Saya membaca dengan teliti tulisan Tun
Dr Mahathir, mantan Perdana Menteri dan Presiden UMNO dalam Utusan
Malaysia beberapa hari lalu. Isi tulisan beliau telah mendedahkan
hakikat sebenar bahawa itulah kefahamannya terhadap Islam dan sekadar
itulah sahaja pembacaannya daripada sejarah perjuangan kemerdekaan.
Tanpa merasa bersalah kerana memutarkan fakta sejarah, Tun Dr Mahathir
telah menyatakan bahawa penubuhan PAS adalah kerana kebencian dan
kedengkian golongan berpendidikan agama terhadap kumpulan berpendidikan
barat dan kebangsaan, disebabkan harta dan pangkat, sehingga mencetuskan
kebencian dengan isu kafir mengkafir dan lain-lain. Hujah ini bukan
sahaja salah dengan fakta sejarah, bahkan menggambarkan fikiran
simplistik dan kekeliruan yang amat nyata! Nampaknya beliau berdepan
dengan “Denial Sydrome” yang amat parah.
Seluruh
kajian sejarah secara ilmiah, oleh kalangan Islam dan Barat mendedahkan
agenda penjajahan secara khusus ke atas umat Islam adalah
bermatlamatkan permusuhan dan dengki terhadap Islam dan penganutnya,
bukan sekadar menakluk bumi dan mengaut hasilnya untuk mereka . Kajian
orientalis juga mededahkah bahawa penjajah lebih faham daripada penganut
Islam seperti Tun Mahathir. Mereka memahami bahawa rahsia jati diri
umat Islam adalah kerana pegangan mereka dengan ajaran Islam yang
sempurna sebagaimana yang ada dalam al- Quran dan Sunnah secara
menyeluruh, bukan sahaja dalam perkara ibadat, bahkan cara hidup (way of
life) yang melibatkan politik, ekonomi dan lain-lain. Snouck Hurgronje
(1857- 1936), seorang orentalis Belanda yang membuat kajian terhadap
masyarakat Islam menegaskan, bahawa perkara yang paling merbahaya kepada
Barat ialah doktrin politik dalam pengajian agama Islam oleh kalangan
ulama yang membawa kepada perjuangan menentang penjajah dan menegakkan
semula negaranya. Kenyataan ini menunjukkan kepada kita bahawa
penjajahan barat adalah juga kerana kedengkian dan permusuhan terhadap
agama Islam, bukan semata-mata penjajahan penganutnya sahaja.
Berikutan
dengan kegagalan tersebut dilaksanakan pula agenda pendidikan
kebangsaan, bagi menanam fahaman fanatik kebangsaan (asobiyyah) yang
dijadikannya sama dengan agama Islam. Dalam keadaan jahil agama, rakyat
menerima pendekatan penjajah yang membenarkan mereka beribadat dan
melakukan upacara agama akan tetapi membiarkan mereka terus jahil Islam
dalam hukumnya yang menyeluruh dan tidak berpolitik yang menjadi ancaman
kepada mereka.
Pengajian Pondok dan
sekolah agama ditubuhkan oleh kalangan ilmuan Islam berkelulusan
daripada Makkah, Al-Azhar, India dan lain-lain adalah daripada gerakan
tajdid dan islah menentang penjajahan pemikiran terhadap umat. Mereka
bukan sahaja berjaya memelihara ajaran Islam yang murni, bahkan juga
telah melahirkan ilmuan Islam yang memimpin masyarakat secara percuma,
tanpa hasad dengki terhadap mereka yang digajikan oleh kerajaan
penjajah, bahkan ramai yang menolak tawaran jawatan kerajaan penjajah.
Pendekatannya
ialah ilmu Islam dipertahankan , dalam masa yang sama menerima semua
ilmu dari Timur dan Barat yang berfaedah kepada umat dengan jati diri
Islam, akidah, syariat dan akhlak, sehingga tidak terpengaruh dengan
pemikiran negatif terhadap Islam.
