KENALI PAS

Klik gambar untuk senarai artikel.

Saturday, 30 April 2011

Ikhwanul Muslimin SYRIA Seru Rakyat Bangun

Ikhwanul Muslimin Syria Jumaat semalam (29/4) menuduh rejim Presiden Bashar al-Assad telah melakukan keganasan di negara itu dan menyerukan warga Syria untuk tidak menyerah terhadap tirani. "Setiap warga negara Syria tah rejim ini telah melakukan kekejaman di wilayah Syria, yang mensasarkan untuk membungkam keinginan yang diungkapkan oleh pemberontakan para patriot muda yang bercita-cita untuk kebebasan dan martabat," kata jemaah Ikhwan itu...

Ustaz Abu Bakar Al-Baqir

  Kelahiran Ustaz Abu Bakar al-Baqir dilahirkan pada tahun 1907 di kampung Gunung Semanggol, Bagan Serai, Perak tidak jauh dari Padang Rengas. Ustaz Abu Bakar al-Baqir atau dikenali juga Syeikh Abu Bakar al-Baqir berketurunan Jawa. Datuknya berasal dari Kendal, Jawa Tengah.Haji Abdul Jabbar, datuknya ialah orang pertama daripada keluarganya yang datang menetap di Gunung Semanggol lebih kurang 1850-an . Haji Abdul Jabbar untuk pertama...

Friday, 29 April 2011

Mesir Akan Buka Sempadan Rafah Secara Berterusan

Mesir sedang mempersiapkan untuk secara berterusan membuka sempadan Rafah dalam sebuah langkah yang akan memungkinkan warga dan barang masuk dan keluar dari sempadan Gaza. Laporan mengatakan Menteri Luar Negeri Mesir yang baru Nabil al-Arabi mengatakan dalam sebuah wawancara dengan Al-Jazeera pada hari Khamis kemarin (28/4) bahwa persimpangan akan dibuka dalam waktu sepuluh hari ke depan. Al-Arabi menyatakan bahwa langkah ini bertujuan untuk...

Berjuanglah untuk menegakkan agama Allah

  Orang yang memberi sumbangan harta benda pada jalan Allah SWT diberi pahala sampai kepada 700 kali ganda di mana kebiasaannya amal yang baik itu digandakan dengan 10 kali ganda tetapi pengorbanan harta benda kerana meninggikan agama Allah diberi pahala sampai kepada 700 kali ganda. Allah Taala berfirman dalam al-Quran bermaksud :"Jangan kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan." (Al-Baqarah ayat 195) Makna mencampakkan diri ke...

Thursday, 28 April 2011

Hadis 37

Daripada lbnu 'Abbas r.a. رضي الله عنهما daripada Rasulullah SAW, Baginda meriwayatkan suatu riwayat dari Allah SWT. Allah berfirman:   Sesungguhanya Allah telah menulis segala amal kebajikan dan amal kejahatan, kemudian Dia memperjelaskannya; maka barangsiapa yang terlintas mahu mengerjakan suatu kebajikan tetapi dia tidak melakukannya, Allah akan menulis kebajikan itu di sisiNya sebagai satu kebajikan sepenuhnya. Sekiranya dia terlintas...

Hadis 36

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:   Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup ke'aiban seorang muslim, nescaya...

Hadis 35

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:   Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya...

Hadis 34

Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman. Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim.   Pengajaran...

Hadis 33

Daripada lbnu 'Abbas r.a.( رضي الله عنهما ) bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:   Sekiranya manusia diberikan setiap tuntutan dan dakwaan mereka, nescaya ramai orang akan menuntut harta dan darah kaum lain (iaitu menuntut bunuh balas), akan tetapi mestilah tuntutan itu berbukti keterangan bagi pihak yang mendakwa dan sumpah bagi orang yang tidak mengaku Hadis ini hadis hasan diriwayatkan oleh al-lmam al-Baihaqie dan lain-lain sedemikian...

Hadis 32

Daripada Abu Sa'id ibn Malik ibn Sinan al-Khudrie r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Tidak ada mudharat dan tidak boleh melakukan kemudharatan. Hadis ini hadis hasan diriwayatkan oleh al-lmam lbnu Majah dan al-Daraqutnie dan lain-lain. la juga diriwayatkan oleh al-lmam Malik dalam kitab Muwattha'nya.  Pengajaran hadis: 1) Hadis ini menjelaskan suatu prinsip utama dalam kehidupan lslam, iaitu jangan mencari mudharat dan menyebabkan...

Hadis 31

Daripada Abu al-'Abbas Sahlu ibn Sa'ad al-Saa'idie r.a. beliau berkata:   Seorang lelaki telah datang menemui Nabi SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah! Tunjukkan daku suatu amalan yang apabila aku lakukannya, aku dikasihi oleh Allah dan dikasihi oleh manusia.  Baginda bersabda: Zuhudlah engkau terhadap dunia, nescaya Allah kasihkan engkau dan zuhudlah terhadap apa yang ada pada manusia, nescaya manusia akan mengasihimu.  Hadis...

