1. Menegakkan Pemerintahan Islam
Pemerintahan Islam itu adalah berbentuk ‘khilafah’ atau ‘imarah mukminin’ ataupun disebut juga sebagai ‘imamatul uzma’.
Ia merupakan sebuah pemerintahan yang berteraskan kepada Syariah
Islamiah sama ada dari aspek perlembagaan, undang-undang, ekonomi atau
lain-lain.
Sebagaimana yang
ditakrifkan oleh al-Mawardi (ahli undang-undang), Abu Ya’la (ahli
undang-undang), Ibn Khaldun (ahli sosiologi), Imam Harmain al-Juwaini
(ulama ilmu kalam), Imam al-Ghazali (ulama tasawuf), Ibn Hazm Andalusi
(ulama fiqh) dan lain-lain iaitu:
خلافة عن النبوة في حراسة الدين وسياسة الدنيا به
Maksudnya:
“Menggalang ganti kenabian dalam urusan menjaga agama dan mentadbirkan dunia dengannya.”
Pengertian ini dirumus berdasarkan kata-kata Saidina Abu Bakar al-Siddiq r.a. sesudah wafatnya Rasulullah s.a.w:
إن محمدا قد مات فلا بد لهاذ الدين ممن يقوم به
Maksudnya:
“Sesunggunya Muhammad telah wafat, maka agama ini sudah pasti memerlukan orang yang menguruskannya.”
Ucapan
ini terus mendapat persetujuan dan sokongan padu dari kalangan para
sahabat yang menghadiri perhimpunan Sakifah Bani Saadah yang berakhir
dengan pencalonan beliau (Saidina Abu Bakar r.a.) sebagai khalifah yang
menggantikan Rasulullah s.a.w.
2. Hukum Menegakkan Pemerintahan Islam
Terdapat
ramai ulama yang membicarakan tentang pemerintahan Islam, ini
menunjukkan bahawa perkara ini perlu diambil berat dan dibincangkan
dengan serius. Antaranya ialah mereka yang disebutkan sebelum ini iaitu
al-Mawardi (ahli undang-undang), Abu Ya’la (ahli undang-undang), Ibn
Khaldun (ahli sosiologi), Imam Harmain al-Juwaini (ulama ilmu kalam),
Imam al-Ghazali (ulama tasawuf), Ibn Hazm Andalusi (ulama fiqh) dan
ramai lagi yang membicarakan tentang tajuk ini dalam penulisan mereka.
Sebagai contoh kita ambil sahaja kata-kata al-Faqeh al-Makruf Ibn Hazm
Andalusi:
Yang bermaksud:
“Para
ulama daripada ahli sunnah wal jamaah, al-Murji’ah, al-Syiah dan
al-Khawarij bersatu pendapat dalam menyatakan bahawa menegakkan
pemerintahan Islam itu adalah wajib, maka seluruh umat berkewajipan
melakukan taat kepada imam yang adil yang menegakkan hukum-hakam Allah,
yang mentadbir dan memerintah dengan syariat Allah sebagaimana yang
dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.”
Namun
begitu terdapat satu puak daripada Khawarij yang digelar al-Najdat yang
mengatakan bahawa tidak wajib menegakkan kerajaan yang seumpama itu.
Walaubagaimanapun golongan mereka sudah tidak wujud lagi sekarang ini.
Pendapat golongan ini ditolak oleh ijmak ulama yang telah disebutkan
sebelum ini, lebih-lebih lagi apabila kita dapati al-Quran dan al-Sunnah
turut menyatakan wajibnya menegakkan Islam sebagaimana yang dinyatakan
dalam ‘al-Fasl fil malal wal Ahwa’ wa Nahl’.
3. Wajibnya Menegakkan Pemerintahan Islam Itu Berdasarkan Syara’ Dan Berdasarkan Kepada Akal.
Kita
telah menegaskan bahawa menegakkan pemerintahan Islam itu adalah wajib.