Penubuhan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pula adalah mata rantai perjuangan
kemerdekaan yang berlandaskan Islam, sejak kejatuhan Melaka 1511 dan
penubuhan parti-parti Islam selepasnya yang diharamkan oleh penjajah
Inggeris dan Belanda. Para ilmuan dan ahli akademik yang mengkaji
sejarah sehingga ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) telah menemui
catatan-catatan penubuhan parti-parti Islam ini, yang masih disimpan
dalam Public Record Office di England. Di antaranya ialah penubuhan
cawangan Parti Syarikat Islam di Tanah Melayu sejak awal abad dua puluh
(1908 dan selepasnya), tetapi diharamkan oleh pihak penjajah British.
Kalangan yang sebaya dengan Tun Mahathir tetap tidak lupakan penubuhan
Hizbul Muslimin yang diharamkan oleh penjajah dan menyamakannya dengan
Komunis dan “bahaya dari gunung”, sebaliknya pihak penjajah membenarkan
Parti UMNO yang berteraskan kebangsaan melayu dengan Islam caranya,
bergerak dengan bebas di seluruh negara di masa darurat.
Penubuhan
PAS pada tahun 1951 pada awalnya dengan mengambil kesempatan daripada
muzakarah di bawah anjuran Biro Agama UMNO, bagi membincangkan
penggunaan duit loteri untuk kerja kebajikan. Keadaan ini diambil peluan
oleh kalangan Islam bukan UMNO dengan menubuhkan NGO Persatuan Islam
SeTanah Melayu (PAS). Akhirnya bertukar menjadi parti politik berdaftar,
bertanding menentang UMNO, kerana fahamannya yang sesat, apabila
memisahkan politik daripada agama Islam, atau politik Islamnya mengikut
kehendak penjajah, iaitu Islam tanpa daulat.
Paling
menarik penubuhan PAS dan perjalanannya sejak awal, bukan sahaja
melibatkan kalangan ulama, bahkan PAS disertai juga oleh tokoh-tokoh
berbagai lapangan. Yang Dipertua PAS yang kedua ialah Dr Haji Abbas
Alias lulusan Universiti Singapura seperti Tun Mahathir juga, tetapi
beliau menolak UMNO kerana ideologinya salah, walau pun ahli UMNO
menganut Islam. Bersama PAS juga ialah Datuk Abu Samah (SUK Pahang),
Prof Ahmad Ibrahim, Prof Ungku Umar, Aminuddin Baki , Taha Kalu (pegawai
polis), Datuk Wan Ahmad dan lain-lain.
Negara
kita ini menerima kemerdekaan melalui permaidani merah yang dibentang,
diterima oleh UMNO, dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh British.
Tokoh-tokoh PAS juga berjuang kemerdekaan sebelum penubuhannya dengan
menghadapi tekanan pihak British, ada yang masuk penjara dan sebagainya.
PAS tetap menerima kemerdekaan negara walau pun dengan belenggu
penjajahan yang masih ada, khususnya penjajahan pemikiran. PAS tetap
menyertai pilihanraya kerana kewajipan politik daripada ajaran Islam,
tidak ada kena mengena dengan ulama UMNO yang menuntut sepuluh kerusi
dan habuan yang lain. PAS mengemukakan dasar, konsep dan sistem
pentadbiran yang berbeza dengan UMNO, walaupun menghadapi tekanan,
penipuan dan khianat menjatuhkan kerajaannya di Terengganu dan Kelantan
oleh UMNO yang sebangsa dan seagama, dengan cara yang tidak beretika,
tidak demokratik dan mencanggahi perlembagaan.
