Friday 20 July 2012

Puasa Dari Sudut Penyucian Jiwa



Diletakkan puasa pada peringkat ketiga antara kepentingan  dalam menyucikan jiwa. Maka, anatara nafsu  yang angkuh yang boleh memalingkan manusia terdiri nafsu perut dan faraj. Puasa berperanan mengawal diri daripada dikuasai oleh nafsu-nafsu tersebut. Demikian itu, salah satu faktor yang sangat penting penyucian jiwa. Kesabaran itu adalah meletak diri pada tempat yang paling tinggi, maka puasa jugalah yang membiasakan diri kepada kesabaran.

Hadis Nabi S.A.W.: (( Puasa itu sebahagian daripada kesabaran))-Hadis Hasan

Sesungguhnya Allah menjadikan Puasa satu jalan atau cara untuk mencapai kepada kedudukan taqwa.

Firman Allah Taala:

" Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebgaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa" [Al-Baqarah: 183]

Taqwa merupakan tuntutan Allah ke atas hamba-hambaNya berserta dengan penyucian jiwa.

Firaman Allah Taala:

"Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiaannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya, serta mengilhamkannya (untuk mengenal)  jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada taqwa, sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya-yang sedia bersih- bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan) dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya-yang sedia bersih- itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). [Asy-Shams: 7-10]


Oleh itu, puasa terdiri daripada yang sunat dan fardhu. Hukum-hukumnya tidak disembunyikan ke atas mereka yang hidup dalam suasana Islam. Ingatlah, kitab ini membicarakan berkenaan penyucian jiwa. Maka kita akan mengkhususkan mengenai adab-adab bagi orang yang berpuasa, kerana melaksanakan puasa adalah peranan yang sangat besar dalam penyucian jiwa. Ini sahaja kalam Imam Al-Ghazali berkenaan puasa.

salam Ramadhan..semoga Ramadhan kali ini penuh makna..Ramadhan Kareem

0 comments:

Post a Comment