Apakah wajibnya itu berdasarkan syara’ atau berdasarkan akal atau
kedua-duanya sekali?
Al-Mawardi, Abu
Ya’la, Ibn Hazm dan Ibn Khaldun menyatakan bahawa syara’ dan akal
sama-sama mewajibkan kita menegakkan pemerintahan Islam berdasarkan
dalil-dalil al-Quran, Sunnah, Ijmak dan akal (logik).
Allah Ta’ala berfirman:
يا أيها الذين آمنوا أطيعوا الله وأطيعوا لرسول وأولي الأمر منكم
Maksudnya:
“Wahai
orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah SWT dan taatlah
kamu kepada Rasul serta pemimpin-pemimpin dari kalangan kamu.”
Ayat ini bermaksud difardhukan kita mentaati Allah, Rasul dan ulil amr yang memerintah kita.
Rasulullah s.a.w. antara lainnya ada bersabda:
سيليكم
بعدي ولاة فيليكم البر ببرة والفاجر بفجوره فاسمعوا لهم وأطيعوا فيما وافق
الحق وصلوا وراءهم فإن أحسنوا فلكم ولهم وإن أساءوا فلكم وعليهم.
(رواه الدارقطني)
Maksudnya:
“Selepas
aku, kamu akan dipimpin oleh banyak pimpinan, maka yang baik memimpin
kamu dengan kebaikan dan yang zalim pula memimpin kamu dengan kezaliman,
maka dengar dan taatilah kamu dalam perkara yang menepati kebenaran,
maka jika mereka berbuat baik maka kebaikan itu untuk mereka dan jika
mereka berbuat jahat maka kejahatan itu terkena ke atas diri mereka
sedang kamu terus mendapat kebaikan.” (Riwayat Daru Qatni)
Selain
dari al-Quran dan Sunnah, para sahabat dan tabiin telah sebulat suara
mengatakan wajibnya menegakkan pemerintahan yang serupa itu
(pemerintahan Islam). Para ulama yang disebutkan sebelum ini pula telah
memutuskan secara ijmak tentang wajibnya, sementara dari segi logik,
manusia itu tidak boleh hidup dalam keadaan porak-poranda tanpa tanzim,
maka setiap tanzim perlu sama ada persetujuan kepada pencalonan yang
kita sebutkan di atas nama bai’ah amah atau syahadah, setiap umat Islam
yang akil baligh diwajibkan menyertainya.
Atas nama bai’ah ianya wajib berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w.:
ومن مات وليس فى عنقه بيعة مات ميتة جاهلية
(رواه مسلم)
Maksudnya:
“Sesiapa yang mati yang tidak pernah melakukan bai’ah nescaya matinya itu dalam keadaan jahiliyah.” (Riwayat Muslim)
Antara lafaz bai’ah itu ialah:
أبايعك على أن تقيم فينا كتاب الله وسنة نبيه
Maksudnya:
“Aku memberikan bai’ahku kepada kamu dengan syarat kamu menegakkan ke atas kami kitab Allah SWT dan sunnah Rasul-Nya s.a.w.”
Adapun atas nama syahadah ianya wajib kerana antara lainnya bersandarkan kepada firman Allah Taala:
وأشهدوا ذوي عدل منكم
Maksudnya:
“Dan hendaklah kamu persaksikan dua orang yang adil dari kalangan kamu.”
وأقيموا الشهادة لله
Maksudnya:
“Dan hendaklah kamu tegakkan syahadah semata-mata kerana Allah.” (Al-Talak: 2)
Diawasi oleh pihak yang berkuasa, maka yang berkuasa di dalam sesebuah negara ialah pemerintah. Rasulullah s.a.w. bersabda:
إذا خرج ثلاثة فى سفر فليؤمروا أحدهم
(رواه أبو داود)
Maksudnya:
“Jika tiga orang berada di dalam pelayaran, maka hendaklah mereka melantik seorang ketua.” (Diriwayatkan Abu Daud)
Hadith
ini menunjukkan bahawa nabi mewajibkan perlantikan ketua dalam
perlantikan yang kecil, maka apatah lagi kumpulan yang lebih besar dan
terbesar seperti yang wujud pada hari ini.
4. Cara-Cara Menegakkan Pemerintahan Islam
Sebelum
ini kita menyatakan bahawa pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah.
Pembentukannya dilakukan melalui perlantikan pemimpin tertinggi iaitu
khalifah dan khalifah pula akan melantik pembantu-pembantunya sama ada
ahli syura, jemaah menteri dan lain-lain.
Dalam
keadaan biasa, perlantikan khalifah itu berlaku melalui tiga peringkat
iaitu pencalonan, penapisan calon dan pungutan suara rakyat yang berhak
bersuara. Cara ini dikenali dengan bai’ah amah. Hal ini dipetik dari
peristiwa perlantikan Saidina Abu Bakar al-Siddiq, di mana beliau
dicalonkan dan disahkan pencalonannya di dalam perhimpunan di Thaqifah
Bani Saadah. Kemudian selepas itu dilakukan bai’ah amah di Masjid
Nabawi. Bai’ah Ammah itu yang kadang kala dipanggil pungutan suara ramai
(استفتاء عام) dan kadangkala disebut dengan nama al-syahadah iaitu para
saksi yang juga dipanggil pengundi, adalah bertujuan memberikan
penapisan dan pengesahan bahawa calon itu layak dan memiliki
syarat-syarat yang dikehendaki oleh Islam.
5. Kewajipan Umat Di Dalam Menegakkan Pemerintahan Islam
ولا يأب الشهداء إذا ما دعوا
Maksudnya:
“Dan janganlah para saksi itu enggan apabila mereka dipanggil.” (al-Baqarah: 282)
ولا تكتموا الشهادة ومن يكتمها فإنه آثم قلبه
Maksudnya:
“Dan janganlah kamu menyembunyikan syahadah dan sesiapa yang menyembunyikannya maka sesungguhnya berdosalah hatinya.” (al-Baqarah: 283)
Oleh
kerana itu para pengundi haruslah mempunyai syarat-syarat yang
dihendaki pada saksi iaitu antara lainnya bersifat adil. Mereka
seharusnya memberikan persetujuan atau sokongan kepada seseorang calon
itu hanya berdasarkan kelayakan dan matlamat pencalonan seperti mana
diperkatakan:
أبايعك على أن تقيم فينا كتاب الله وسنة نبيه
Maksudnya:
“Aku memberikan bai’ahku kepada kamu dengan syarat kamu menegakkan ke atas kami kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya s.a.w.”
6. Mendaftar Diri Sebagai Pemilih
Sayugia
diingatkan bahawa menegakkan pemerintahan Islam di Malaysia perlu
melalui beberapa proses yang di antara lainnya mendapat suara majority
di dalam Dewan Rakyat atau di Dewan Undangan Negeri. Untuk mendapat
suarau majority di Dewan Rakyat atau di Dewan Undangan Negeri, sesebuah
parti itu mestilah memenangi kerusi-kerusi terbanyak di dewan-dewan
tersebut. Untuk memenangi kerusi-kerusi yang dipertandingkan dalam
pilihanraya, mestilah perlu mendapat sokongan pengundi yang lebih ramai
(majority). Undi yang serupa itu tidak akan diperolehi kecuali para
pencinta Islam layak menjadi pengundi dan mereka tidak akan layak
mengundi (mengikut peraturan yang ada) kecuali mereka didaftarkan
sebagai pemilih. Oleh kerana itu, berdasarkan kepada fakta-fakta yang
telah kita bincangkan di atas dan berdasarkan kaedah fiqh:
ما لا يتم الواجب ألا به فهو واجب
Maksudnya:
“Sesuatu itu tidak sempurna yang wajib melainkan dengannay maka ia menjadi wajib.”