Isu
kafir mengkafir bukan ciptaan PAS, tetapi adalah reaksi daripada gejala
kelemahan akidah dan kejahilan Islam warisan penjajah yang diteruskan
oleh UMNO. Sebaik sahaja ada pihak memperkenalkan syariat Islam yang
dilupakan kerana belenggu penjajahan, ramai kalangan orang-orang Melayu
yang masih Islam dalam UMNO menghina hukum – hukum Islam dan
mengejeknya, melawan nas-nas yang nyata daripada al-Quran dan Hadis
Mutawatir, kerana jahil murakkab. Kitab- kitab pengajian aqidah yang
menjelaskan perkara-perkara yang membatalkan Iman sudah dilupakan atau
jahil. Maka berlakulah pertembungan sengit di antara mereka yang tahu
serba sedikit dengan pihak yang menghina Islam secara jahil. Penyakit
ini berlaku di seluruh dunia Islam yang baru mencapai kemerdekaan.
Bukannya bermula tahun 1981. Beberapa orang ulama PAS menjadi mengsa
tahanan ISA di awal tahun enam puluhan lagi kerana fitnah ini. Malangnya
pihak UMNO yang memerintah dan yang sepertinya di negeri yang lain,
menjadikannya sebagai isu politik untuk memecah dan memerintah seperti
cara penjajah.
Para ulama politik
Islam di seluruh dunia, termasuk PAS mengambil pendekatan ilmu, dengan
menjelaskan semula batas-batas iman dan kufur. Al-Marhum Pak Hamka (1908
– 1981) menulis dalam tafsir Al-Azhar (Juzuk 8 ms 181), al marhum
Hassan al-Hudaybi (1891 – 1973) menulis buku dalam bahasa arab dan
banyak lagi. Di masa PAS berada dalam kerajaan campuran dan BN,
diusahakan melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Jabatan Perdana Menteri
menerbitkan kitab Mustika Hadis Jilid Pertama. PAS juga mengajak pihak
UMNO dan kerajaan bermuzakarah secara ilmu, walaupun tidak disambut
dengan baik, kerana kalangan ilmuan agama dalam UMNO yang penakut
(ucapan Tun Mahathir). Keadaannya sudah berubah, sehingga tidak
kedengaran lagi ucapan yang menghina hukum Islam atau menafikan adanya
politik, ekonomi dan lain-lain dalam ajaran Islam.
PAS
menerima hakikat masyarakat majmuk berbagai agama dan kaum dengan
petunjuk hukum Islam. Adapun UMNO bergabung dengan MCA dan MIC mengambil
pendekatan hukum akal bagi mengekalkan kuasa politik UMNO sepanjang
hayat , bertali arus, walaupun mengalami kelemahan yang memalukan umat
Islam dan menjatuhkan maruah agama Islam. Kerjasama UMNO dengan MCA, MIC
dan lain-lain adalah tanpa memelihara hukum Islam dan maruah umat.
Tanpa batas halal dan haram dengan petunjuk agama, tetapi agama ditunjuk
mengikut kemahuan manusia supaya diamalkan mana-mana hukum yang
difikirkan mendatangkan hasil kewangan. Maka amalan yang haram mengikut
tegahan Islam tidak dipedulikan, sehingga arak , judi, riba, rasuah dan
lain-lain melibatkan penganut Islam dalam kerajaan dan rakyat. Kelemahan
politik umat Islam di Singapura, Pulau Pinang dan negeri-negeri lain di
pantai barat adalah strategi salah UMNO. Demi mempertahankan UMNO maka
melayu Islam yang menyokong PAS di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak
dan lain-lain menjadi mangsa kezaliman UMNO, termasuk pegawai kerajaan
dan kalangan ilmuan yang didapati menyokong PAS akan disekat dan disikat
dengan sikat besi.
Ada pun kerjasama
PAS dengan DAP dan kalangan bukan Islam dalam Pakatan Rakayat adalah
berlandaskan Perlembagaan PAS yang meletakkan hukum tertinggi ialah
al-Quran dan Sunnah, Ijma’ para Ulama dan Qiyas yang nyata. Pesanan
Rasulullah S.A.W. :
والمسلِمونَ علَى شرُوطهم إَّل شَرْ طًا حرم حَلَّل أَوْ أَحل حراما
)سنن الترمذي - (ج 5 / ص 119 قَال أَبُو عيسى هَذا حديث حسن صحيح
(Dan
orang Islam itu diwajibkan di atas syarat - syarat yang mereka
tetapkan, melainkan syarat yang mengharamkan yang halal dan menghalalkan
yang haram)
PAS mewujudkan Majlis
Syura Ulama bagi merujukkan segala keputusannya dengan petunjuk Islam
yang tetap terpelihara, bukan semata-mata berpandukan akal manusia yang
sentiasa mengalami kelemahan.
