Sunday 1 April 2012

AKHLAK YANG BAIK



Firman Allah SWT:
Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung. (Al-Qalam:4)
dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema'afkan (kesalahan) orang… (Ali Imran:134)

619.Daripada Anas RA berkata:sesungguhnya Rasululah SAW adalah orang yang paling baik akhlaknya. (muttafaqun ‘alaih)

620. Daripada Anas RA berkata: aku tak pernah sentuh kain sutera dan pakaian sutera lebih lembut daripada tapak tangan Rasulullah SAW, dan aku tidak menghidu bauan yang lebih wangi daripada bau Rasulullah SAW.aku berkhidmat kepada Rasulullah SAW selama 10 tahun, Nabi tak pernah berkata : “Ah”, dan tak pernah berkata pada perkara yang aku buat: “kenapa kamu buat begini?”, dan pd perkara yang aku tak buat: kenapa kamu tak buat begini? (muttafaqun ‘alaih)

621. Daripada As-So’b b. Jassamah RA berkata:Aku telah menghadiahkan Rasulullah SAW kuda belang, tetapi Nabi tolak.Apabila Nabi melihat wajahku berubah,Baginda bersabda: “Aku bukanlah menolak pemberianmu kepadaku melainkan kerana aku dalam keadaan berihram”. (Muttafaqun ‘alaih)

622. Daripada An-Nawas b. Sam’an RA berkata: Aku bertanya Rasulullah SAW tentang kebaikan dan dosa, maka Nabi bersabda: “Kebaikan itu ialah akhlak yang baik, dan dosa ialah ape yang kamu rasa ragu2 dalam dirimu dan kamu benci jika manusia lain tengok”. (Riwayat Muslim)

623. Daripada Abdullah b. Amru b. Al-‘Asr RA berkata: Bukanlah Rasulullah SAW orang yang buruk akhlak dan bukan orang yang suka bercakap perkara tk elok.Dan Nabi bersabda: “sesungguhnya yang terbaik dikalangan kamu ialah yang paling baik akhlaknya.” (muttafaqun ‘alaih)

624. Daripada Abi Darda’ RA : Nabi SAW bersabda: “ Tiada sesuatu perkara yang lebih berat pada timbangan seorang hamba yang beriman pada hari kiamat daripada akhlak yang baik.Sesungguhnya Allah SWT benci orang yang berperangai keji yang memaki(cakap tak elok)” (Riwayat Tirmizi)

625. Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW telah ditanya tentang sebab2 utama yang memasukkan manusia ke dalam syurga.Nabi bersabda: “Taqwa kepada Allah dan Akhlak yang baik”. Dan ditanya tentang sebab2 utama yang memasukkan manusia ke dalam neraka, maka Nabi bersabda : “Mulut dan faraj”. (Riwayat Tirmizi)

626. Daripada Abu Hurairah RA berkata: Nabi SAW bersabda: “Paling sempurna orang2 Mu’min imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan paling baik dikalangan kamu adalah yang paling baik terhadap isterinya.” (Riwayat Tirmizi)

627. Daripada Aisyah RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya orang Mu’min akan mencapai dengan sebab akhlaknya yang baik darjat orang2 yang sentiasa berpuasa dan qiamullail” (Riwayat Abu Daud)

Diriwayatkan oleh Tirmizi, daripada Abdullah bin Mubarak rahimahullah dalam mentafsirkan akhlak yang baik, dia berkata: akhlak yang baik ialah muka yang ceria, berbuat kebajikan, dan tidak menyakiti/menyusahkan orang lain.



Rujukan: Kitab Riadhus Salihin

0 comments:

Post a Comment