KenyataanKetua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI),
Datuk Chamil Wariya, menuduh PR berjanji untuk menghapuskan semua
undang-undang berkaitan media massa satu kenyataan yang karut. Pengampu
media Umno cuba mengalih isu. Nanti mereka boleh tuduh pula PR tidak
perlu mahkamah dan polis serta SPRM, kononnya atas alasan kebebasan.
Bilakah pemimpin PR yang mendakwa tidak perlu langsung kepada
undang-undang untuk kawal media?. Apa yang ditentang ialah terlalu
mengawal maklumat, walau pun untuk kepentingan awam. Misalnya
penyelewengan di dalam pemberian kontrak sehingga merugikan rakyat
seperti amalan kerajaan BN pada hari ini yang sudah menjadi rahsia umum,
yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara.
Tidak munasabah PR hendak menghapuskan undang-undang media. Jika
tidak ada undang-undang, maka penyebar fitnah akan melampau. PR bukan
sahaja hendak betulkan media, malahan hendak betulkan seluruh sistem
yang sudah rosak angkara BN selama 55 tahun. Pengampu media yang menjadi
penyebar fitnah juga akan disekolahkan semula supaya memahami etika
kewartawanan.
Yang paling kelakar ialah mereka mendakwa pelbagai fitnah dan
tohmohan mudah dilemparkan jika tidak ada undang-undang yang mengikat
penyebaran maklumat. Etika kewartawanan tidak lagi bermakna dan
pemilikan media massa oleh pihak asing yang berniat jahat terhadap
negara juga mungkin berleluasa.
Kenyataan ini seolah-olah meludah ke muka media pro Umno yang
melakukan fitnah tanpa mengira hukum agama dan undang-undang.
Lebih-lebih lagi di musim pilihanraya. Mereka bertindak demikian kerana
mereka sedar mereka akan dibela dan disediakan dana saman fitnah oleh
bos-bos Umno.
Dakwaannya lagi media di negara ini tertib kerana ada undang-undang. Satu kenyataan yang lucu daripada pengampu Umno seolah-olah macam dia berbicara dengan rakyat Malaysia yang buta mata. Apakah laporan di dalam Utusan Malaysia itu tertib dan berakhlak? Contohnya isu video kononnya gambar DS Anuar Ibrahim yang disiarkan oleh media Umno. Layakkah akhbar ini yang sampai di sekolah-sekolah dibaca oleh pelajar yang mentah dari segi hubungan seks.
Ustaz Haji Idiris bin Haji Ahmad
> Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
> Pengarah Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS
> Pengarah Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS
Link Asal: http://idrisahmad.wordpress.com/2013/03/29/pr-tidak-mahu-media-pemfitnah/
herve leger, gucci, bottega veneta, new balance shoes, louboutin, iphone cases, north face outlet, hollister clothing, vans outlet, nike roshe run, p90x workout, mac cosmetics, nike huaraches, longchamp uk, hollister, converse, babyliss, celine handbags, jimmy choo outlet, beats by dre, soccer jerseys, reebok outlet, chi flat iron, ferragamo shoes, giuseppe zanotti outlet, timberland boots, mont blanc pens, nike trainers uk, wedding dresses, asics running shoes, abercrombie and fitch, north face outlet, insanity workout, oakley, vans, baseball bats, soccer shoes, instyler, lululemon, valentino shoes, ray ban, nfl jerseys, hollister, nike air max, hermes belt, converse outlet, ralph lauren, nike air max, mcm handbags, ghd hair
ReplyDeletecoach outlet, swarovski crystal, hollister, thomas sabo, canada goose outlet, moncler outlet, marc jacobs, toms shoes, links of london, karen millen uk, canada goose, canada goose, louis vuitton, louis vuitton, moncler outlet, lancel, louis vuitton, montre pas cher, ugg uk, wedding dresses, canada goose uk, juicy couture outlet, pandora charms, barbour, pandora uk, pandora jewelry, replica watches, moncler, ugg,ugg australia,ugg italia, ugg pas cher, barbour uk, moncler uk, canada goose jackets, canada goose outlet, moncler, ugg,uggs,uggs canada, supra shoes, canada goose outlet, moncler, pandora jewelry, louis vuitton, moncler, louis vuitton, ugg, doudoune moncler, juicy couture outlet, canada goose, swarovski
ReplyDelete