Maka dengan itu, mendaftarkan diri sebagai pengundi di dalam negara Malaysia ini adalah menjadi wajib mengikut hukum syarak.
7. Kesimpulan Dan Penutup
Semua
mengetahui dan memperakui bahawa melaksanakan hukum syarak itu adalah
wajib. Ia tidak boleh dilaksanakan kecuali wujudnya kerajaan Islam. Maka
mewujudkan kerajaan Islam adalah wajib.
Dalam
konteks di negara kita Malaysia, menyertai pilihanraya adalah wajib
berdalilkan hujah-hujah yang dibincangkan tadi. Maka kita berseru kepada
semua pencinta Islam supaya setiap langkah yang memungkinkan ke arah
tertegaknya sebuah pemerintahan yang mendaulatkan konsep حاكمية الله
dilaksanakan dengan sempurna, manakala tugas-tugas sampingan yang lain
pun menjadi perlu dan penting juga berdasarkan kaedah fiqh di atas
iaitu:
ما لا يتم الواجب ألا به فهو واجب
Maksudnya:
“Sesuatu itu tidak sempurna yang wajib melainkan dengannay maka ia menjadi wajib.”
Kesemua
ini memberi erti bahawa perlu dan pentingnya bagi setiap pencinta,
penyokong dan pendokong Islam menyiapkan diri dan bekerja
bersungguh-sungguh dalam suatu organisasi yang tersusun rapi di mana
setiap anggota memainkan peranan masing-masing sesuai dengan
kebolehannya serta tanggungjawab yang diamanahkan bermula dari
sekecil-kecil tugas seperti menampal poster sehinggalah ke sebesar-besar
tanggungjawab seperti menjadi calon demi untuk memungkinkan golongan
Islam dapat merampas tapak pemerintahan yang sememangnya diamanahkan
oleh Allah Ta’ala kepada pejuang-pejuang Islam tulen.
Link Asal: http://dupnk.org.my/v1/index.php/kategori-politik/siasah-syar-iyyah/93-kewajipan-mengundi-mengikut-hukum-syarak
longchamp pas cher, ray ban sunglasses, tory burch outlet, longchamp outlet, tiffany and co, louis vuitton, christian louboutin outlet, oakley sunglasses wholesale, louis vuitton, prada outlet, chanel handbags, jordan shoes, christian louboutin, longchamp outlet, gucci handbags, tiffany jewelry, nike roshe, polo ralph lauren, nike air max, louis vuitton outlet, nike air max, louis vuitton outlet, uggs on sale, ray ban sunglasses, louboutin pas cher, prada handbags, cheap oakley sunglasses, ugg boots, ugg boots, sac longchamp pas cher, jordan pas cher, nike free, replica watches, michael kors pas cher, burberry pas cher, oakley sunglasses, oakley sunglasses, replica watches, kate spade outlet, oakley sunglasses, air max, louis vuitton outlet, nike free run, longchamp outlet, polo outlet, ray ban sunglasses, christian louboutin shoes, nike outlet, christian louboutin uk
ReplyDeleteherve leger, gucci, bottega veneta, new balance shoes, louboutin, iphone cases, north face outlet, hollister clothing, vans outlet, nike roshe run, p90x workout, mac cosmetics, nike huaraches, longchamp uk, hollister, converse, babyliss, celine handbags, jimmy choo outlet, beats by dre, soccer jerseys, reebok outlet, chi flat iron, ferragamo shoes, giuseppe zanotti outlet, timberland boots, mont blanc pens, nike trainers uk, wedding dresses, asics running shoes, abercrombie and fitch, north face outlet, insanity workout, oakley, vans, baseball bats, soccer shoes, instyler, lululemon, valentino shoes, ray ban, nfl jerseys, hollister, nike air max, hermes belt, converse outlet, ralph lauren, nike air max, mcm handbags, ghd hair
ReplyDeleteالروضة
ReplyDeleteتركيب أرضيات ثلاثية الأبعاد دبي
ارضيات الايبوكسي ثرى دى دبى