujuh anak ; empat puteri dan tiga putera.
Sebagai seorang ulama yang sangat terbuka, beliau membebaskan anak – anaknya untuk menuntut ilmu apa saja sesuai dengan minat dan bakat serta kecenderungan masing – masing.
Puteri pertamanya ( Ilham ) memperoleh Dr. PhD Fizik Nuklear, yang kedua ( Siham ) PhD Biologi ; kedua – duanya dari Britain, yang ketiga ( A’la ) telah meyelsaikan PhDnya, sementara yang keempat ( Asma’ ) juga telah meyelesaikan Phdnya di Universiti Nottingham, Britain.

Anak lelaki pertama ( Muhammad ) mendapat Phd dalam bidang Teknik elektro di USA, yang kedua ( Abdul Rahman ) lulusan MA Universiti Kaherah, Mesir ( 2000 ). Manakala yang bongsu ( usamah ) telah menyelsaikan kuliahnya di Fakulti Teknik, Jurusan Elektrik.

Beragamanya pendidikan anak – anak beliau adalah kerana sikap nelai useorang ulama yang menolak pembahagian ilmu secara terpisah. Semua ilmu sama ada islamik atau tidak islamik, bergantung kepda orang yang memandang dan memanfaatkannya. Pemisahan ilmu secara terpisah itu, menurutnya telah menghambat kemajuan umat Islam.

Dari tujuh anaknya, hanya seorang yang belajar di Darul Ulum Mesir dan menempuh pendidikan agama. Sedangkan yang lainyya, mengambil pendidikan umum dan semuanya diambil di luar negeri.

PENGLIBATAN DENGAN IKHWAN

Dalam perjalanan hidupnya, beliau pernah menempuj pendidikan penjara sejak zaman mudanya. Ketika mesir diperintah Raja farouk, belaiu dipenajrakan ( 1949 ), ketika itu umurnya baru 23 tahun, kerana penglibatannya dalan pergerakan Ikhwan Al-Muslimin. Pada April 1956, beliau ditangkap lagi saat terjadi Revolusi Jun di Mesir. Pada bulan Oktober beliau kembali 
terperosok do penjara tentera selama 2 tahun.

Imam Al – Qardawi terkenal dengan khutbah – khutbahnya yang berani sehingga sempat dilarang sebagai khatib di sebuah masjid di daerah Zamalik. Alasannya, khutbah – khutbahnya dinilai mempengaruhi pandangan umum tentang keitdakadilan rejim saat itu.

PEKERJAAN RASMI BELIAU

1961 : beliau bertugas sebagai pengetua sekolah menengai di Qatar.

1973 : Beliau mendirikan Fakulti Tarbiyah dan mengetuainya – menjadi asas kepada penubuhan University Qatar.

1977 : Dekan di Universiti Qatar sehingga 1990. Menubuhkan Pusat Kajian Sunnah dan Sirah Nabi.

1990/1 : Ditugaskan oleh pemerintah Qatar untuk mengetuai Majlis Ilmiah seluruh Universiti dan akademi di Algeria

SUMBANGAN
A.     
      A) Bidang Ilmu Pengetahuan

Imam Al – Qardawi telah menulis lebih 100 buah buku dengan keaslian dan nila ilmiah yang taida bandingnya meliputi Fiqh dan Usul Fiqh. Ekonomi Islam, Pengetahuan tentang Al – Quran dan Al – Sunnah, Aqidah, Dakwah dan Pendidikan, penyelesaian masalah menurut cara Islam, Tokoh – tokoh Islam, bidang Akhlah dan Tasawauf berdasarkan Al – Quran dan As – Sunnah, kebangkitan Islam, penyatuan fkrah dan pemahaman Islam, kesusasteraan dan syair, kumpulan ceramah, isu – isu kezaliman ( 1950an ), Islam sebagai alternative ( 1970an ), nilai dan akhlak dalam ekonomi Islam.
B.    
                     
             B) Fiqh dan Fatwa

Beliau menjadi rujukan utama seluruh ilmuan dan umat Islam hari ini. Al – Imam menjelaskan manhajnya dalam berfatwa melalui bukunya Fatawa Mu’asirah
C.       
      C) Dakwah dan Pendidikan

Beliau bekerja dalam pelbagai bidang, banyak aktiviti yang diterjuninya. Melibatkan diri dalam dakwah ikhwan Al – Muslimin seawall usia remajanya saat ketika masih di Tanta. Ketika ini beliau memanfaatkan saluran media sebagai alternative dalam menyampaikan dakwah.

D.      D) Seminar dan Muktamar

Antaranya tentang Ekonomi Islam ( Universiti Malik Abdul Aziz ), Dakwah ( Universiti Islam Madinah ), Fiqh Islam ( Universiti Muhammad Sa’ud ), Muktamar Islam dan orientalis ( Nadwah Ulama di India ), Sirah nabi dan Sunnah ( beberapa Negara ).
E.      
            E) Kunjungan dan Ceramah

Beliau menyampaikan ceramah di lebih 40 buah Universiti di seluruh dunia, pusat Islam, akademi dan organisasi. Mengunjungi dan mengadakan pertemua dan perbincangan di seluruh benua asia ; Asia, Afrika, Eropah, Amerika dan Australia.
F.      
            F) Ekonomi Islam

Beliau merupakan pendokong utama terbentuknya bank – bank Islam di seluruh dunia dan melibatkan diri secara langsung
G.     
             G) Kerja Kemasyarakatan

Memandu gerakan Islam dengan member perhatian kepada kerja – kerja amal dan membendung misionaris, usaha menyelamatkan mereka, mendirikan masjid, pelabgai akademi, institusi pendidikan, hospital dan pencetus penubuhan Lemabga Bantuan Islam Antarabangsa yang berpusat di Kuwait
H.    
       H) Bidang Gerakan dan Kebangkitan Islam

Beliau member perhatian kepada generasi muda dengan mengunjungi pelbagai benua, menyampaikan ceramah, dialog, penulisan dan pelabgai lagi usaha lain yang berkaitan.
I.        Pergerakan Island dan Jihad
Sejak remaja beliau terlibat denga dakwah, perhatian dan kepeduliannya sangat tiggi sehingga pernah berkali – kali merengkok di dalam penjara.
J.        
              I) Pebglibatan dengan Pertubuhan Dunia

Melibatkan diri dan mengetuai lebih 22 pertubuhan antarabangsa ; Pendidikan ( Qatar ), Pusat Kajian Peradaban ( Qatar,Jordan ), Fiqh Islam dan Rabitah Al – Alam Al – Islami ( Mekah ), sastera Islam, Ekonomi, Dana dan Perbankan Islam ( Kaherah, Qatar, Kuwait, Swiss ), Ahli Kehormat Pengajian Islam ( Universiti Islamabad, Universiti Osfodr, Perancis ), Dakwah ( Sudan ), Media ( Pakistan ), Budaya ( Internet ), Fatwa dan Penyelidikan ( Eropah )

0 comments:

Post a Comment