Presiden PAS
Sumber: http://presiden.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=415:pas-tetap-istiqamah-dengan-islam&catid=14:kenyataan-rasmi&Itemid=56
longchamp pas cher, ray ban sunglasses, tory burch outlet, longchamp outlet, tiffany and co, louis vuitton, christian louboutin outlet, oakley sunglasses wholesale, louis vuitton, prada outlet, chanel handbags, jordan shoes, christian louboutin, longchamp outlet, gucci handbags, tiffany jewelry, nike roshe, polo ralph lauren, nike air max, louis vuitton outlet, nike air max, louis vuitton outlet, uggs on sale, ray ban sunglasses, louboutin pas cher, prada handbags, cheap oakley sunglasses, ugg boots, ugg boots, sac longchamp pas cher, jordan pas cher, nike free, replica watches, michael kors pas cher, burberry pas cher, oakley sunglasses, oakley sunglasses, replica watches, kate spade outlet, oakley sunglasses, air max, louis vuitton outlet, nike free run, longchamp outlet, polo outlet, ray ban sunglasses, christian louboutin shoes, nike outlet, christian louboutin uk
ReplyDeletehollister uk, michael kors outlet, sac vanessa bruno, nike blazer pas cher, nike air max uk, burberry handbags, new balance, michael kors, kate spade, oakley pas cher, nike air max, ray ban uk, guess pas cher, coach outlet, michael kors outlet online, nike roshe run uk, true religion outlet, michael kors outlet, michael kors outlet online, true religion outlet, uggs outlet, true religion outlet, timberland pas cher, coach purses, nike air max uk, michael kors, nike air force, nike free uk, burberry outlet, sac hermes, coach outlet store online, nike tn, michael kors outlet online, vans pas cher, hollister pas cher, north face uk, abercrombie and fitch uk, ray ban pas cher, hogan outlet, replica handbags, polo lacoste, north face, ralph lauren uk, lululemon canada, mulberry uk, converse pas cher, true religion jeans, michael kors outlet, michael kors outlet online
ReplyDeleteherve leger, gucci, bottega veneta, new balance shoes, louboutin, iphone cases, north face outlet, hollister clothing, vans outlet, nike roshe run, p90x workout, mac cosmetics, nike huaraches, longchamp uk, hollister, converse, babyliss, celine handbags, jimmy choo outlet, beats by dre, soccer jerseys, reebok outlet, chi flat iron, ferragamo shoes, giuseppe zanotti outlet, timberland boots, mont blanc pens, nike trainers uk, wedding dresses, asics running shoes, abercrombie and fitch, north face outlet, insanity workout, oakley, vans, baseball bats, soccer shoes, instyler, lululemon, valentino shoes, ray ban, nfl jerseys, hollister, nike air max, hermes belt, converse outlet, ralph lauren, nike air max, mcm handbags, ghd hair
ReplyDeletecoach outlet, swarovski crystal, hollister, thomas sabo, canada goose outlet, moncler outlet, marc jacobs, toms shoes, links of london, karen millen uk, canada goose, canada goose, louis vuitton, louis vuitton, moncler outlet, lancel, louis vuitton, montre pas cher, ugg uk, wedding dresses, canada goose uk, juicy couture outlet, pandora charms, barbour, pandora uk, pandora jewelry, replica watches, moncler, ugg,ugg australia,ugg italia, ugg pas cher, barbour uk, moncler uk, canada goose jackets, canada goose outlet, moncler, ugg,uggs,uggs canada, supra shoes, canada goose outlet, moncler, pandora jewelry, louis vuitton, moncler, louis vuitton, ugg, doudoune moncler, juicy couture outlet, canada goose, swarovski
ReplyDelete