Hadis 30

Daripada Abu Tha'labah al-Khusyanie Jurthum ibn Nasyer r.a. daripada Rasulullah SAW telah bersabda:   Sesungguhnya Allah Ta'ala telah memfardhukan beberapa fardhu maka janganlah kamu menghilangkannya (iaitu janganlah kamu mempersia-siakannya dan meninggalkannya), Dia telah menentukan beberapa batasan, maka janganlah kamu melampauinya, Dia telah mengharamkan beberapa perkara, maka janganlah kamu mencabulinya dan Dia tidak menyatakan hukum...

Hadis 29

Daripada Mu'az ibn Jabal r.a. beliau berkata: Aku berkata: Ya Rasulullah! Terangkan padaku suatu amalan yang boleh memasukkan aku ke dalam syurga dan menjauhkan aku daripada api neraka.  Baginda bersabda: Sesungguhnya engkau telah bertanya suatu perkara besar, namun sesungguhnya ia adalah ringan bagi orang yang dipermudahkan Allah; iaitu engkau menyembah Allah, jangan mensyirikkanNya dengan sesuatu, engkau mendirikan sembahyang, menunaikan...

Hadis 28

Daripada Abu Najih al-'lrbadh ibn Sariyah r.a. beliau berkata:   Rasulullah SAW telah menasihati kami suatu nasihat yang menggetarkan hati dan mencucurkan airmata. Kami berkata: Ya Rasulullah! la seolah-olah nasihat orang yang mahu mengucapkan selamat tinggal, maka berikanlah kami wasiat.  Baginda bersabda: Aku mewasiatkan kamu supaya bertaqwa kepada Allah 'Azza Wajala, supaya mendengar dan taat, sekalipun kamu diperintah oleh seorang...

Hadis 27

Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda:   Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya.   Hadis riwayat al-lmam Muslim.   Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu Baginda bersabda:   Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda...

Hadis 26

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:   Setiap anggota badan manusia adalah sedekah baginya pada setiap hari apabila terbit matahari; engkau berlaku adil (iaitu mendamaikan) antara dua orang (iaitu dua orang yang berbalah) adalah sedekah, engkau membantu seseorang naik kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah yang...

Hadis 25

Daripada Abu Zarr r.a. juga, (beliau meriwayatkan): Bahawa sebahagian sahabat Rasulullah SAW berkata kepada Nabi SAW:  Wahai Rasulullah! Orang-orang kaya telah mendapat banyak pahala. Mereka sembahyang sebagaimana kami sembahyang, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka bersedekah dengan lebihan harta mereka.   Baginda bersabda: Bukankah Allah telah menjadikan bagi kamu sesuatu yang kamu boleh bersedekah dengannya? Sesungguhnya...

Hadis 24

Daripada Abu Zar al-Ghifari r.a. daripada Rasulullah SAW berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Baginda daripada Allah SWT bahawa Dia berfirman:   Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya aku mengharamkan ke atas diriKu kezaliman dan Aku jadikannya di kalangan kamu sebagai suatu perkara yang diharamkan, maka janganlah kamu saling zalim-menzalimi.    Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua sesat kecuali orang yang Aku hidayatkannya, maka hendaklah...

Hadis 23

Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:   Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan.Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit danbumi.  Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu....

Hadis 22

Daripada Abu Abdullah Jabir ibn Abdullah al-Ansarie r.a., رضي الله عنهما (beliau meriwayatkan): Bahawa seorang lelaki telah bertanyakan Rasulullah SAW, dia berkata:  Bagaimana pandanganmu jika aku mendirikan sembahyang-sembahyang fardhu, aku berpuasa bulan Ramadhan, aku menghalalkan perkara yang halal dan aku mengharamkan perkara yang haram. Aku tidak akan menambah apa-apa lagi lebih daripada itu. Apakah aku akan masuk syurga? Baginda bersabda:...

Hadis 21

Daripada Abu `Amru - atau digelar juga Abu `Amrah - Sufian ibn Abdullah r.a. beliau berkata: Aku berkata:  Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah. Kemudian hendaklah engkau beristiqamah.  Hadis riwayat al-lmam Muslim.  Pokok Perbincangan Hadis : 1) Makna Istiqomah :    ...

Hadis 20

Daripada Abu Mas'uud 'Uqbah ibn 'Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:   Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh manusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu.   Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.  Pokok Perbincangan Hadis : 1) Malu- akhlak para nabi Allah & malaikat (warisan para nabi).   2)...

Hadis 19

Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku:  Wahaianak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allahakan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah...

Hadis 18

Daripada Abu Zar Jundub ibn Junadah dan Abu Abdul Rahman Mu'az ibn Jabal, r.a., رضي الله عنهما daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda:   Bertaqwalah engkau kepada Allah walaupun di mana engkau berada, dan iringilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskan kejahatan tersebut dan bergaullah sesama manusia dengan budi pekerti yang baik.  Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan....